CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 392|Reply: 3

[Johor] Segamat daerah pertama di Johor dilanda banjir [update]

[Copy link]
Post time 1-1-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 2-1-2022 10:17 AM


Paras air banjir dijangka semakin meningkat di Kampung Lembah Bakti, Tenang, Segamat. - Foto NSTP/ Ahmad Ismail





SEGAMAT: Segamat menjadi daerah pertama di negeri ini terjejas banjir apabila 456 mangsa daripada 133 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir di Segamat dijangka meningkat berikutan amaran cuaca buruk dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini.

"Enam PPS yang dibuka adalah di Balai raya Kampung Sermin (enam mangsa), Dewan Serbaguna Pekan Air Panas (36 mangsa daripada 13 keluarga) dan yang paling ramai adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun (160 mangsa daripada 38 keluarga).

"PPS yang turut dibuka adalah di Balai raya Kampung Paya Lenga (lima mangsa), Balai raya Paya Lebar (15 mangsa daripada tiga keluarga) dan Balai raya Kampung Gelang Chinchin (lima mangsa daripada tiga keluarga)," katanya dalam kenyataan, hari ini.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2022 03:42 PM | Show all posts

Tunku Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ( PPS) di sekitar kawasan Tenang, Labis, Segamat, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 10:20 AM | Show all posts
Jumlah mangsa banjir Johor meningkat 1,646[size=0.8]Oleh Mohamed Farid Noh - Januari 2, 2022 @ 8:30amfarid_noh@bh.com.my



SEGAMAT: Mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 1,646 mangsa daripada 425 keluarga yang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Ia berbanding hanya 1,167 mangsa daripada 310 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 4 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Segamat menjadi daerah paling terjejas banjir di negeri ini dengan mangsa banjir melonjak kepada 1,615 daripada 418 keluarga yang ditempatkan di 27 PPS, setakat jam 8 pagi tadi

Berbanding hanya 1,136 orang mangsa daripada 290 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS di daerah berkenaan, jam 4 pagi tadi.

Vidyananthan berkata, bagaimanapun Tangkak menjadi daerah kedua terjejas banjir di Johor kekal dengan 31 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak, setakat jam 8 pagi tadi.

"Sebanyak 27 PPS dibuka di Segamat berikutan trend air banjir yang mula menaik dan cuaca dijangka hujan berterusan.













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 10:21 AM | Show all posts

Laluan utama telah dinaiki air di Kampung Batu Badak, Pogoh, Segamat, Johor. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN



"Antara kawasan yang terjejas banjir di Segamat termasuklah Kampung Sermin, Kampung Lembah Bakti, Pekan Air Panas, Paya Lenga, Paya Lebar, Gelang Chinchin, Tenang dan Sedeng.

"Turut terjejas banjir adalah kawasan Paya Lang, Kampung Baru Gemas Bahru, Taman Gembira, Taman Wira serta Taman Bintang selain Kampung Awat.

"Kawasan Kampung Jabi, Kampung Tengah,Tungku Tiga, Sekijang, Seberang Batu Badak, Kampung Jawa/Logah dan Kampung Sri Makmir tirut terjejas banjir di Segamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Vidyananthan berkata, hampir semua daerah di Johor diramalkan akan hujan pagi ini.

"Antara kawasan yang diramal hujan oleh Met Malaysia adalah Segamat, Muar, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Kulai manakala cuaca mendung di Tangkak dan Pontian.

"Penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca di kawasan masing-masing selain mematuhi arahan pihak berkuasa jika pemindahan perlu dilakukan ke kawasan lebih selamat," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.086400 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list