CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 359|Reply: 0

[Johor] Sindiket ketum kaut RM200,000 sebulan tumpas

[Copy link]
Post time 27-12-2021 03:08 PM | Show all posts |Read mode
AYOB Khan (kanan) pada sidang media. FOTO Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Polis menumpaskan sindiket ketum yang mengaut keuntungan antara RM120,000 hingga RM200,000 sebulan dengan penahanan bekas penjawat awam yang mendalangi kegiatan itu sejak 2017.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, turut ditahan 12 individu tempatan lain termasuk lapan penjawat awam berusia antara 19 hingga 42 tahun menerusi beberapa serbuan berasingan di sekitar daerah berkenaan.

"Lapan penjawat awam itu di sekitar Johor Bahru dan Kulai, jam 8.30 malam tadi, bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Menurutnya, kegiatan sindiket terbongkar susulan penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun menerusi Op Bersepadu Bas Ekspres dan Bas Persiaran yang dijalankan sekitar kawasan hentian Simpang Renggam, kira-kira jam 8.30 malam, 21 Disember lalu.


"Lelaki yang juga pemandu kenderaan itu positif methamphetamine susulan ujian saringan air kencing dijalankan. Dia dipercayai baru selesai menghantar bekalan ketum dari utara ke selatan seberat 700 kilogram.

"Susulan itu, seramai empat individu termasuk pasangan suami isteri yang mana suaminya adalah bekas penjawat awam ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar kawasan Johor Bahru Utara antara jam 2.45 hingga 6 pagi, 22 Disember lalu.

"Wanita yang juga isteri kepada dalang sindiket berperanan sebagai akauntan manakala dua pekerja lelaki selaku tukang masak air ketum diberikan gaji antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.

"Saringan awal air kencing mendapati tiga daripadanya positif dadah jenis methamphetamine manakala rekod mendapati tiga daripadanya juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Menurutnya, modus operandi sindiket adalah menyewa kilang dijadikan tempat membungkus dan memproses ketum, selain bekalan ketum dipercayai diperoleh dari utara tanah air menggunakan lori buah-buahan.

"Harga jualan semasa daun ketum antara RM35 hingga RM80 manakala sebotol air ketum seberat 1.5 liter dijual antara RM13 hingga RM25.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya," katanya.

Disiarkan pada: Disember 27, 2021 @ 2:57pm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077960 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list