CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 992|Reply: 5

Buang masa je la....Pembida harta Sajat ‘ghaib’, rupanya PA Aliff Syukri?

  [Copy link]
Post time 14-12-2021 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 14-12-2021 11:43 PM

Pembida harta Sajat ‘ghaib’, netizen dakwa rupanya PA Aliff Syukri?



Pembida lelaki yang berjaya dalam lelongan harta milik usahawan kosmetik, Sajat dilaporkan menghilangkan diri selepas membuat bidaan tertinggi sebanyak RM132,000.

Menurut laporan mStar Online, lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol itu ‘ghaib’ selepas memaklumkan mahu melakukan bank draf setelah tamat sesi bidaan.

Disebabkan perkara itu, peguam Nurul Hafidzah berkata, lelongan berkenaan akan berlangsung sekali lagi pada minggu hadapan di Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul.
“Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal. Jadi bidaan gagal dan sesi lelongan akan dibuka semula minggu depan,” katanya.

Menerusi carian di laman Facebook, seorang netizen KJ Nilam berkongsi tangkap layar laporan mStar sekali gus membuat spekulasi berhubung gerangan Mohammad Syazwan yang disyaki kenalan kepada seorang lagi usahawan itu.



“Korang boleh search nama Syazwan Fiesol ni. Pastu komen apa korang nampak, dia pembantu peribadi (PA) siapa?
“Jeng Jeng Jeng. Fuh sanggup hantar geng, nampak macam masih sayang kat harta sita tu,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa lelaki terbabit adalah PA kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan berkongsi tangkap layar akaun Facebook didakwa milik Mohammad Syazwan.

Bio yang tertulis pengurus & PA kepada Datuk Aliff



Lahh geng ke?



PA Datuk Aliff rupanya?



Patut la beria bagi semangat?



Patut la cepat je orang bida?



Tambah Nurul Hafidzah, dia menjangkakan lelaki tersebut dihantar oleh individu lain yang mempunyai niat untuk menangguhkan lelongan selepas berjaya membida kesemua 39 barang milik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee) , Facebook KJ Nilam

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Alip ke suruh PA dia buat keje ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
La....kang gado lg dgn wife die....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 07:52 AM | Show all posts
Takde keje lah sajat ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe saja nak push the price...asalnye 70k jer kan. Dia push sampai 130k ..mayb dia ingat ada lah bidder lain...sekali diaorang declare dia menang...cabut terusss....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 09:56 AM | Show all posts
alaah bam jat..kalau dengan allah pun kau buat main...apatah lagi dgn kerajaan malaysia nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 08:42 PM GMT+8 , Processed in 2.928014 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list