CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1794|Reply: 11

Ramai artis 'menganggur' - Zahirah Macwilson

  [Copy link]
Post time 4-12-2021 03:08 PM | Show all posts |Read mode

ZAHIRAH berpendapat, tidak salah andainya mengambil instafamous sebagai pelakon jika mereka benar-benar mahu belajar mendalami dunia lakonan.

Ramai rakan artis tiada kerja sebab produser ‘pilih kasih’

PETALING JAYA – Pelakon Zahirah Macwilson menyeru para pemain industri perfileman tanah air agar keluar dari zon selesa masing-masing.

Kata Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol, sudah tiba masanya untuk industri terus bergerak ke hadapan dan tidak terlalu bergantung dengan cerita-cerita klise yang kurang memberi faedah kepada perkembangan industri sinematik tempatan.

“Saya rasa, kita perlu keluar dari zon selesa. Sekarang ini, kita selalu sangat buat projek drama mahupun filem yang diadaptasi daripada novel dan cerita ‘cintan-cintun’.

“Rasanya, penonton kita dah matang dan bijak nak terima kandungan yang bersifat lebih ‘deep’ atau membuka minda.

“Tengok sahaja bagaimana industri lakonan Korea Selatan berkembang satu dunia sekarang. Memang ada penonton untuk buat cerita yang membuka minda cuma, entahlah, mungkin apa yang kurang sekarang dari aspek kreativiti dan idea di sini (Malaysia),” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Zahirah ditemui pada sesi fotografi khas bersempena dengan Festival Filem Malaysia ke-31 yang bakal berlangsung 10 Disember ini.

Mengulas tentang budaya mengambil ‘instafamous’ dalam projek drama yang menjadi kebuntuan ramai orang industri, Zahirah, 26, berpendapat, itu tidak menjadi masalah seandainya individu terlibat sedar akan tanggungjawabnya sebagai pelakon.

“Bagi saya, kalau mereka minat (berlakon) dan boleh menghasilkan kerja yang bagus, tiada masalah.

“Bagaimanapun, kalau mereka terlibat dalam dunia lakonan semata-mata kerana penyiar atau penerbit rasa naskhah akan dijamin laris, itu mungkin satu perkara yang sedikit mengganggu.

“Ramai kawan-kawan pelakon yang tiada kerja sebab mereka tak ramai pengikut dalam media sosial. Produser tak nak ambil mereka berlakon.

“Budaya seperti itu yang tidak adil. Perlu diingat, bahawa apa pun yang terjadi, kualiti akan tetap menjadi satu perihal yang dihargai berbanding populariti.

“Seseorang itu boleh popular hari ini, tapi esok lusa orang akan lupa dan selepas itu, orang lain pula yang akan popular,” ujarnya.

Terdahulu, ramai anak seni tempatan menzahirkan keluhan dan kekecewaan apabila penerbit atau penyiar drama televisyen tempatan mula meletakkan syarat supaya memiliki satu juta pengikut Instagram sebelum diterima berlakon dalam projek drama televisyen. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunakan popularity utk endorse produk,  buat bisnes.. Waktu popular la nak buat benda tu.. Manager kene pandai cari project jugak.. and pasai lakonan once ko dah ada bakat lakonan ko punyer tawaran ada jer.. Aku tgk nad zainal tu ada jer tawaran project best2..latest jadi heidi utk remake temptation of wife..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan nak upah artis menganggur jaga nenek dia.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rita ok jerr
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ketipongtipah replied at 4-12-2021 03:47 PM
Rita ok jerr

Rit lain. Dia insan terpilih ghiteew
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 05:15 PM | Show all posts
takde job sebab kekwat sama... dah la rhoperr kepam dan biasa2 tapi berlagak diva macam pelakon gred A... yihhhh...

wakeup lah! memang producer semua tengah cari fresh2 face dan muka2 baru yang muda mudi... sebab lambakan dah drama pelakon tua2 tahap krepot pun ada dengan remaja bercinta... deorang just nak pelbagaikan je bagi siri2 orang muda pulak banyak dekat TV tu... ni asyik2 tengok TV muka tua... muka berlubang... muka berkawah... muka boleh tuang teh ais... kulit kusam... kulit kepam... kulit berdaki... memang di minta sental pakai berus dawai periuk dan polishing pad cat kereta....

sebab saingan negara2 jiran makin tinggi taste2 orang kita ni dan pelakon pun herlok2 belaka... contoh k-drama, thai dan hollywood.. netflix pun semua pilih muda2 herlok dah ye sekarang ni untuk siri2 deorang... kalau berlakon sebagai sepundal krepot boleh la ambil pelakon tua... even the crown tu pun perlakon utama rhoper herlok juga... padahal queen elizabeth tu macam ayam belanda je rhopernya in real life...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 4-12-2021 04:21 PM
Rit lain. Dia insan terpilih ghiteew

Oops i ols is lupa .. terpilih khuen.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 08:31 PM | Show all posts

rita royani dia level up lebih dari retis2 lain..


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-12-2021 03:33 PM
Ingatkan nak upah artis menganggur jaga nenek dia.

Hahahahahah buduh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita China,the first half of my life ..pelakon berusia dekat 40an ..laris je. Jalan cerita pun best
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
contoh RR.. jd penceramah pejuang antibes won dia ngaku dia prosafe... stiap hari ada webinar... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:50 PM | Show all posts
Isu yang tiada hala tuju dan dibincang2 tapi tak kemana jua...lps tu p tanya artis2 plak....apa kata p tanya pihak2 yang terlibat secara lgsung atau yang betul2 berpengalaman tntg selok belok sistem dalam industri drama/filem dalam Malaysia ni..

Nt isu ni snyap dan tunggu drama luar negara/isu apa plak yang akan viral dan isu ni berbangkit balik lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 6 Replies : 10
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 48325 Replies : 1069
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1184 Replies : 31
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 67982 Replies : 1904
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9668 Replies : 562
AKASIA : SHAKIRA [JANNA NICK, SHUKRI YAHAYA, KHAI BAHAR] MULAI 05 JAN 2022 7PM
eddlisa_uyukAKASIA : SHAKIRA [JANNA NICK, SHUKRI YAH
Views : 674 Replies : 9
[For Sale] New township @ Genting Highlands
zilchminz[For Sale] New township @ Genting Highla
Views : 221 Replies : 11
Ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2022 Warga MISTERI , PARANORMAL & SAKTI
FanTasyCreaTioNUcapan SELAMAT TAHUN BARU 2022 Warga MIS
Views : 1145 Replies : 27
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20861 Replies : 626



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.084871 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list