CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 3518|Reply: 22

Aizat sudah landed di LA

[Copy link]
Post time 22-10-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Aizat kini di Los Angeles, tinjau peluang kembang kerjaya
Saharudin Musthafa
Oktober 22, 2021 08:07 MYT

KUALA LUMPUR: Selepas penyanyi terkenal, Yuna membina kerjaya di kota seni masyhur dunia, Los Angeles (LA), kini tiba giliran rakan seangkatannya, Aizat Amdan pula mahu meneroka peluang yang sama.
Nekad untuk mencuba nasib di pasaran antarabangsa mendorong Aizat bersendirian berkelana ke LA beberapa hari lalu.

Bersendirian ke sana, namun, tentu sekali rakannya, Yuna sudah sedia membantu untuk memberi panduan dan memperkenalkan Aizat kepada karyawan muzik Amerika Syarikat (AS).

Melalui abangnya, Anas Amdan, Astro AWANI dimaklumkan, Aizat sememangnya sudah lama menyimpan keinginan untuk membina nama di persada seni antarabangsa.
Dan LA, jelas Anas, merupakan pilihan yang ideal dan diyakini akan menawarkan peluang buat adiknya itu.
“Terima kasih kami buat Yuna kerana membuka jalan buat Aizat. Yuna banyak membantu dan memperkenalkan bakat seni Aizat buat karyawan muzik di LA.
“Semoga segala usaha dan ikhtiar Aizat akan membuahkan hasil buatnya,” kata Anas dalam temu bual bersama Astro AWANI.
Menurut Anas, untuk permulaan, kunjungan Aizat ke LA adalah untuk berkenalan dengan beberapa wakil industri muzik.
Selama sebulan di LA, Aizat juga, kata Anas, yang sudah menandatangani kontrak di bawah label Yuna Room Records akan merangka pelan kerjaya seninya dibantu oleh Yuna.
Sementara pengedaran lagu-lagu Aizat kelak adalah di bawah pengurusan Independent Co iaitu label yang sama dinaungi Yuna.
Dalam usaha menempatkan namanya dalam industri muzik antarabangsa, Aizat seperti yang diketahui ramai juga memperkenalkan identitinya sebagai Ai.Z.
“Panggilan komersial itu sebagai usaha kami memasarkan bakat seni Aizat di pasaran sana. Sebagai orang asing di LA, sudah tentu banyak aspek yang perlu diberi perhatian dan kami juga akan melihat apakah kesesuaian-kesesuaian lain yang boleh dipadankan dengan Aizat di sana kelak,” kata Anas yang juga akan berangkat ke LA sekitar dua minggu lagi bagi menemani adiknya di sana.
Kerjasama Aizat dan Yuna menjadi perhatian peminat-peminat muzik tanah air kerana kolaborasi itu disifatkan seiring dengan aspirasi muzik kedua-dua penyanyi masyhur itu.
Bercerita mengenai kerjasama itu, Anas berkata, segala-galanya bermula sekitar tahun lalu semasa Yuna berada di tanah air ketika pandemik COVID-19 mula menular.
Ketika memperoleh peluang bersemuka, Yuna dan Aizat bercerita mengenai soal keperluan adanya kerjasama bagi merancakkan industri muzik tanah air.
“Tanpa disedari, ketika mereka sering berjumpa dan berbincang pasal muzik di studio rakaman tahu-tahu saja lima buah lagu dicipta. Ini kali pertama Yuna menghasilkan lagu untuk penyanyi lelaki.
“Dan lagu The Last Thing merupakan single pertama yang dipasarkan. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik menyebabkan Aizat semakin terdorong untuk mencuba nasib di LA,” cerita Anas lagi.
Sementara itu, untuk single kedua dalam bahasa Inggeris, Use Me, jelas Anas, akan dipasarkan di pelbagai platform digital pada 5 November ini.
“Insya-Allah sekiranya semua rancangan berjalan lancar, pada tahun depan (2022) Aizat akan berpindah ke LA dan merakamkan lagu di sana dan mula berkarya di sana,
© 2021 AstroAwani.co.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Gud luck aizat
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Kat Msia ni bbnu lebih appreciate so called singers cam qiemkepam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kirim salam kat acik lana mikel jakson..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 11:43 AM | Show all posts
Good luck Ai.Z!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 12:40 PM | Show all posts
Good luck Ai.Z! Semoga chuols mendonia kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp aizat dpt improve imej. Badan dia skrg mcm dipam2 debabnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
harap kuin kepam dpt ke LA soon dan tumpang setinggan kt rumah aizat dlm usaha nya mencari boyfren halimunan di LA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya Aizat berjaya la. Talented and pandai buat lagu sendiri, suara pun sedap juga. Susah nak break US market but hopefully dapat moderate success pun jadilah dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjaya aizat suka lagu heollss
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 06:00 PM | Show all posts
all da best to aizat
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck Aizat, semuga berjaya di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganja suka tengok penyanyi muda berwawasan macam ni. Good luck Aizat.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Puhlezzzzz jangan blonde kan rambut macam acik azhan rani serupa rempit flat pkns
Good luck zat!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
bankerpencen replied at 23-10-2021 02:29 PM
Harapnya Aizat berjaya la. Talented and pandai buat lagu sendiri, suara pun sedap juga. Susah nak br ...

Betul moderate success pun kira dh ok.. sbb tgk luck juga.. si Agnes Monica yg dh jd Agnez Mo tu pun sendu je kat US nun.. gigih berimej sexy tp x ke mana sgt pun kareer international sheols..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 12:38 PM | Show all posts
Good luck, Aizat. Semoga success
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2021 05:04 PM | Show all posts
Aizat berbekalkan bakat

nak harap rupa mmg out habis lah

semoga bakat dan tingkah laku Aizat yang baik dan positif itu mendapat tempat dihati peminat peminat Aizat di negara uncle Sam itu.

Kepada yuna sila pergi mampus



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 10:00 PM | Show all posts
debab_78 replied at 23-10-2021 02:51 PM
Hrp aizat dpt improve imej. Badan dia skrg mcm dipam2 debabnya

laaa dah debab blk ke...rindu ai Z yang dulu...good luck dik..keep msia proud!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:19 PM | Show all posts
Zat lagu In love With you yang collaborate dengan Noh tu cer buat balik English Version perdengarkan semula utk geng2 sana.. lagu tu sodap...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:28 PM | Show all posts
takde gambar ker aizat terkini ker??

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.084768 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list