CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46522|Reply: 389

Artis bantu bawa pulang jenazah Mariam-Akhirnya berjaya dibawa pulang

[Copy link]
Post time 8-9-2009 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Sofea at 16-9-2009 09:17

Post Last Edit by Sofea at 8-9-2009 08:40

Siapakah insan yang berhati mulia ini? Semuga Allah merahmati beliau...
   
               

     JELANImenulis surat kepada Wisma Putra untuk membuat permohonan membawapulang jenazah ibunya, Mariam Johari yang meninggal dunia di KoreaSelatan ketika berniaga di Bazar Ramadan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi,semalam.

                   KOTATINGGI: Seorang artis wanita terkenal menyumbang RM11,000 untukmembiayai kos membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, bagimembolehkan wanita warga Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak64 tahun lalu itu, dikebumikan secara Islam.

  Artis itu yang enggan namanya disiarkan akan  menyerahkan bantuan berkenaan kepada Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.

Seorang pegawai Bahagian Konsulat, Wisma Putra ketikadihubungi mengesahkan pihaknya sudah berurusan dengan artis itu danmenerima surat daripada anak lelaki Mariam, Jelani Sonni, 72, yangmeminta jenazah ibunya dibawa pulang secepat mungkin sebelum dibakarmengikut adat masyarakat Korea.
        
   
     "Konsulat Malaysia akan berurusan dengan kerajaanKorea bagi mendapatkan kebenaran membawa pulang jenazah Mariam keranaAllahyarham sudah menjadi warga negara itu.

"Kita juga akan meneliti kandungan wasiat yang dikatakanditinggalkan Mariam sebelum meninggal dunia. Sejurus mendapatkelulusan, jenazah Mariam akan dibawa pulang," katanya.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang dikatakan tidaksihat sejak empat bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuahrumah kebajikan di Seoul, kira-kira jam 12.20 malam Sabtu lalu (waktuMalaysia).
        
                                Jelani yang menerima berita kematian ibunya, pagi kelmarin,bagaimanapun terkilan kerana Mariam dikatakan meninggalkan wasiatsupaya dikebumikan mengikut adat masyarakat Korea.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar KumpulanThe New Straits Times (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tigaanaknya di Plentong, Johor, dua tahun lalu.

Dengan bantuan Korea Broadcasting System (KBS), Mariam yangterkandas di Korea selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketikaPerang Dunia Kedua, akhirnya dipertemukan dengan tiga anaknya, Ramlah,74, Jelani dan Jamnah, 67, di Seoul pada Julai 2007.

Mariam juga dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun samasebelum pulang semula ke Korea Selatan, kira-kira dua minggu selepasitu.
                                Sementara itu, Jelani yang berniaga di Pasar Ramadan Perhentian BasTaman Kota Jaya di sini, yakin jenazah ibunya dapat dibawa pulang dandikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini.

Beliau berkata, ramai ahli keluarganya dikebumikan di tanahperkuburan itu dan terletak berdekatan rumahnya serta Ramlah danJamnah.

"Kami memang nak dia (Mariam) dibawa balik ke sini (KotaTinggi). Apa pun orang kata, dalam hati kami mak masih Islam. Apabiladia pulang ke sini dua tahun lalu dan mengucap, dia memang ingat agamadia.

"Bila difikir-fikir, saya sendiri belum tengok surat wasiatemak, hanya dimaklumkan mengenai wasiat itu menerusi anak saudara saya,Ahmad Onn. Sekiranya benar ada surat wasiat daripadanya, saya mahutengok," katanya.

Penyelidik KBS, Seo Kyu Won, yang dihubungi pula berkata,rakannya, Park Keon Young sering mengunjungi Mariam termasuk ketikawanita itu dalam keadaan tenat.

"Mariam sakit sejak Mei lalu tetapi kembali sihat. Namunsejak dua bulan lalu, Mariam tenat semula dan cuba menghubungikeluarganya di Malaysia.

"Mariam mahu pulang melihat anak-anaknya... beliau asyikmenyebut nama Ramlah, Jelani, dan Jamnah. Mungkin ketika itu Mariamsudah tahu dia akan pergi. Malah, Mariam pernah berkata 'Saya mahupulang ke Malaysia kerana saya dilahirkan di negara itu, ini impiansaya'," katanya.

  Seo berkata, anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, tidak membantah sekiranya jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia.

Ketika ini, jenazah Mariam masih disimpan di rumah kebajikanGereja Roman Katholik Beon Bong dengan namanya diletakkan sebagai'Mariam Binti Johari' dan di bawah jagaan keluarga Ji.

Bagaimanapun, keluarga Ji perlu dimaklumkan mengenai urusanmembawa balik jenazah sebelum 1 tengah hari waktu Korea (12 tengah hariwaktu Malaysia) hari ini kerana sekiranya gagal, jenazah wanita ituakan dibakar mengikut adat masyarakat Korea.

source : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 08:38 AM | Show all posts
1# Sofea


alhamdulillah ada gak yang berhati mulia dikalangan artis dalam industri seni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:39 AM | Show all posts
mudah2an dapat tanam dlaam keadaan muslimah..insyaallah beliau masih lg islam
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:41 AM | Show all posts
sapa artis nih?
ct ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 08:42 AM | Show all posts
Betul Yipun -tanggungjawab yang hidup menguruskan yang telah tiada.  Artis pun manusia biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:42 AM | Show all posts
ct kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:42 AM | Show all posts
syukur..ada gak artis yg berhati mulia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 08:44 AM | Show all posts
saya rasa pun Siti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 08:44 AM | Show all posts
Dato CT kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:46 AM | Show all posts
innalillah...alfatihah
sape la artis tkenal tsebut yer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:46 AM | Show all posts
alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:46 AM | Show all posts
ct ker??
bukan fafau??
fafau kan pernah pegi jumpe arwah..
tapi walau siape pun, yang pasti 'artis' tuh teramat lah baik...
semoge rezeki beliau bertambah murah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:47 AM | Show all posts
AH..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:47 AM | Show all posts
susah nak teka..coz takder clue langsung. apa2pun terharu dgn bantuan artis tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:47 AM | Show all posts
hmmm..selain tuh xda nama len ker?
mungkin dayang ker, misha ker, hmmmm~
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:48 AM | Show all posts
emm..aku pun rasa siti dia je yg kaya raya...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 08:51 AM | Show all posts
maybe ct atau chef wan
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:52 AM | Show all posts
CT la nehh..dia kan banyak duit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:52 AM | Show all posts
Alhamdulillah....sekurang-kurangnya ada juga artis yang sudi menghulurkan bantuan....semoga perbuatan yang mulia ini mendapatkan ganjaran pahala dan diberkati Allah s.w.t........
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:52 AM | Show all posts
hmmm..selain tuh xda nama len ker?
mungkin dayang ker, misha ker, hmmmm~
maklang_airell Post at 8-9-2009 08:47



aku dah agak dak akan timbul soklan2 mcm ni. yg anti CT akan berharap artis lain bukan CT, yg panatik CT akan berharap CT ..

so terus2kanla berspeku sampai benang ke 100 yer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.106752 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list