|
26-Nov-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Cerita Suka Duka Sambut Aidiladha
Taken From Murai .com
.jpg)
KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER 2009: Esok umat Islam akan menyambut kedatangan Aidiladha - hari yang amat bermakna dan menuntut pengorbanan daripada penganut Islam. Tidak kiralah pengorbanan yang kecil atau besar, ia seharusnya membangkitkan kesedaran untuk menyuburkan iman dan takwa.
Pada kesempatan ini, murai.com.my meninjau erti Aidiladha di kalangan beberapa artis dan di mana mereka akan menyambut raya. Kami warga editorial juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung murai.com.my, maaf zahir dan batin.
RINI AF7
"Bagi Rini pengorbanan untuk ayah dan ibu menjadi tanggung jawab semua anak-anak. Keluarga sangat penting buat Rini. Yang penting, kalau kita hendak berkorban, janganlah sesekali mengharapkan balasan. Buatlah dengan seikhlas mungkin.
"Setakat ini, Rini belum pernah membuat korban lembu atau pun kambing. Insya-Allah kalau ada rezeki lebih, satu hari nanti, Rini pasti akan buat." |
|