|
KENDURI - Kelab Nona bertuDUng RIni (afundi rini)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 3-10-2009 09:11
 |
|
|
|
|
|
|
|
17-Oct-2009 | Oleh: Murai Batu
Rini AF7 Ganti Cham Di ERA FM
.jpg)
KL, 17 OKTOBER 2009: Walaupun tersingkir pada minggu ke-3 konsert Akademi Fantasia 7 (AF7) bersama teman gosipnya Obri, Rini makin murah rezekinya.
Murai Batu dapat tahu, Rini yang diminati dengan lagu arwah Seha, Seloka Cinta Remaja, sering dipanggil untuk show di sana-sini disebabkan suaranya yang serak-serak basah dan keramahan mulut melayan peminat.
Terbaru, Murai Batu dengar cerita Rini akan menjadi ahli keluarga ERA FM bermula November ini. Murai Batu difahamkan cerita ini semakin betul apabila suara Rini ketika ini sering menghiasi konti Era untuk iklan atau pun berita.
Paling menarik, promo raya tentang pasangan suami isteri pulang ke kampung untuk beraya juga menampilkan suara Rini bersama DJ Reza Mohammed.
Berita ini menjadi semakin kukuh apabila DJ burung hantu ERA iaitu Cham, tidak lagi bersama radio itu. Malah penyertaan Rini yang menjadi DJ pada hujung minggu ini dikatakan menggantikan tempat Cham yang sudah hampir sebulan mengucapkan Sayonara kepada ERA.
Selain Rini, Murai Batu juga dapat tahu bahawa peserta pertandingan Anak Wayang iaitu Feeya akan turut sama menganggotai barisan penyampai ERA.
Malah, Rini dan Feeya akan berganding pada setiap Sabtu dan Ahad untuk melayan pendengar setia ERA. Tahniah diucapkan kepada Rini dan Feeya. Moga ERA lebih berseri dengan kemasukan 2 bunga ini.
MURAI BATU: Bangga kerana bintang-bintang AF yang bukan finalis juga tidak terabai. Kata orang kalau ada bakat, usaha dan rezeki, semuanya tak akan ke mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: Norhizam
 |
|
|
|
|
|
|
|
Rini Af7 Deejay Baru Era FM
izyan.com Wednesday, October 21, 2009
Walaupun tersingkir pada minggu ke-3 konsert Akademi Fantasia 7 (AF7) bersama teman gosipnya Obri, Rini makin murah rezekinya. Dapat tahu, Rini yang diminati dengan lagu arwah Seha, Seloka Cinta Remaja, sering dipanggil untuk show di sana-sini disebabkan suaranya yang serak-serak basah dan keramahan mulut melayan peminat.

Terbaru, dengar-dengar cerita Rini akan menjadi ahli keluarga ERA FM bermula November ini. Difahamkan lagi cerita ini semakin betul apabila suara Rini ketika ini sering menghiasi konti Era untuk iklan atau pun berita. Paling menarik, promo raya tentang pasangan suami isteri pulang ke kampung untuk beraya juga menampilkan suara Rini bersama DJ Reza Mohammed.
Berita ini menjadi semakin kukuh apabila DJ burung hantu ERA iaitu Cham, tidak lagi bersama radio itu. Malah penyertaan Rini yang menjadi DJ pada hujung minggu ini dikatakan menggantikan tempat Cham yang sudah hampir sebulan mengucapkan Sayonara kepada ERA.
Selain Rini, juga dapat tahu bahawa peserta pertandingan Anak Wayang iaitu Feeya akan turut sama menganggotai barisan penyampai ERA. Malah, Rini dan Feeya akan berganding pada setiap Sabtu dan Ahad untuk melayan pendengar setia ERA. Tahniah diucapkan kepada Rini dan Feeya. Moga ERA lebih berseri dengan kemasukan 2 bunga ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 23-10-2009 00:05
Rina pintas kembar, Rini AF7
Thu 08 Oct 2009

RINA
PERMOHONAN Rina untuk menyertai program Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh pernah ditolak sebaliknya kembarnya, Rini telah berjaya melepasi tahap ujibakat dan melayakkan diri dalam program itu sehingga minggu ketiga.
Setelah bergelar artis, tempias Rini pastinya tidak dapat lari daripada Rina atau nama sebenarnya, Zuzafrina Zulkifli, 25.
Walaupun Rini masih belum mengeluarkan single terbarunya, Rina telah pun memintas kakak kembarnya dengan menampilkan single ‘Mana Satu’ hasil ciptaan Marlin dan liriknya oleh Mael. Rakaman vokal Rina hanya mengambil masa dua jam.
Itupun setelah dia ditawarkan untuk menyanyi oleh Cherry Talent Management Sdn. Bhd. pada dua bulan lalu yang mula mengesan bakatnya semasa dia melakukan sesi ujibakat AF7 bersama Rini sebelum ini.
Dengan tiba-tiba dia ditawarkan untuk membuat single dalam masa sepantas kilat dan begitu mudah. Semuanya langsung tidak terjangka oleh akal fikirannya.
Apabila pihak pengurusan itu meminta dia merakamkan suaranya menerusi nyanyian lagu ‘Dan Sebenarnya’ melalui telefon bimbitnya kerana kebetulan waktu itu dia berada di dalam kereta.

RINI
“Selepas itu, terus mereka bersetuju dan membawa saya ke Dream Music Sdn. Bhd.
“Saya menganggap tawaran ini sebagai rezeki walaupun saya agak cepat daripada kakak.
“Mungkin kerana dulu saya tak dapat tetapi sekarang rezeki saya dulu.
“Saya dah lama minat menyanyi ni iaitu sejak berumur 10 tahun lagi dan kalau saya tak jadi artis pun, saya tetap akan meminati bidang nyanyian ini,” katanya bersungguh-sungguh.
Rina yang kini bernaung di bawah label Dream Music Sdn. Bhd. berkata dia pernah memasuki program ‘Jangan Lupa Lirik’ dengan harapan semoga orang lain nampak bakat yang ada dalam dirinya.
“Syukurlah kerana saya sudah berjaya mendapat apa yang diimpikan iaitu menjadi seorang penyanyi.
“Selepas ini, saya mahu belajar vokal dengan mana-mana guru vokal,” jawab Rina.
Sekali lihat pasti ramai yang menduga Rina adalah Rini kerana keduanya mengenakan gaya yang agak sama.
Ditanya apakah beza antara Rina dan Rini, dia menjawab:
“Apabila orang dah betul-betul kenal, kami berdua memang boleh dibezakan dari segi paras rupa dan fizikal yang lain.
“Saya lebih rendah dan ‘berisi’ daripada Rini malah muka saya juga berbentuk bulat manakala muka Rini bujur. Senyuman dan suara kami juga berbeza.
“Saya tengah dalam perancangan untuk mencari imej yang berbeza daripadanya. Tetapi buat masa sekarang saya memakai anak tudung hitam dulu.
"Saya akan meminta konsultan imej di bawah pihak pengurusan Cherry Talent untuk menyesuaikan imej saya dengan konsep yang dibawa iaitu pop rock,” beritahunya yang turut mengakui hatinya sudah dimiliki.
Walaupun begitu, Rina berkata biarlah Rini yang berkahwin dahulu memandangkan kakak kembarnya itu telah bertunang.
Bercerita pula tentang perkembangan Rini, Rina berkata kakaknya sedang dalam proses membuat single dan pernah dirisik-risik untuk berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Photoshoot @ Genting Highland
Credit Fb Lara
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai Butik Rini AF7

Rini atau nama sebenarnya Zuzafrini Zulkifli sekarang sudah bergelar usahawan muda. Rini sedang sibuk menguruskan jualan baju wanita khususnya untuk mereka yang bertudung secara online pula. Amboi nak saingi Kak Mazkiawati pula ke? Eloklah tu. Untuk perniagaan ini, Rini telah menamakannya sebagai Nona Cantek. Yang penting, diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini sendiri. Dalam erti kata lain, taste Rini sendirilah.
Malah, Rini juga selalu menggayakan rekaan contoh fesyen itu ke beberapa majlis rasmi. Dalam hal ini, pemeniat mesti berbangga dengan Rini masih muda tetapi ada visi menjadi usahawan. Jadi, bagi sesiapa yang mahu meninjau koleksi fesyen Rini itu, anda bolehlah melayari nonacantek.webs.com kerana ia mempunyai segala info tentang bisnes dan rekaan fesyen yang ditawarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 11-11-2009 23:29
Rini & Rina kembar yang kreatif

Jika keluaran lalu, Dara.com menggabungkan Aida dan Fida sebagai penghias muka depan, kali ini giliran Rini bersama kembarnya Rina. Siapa yang tidak kenal dengan Rini. Namanya mula menjadi sebutan apabila dia menyertai Akademi Fantasia 7 (Af7). Walaupun Rini antara peserta paling awal tersingkir, namun ia bukanlah penamat kepada karier anak kelahiran Selangor ini. Minat yang mendalam, Rini bangkit daripada kegagalan tersebut. Bagi Rini, kegagalan tersebut bukanlah untuk selamanya. Apa kata kita berkenalan dengan kembar seiras yang sama-sama cantik ini.
Apakah perasaan Rini dan Rina apabila terpilih sebagai Cover Girl Dara.com.?
Rini: Rasa sungguh gembira apatah lagi apabila digandingkan dengan Rina, kembar seiras saya yang tercinta. Setinggi- tinggi ucapan terima kasih buat Dara. com!
Rina: Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya rezeki yang tak terhingga. Saya amat terharu kerana diberi peluang untuk menjadi penghias muka depan kepada majalah kesayangan saya ini. Saya suka membaca majalah Dara.com sejak masih menuntut lagi dan pernah menghantar borang penyertaan untuk menjadi cover girl tetapi tidak berjaya. Tetapi akhirnya saya diberi peluang juga dan ia membuatkan saya berasa amat terharu rasanya.Terima kasih Dara.com!
Sejak bila Rini dan Rina membaca majalah Dara.com.
Rini: Sejak umur saya belasan tahun lagi, rasanya semasa umur saya 18 atau 19 tahun. Rina sendiri pernah menghantar penyertaan untuk pencarian cover girl Dara.com. Tak sangka akhirnya saya dan Rina terpilih. Tercapai juga impian kami. Alhamdulillah...
Rina: Sejak menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Ceritakan tentang kerjaya Rini dan Rina sekarang.
Rini: Di samping menyanyi, saya juga mengikuti kelas pengacaraan bersama Aznil Hj. Nawawi. Alhamdulillah, syabas dan tahniah buat Paknil dan Astro kerana membuka peluang kepada kami untuk mempelbagaikan lagi kebolehan yang ada. Namun, minat saya dalam bidang perniagaan juga tak pernah lentur. Setelah tamat pembelajaran saya di AF, saya telah mengambil langkah untuk membuka perniagaan secara online, www.nonacantek.webs.com.
Rina: Selain bidang muzik saya juga amat minat dalam bidang perniagaan pakaian dan aksesori. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan. Memandangkan saya minat berfesyen, saya kini menjual pakaian yang terpilih khas mengikut citarasa saya dan fesyen remaja masa kini.
Apakah hobi dan kegiatan yang Rini dan Rina lakukan pada waktu lapang?
Rini: Hobi saya adalah menyanyi. Sebagai penyanyi, saya perlu banyak berlatih untuk memantapkan lagi persembahan saya. Saya juga suka meluangkan masa dengan keluarga, jika ada masa dan rezeki lebih, saya akan bawa keluarga khususnya adik- adik saya menonton wayang, membeli-belah dan makan di luar. Kegiatan yang paling kerap saya lakukan adalah bermain dengan kucing kesayangan saya yang bernama KUPOK.
Rina: Saya amat meminati muzik. Apabila ada masa lapang saya akan keluar berkaraoke bersama kawan-kawan. Selain menyanyi, saya juga meluangkan masa bermain futsal. |
|
|
|
|
|
|
|
Rini Jadi Saudagar Nona Cantek

Wah! Bukan main lagi Murai Batu dengar pasal bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Zuzafrini Zulkifli atau Rini. Walaupun tersingkir awal dari AF7 tetapi rezeki Rini tetap ada.
Terdahulu, Murai Batu difahamkan sedang sibuk merakamkan single pertamanya yang dibuat khas oleh pencipta lagu Masih Jelas nyanyian Hafiz AF7, Aidit Alfian.
Namun, pada waktu itu Murai Batu diberitahu single tersebut hanya melibatkan Rini seorang. Bagaimanapun, single ini sudah bertukar apabila Rini menjemput adik kembarnya, Zufzarina atau Rina yang pernah masuk progam Jangan Lupa Lirik musim yang terbaru.
Selepas kisah single, Murai Batu didatangi berita baik apabila Rini sekarang sudah bergelar usahawan wanita. Murai Batu dapat tahu, Rini kini sibuk menguruskan jual beli baju wanita secara online.
Untuk perniagaan ini, Rini menamakan Nona Cantek. Yang penting, Murai Batu diberitahu setiap baju yang dijualnya ini adalah rekaan pilihan Rini. Dalam erti kata lain taste Rinilah.
Malah, Rini juga selalu menggayakan baju-baju ini ke majlis-majlis rasmi dan shownya. Apapun, Murai Batu berbangga dengan Rini kerana pandai mencari peluang untuk mendapatkan rezeki yang halal.
Malah, usaha yang Rini buat ini pernah dibuat pengacara dan pelakon popular Awal Ashaari yang turut menjual baju lelaki mengikut citarasanya.
Bagi sesiapa yang mahu membeli baju pilihan Rini bolehlah ke laman nonacantek.webs.com kerana di situ Rini telah meletak segala info dan baju yang menjadi urusniaganya.
Murai Batu pun teringin nak tempah untuk adik Murai Batu. Yelah, bukan senang nak dapatkan baju yang bersesuaian dengan imej bertudung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|