View: 12257|Reply: 119
|
TIPU lagi ke - Korea ke Syiria ?
[Copy link]
|
|
Romantika Mawi-Ekin - KOSMO
SIKAP skeptikal sesetengah pihak yang melabelkan golongan artis yang telah mendirikan rumah tangga akan hilang populariti seharusnta dibuang ke tepi.
Buktinya, kemunculan Mawi dan isterinya Ekin pada karnival amal mengumpul dana untuk rakyat Palestin yang diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu, terus mendapat perhatian peminat.
Aura anak seni yang popular dengan lagu Aduh Saleha itu dilihat terus terpancar tanpa ada pudarnya walaupun Mawi sudah menjadi suami orang pada 20 Disember tahun lalu.
Mawi dan isteri tidak menang tangan melayan peminat yang mengerumuni gerai aiskrim bagi mengutip dana buat rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita akibat sikap tidak berperikemanusiaan Israel.
Bukan itu sahaja, peminat turut berebut-rebut untuk bergambar dengan pasangan merpati dua sejoli itu walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi disalurkan ke tabung kebajikan Palestin.
Mawi yang muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai setelah bercuti panjang berbulan madu mengakui terharu dengan sambutan yang ditunjukkan peminat.
"Memang berdebar jugalah pada mulanya lebih-lebih lagi ini merupakan pertama kali saya muncul sebagai seorang suami serta ditemani isteri.
"Sebelum ini memang ada yang berkata biasanya selepas artis berkahwin mereka akan kehilangan aura dan peminat pula mulai hilang sedikit demi sedikit.
"Dalam soal ini, ternyata ia tidak berlaku. Saya cukup bersyukur dengan peminat yang masih menyokong kerjaya seni saya," bicaranya sambil memanjatkan sepenuh kesyukuran dengan rezeki yang berpihak kepada dirinya.
Hanya kegembiraan yang terlukis pada wajah anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor Bahru itu apabila gerai aiskrim yang mereka 'usahakan' di Amcorp Mall mendapat sambutan di luar dugaan.
"Banyak juga aiskrim yang berjaya dijual. Boleh dikatakan berkotak-kotak hingga tidak cukup tangan saya dan isteri dibuatnya.
"Mungkin faktor harga yang murah, tiga kotak dijual pada harga RM10, membuatkan orang ramai berpusu-pusu membeli.
"Situasi seumpama ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus melakukan kerja amal," kata Mawi yang turut terlibat dalam konsert khas di Istana Budaya pada malam Sabtu lalu.
Mawi juga tidak ketinggalan melelong seluar denim jenama Guess miliknya yang masih belum disarungkan dan kasut buatan pereka tersohor antarabangsa, Salvatore Ferragamo.
Mawi dan Ekin sebenarnya baru sahaja melangkah kaki kembali ke tanah air pada 22 Januari lalu setelah berbulan madu selama seminggu di Korea.
Sebaik pulang ke Malaysia, Mawi dan Ekin bercuti di Tanjung Sedili selama seminggu bagi menghabiskan sisa-sisa percutian panjang mereka setelah diijabkabulkan.
Momen romantis di Korea
Bercerita lebih lanjut tentang percutian indah di Korea, Mawi berkata, mereka menuju ke destinasi romantis, Nami Island.
"Kami sempat menyaksikan beberapa persembahan menarik di sana. Kenangan berada di Nami Island sambil berbulan madu memang tidak dapat dilupakan," beritahu Mawi sambil mengerling manja Ekin yang berada di sisinya.
MEMORI indah. Mawi kembali membawa Ekin ke tempat dia mula-mula melamar isterinya itu. :re: :re:
--------------------------------------------------------------------------------
Si isteri yang jelita dan ayu bertudung, yang pada awalnya hanya terdiam, mula membuka mulut. Menurut Ekin yang berpakaian sedondon kelabu sama dengan Mawi, dia cukup seronok dapat melawat Korea.
"Kalau sudah namanya pergi berbulan madu, mestilah saya gembira ditambah dapat melihat keindahan negara orang.
"Sambil itu saya turut terkenangkan saat dilamar Mawi yang ketika itu berada di Korea.
"Kiranya percutian kami ke Korea menjadi pengalaman paling manis sepanjang hidup saya," akui Ekin, 29, sambil tertawa manja.
Puas sudah bercuti selama dua minggu, jadual kerja Mawi yang padat semasa zaman bujangnya sebelum ini tidak menampakkan perubahan walaupun sudah bergelar suami.
Sebaik sahaja tamat agenda di karnival amal, pemuda berusia 27 tahun itu terus berkejar ke Istana Budaya, Kuala Lumpur bagi menjayakan Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan yang dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Difahamkan, Mawi tidak berapa sihat dan sedikit kepenatan berkejaran ke sana ke mari. Demi tidak menghampakan jemputan yang mengkehendaki dia berada di tempat berlainan, Mawi terus menggagahkan diri.
Itulah tanda Mawi masih diperlukan masyarakat meskipun terdapat suara-suara jahat mengaitkan penyanyi bersuara jantan itu akan hilang bintangnya selepas mendirikan rumah tangga.
Tampil berbaju putih, Mawi menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Allah Habibi dalam majlis yang turut diserikan oleh Misha Omar, Jaclyn Victor, Ramli Sarip dan ramai lagi.
Persembahan Mawi di Istana Budaya bagaimanapun tidak mengecewakan kerana dia yang terkenal mendendangkan lagu-lagu berirama tradisional kontemporari dan nasyid berupaya menzahirkan perasaan simpatinya dalam lagu tersebut.
BUKTI masih popular. Mawi dan Ekin meraih sambutan hangat peminat yang hadir pada karnival amal bagi mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Petaling Jaya baru-baru ini.
[ Last edited by coco at 4-2-2009 08:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ha ah ek... kata kat syria... |
|
|
|
|
|
|
|
oo ye ke... aku ingatkan yg dia call nak propose tu masa dia kat syria. ke aku yg salah ingat. |
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan mawi propose masa di syria ke? |
|
|
|
|
|
|
|
byk makan semut kot...tu yg lupa  |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham la apa kaitan korea ngan syiria? |
|
|
|
|
|
|
|
tang mana dia ada ckp p syria?erm...aku ada tlepas fakta kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang kat syria pun .. ke dia yang tak tau beza syria ..korea.. same je bunyik nye kat blakang |
|
|
|
|
|
|
|
giler arr diorg ni.. terlalu byk sgt menipu.. sampai x igt apa yg diorg ckp.. sedih tul..  |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu umor ekin tu 29 ke 30?  |
|
|
|
|
|
|
|
sok kalau g china ckp lamar kat china lak...pendek kata serata dunia la mawi melamar ekin, baru dapat  |
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam la korang nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 ladida's post
kalau ikut bulan kelahiran, 29 lagi kot. kalau ikut tahun, tahun ni dah 30.
itu taktik org2 yg x nak ngaku dah meningkat usia.. ikut bulan hehe (ala2 baby gitu) |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah...aritu kata melamar kat syria...masa mawi terlibat dalam program mawi di bumi anbia klu tak silap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awan_kelabu at 4-2-2009 12:55 AM 
kalau ikut bulan kelahiran, 29 lagi kot. kalau ikut tahun, tahun ni dah 30.
itu taktik org2 yg x nak ngaku dah meningkat usia.. ikut bulan hehe (ala2 baby gitu)
tu la dia...takot nampak tua sgt dr mawi tu kot...kalu kat depan ader angka 2 lagi kira ok la kot...compare dgn angka 3 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hani_rose85 at 4-2-2009 08:56 AM 
a'ah...aritu kata melamar kat syria...masa mawi terlibat dalam program mawi di bumi anbia klu tak silap..
confirm kat syria...ekin siap ckp nak tgk tangga tpt mawi duduk kat hotel tu...tangga tu rupanya dah diangkut ke korea rupanya  |
|
|
|
|
|
|
| |
|