SETIU: Lazimnya suasana hari pertama persekolahan meriah dengan kehadiran ratusan pelajar Tahun Satu yang memasuki alam persekolahan, tetapi bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya di sini, suasananya seperti hari persekolahan biasa kerana bilangan pelajar barunya cuma lima orang.
Guru Besarnya, Shallahuddin Jusoh, berkata walaupun suasana tidak semeriah tempat lain, pelajar baru di sekolah dalam ladang ini dirai dan gurunya komited menjalankan tugas mereka.
Katanya, faktor kekurangan murid bukan alasan mencuri tulang atau menjalankan tugas sambil lewa, sebaliknya pendorong bagi meningkatkan prestasi kerja dan kecemerlangan murid.
"Tahun ini jumlah keseluruhan pelajar kita ialah 42 orang. Bilangan paling ramai membabitkan pelajar Tahun Lima (13), Tahun Tiga (lapan), Tahun Dua (tujuh), Tahun Empat (lima), Tahun Satu (lima) dan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula dua orang.
"Kita juga beruntung kerana kementerian sangat prihatin dengan menambah dua lagi guru Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kecemerlangan murid," katanya ketika ditemui di sekolahnya, semalam.
Shallahuddin berkata, keadaan itu bagaimanapun membawa banyak kebaikan kepada murid, guru dan ibu bapa kerana selain berkenalan lebih rapat, masalah dan perkembangan murid dapat diketahui secara terperinci.
Katanya, hubungan antara guru dan ibu bapa pelajar sangat rapat dan mereka saling tolong-menolong jika ingin mengadakan jamuan atau sebarang majlis.
"Semua guru di sini memang rapat dengan pelajar kerana jumlah pelajar yang sedikit membolehkan kami menumpukan sepenuh perhatian berbanding sekolah yang mempunyai lebih 30 murid dalam satu kelas.
"Cabaran kami adalah untuk memastikan kecemerlangan peperiksaan kerana setiap pelajar membawa peratusan yang tinggi. Kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan pendidikan anak pekerja ladang setaraf pelajar di luar," katanya.
Katanya, sejak ditubuhkan pada 1970, jumlah pelajar di sekolah itu tidak pernah melebihi 100 orang dan jumlahnya semakin berkurangan sejak tugas pekerja ladang tempatan digantikan pekerja asing.
Creadits to Berita Harian Online http://www.bharian.com.my/
*** Komen aku... Seronoknya bebudak ni.. dah macam sekolah elit, 1 guru untuk 5 budak..ye tak? (Always look at the bright side of life)
Biras aku mengajor kat sekolah rendah on the way to Pekan, pun 50 orang. Tapi gaji sama ngan wife aku yang mengajor budak PMR kat sekolah yang ada 2000 murid.
sekolah mana kat Bangi yg students kena rejek tu? sekolah di BBB mmg penuh, mana tak nya....org kampung drp Sg ramal pun sekolah kat bangi, org kajang pun sekolah kat bangi, ni kes mak ayah kerja UKM atau yg dekat2 situ la..anak2 di htr ke nursery dekat sekolah...so parents on the way nak ke pejabat, htr sekali la... kalau ikutkan...BBB ni penduduknya dan sekolah sama aja, maknay seimbang la..
Anak saya last friday regitered di SMK Jln 4, ada murid tinggal kat Semenyih lagi tu....tp sebab tu sekolah bagus, mak ayah kenala korban......
Kakak aku nyer skolah kat Bintulu nie tahun lepas lagi best.. dalam 12 orang jer muridnya dari darjah 1 sampai 6. Jumlah guru pulak 7 orang. Skarang nie tak silap aku ada ramai guru dari Semenanjung masuk... sampai cukup 11 orang. Kiranya murid situ sorang satu cikgu.
Originally posted by Muntz at 5-1-2009 03:59 PM
Kakak aku nyer skolah kat Bintulu nie tahun lepas lagi best.. dalam 12 orang jer muridnya dari darjah 1 sampai 6. Jumlah guru pulak 7 orang. Skarang nie tak silap aku ada ramai guru dari Semenanj ...