CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31674|Reply: 1345

1 Oktober sasaran baru PKR

[Copy link]
Post time 23-9-2008 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Selasa September 23, 2008

1 Oktober sasaran baru Pakatan, kes Anwar esok
Oeh G. MANIMARAN dan ARIFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru - 1 Oktober ini - cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.

Pada 16 September lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun menolak permintaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.

Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.

"Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.

"Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.

"Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman," katanya.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.

"Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu," katanya.

Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu.

Esok, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

"Esok mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua pihak untuk mementukan permintaan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," kata salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan esok ataupun sebaliknya kerana ia bergantung kepada mahkamah selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

"Sukar untuk dikatakan sekarang... kami ada banyak perkara untuk dihujah," katanya.

Pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan esok ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

Anwar, 60, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar kini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 02:28 PM | Show all posts
Dah Tian Chua plak..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:29 PM | Show all posts
18,20,23,1,13................ada lagi nombor2 lain.....?   Patut la dia asik kata "WE HAVE THE NUMBERS"...........
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:30 PM | Show all posts
'selamat hari raya'
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:30 PM | Show all posts
1 Oktober sasaran baru PKR

jangan le malu2 letak tahun ..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:30 PM | Show all posts

Reply #1 kukulangau's post

1 hb lak ek
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:30 PM | Show all posts
tak de tarikh lain ke yg lebih best, org nak raye sapalah nak bersidang kat parlimen tu. tah pape
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:32 PM | Show all posts
Eh....Azmin bila plak nak cakap..asik Bung Nuar, Syed Hussein, LKS, Tian Chua ngan Wan Jijah je..

Buat lah...boleh digelakkan beramai2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by red_devilgiggs at 23-9-2008 02:30 PM
1 hb lak ek

16 september, 23 september,  1 oktober, 9 oktober 2008, 16 september 2013....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:37 PM | Show all posts
REFORMASI!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:38 PM | Show all posts
Anwar ni dah jadi "laughing stock".......... tinggal balaci2 je yg masih percaya dia nak jadi PM..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:38 PM | Show all posts
udah2 la omomg2 kosong... org nak raya hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 02:41 PM | Show all posts

Pakatan says in handover talks with gov't

Pakatan says in handover talks with gov't
Sep 23, 08 12:06pm
The Pakatan Rakyat opposition said it has begun negotiations with the ruling coalition over a transition of power, after it claimed to have signed up enough defectors to topple the government.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:41 PM | Show all posts
hari raya ada ke agung nak layan . adoi cari la tarikh lain yang logik siikit

nampak sangat tarikh tu auta. macam main no ekor pulak. ni mesti penyokong anwar dengan sepenuh jiwa raga tunggu kat depan istana nak angkat sumpah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:42 PM | Show all posts
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
REEEEEEFORMASI!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:42 PM | Show all posts
Bagi la chance org nak beraya...
Tak abih2..................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 02:45 PM | Show all posts
mmg sumer tuh seperti yg dirancang... korang otak kacang aper tau.. hahahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:46 PM | Show all posts

Reply #15 orangdalam's post

reformasi yg semakin meragukan la OD.... mcm mana la nak ganti gomen camni....
pakatan yg penuh misteri........ silap2 hrbulan PAS tarik diri dr pakatan...... dgn DAP kat dlm tuh huhhu.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:46 PM | Show all posts
udah2 le tu dok meroyan di bulan posa ni. Cari malam lailatul qadar lagi paedah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:46 PM | Show all posts

Reply #11 altimi's post

pastu gelakkan org lain sbb xnk percaya bung nuar
kelakar siol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-4-2023 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.115017 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list