CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
Author: syafali

[Accesories & Hobbies] CIMB Unit Trust @ CIMB Dana Amanah

[Copy link]
Post time 16-10-2008 03:02 PM | Show all posts
Petikan dari Berita Harian 16 Oktober 2008


CIMB-Principal pilih lapan Dana Utama
Oleh Nor Liza Ahmad


Pelabur boleh buat pelaburan secara defensif dalam keadaan pasaran tidak menentu

CIMB-Principal Asset Management Bhd memilih lapan daripada 70 dana yang diuruskannya sebagai Dana Utama yang membolehkan pelabur membuat pelaburan secara defensif dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Dana itu termasuk dana konvensional iaitu CIMB-Principal Equity Fund, CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund, CIMB-Principal Balanced Fund dan CIMB-Principal Bond Fund.

Empat dana lagi adalah berlandaskan syariah iaitu CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund, CIMB Islamic Dali Equity Fund, CIMB Islamic Balanced Growth Fund dan CIMB Islamic Balanced Fund.

Ketua Eksekutif CIMB-Principal Asset Management, Datuk Noripah Kamso, berkata lapan dana berkenaan mempunyai pulangan yang konsisten dalam jangka panjang.

Katanya, dana berkenaan juga dilaburkan dalam pelbagai sektor dan kelas aset yang meluas.

"Ia (dana) bukan saja mudah difahami tetapi juga mudah untuk dilabur," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Pelaburan CIMB-Principal Asset Management, Raymond Tang.

Beliau berkata, pelaburan yang dibuat perlu mengambil kira prospek jangka panjang dan pelabur disarankan supaya membuat pelaburan secara konsisten bagi memperoleh pulangan yang baik.

Katanya, selain mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka, pelabur juga dinasihatkan mempunyai paten pelaburan yang berdisiplin.

"Selain bersedia berdepan sebarang situasi terutama ketika pasaran mengalami kejatuhan, pelabur perlu bijak memanfaatkan peluang ketika pasaran lembap dengan melakukan pembelian pada harga murah," katanya.

Noripah berkata, CIMB-Principal Asset Management menggariskan lima strategi yang boleh dimanfaatkan pelabur dan membantu mereka berdepan keputusan sukar, terutama dalam keadaan pasaran yang lemah.

Katanya, dalam keadaan pasaran global semasa yang turun naik, ada pelabur mengambil keputusan untuk melepaskan pegangan mereka dan kaji selidik menunjukkan dalam keadaan terdesak, pelabur juga sanggup menjual pada harga rendah.

"Bagi menikmati pulangan yang baik, pelabur dinasihatkan terus kekal berada dalam pasaran dan membuat pelaburan secara konsisten," katanya. Antara lain, pelabur juga disaran mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam sektor berlandaskan Syariah yang mana mampu memberi pulangan memberangsangkan.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 16-10-2008 03:19 PM | Show all posts
Tq stucke!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 03:42 PM | Show all posts

Reply #122 syafali's post

my pleasure ...  

sale sale sale..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 08:59 PM | Show all posts
IKKL dijangka ke paras 1,000 mata

Petikan Utusan Malaysia 16 Oktober 2008.

KUALA LUMPUR 15 Okt. - CIMB Principal Asset Management (CIMB Principal) mengunjurkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) kembali berada pada paras 1,000 mata menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Pelaburannya, Raymond Tang berkata, unjuran itu berdasarkan kepada keadaan pasaran tempatan kurang merasai impak daripada krisis kewangan global.

''Saya berpendapat pasaran tempatan kurang turun naik meskipun ia kini menunjukkan aliran menurun, tetapi saya rasa terlalu awal untuk menjelaskan risiko impak yang akan dirasai pada masa depan (ekoran krisis tersebut),'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat bertajuk, 'Bagaimana melabur di pasaran yang sukar', di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif CIMB Principal, Datuk Noripah Kamso.

Raymond menjelaskan, ketidakstabilan pasaran tempatan semasa bukan disumbangkan oleh dasar pasaran yang lemah tetapi sikap pelabur yang terlalu cepat panik dan berasa bimbang dengan persekitaran semasa.

''Ini bukan masa untuk bersikap panik tetapi perlu bijak bertindak dengan membuat keputusan dalam melabur.

''Namun, pelabur perlu memahami bahawa melabur di dalam pasaran saham telah menunjukkan bukti bahawa setiap kali ia menurun maka ia akan naik, daripada situ, keuntungan boleh diperolehi,'' katanya.

Sementara itu, Noripah mencadangkan kepada pelabur supaya memberikan tumpuan kepada portfolio pelaburan bertempoh tiga hingga lima tahun dan sentiasa mengamalkan sikap suka menabung secara tetap meskipun pada kadar minimum RM100 sebulan kerana ia lebih murah, selamat dan menguntungkan.

''Perbuatan melabur dengan jumlah wang yang banyak dan kemudian tidak berbuat apa-apa terhadapnya adalah satu tindakan pelaburan yang tidak tepat,'' ujarnya.

Dalam masa yang sama, Noripah turut mencadangkan lapan dana induknya yang telah diperkenalkan di pasaran sebelum ini untuk dijadikan pilihan oleh pelabur dalam keadaan persekitaran yang sukar ini.

Menurutnya, dana-dana tersebut mudah difahami dan dilaburkan serta memiliki portfolio yang luas serta dibahagi kepada dua segmen iaitu dana berasaskan syariah dan juga dana konvensional.

Empat dana berasaskan syarikat itu ialah CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund, CIMB Islamic DALI Equity Fund, CIMB Islamic Balanced Growth Fund dan CIMB Islamic Balanced Fund.

Dana konvensional pula ialah CIMB-Principal Equity Fund, CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund, CIMB-Principal Balanced Fund dan CIMB-Principal Bond Fund.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by stucke at 16-10-2008 03:42 PM
my pleasure ...  

sale sale sale..



SAPU...SAPU....SAPU...sampai boleh bukak branch.Hihihihi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:52 AM | Show all posts
sale sale sale?

sapu sapu sapu?

itu yang penting dan menjadi matlamat, ataupun memastikan kebajikan investor macam aku ni terjaga? kenapa tak cakap servis servis servis?

kata wealth planner, tapi nampak macam salesman tamak aje?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 12:35 PM | Show all posts
page mendap :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 11:39 PM | Show all posts
mendap lagi ke!!!!???
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 17-10-2008 11:40 PM | Show all posts
3 kali mendap!!!!:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by nancygirl at 17-10-2008 10:52 AM
sale sale sale?

sapu sapu sapu?

itu yang penting dan menjadi matlamat, ataupun memastikan kebajikan investor macam aku ni terjaga? kenapa tak cakap servis servis servis?

kata wealth plan ...


Hello nancygirl.Jangan la mudah melatah.Tujuan saya cakap sapu sapu sapu tu pada si stucke.Itu bermaksud supaya kami kerja keras untuk mencari lebih ramai client.Paham2 la kerja ni mana ada basic salary dan bukan semua orang boleh jadi wealth planner.Jangan mudah buat prasangka ye.You x kenal i n how i service my client.Nancygirl boleh tanya mana2 consultant,semua nya jenis yg akan bekerja keras dan TAMAK mencari sales dan client.Kalau kami xder sikap TAMAK dalam mencari sales,alamat kami bukan seorang yg berjaya dalam bidang ni.

Namun begitu I seorang yang always give a good service with my clients.Kalau Nancy dpt consultant yg x beretika,saya simpati dgn cik nancy.You just so emotional.Bawak bertenang.I minta maaf kalau sapu sapu sapu membawa maksud negatif pada diri you.


[ Last edited by  syafali at 17-10-2008 11:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 17-10-2008 11:43 PM


Hello nancygirl.Jangan la mudah melatah.Tujuan saya cakap sapu sapu sapu tu pada si stucke.Itu bermaksud supaya kami kerja keras untuk mencari lebih ramai client.Paham2 la kerja ni mana ada b ...


rilex syafali...
aku kalo nancygirl tu invest RM50 juta ngan haku, aku setia pada dia sorang jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by hasribus at 18-10-2008 12:40 PM


rilex syafali...
aku kalo nancygirl tu invest RM50 juta ngan haku, aku setia pada dia sorang jer...



Hahahahaha.Tapi kena gak carik another 50 million prospect tak gitu??Sorang x cukup lg tu.Kita muda gi,kerja lebih keras...hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 08:30 PM | Show all posts
Not The Time To Panic But Time For Wise Investments In Bursa

The current sluggish momentum in the local bourse is not because of any fundamental weakness but more due to jittery investors sentiments, said CIMB-Principal Asset Management Bhds chief investment officer, Raymond Tang.

The local market has already factored in the impact of the financial meltdown in the United States and Europe, he said, adding that it is also adjusting and taking into account the recession that is expected to take place in the United States.

"I think our market is less volatile, (but whether) it has bottomed, I think it is still too early to say (no one knows) how much further the engine (financial market in the West) has been damaged," he said during a briefing on how to invest in a difficult market.

At 4pm the Kuala Lumpur Composite Index shed 18.89 points to 947.17. CIMB-Principal year-end target for the Index is 1,000 points.

Hence, it is not the time to "panic" but the time to make wise investment decisions as it has been proven that when the market goes down it will rebound and there will be gains to be made.

Tang said even during the massive downturn, the local bourse did not take a nosedive like the other regional markets.

"Malaysia's market fell far less then the neighbouring countries. If you see in the last two weeks, the local bourse fell between six and seven per cent versus the neighbouring countries, which fell 20-30 per cent. But, of course when the markets rally, we go up less."

For Malaysia, it is more of a "pot hole" and not a "bump."

"Hold on for a while because the whole market is in chaos. So, explore the situation and be less panicky. Those with a clearer mind will profit compared with those who panic," he said.

Investors should also focus on a 3-5 years time horizon, said CIMB-Principals chief executive, Datuk Noripah Kamso.

It is just time to slowdown a bit, take a look around and when things are fine, move ahead, Tang said, adding that even CIMB-Principal has deferred plans to launch about two funds, of which one is a real estate fund.
"The funds were planned for last year, we deferred it for six months, then another six months as there is no point selling funds at the current market situation," he said.

As for funds exposed to the global market, he said CIMB-Principal has positioned itself in companies that will survive recession.

On the other hand, Noripah said CIMB-Principal has reached out to the investing public via its new Flagship Fund initiative to enable the investing public to invest defensively during the current market volatility. The flagship fund consist of eight core funds with consistent long-term risk adjusted returns. She said the funds are widely diversified across different sectors and assets.

*The above article was extracted from Bernama.


p/s:Buat para pelabur dan juga bakal pelabur,ini bukan masanya kita nak buat andaian yang ekonomi kita meleset.Memang ada sedikit sebanyak kesan dari kemelesetan ekonomi Amerika dan Europe.Namun kita tidak bergantung kepada mereka sahaja dan dagangan kita di negara-negara Asia juga memang tinggi dan in term of liquidity,Asia adalah lebih tinggi dari Amerika dan juga Eropah.

Jadi jangan kelam kabut,tarik nafas dalam2.Say to yourself this is an OPPORTUNITY to me.Adopt mid to long term and make a regular investment to practise the dollar cost averaging.Pick the right fund and always keep in touch with your consultant.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 08:49 PM | Show all posts
16-06-2008: World Bank: Positive outlook for Malaysia
by Joyce Goh


KUALA LUMPUR: In the midst of a challenging environment, the World Bank remains positive on the outlook of growth for Malaysia.

揥e remain very optimistic in general for East Asia and Malaysia specifically. We see a government that is working hard on the issues that it抯 being confronted with. We believe the growth can be sustained,
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:21 AM | Show all posts
syafali n all the great consultant..

I SUPPORT U ALL !!!

Kepada semua ahli forum,

sudahkah anda punyai matlamat persaraan anda ?
Jika sudah, tahniah ! Apakah plan persaraan anda dan yang lebih penting bagaimana dengan perkiraan untuk capai matlamat anda itu ?

Kami sedia membantu yang terbaik untuk anda .
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 11:29 AM | Show all posts
salam..

nk tanye, mcm sy ni blum pun ade simpanan tetap lg.. duit gaji abis tuk byar utang je.. tp tringin gak la nk menyimpan n melabur..

ade cara ke? kalau utk byar setiap bulan 100 tu masih ok lgi pd saya.. kalu pelaburan dlm cimb wealth ni, utk jangka masa 3 thn brape keuntungan sy dpat ye.. maaf la, masih tak clear lg pasal pelaburan ni.. tp nk buat..

TQ
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 28-10-2008 04:15 PM | Show all posts
takde ke jwpn utk sy....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 04:45 PM | Show all posts
nasihat ikhlas dari saya, kalau belum ada simpanan dan baru belajar nak menyimpan, buatlah simpanan/investmen yang dijamin selamat atau risiko yang paling sedikit.
Masuklah dalam ASB ke yang capital guaranteed.
Kalau nak melabur dalam unit trust boleh juga tapi kebanyakan takde capital guranteed. kalau ada pun mungkin kena tunggu matang dulu atau pun return tak banyak mana, mungkin lagi kurang berbanding ASB. Sekian sekadar nasihat ikhlas.dalam
Originally posted by ryani83 at 28-10-2008 11:29 AM
salam..

nk tanye, mcm sy ni blum pun ade simpanan tetap lg.. duit gaji abis tuk byar utang je.. tp tringin gak la nk menyimpan n melabur..

ade cara ke? kalau utk byar setiap bulan 100 tu ma ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 11:28 AM | Show all posts
salam....tumpang tanya..., betul ke pelaburan cimb ni ada jaminan? sebab ada satu agent ni bagi client dia sign perjanjian yang client dia boleh dapat untung dengan kadar yg dia tetapkan dalam masa 2 tahun.

setahu saya lah....mana2 pelaburan ada risk....berani betul ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 02:33 PM | Show all posts
high risk high return..think about it..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-8-2022 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.077932 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list