CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 132953|Reply: 342

[Accesories & Hobbies] CIMB Unit Trust @ CIMB Dana Amanah

[Copy link]
Post time 20-3-2008 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Senarai nama agen CIMB Wealth Advisors disini:-




1.
Nama:syafali
Email:syafali_izwan@yahoo.com
No tel:019-3641101
Location:Seremban,Shah Alam,Petaling Jaya,Kuala Lumpur

2.
Nama:metaaura
Email:mazlan_at@yahoo.com
No tel:016-2552009
Location:Selangor,KL,Seremban dan Sabah(Tawau)

3.
Nama:adamalek
Email:
No tel:019-3401724
Location:Klang Valley,Seremban

4.
Nama:Ahmad Damanhuri
Email:ahmad3991@gmail.com
No tel:017-9046373/013-3279903
Location: Klang Valley and Kelantan. Coming to all over Malaysia.

5.
Nama  :azizul ariffin
Hp no :012-5518271
Location: penang,kedah,taiping

6.
Nama : Mohamad Fawzi Bin Shamsul Annuar
Email : mfawzisa@yahoo.com
No Tel : 019 271 8289
Location : NKVE

7.
Nama:      Daa Hj.Ahmad
Email:       ida.cimb@yahoo.com
No tel:     019-9898945
Location: Kelantan Teritory

8.
Nama: Nur diiyana
Email: diey_sm@yahoo.com
Location: Klang, KL, Shah Alam

9.
Nama: Emmy
Personal Financial Advisor
CIMB Ipoh
017-500 2215



p/s:Kepada agen CIMB WA yg lain,sila pm saya utk beri keterangan diri anda.Tq.

[ Last edited by  syafali at 29-1-2009 12:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 01:36 AM | Show all posts
Apakah CIMB Unit Trust?

Ia adalah satu pelaburan jangka masa sederhana(3 tahun) ke panjang(5 tahun ke atas) di mana pelaburan anda di uruskan oleh pengurus dana di CIMB Wealth Advisors.Namun begitu,pelabur boleh mengeluarkan wang yang dilaburkan pada bila-bila masa.Bermaksud tidak semestinya anda perlu tunggu 3 tahun baru nak boleh bawa keluar.

Anggaran pulangan yang anda boleh dapat di CIMB Wealth Advisors adalah antara 12-15% setahun.Ini sudah cukup memberikan anda keuntungan lebih dari pelaburan anda di ASB,Tabung Haji,Simpanan Tetap malahan caruman anda di KWSP.Walaupun pulangan ditempat2 yang saya sebut tadi rendah,pujian harus diberikan kepada mereka yang mempunyai simpanan kerana sekurang-kurangnya mereka ada kesedaran utk menabung dan memikirkan keperluan masa hadapan.

Pelaburan dana amanah di CIMB Wealth Advisors adalah diuruskan oleh pengurus dana yang bertanggungjawab utk memastikan di mana wang pelabur harus dilaburkan.Setiap dana ada pengurus dana yang tersendiri dan pemegang amanah untuk setiap dana itu akan memastikan pengurus dana melaburkn duit pelabur ditempat yang betul.

Namun begitu,Suruhanjaya Sekuiriti juga bertanggungjawab utk mengawal selia kerja-kerja yang dilakukan oleh pengurus dana dan industri dana amanah ini dipantau oleh Bank Negara.Jadi pelabur dan bakal pelabur tidak perlu risau akan risiko yang dihadapi kerana ianya sah di sisi undang-undang.

Memandangkan pelaburan dana amanah ini adalah satu tempoh jangka masa sederhana ke panjang,risiko utama pelabur hanyalah MASA!!!Jika pelabur tidak bersabar utk mengembangkan wang dalam dana amanah,ini bukan bentuk pelaburan yang sesuai untuk anda.Paling tidak pun biarlah wang anda berkembang utk tempoh setahun.

Di CIMB Wealth Advisors,anda boleh melabur serendah RM100 sahaja iaitu untuk dana konvensional.Manakala untuk dana syariah ialah RM500.Cuma di CIMB Wealth Advisors sahaja yang menawarkan permulaan pelaburan yang cukup rendah.

Mungkin ada yang sensitif dgn hukum syariah akan tetapi tidak mempunyai cukup wang.Anda boleh mulakan RM100 setiap bulan dan apabila nilai pelaburan anda melebihi RM500,kita boleh tawarkan servis switching di mana wang pelaburan anda akan ditukarkan ke dana syariah.Tiada caj dikenakan untuk khidmat switching!

Untuk pengetahuan semua,tiada jumlah had tertentu utk melabur dalam unit trust.Pelaburan boleh dilakukan secara tunai atau pun melalui pengeluaran KWSP.Untuk pengeluaran KWSP,umur dan baki Akaun 1 pelabur amat diperlukan supaya boleh menentukan jumlah pelaburan yang boleh dibuat.Hanya 20% sahaja boleh dikeluarkan dari jumlah penolakan baki yang mesti ada dalam Akaun 1.Contohnya:-

Umur:37
Baki Akaun 1: RM56,000
Baki Akaun 1 yang perlu tinggal: RM34,000

Cara pengiraan:- 56,000 - 34000=RM22,000
Jumlah pelaburan: RM22,000 x 20%=RM4400

Jadi jumlah pelaburan yang boleh dibuat adalah RM4400.Saya akan lampirkan jadual pengeluaran KWSP mengikut had umur dalam posting yang akan datang selepas ini.

Terdapat dua cara untuk melakukan pelaburan dalam dana amanah CIMB iaitu lump sum(sekali masuk) atau pun simpanan bulanan(serendah RM100).Ianya terpulang pada pelabur.

Saya rasa cukup dahulu untuk pengenalan.Anda boleh berhubung dengan konsultant CIMB yang anda hendaki.

Terima kasih.

[ Last edited by  syafali at 20-3-2008 02:53 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 10:04 PM | Show all posts


[ Last edited by  syafali at 21-3-2008 10:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 02:31 PM | Show all posts
Aku nak citer sikit pasal agensi agensi CIMB Wealth Advisors ni.

Bila join agensi ni kena berhati hati sikit. Kalau salah join, kisah anda akan serupa saja seperti dibawah.

Kisah typical seorang agent CIMB baru :

1) Disuruh keluar buat sale. Hala tuju ikut suka sendiri. Exam belum duduk/tak pass takper. Boleh parking kat upline.

2) Upline tolong sekali dua je. Lepas tu pandai pandai sendiri.

3) Walaupon masih baru & mengharapkan bantuan upline, upline akan set terms for commission sharing (50%-50% etc) kalau ada prospect bagus.

4) Walaupon sendiri masih merangkak, di suruh merekrut. Kalau tak bawak org dtg BOP akan di denda $$$.

5) Product knowledge very poor, technical knowledge very bad. Soft skill jadi keutamaan; body language, act like a YB, mirroring etc. Presentation macam "one size fit all", cliche selalu dipakai "Ways to profit from unit trust...capital gains, distribution and unit split. Expected profit between 10-15% per year." Tak kira untuk fund apa pon inilah statement yg diulang ulang. No substance.

6) Push fund sebelum distribution date/unit split. Bagi tau kat client it is upfront profit. Siap tulis surat kat proposal yg dilampirkan lagi.

7) Bila income dah stabil sikit, or close big sale (walaopon nasib), upline akan suruh commit dengan beli keter BMW/Merz ataupon apa keter lain yg mahal.

8) Bila dah promote pi AS, upline akan push pi attend Train The Trainer under Dr L.W.N...harga RM12,000 keatas. Kalo kata takde duit, upline akan kata "Don't worry about the money. Just attend...you akan dapat balik lebih banyak lagi. Layan jer...."  Kalo ajen berkeras tak mo join, upline akan tarik muka and start boycott. Hakikat sebenar: uplines akan dapat comission kickback for every participant introduced.

9) Seseorg kalo nak berjaya, must be "teachable". Kata kata upline adalah mutlak, walaopun it defies common sense.

10) Very limited technical and product knowledge and trainings on these are given. Reason: "Don't be technical, or else you will attract technical prospects and clients."

11) Kalau client rugi duit dalam sesuatu fund, sell and buy back into a new fund. Kalau buat duit pun buat macam tu. Churn, jangan tak churn.

12) Upline akan organise talks and trainings, charge downlines beratus $$ to attend. Tak kira kalau downline baru join ke pokai.

Oleh itu, berhati hati. Jangan terlalu teruja dan ghairah dengan apa yg anda dengar dan nampak. Do research before you join an agency.

Mesej ini adalah untuk menceritakan tentang modus operandi sesetengah agency di CIMB Wealth Advisor, tiada niat utk mengatakan ini bagus dan ini tidak bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 06:24 PM | Show all posts
Originally posted by kampungan at 22-3-2008 02:31 PM
Aku nak citer sikit pasal agensi agensi CIMB Wealth Advisors ni.

Bila join agensi ni kena berhati hati sikit. Kalau salah join, kisah anda akan serupa saja seperti dibawah.

Kisah typical se ...


ko ex-CIMB agent ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by kampungan at 22-3-2008 02:31 PM
Aku nak citer sikit pasal agensi agensi CIMB Wealth Advisors ni.

Bila join agensi ni kena berhati hati sikit. Kalau salah join, kisah anda akan serupa saja seperti dibawah.

Kisah typical se ...



Kat sini pun nak buat postng yg sama??Nampak sangat awak seorang typical manusia yg menyerah kalah dan menyalahkan org lain atas kekalahan diri sendiri.Saya simpati dgn anda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 03:53 AM | Show all posts
Originally posted by syafali at 22-3-2008 06:30 PM



Kat sini pun nak buat postng yg sama??Nampak sangat awak seorang typical manusia yg menyerah kalah dan menyalahkan org lain atas kekalahan diri sendiri.Saya simpati dgn anda.


Simpati itu anda boleh simpan untuk diri anda sendiri. Buka minda dan mata anda. Ada otak fikir, ada mulut bertanya. Jangan sombong dengan kenyataan kenyataan berbau sinis anda, terutamanya sekiranya anda masih setahun jagung di dalam industri ini. Hingus anda masih belum kering untuk melihat hakikat yang sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by kampungan at 22-3-2008 02:31 PM
Aku nak citer sikit pasal agensi agensi CIMB Wealth Advisors ni.

Bila join agensi ni kena berhati hati sikit. Kalau salah join, kisah anda akan serupa saja seperti dibawah.

Kisah typical se ...


Apahal pulak si kampungan ni, nak kena "basuh" agaknya ni...:@ Ni mungkin agen dari company lain ni, anda mungkin nak kena saman agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 03:01 PM | Show all posts
Salam bro, masukkan aku sekali.

Nama:Ahmad Damanhuri
Email:ahmad3991@gmail.com
No tel:017-9046373/013-3279903
Location: Klang Valley and Kelantan. Coming to all over Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #8 ahmaddamanhuri's post

Jangan dilayan je.Kita carik rezeki kat sini,nak intro diri pun x nak.Take it or leave it.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 06:13 PM | Show all posts
CIMB-Principal Perkenal Dana Timur Tengah Dan Afrika Utara

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Di tengah-tengah ketidakpastian pasaran global, CIMB-Principal Asset Management Bhd telah menampilkan sebuah dana ekuiti baru yang memberikan para pelabur akses terus kepada kemakmuran rantau yang kaya dengan minyak untuk mempertingkatkan portfolio pelaburan mereka yang berpotensi.

Dikenali sebagai CIMB-Principal Middle East and North Africa (MENA) Equity Fund, ia menawarkan pelabur peluang untuk mencari pulangan menyeluruh melalui pelaburan dalam sektor harta dan kewangan di rantau MENA, yang bersedia untuk memperolehi daripada projek infrastruktur besar-besaran, yang mendapat manfaat daripada harga minyak yang lebih tinggi.

Ketua eksekutif CIMB-Principal Noripah Kamso berkata rantau MENA yang belum diusahakan itu menarik kerana ia kini kurang terdedah kepada kemudahruapan di pasaran global,

"Perhubungannya yang rendah kepada pasaran dunia memberikan kepelbagaian segera kepada portfolio pelaburan seseorang itu," katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai dana MENA di sini hari ini.

"Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang disatukan menambah kepada lebih 16.5 peratus permodalan pasaran sedang muncul global tetapi mereka tiada wajaran dalam Indeks pasaran sedang muncul (EM) MSCI dan daripada segi sejarah terbukti kurang bergolak apabila pasaran sedang muncul global tertekan," katanya.

Noripah juga berkata rantau MENA, yang sebelum ini terlepas pandang, berpotensi menawarkan pulangan yang menarik kerana ia berniaga pada nisbah harga kepada perolehan 16.4 kali, satu penilaian yang lebih murah berbanding dengan pasaran sedang muncul lain di Asia yang berniaga sebanyak 21 kali.

Beliau berkata dana itu mempunyai sasaran penanda aras pertumbuhan 10 peratus dalam nilai aset bersih (NAV) setahun.

"Malah dalam kes paling teruk, pelabur boleh mengharapkan pulangan positif sebanyak lima hingga enam peratus," katanya.

Dana sambungan baru itu melabur sehingga 98 peratus dari nilai aset bersihnya dalam Ocean Fund/Equities MENA Opportunities Fund, dana berasal dari Luxembourg yang melabur terutamanya dalam saham syarikat yang mempunyai operasi besar dan disenaraikan di negara MENA, seperti Mesir, Jordan, Lebanon, Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tunisia dan Maghribi.

Bagaimana pun, ia mengelakkan pelaburan dalam negara yang berpotensi tidak stabil seperti Iraq, Iran dan Israel.

Dana itu mempunyai NAV pembukaan 50 sen seunit dangan pelaburan minimum RM1,000.

Saiz dananya yang diluluskan ialah 300 juta unit dan yuran pengurusan tahunan ialah 1.8 peratus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 06:19 PM | Show all posts
Noripah CEO terbaik 2007

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Ketua Eksekutif CIMB Principal Asset Management Bhd., Datuk Noripah Kamso dipilih untuk menerima Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik 2007 di Malaysia bagi Anugerah Terbaik Asia Asset Management.

Anugerah itu anjuran majalah Asia Asset Management.

Noripah yang merakamkan penghargaan berkata, sokongan berterusan daripada para pelabur telah membolehkan CIMB Principal mencapai prestasi yang baik.

Aset di bawah pengurusan CIMB Principal mencatat pertumbuhan sebanyak RM19.2 bilion pada tahun lepas, menjadikan ia pengurus dana terbesar di negara ini.

Sebelum ini, Noripah juga memenangi Anugerah Personaliti Pemasaran Terbaik Serantau anjuran majalah itu pada tahun 2005 dan 2006.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 06:22 PM | Show all posts
CIMB-Principal sasar pulangan 12 peratus dana baru syariah

CIMB-Principal Asset Management Bhd mensasarkan pulangan antara lapan hingga 12 peratus setahun bagi dana patuh syariah barunya, Islamic DALI Equity Theme Fund.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Noripah Kamso, berkata dana berkenaan akan dilaburkan dalam sektor berpotensi tinggi seperti minyak dan gas, perladangan terutama sawit dan pembinaan yang mendapat suntikan projek pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Sebanyak 98 peratus aset bersih dana ini akan dilaburkan dalam ekuiti yang mematuhi syariah di Bursa Malaysia, " katanya pada sidang media selepas pelancaran dana berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.



Turut hadir, Ketua Pegawai Pelaburan CIMB Principal, Raymond Tang Chee Kin.

Dana berkenaan yang akan diuruskan CIMB Wealth Advisors dan CIMB Bank mempunyai saiz diluluskan sebanyak 600 juta unit.

Ia ditawarkan pada harga 25 sen seunit dengan pelaburan minimum adalah RM1,000.

Mengulas mengenai rancangan CIMB Principal tahun ini, Noripah berkata, syarikat itu merancang memperkenalkan 20 dana baru tahun ini.

"CIMB Principal mensasarkan untuk mengurus aset bernilai RM26 bilion sehingga akhir tahun ini berbanding RM19.6 bilion tahun lalu," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 06:25 PM | Show all posts


[ Last edited by  syafali at 29-3-2008 01:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by syafali at 23-3-2008 06:25 PM
http://img183.imageshack.us/img183/3620/cimb20islamic20dali20eqbd2.jpg


nice brochure bro...good that CIMB ada bagi brochure macam ni untuk memudahkan UTC. UOB OSK , RHB and Prudential pon dah lama buat marketing collateral macam ni.

anyway, kecik sangat la. ada yang besar sikit tak? and kalau boleh, jangan save kat imageshack. try photobucket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 11:15 PM | Show all posts

Reply #15 hasribus's post

Terima kasih atas pandangan saudara.Amat dihargai.Insya-Allah,saya akan buat apa yg dicadangkan oleh saudara.Buat masa ni saya sibuk sikit.Ada masa nanti saya guna kan photobucket tu.

tq.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:09 AM | Show all posts
SALAM SUMA..
1 thread yg bagus untuk suma agen2 CIMB..

NAMA :AZIZUL ARIFFIN
EMAIL:RILEXUS_2C@YAHOO.COM
HP NO:012-5518271

UNTUK SESIAPA DI UTARA YG INGIN MENGETAHUI DETAIL KELEBIHAN CIMB UNIT TRUST BOLEH HUBUNGI SAYA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 10:52 PM | Show all posts
CIMB-Principal lancar dana ekuiti infrastruktur Asia

KUALA LUMPUR 25 Mac - CIMB-Principal Asset Management Bhd. (CIMB-Principal) yang melancarkan Dana Ekuiti Infrastruktur Asia CIMB-Principal hari ini menetapkan sasaran dana itu mampu memberi pulangan sebanyak 10 peratus setahun.

Ketua Eksekutif CIMB-Principal, Datuk Noripah Kamso berkata, dana tersebut menawarkan akses pelaburan mudah untuk syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembangunan infrastruktur di Asia dalam jangka panjang.

Menurut beliau, sebanyak AS$700 bilion (RM2,237.34 bilion) dibelanjakan untuk Infrastruktur Asia setiap tahun dan dana ini dijangka menembusi kepelbagaian portfolio yang mana pertumbuhan ekonomi didorong oleh projek-projek infrastruktur.

憫Projek infrastruktur bukan sahaja membantu mengukuhkan pertumbuhan ekonomi malah menyediakan perkhidmatan komuniti, kemudahan awam dan peningkatan teknologi kepada negara-negara Asia,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2008 12:36 PM | Show all posts
Bijak Menabung: Fahami makna saham amanah

BEKAS juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata: Mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. Sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ada risiko boleh diurus!

Risiko yang boleh diurus antaranya adalah pelaburan dalam saham amanah. Sejak memulakan ruangan ini Ogos tahun lalu, banyak pertanyaan saya terima sama ada berbentuk pesanan ringkas ataupun e-emel bertanyakan apakah itu saham amanah. Ramai yang membuat andaian saham amanah itu hanyalah saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Nasional (ASN) ataupun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tidak ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan institusi perbankan di negara ini turut menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana professional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung!

Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan mereka yang terbabit dalam bidang ini terutama perunding saham amanahnya perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FUMTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu ataupun syarikat ini, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil untuk menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM100, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan dalam pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam saham amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis saham amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal, dividen dan juga bonus. Kelebihan dana amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

Keupayaan mengeluarkan duit dalam tempoh lima hingga 10 hari waktu bekerja ini penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga dikehendaki baru boleh dijual.

Pelaburan saham amanah ini memang ada caj pengurusannya iaitu antara 0 hingga 6.5 peratus, namun bagi 15 dana teratas tahun lalu daripada Jun 2006 hingga Jun 2007, mampu memberi pulangan lebih 50 peratus setahun (sumber Bloomberg). Yang menarik antara 15 dana teratas itu, sembilan adalah daripada CIMB Wealth Advisors Bhd.

Jika ingin membuat pelaburan, sebenarnya mana-mana institusi pengurusan dana mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri dengan setiap dana itu mempunyai objektif pelaburan berbeza. Apapun jangan mudah terpedaya dengan laungan retorik 憈erbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2008 12:38 PM | Show all posts
Rancang kewangan masa depan


PERANCANGAN paling bagus pun tidak akan mendatangkan sebarang manfaat jika tidak diambil sebarang tindakan. Membuat sesuatu perancangan itu memang agak mudah, namun untuk melaksanakannya tidak semudah yang disangkakan. Ia perlukan masa, disiplin dan komitmen diri untuk memastikan segala yang dirancang itu berjalan lancar dan berada di landasan yang tepat.

Begitu jugalah dalam menentukan haluan kedudukan kewangan. Dalam keadaan masyarakat yang semakin mewah hasil pembangunan negara yang berterusan, perancangan kewangan menjadi satu keperluan dalam hidup. Segalanya bermula dengan perancangan, wawasan kewangan bagi menentu kedudukan kewangan pada masa depan.

Apakah itu perancang kewangan? Perancang kewangan adalah satu proses - satu strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang. Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.


Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.

Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah bertanya pada diri, pada kedudukan manakah anda berada. Berapakah nilai aset anda dan juga wang simpanan yang ada? Kemudian lihat pula pada liabiliti ataupun hutang-piutang anda, perlindungan diri, aliran tunai, pelaburan, pelan persaraan, perancangan estet (wasiat) dan juga perancangan untuk mencapai matlamat dan objektif hidup anda.

Dalam membuat perancangan kewangan ini, ramai yang hanya menekankan mengenai aspek simpanan semata-mata tanpa mengambil kira pelbagai aspek lain. Untuk melihat kesihatan ekonomi sendiri, semua aspek ini perlu diteliti. Simpanan saja perlu ada matlamatnya sama ada tabungan itu untuk kegunaan kecemasan, pendidikan anak ataupun persaraan. Sementara bagi orang bujang pula mungkin tumpuan simpanan mereka sebagai persediaan berumah tangga, membeli kenderaan ataupun kediaman.

Setiap orang itu mempunyai matlamat berbeza bergantung pada tahap usia. Orang muda lain matlamatnya. Yang baru berkahwin berbeza matlamatnya dengan mereka yang sudah lama berkahwin dan mempunyai anak yang sedang bersekolah. Yang masih bekerja lain pula dibandingkan dengan mereka yang sudah bersara. Pendeknya, berbeza orang dan tahap umur, berbeza keinginan dan matlamat kewangan mereka. Masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti dan ramai yang mengambil jalan mudah dengan mengikut saja arus kehidupan. Tidak menghairankan jika kebanyakan daripada kita sama saja keadaannya. Paling menyedihkan ada kalangan masyarakat yang sudah bertahun-tahun bekerja masih tidak mempunyai sebarang simpanan.

Gaji hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan. Dalam kehidupan masa kini yang serba-serbinya naik, pendapatan diterima tidak pula selaras dengan peningkatan kos kehidupan. Tambah memburukkan keadaan dengan himpitan inflasi membuatkan nilai wang semakin rendah. Memang amat terasa apabila harga barangan dan juga perkhidmatan lain meningkat sedangkan pendapatan masih juga tidak berkembang.

Justeru apakah yang patut anda lakukan? Mampukah anda membuat perancangan dalam keadaan kedudukan ekonomi yang semakin menghimpit? Apapun keadaannya, perancangan kewangan anda itu perlu diteruskan. Mulakan langkah pertama dengan menyimpan.

Jika tidak mampu memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan anda sebagai tabungan, simpan saja seberapa yang boleh mengikut kemampuan. Ada yang bermula dengan RM10 ataupun RM50 sebulan. Sekalipun jumlahnya kecil, bayangkan RM10 sebulan itu dalam tempoh setahun akan berkembang kepada RM120, manakala jika RM50 pula akan berkembang RM600.

Wang adalah satu bentuk tenaga. Anggap simpanan anda itu sebagai ibu duit. Selepas melihat wang anda berkembang dari semasa ke semasa, anda berasa ingin terus menyimpan dan tidak sabar untuk melihat wang anda berkembang lebih cepat. Keinginan itu akan memaksa anda untuk terus menyimpan sehingga ia membentuk satu tabiat yang sukar untuk ditinggalkan.

Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.101132 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list