CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 15

JIKA BUKAN BN KERAJAAN APA YANG WUJUD ?

[Copy link]
Post time 26-12-2007 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Huh.. smakin panas kat paper skarang pasal nak pancing UNDI.

Jadi aku nak bertanya pada insan2 kat CARI ni.. kalau X VOTE BN , apakah ALTETNATIF TERBAIK untuk rakyat malaysia ?. Antara persoalan yang aku nak korang cuba terangkan dari segi PEMAHAMAN dan logik korang adalah..

1. kalau x vote BN.. apakah parti yang harus kita pangkah ?. memang la lawan BN tu pembangkang.. dari segi pilihan PARTI lak mcm mana ?. cth di kawasan BN vs PAS korang pilih apa. or dikawasan BN vs DAP korang sokong mana ?. dan apakah LOGIK kenapa pilih mcm tu..

2. jika BN tumbang... apakah bentuk kerajaan yang korang rasa akan muncul ?? kerajaan BARISAN ALTERNATIF yang macam mana korang agak akan muncul ?. kerajaan campuran ??.. sape PM dalam parti BA tu ?

3. kepada orang bumiputera.. Jika pembangkang menang.. sudah tentu seperti yang kita maklum... DASAR EKONOMI BARU akan hampir pasti dimansuhkan dimana hak istimewa bumiputera akan dimansuhkan. Sebagai bumiputera, adakah WAJAR atau TIDAK WAJAR dasar ini dimansuhkan ?. bersediakah anda  untuk mengalami perubahan  ?


Mari kita sama2 banyangkan... jika ada apa2 persoalan yang korang rasa perlu kita as MALAYSIAN fikirkan.. sama2 lah kongsi.. ingat... bukan utk bergaduh atau bertekak..cuma utk BAYANGAN dan KEPAHAMAN sesama kita di kedua2 belah pihak..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 12:45 AM | Show all posts
aku nak jawab soklan pokok ko!!!
JIKA BUKAN BN, apa yang wujud?
kalau BN tak wujud.. PAS pun tak wujud la..semua parti lain tak wujud...
BN la penyebab parti pembangkang wujud..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by madonnat at 26-12-2007 12:35 AM
JIKA BUKAN BN KERAJAAN APA YANG WUJUD ?
Huh.. smakin panas kat paper skarang pasal nak pancing UNDI.
Jadi aku nak bertanya pada insan2 kat CARI ni.. kalau X VOTE BN , apakah ALTETNATIF TERBAIK untuk rakyat malaysia ?. Antara persoalan yang aku nak korang cuba terangkan dari segi PEMAHAMAN dan logik korang adalah..


kita kena bersedia dalam minda bahawa parti2 yang berkuasa mungkin akan korup, hilang kawalan dan bertindak zalim terhadap rakyat akhirnya. jadi, yang paling penting tu keupayaan rakyat membuat "power balancing". kuasa yang salah satu selalu bersedia untuk mengambilalih kalau yang satu lagi korup.

1. kalau x vote BN.. apakah parti yang harus kita pangkah ?. memang la lawan BN tu pembangkang.. dari segi pilihan PARTI lak mcm mana ?. cth di kawasan BN vs PAS korang pilih apa. or dikawasan BN vs DAP korang sokong mana ?. dan apakah LOGIK kenapa pilih mcm tu..


kita kena consider barisan dan bukan parti. tiada satu parti yang akan berupaya berlawan dengan kumpulan korup dalam negara ini dengan diri sendiri.

2. jika BN tumbang... apakah bentuk kerajaan yang korang rasa akan muncul ?? kerajaan BARISAN ALTERNATIF yang macam mana korang agak akan muncul ?. kerajaan campuran ??.. sape PM dalam parti BA tu ?


barisan yang akan muncul dengan kelainanya barisan ini tidak mengutamakan isu perkauman tapi kepentingan satu malaysia. PKR, DAP, PAS bukan parti2 yang berjuang untuk satu bangsa sahaja.

3. kepada orang bumiputera.. Jika pembangkang menang.. sudah tentu seperti yang kita maklum... DASAR EKONOMI BARU akan hampir pasti dimansuhkan dimana hak istimewa bumiputera akan dimansuhkan. Sebagai bumiputera, adakah WAJAR atau TIDAK WAJAR dasar ini dimansuhkan ?. bersediakah anda  untuk mengalami perubahan  ?


saya bukan bumiputra. harap kamu akan terima jawapan kalau aku jawab. pandangan saya ni bahawa DEB ini bukan berjuang untuk bumiputra tetapi untuk sekumpulan yang ada kepentingan sendiri. lagipun, salah satu objektif utama DEB ni adalah untuk menghapuskan kemiskinan tidak mengira kaum. objektif ini pun tidak lagi dituruti oleh pihak yang berkuasa.

Mari kita sama2 banyangkan... jika ada apa2 persoalan yang korang rasa perlu kita as MALAYSIAN fikirkan.. sama2 lah kongsi.. ingat... bukan utk bergaduh atau bertekak..cuma utk BAYANGAN dan KEPAHAMAN sesama kita di kedua2 belah pihak..

memang bagus cadangan kamu. sama2 kita usahakan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:17 AM | Show all posts
Utk BA menggantikan BN adalah satu perkara yang hampir mustahil. Apakah itu BA? Pembangkan di Malaysia tidak mampu bersatu untuk melawan BN. PAS dan DAP tidak boleh duduk semeja. Bagaimana nak wujud BA? Oleh kerana tidak bersatu maka kerusi satu-satu parti pembangkang tak cukup untuk mengambil alih pimpinan negara.


Jadi kenapa undi pembangkan? Jawapan saya adalah untuk check and balance. Sekarang ini BN memiliki lebih dari 3/4 kerusi di parlimen, oleh itu kita lihat segala rang undang-undang yang bukan-bukan diluluskan dengan serta merta. Politik Malaysia ini politik yang tidak matang. Sekiranya seseorang MP itu adalah dari BN, maka seluruh rang yang dibentang oleh wakil BN, buta-buta dipersetuji tanpa difikirkan masak-masak. Tidak ada check and balance.

Di sinilah peranan pembangkan itu penting dan kenapa perlu kita mengundi pembangkang sekiranya kita tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh BN. Sekalipun kita pembangkang tidak akan memerintah (in the foreseeable future) kita perlukan mereka untuk proses check and balance. Sekurang-kurangnya rang undang-undang yang bukan-bukan tu bleh dibangkang dengan efisien.

Berkenaan isu Dasar Ekonomi Baru itu satu isu yang sensitif pada orang Melayu. Tapi sedarkan orang Melayu bahawa dasar itu hanya menguntungkan segelintir kecil Melayu sahaja. Tanpa prejudis terhadap hak-hak istimewa orang Melayu (saya orang Melayu) kita perlu belajar berdiri di atas kaki sendiri. Dasar ekonomi baru sudah lama dilaksanakan dan perlukah kita terus-menerus spoon feed orang Melayu? Kalau begitu, sampai bila kita boleh bersaing di arena antarabangsa?

Saya tidaklah mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh membantu sesiapa, tetapi bantuan harus diberikan kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan/atau warna kulit. Saya rasa era DEB dah tamat dan perlu digantikan dengan dasar yang tidak mengira kaum, tetapi hak-hak orang Melayu tetap perlu dipertahan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:36 AM | Show all posts
Pilihan raya atau pilihan Jalan Raya???

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais



Jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, pilihan raya ini telah lama diharamkan. Pilihan raya sebenarnya adalah satu teater/sandiwara yang dipentaskan empat atau lima tahun sekali untuk mengolah persetujuan orang ramai. Pengolahan ini bertujuan agar orang ramai yang mengundi akan membenarkan hidung mereka diikat dan ditarik atas nama penubuhan sebuah kerajaan.

Sandiwara pilihan raya ini diwujudkan oleh satu kumpulan manusia yang ingin memiliki kuasa. Kuasa yang dimiliki ini diheboh-hebohkan sebagai mandat yang mereka terima melalui undian terbanyak. Mereka berkuasa kononnya kerana mendapat mandat daripada pengundi. Lalu mereka menobatkan diri mereka dan kuncu-kuncu mereka untuk memerintah kita semua.

Dengan kuasa, kumpulan manusia atau parti politik ini akan terus menerkam dan membolot punca-punca ekonomi negara. Memiliki dan mengawal punca-punca ekonomi ini penting. Melalui sumber ekonomi ini kumpulan atau parti politik ini akan memiliki dana untuk membayar jentera dan lembaga kerajaan seperti polis, SPR, mahkamah, media, hakim dan tentera. Dana yang mereka miliki ini akan terus digunakan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka.

Kuasa dan dana yang mereka miliki membolehkan mereka mengubah perlembagaan. Melalu kuasa mereka membuat pelbagai bentuk undang-undang dan akta. Undang-undang dan akta ini semua bertujuan untuk memastikan kuasa tidak akan terlepas dari tangan mereka. Empat atau lima tahun sekali mereka mementaskan sandiwara pilihan raya yang pasti akan mereka menangi.

Sandiwara pilihan raya ini bukan hanya dipentaskan di Malaysia, tetapi banyak negara-negara mementaskan sandiwara yang sama. Di Amerika wujud dua parti politik
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:37 AM | Show all posts
aku akn undi mna2 parti  

asalkan dia org melayu Islam.

keputusan aku mutamat
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:39 AM | Show all posts
Selagi tak ubah sistem pilihan raya, parti memerintah akan terus memerintah....

Ini yang BERSIH pejuangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:42 AM | Show all posts
jangan mimpi ler BN akan dikalahkan masa pilihanraya 2008 nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 01:56 AM | Show all posts
kalau tak BN...kerajaan langit?....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 02:09 AM | Show all posts

Reply #6 bizsari's post

kalau melayu islam yang terang2 salah gune duit rakyat, rahsuah.. ko tetap vote ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 02:12 AM | Show all posts
aku akan undi parti selain dr BN...

kalau ler dikatakan kat tmpt aku, pembangkang dicalonkan bukan Melayu Islam aku lebih rela tak mengundi dr memangkah untuk BN...

BN dah terlalu lama memerintah m'sia dan dah terlalu angkuh dgn perangai menteri2 yg terlalu korupt yg pada aku, mmg dah tak boleh diperbetulkan...

cara paling baik adalah... menjatuhkan kerajaan BN sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 02:52 AM | Show all posts
Pihak yg akan menentukan kemenangan mana2 parti dalam PRU adalah kumpulan silent majority yg merupakan kumpulan terbesar pengundi.Siapakah kumpulan 'majoriti senyap' ini?Dalam konteks Malaysia mereka adalah golongan rakyat biasa(majoritinya org Melayu) yg sama ada kurang kesedaran politik atau hanya mengikut arus perdana politik semasa.Kumpulan inilah yg membentuk 'politik tidak matang' di Malaysia.Dalam sistem demokrasi rakyat sepatutnya menjadi penentu arah tampuk pemerintahan.Maksudnya rakyat yg berkuasa menaikkan atau menurunkan pemerintah.Pihak pemerintah yg sepatutnya mengikut kehendak rakyat bukan sebaliknya.Tapi di Malaysia perkara ini sangat jarang dan susah berlaku.Rakyat Malaysia lebih suka mengikut tradisi dan tidak begitu berani berubah kecuali dalam kes Kelantan dan Terengganu(itupun cuma sejak beberapa tahun lalu).

Hal ini tidak pula melibatkan kaum Cina yg lebih matang berpolitik.Mereka sanggup menaikkan ataupun menurunkan sesiapa sahaja yg menurut perkiraan mereka boleh memberi manfaat atau sebaliknya kpd mereka tidak kira parti pemerintah mahupun pembangkang.Sebab itu kita boleh melihat pertukaran begitu2 saja di antara parti2 yg bertanding di satu2 kawasan majoriti Cina sama ada dr pihak parti pemerintah ataupun pembangkang.Jadinya walau apapun parti yg menang di satu2 kawasan mereka terpaksa memberi khidmat terbaik mereka utk memenangi hati pengundi.

Org India juga lebih kurang sikapnya spt org Melayu yg tidak gemarkan pembaharuan drastik.Cuma akhir2 ini sejak isu Hindraf,suara protes org India sudah mula kedengaran.Tapi pendapat peribadi saya org India cuma ingin menarik perhatian kerajaan utk menuntut lebih kerusi dlm kerajaan atau jawatan menteri dan timbalan yg lebih utk mereka,tidak lebih dr itu.Mereka akan tetap memberikan undi mereka kpd BN.

Kesimpulanya BN dijangka tetap akan menang besar pada PRU kali ini,malah kedudukan Kelantan yg bagaikan telur di hujung tanduk itu juga tidak mustahil akan terlepas ke tangan pihak lawan.

Berbalik kpd soalan 'jika bukan BN k'jaan apa yg wujud?',pada saya jika BN tumbang kerajaan yg boleh wujud menggantikannya adalah kerajaan campuran.Kerajaan campuran ini pun bukanlah kukuh melainkan terpaksa juga menggabungkan parti pembangkang terbesar yg menang(katalah PAS dan PKR)dan parti bekas pemerintah yg kalah.Maksudnya parti yg akan memerintah adalah gabungan drp PAS,PKR dan BN.Sekiranya PAS/PKR majoriti maka PM ada dr parti berkenaan.

Senario ini boleh berlaku kalau org Cina memberi undi mereka kpd DAP,India mengundi PKR dan Melayu lebih ramai mengundi PAS/PKR.DAP walaupun mungkin dapat lebih kerusi tapi tidak serasi dgn PAS jadi susah sikit nak membentuk kerajaan.Oleh sebab itu pihak yg menang terpaksa juga menjemput BN sbg pakatan kerajaan yg baru.Memang menarik kalau ianya benar2 berlaku walaupun tipis kebarangkaliannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:22 AM | Show all posts

Reply #12 rempo's post

kumpulan silent majority melayu ialah pembaca2 Harian Metro, Utusan Malaysia & Berita Harian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:23 AM | Show all posts
Originally posted by beemer318Ci at 26-12-2007 01:17 AM
Utk BA menggantikan BN adalah satu perkara yang hampir mustahil. Apakah itu BA? Pembangkan di Malaysia tidak mampu bersatu untuk melawan BN. PAS dan DAP tidak boleh duduk semeja. Bagaimana nak wu ...


Haaa....
aku bersetuju dengan komen ini....

Ini adalah sebab mengapa kita perlu undi pembangkang..... check and balance... walaupun check and balance yg keterlaluan boleh menyebabkan sesuatu keputusan itu gagal di capai dalam masa yang singkat...


Sebab tu aku menyampah bila pembangkang keluarkan jajnji janji manis yang tak berasas dan tak logik sebagai kempen pilihanraya.... orang yang mudah kagum senanglah kena tipu, tapi orang yang susah nak kagum cemana pulak.........  kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:24 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 26-12-2007 03:22 AM
kumpulan silent majority melayu ialah pembaca2 Harian Metro, Utusan Malaysia & Berita Harian.


Bijak gak gomen Malaysia nie pi haramkan Harakah dijual kepada umum....

kalau dijual kepada umum pasti ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan apa yang tulis dalam Harakah nie....
hehe,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:25 AM | Show all posts

Reply #1 madonnat's post

don't worry....BN tetap menang, tapi kasi susah sikit BN nak menang....i mean dgn undi yg tipis & majoriti yg tipis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-3-2023 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.111792 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list