CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4636|Reply: 33

[Tempatan] Edisi babi susu... tuan lari, babi kebulur depan rumah

  [Copy link]
Post time 6-10-2021 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Tuan lari, babi kebulur depan rumah

SEBERANG PERAI – Penduduk sebuah kawasan perumahan di Tasek Mutiara, Nibong Tebal di sini gusar selepas bekas penyewa sebuah rumah teres dua tingkat didakwa meninggalkan dua ekor babi peliharaan di dalam pagar rumah sejak Jun lalu.

Perkara itu bagaimanapun dikatakan hanya disedari penduduk sejak bulan lalu selepas ternampak haiwan berbulu hitam dan putih berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ima berkata, mereka berasa kurang senang dengan situasi itu kerana mengotorkan persekitaran, apatah lagi haiwan berkenaan dibiarkan kelaparan sejak penyewanya berpindah keluar.

“Walaupun tidak setuju dengan tindakan membela babi di kediaman, tapi jiran terpaksa beri mereka makan kerana kasihan.

“Aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan, tetapi haiwan itu masih berada di kawasan rumah itu sehingga kini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ima yang dua tahun tinggal di kejiranan itu berkata, dia difahamkan wakil Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah tampil ke rumah tidak berpenghuni itu semalam selepas menerima aduan.

“Saya difahamkan, notis saman dikeluarkan kepada pemilik rumah dan diberi tempoh tiga hari untuk pindahkan babi itu.

“Saya harap MBSP memindahkan haiwan itu sekiranya pemilik enggan berbuat demikian keranan ia menjejaskan kawasan kejiranan ini yang masyarakatnya majmuk,” katanya lagi. – K! ONLINE


Babi yang ditinggalkan selepas penyewa keluar dari sebuah rumah teres sejak Jun lalu di Tasek Mutiara, Nibong Tebal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 6-10-2021 03:45 PM

Kesiannya. Babi pun haiwan ada perasaan  juga. Apsalnya tuan dia tinggalkan macamtu. Dulu memula gedik nak pelihara apa fikir? Haiwan peliharaan yg dah biasa ada tuan mesti kemurungan apabila ditinggalkan. Harap ada tuan baru yg bela dorang

*apa pun terima kasih pada jiran yg prihatin bagi makan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 03:48 PM | Show all posts
sehirkedi replied at 6-10-2021 03:43 PM
Kesiannya. Babi pun haiwan ada perasaan  juga. Apsalnya tuan dia tinggalkan macamtu. Dulu memula ged ...

Kan. Ingat babi takde perasaan ke? Mesti beliau rindukan tuan beliau.

Kalau takde yang sudi adopt beliau, sudi-sudikanlah dihantar ke pusat ternakan yang sedia ada.


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni species teacup pig ke guane
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:00 PM | Show all posts
Barbie pink ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
babi ni mmg sejenis yg dibuat pet ke?ada rambut itam plak tu. ke sama je mcm babi pink yg gemok2 dibuat makan tu.
apa punya owner la...tgl pet gitu je. sian babi ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan babi kena covid ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:14 PM | Show all posts
Sian baby tu, nasib baik jiran concerned bagi makan minum sementara ni.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 04:19 PM | Show all posts
babi pet haram makan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam ph lari ke mana pulakkkk...tinggal pet gitu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
babi punya ex owner. sian piggy baby
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:52 PM | Show all posts
kesiannya... yang babi tu tuan dia la......
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:02 PM | Show all posts
kesiannya, jahat sungguh tuan dia.... dah tak suka tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 6-10-2021 04:05 PM
babi ni mmg sejenis yg dibuat pet ke?ada rambut itam plak tu. ke sama je mcm babi pink yg gemok2 dib ...

Ada jumpa ig babi makan tido kat rumah. Owner dia tak silap Chinese kt Bangsar.

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
"lu olang mau berapa kilo...1 kilo dua puluh linggit lor...."-tauke babi
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini baby babi ke? Kecik aje .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi sungguh owner dia. 1st time dengar orang Malaysia bela babi di kawasan perumahan. Slalu kat overseas je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak bela, boleh tak pikir long term terus?
Apa jadik kalau pape jadik kat kome
Ughhhhh common sense tarakkk
Memang biar situ sampai bangkai dibau orang
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya..hanatnya tuan pig itew..biasa yg bela pet ni syg kot pet dorg..ke tuan sbnr dh mati..partner dia pindah  terus pig itew ditinggalin..ni pig yg mix tu kan..bukan yg dlm kandang tu..yg tu di ternak..takde bulu..i first time tau pig blh jd pet masa milley cruz tnjk pig sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apek2 area situ x curi plk buat babi golek.atau daging  babi belaan x sdp sbb beliau mkn friskies jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.172552 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list