CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 990|Reply: 3

Abdul Latif dijangka pulih dua bulan lagi

[Copy link]
Post time 12-9-2021 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 12-9-2021 06:04 PM

Abdul Latif dijangka pulih dua bulan lagiBernama
September 12, 2021 16:31 MYT



Buat masa ini pemenang emas Sukan Paralimpik Tokyo itu telah menunjukkan perkembangan baik dan sudah boleh menggerakkan bahagian kaki kiri. - Bernama


KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) kebangsaan Abdul Latif Romly dijangka pulih daripada kecederaan dialaminya di Sukan Paralimpik Tokyo, baru-baru ini, dalam masa dua bulan lagi.

Jurulatihnya Shahrul Amri Suhaimi berkata, buat masa ini pemenang emas Sukan Paralimpik Tokyo itu telah menunjukkan perkembangan baik dan sudah boleh menggerakkan bahagian kaki kirinya yang mengalami kecederaan 'groin', sedikit demi sedikit

"Abdul Latif dijangka menerima rawatan selanjutnya di Bukit Jalil selepas beliau tamat menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel di sini.

"Beliau juga akan menerima suntikan di bahagian kaki kirinya yang mengalami kecederaan di Bukit Jalil selepas ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada aksi final di Stadium Olimpik Tokyo 4 Sept lepas, Abdul Latif yang memenangi emas pertamanya di Rio 2016, berada dalam kelas tersendiri apabila terus memimpin kedudukan dengan lompatan pertamanya, 7.26 meter (m), yang sudah cukup mengesahkan emas ketiga Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo.

Abdul Latif seterusnya meninggalkan jauh pencabar lain dengan lompatan 7.45m pada percubaan keduanya, yang merupakan lompatan terbaiknya dalam penampilan keduanya di pentas Paralimpik.

Atlet berusia 24 tahun itu, yang juga merupakan pemegang rekod Paralimpik, dengan lompatan 7.60m di Rio 2016, kemudian dihimpit kecederaan selepas mencatat 5.56m pada lompatan kelimanya.

Situasi itu menyebabkan beliau tidak dapat melengkapkan lompatan terakhirnya pada percubaan keenam dan terpaksa diusung dengan kerusi roda oleh pegawai perubatan untuk menerima rawatan lanjut, namun emas tetap memihak kepada Malaysia.

Athanasios Prodromou dari Greece merangkul perak menerusi lompatan terbaik, 7.17m manakala lompatan sejauh 7.12m membantu atlet Australia, Nicholas Hum untuk membawa pulang gangsa.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 38 tahun dari Kedah itu memaklumkan anak buahnya akan mengambil cuti rehat untuk menjenguk keluarganya di Perlis, selepas pulih daripada kecederaan dialaminya.

"Saya harap Abdul Latif dapat gunakan peluang berehat bersama keluarganya untuk 'refresh' dirinya selepas berjuang untuk negara di Jepun, sebelum menyambung kembali sesi latihan selepas pulang dari kampung halamannya," tambahnya.

Mengenai perancangan tahun hadapan, Shahrul Amri mengakui masih belum menerima maklumat untuk menyertai mana-mana kejohanan selepas ini, namun apa yang lebih penting baginya adalah memastikan Abdul Latif dapat menyertai tiga kejohanan besar, iaitu Sukan Para ASEAN di Hanoi, Vietnam; Sukan Para Asia di Hangzhou, China dan Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun
.
-- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh Dan kembali cergas
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.085931 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list