CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 865|Reply: 1

KBS pertimbang cadangan bina sekolah sukan OKU

[Copy link]
Post time 12-9-2021 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 12-9-2021 05:47 PM

KBS pertimbang cadangan bina sekolah sukan OKU
Bernama
September 12, 2021 16:31 MYT



Pihak KBS sentiasa mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian lain bagi membolehkan aktiviti atau program berteraskan belia dan sukan ini dapat diadakan bersama. - Bernama

IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperhalusi cadangan pembinaan sebuah sekolah sukan khusus untuk para pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perbincangan dijangka diadakan dalam masa terdekat bagi menilai segala keperluan yang diperlukan sebelum ia dapat dimuktamadk

"Buat masa sekarang juga pihak KBS sentiasa mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian lain bagi membolehkan aktiviti atau program berteraskan belia dan sukan ini dapat diadakan bersama.

"Untuk kewujudan sekolah sukan ini, Insya-Allah doakan ia menjadi kenyataan sekali gus memberi inisiatif yang lebih baik kepada sukan para ini berkembang kerana mereka juga mampu mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Latihan Memanah Para Negeri Perak di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, di sini, hari ini.

Pada 8 Sept lepas, Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi mencadangkan agar kerajaan membina sebuah sekolah sukan OKU bertujuan mencungkil pelapis dan bakat baharu secara khusus dalam bidang sukan.

Ras Adiba yang merupakan Pengerusi Bernama turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan meliputi fasiliti dan kemudahan mesra OKU di stadium, kompleks sukan dan padang selain menawarkan peluang kepada bekas atlet para dilantik menjadi jurulatih.
Mengulas mengenai program hari ini, Ahmad Faizal berkata ia lebih kepada sesi ramah mesra serta melihat dengan lebih dekat kemudahan padang latihan disediakan kepada 13 atlet memanah para Perak yang bakal menghadapi temasya Para Sukma 2022.

Selain itu, pihaknya turut menyumbangkan kit sanitasi kepada beberapa wakil kontinjen para negeri melibatkan sukan memanah, tenpin boling, powerlifting, catur dan renang.

-- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla.harap bkn sekadar bg cadangan je.atlet para kita mmg bertaraf dunia.kena cari ramai pelapis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-9-2022 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.116106 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list