TERKINI
Ebi disahkan telah dibenarkan balik ke rumah bersama bapanya. Berita ditidurkan tu ada yang kata palsu so aku bertanggungjawab edit tajuk ni. Kawan-kawan dia pun confuse sebab dia langsung tak jawab dan update apa apa. Maybe dia terlalu sedih ibunya meninggal. Semoga Ebi diberikan kesembuhan total.
Ibu naib juara AF5 meninggal dunia akibat Covid-19
Kuala Lumpur: Ibu penyanyi dan pelakon Ebi Kornelis iaitu Reni Bakar, 81, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Ebi yang juga naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF 5) itu juga kini dirawat di Hospital Tuaran, Kota Kinabalu selepas disahkan positif virus itu sejak 8 Ogos lalu.
Menerusi laporan media tempatan, Ebi ketika dihubungi mengesahkan berita kematian ibunya, namun enggan mengulas lanjut ekoran keadaan kesihatan dirinya.
Berita kematian ibu Ebi itu dikongsikan kenalan dan rakan melalui Facebook yang merakam ucapan takziah selain mendoakan agar bintang AF 5 itu terus tabah menghadapi dugaan berkenaan.