View: 76313|Reply: 370
|
[Tempatan]
SPIRITUAL MARKETING: TRIK LICIK EBIT LEW MENGAUT UNTUNG?
[Copy link]
|
|
Edited by safriehalim at 23-7-2021 08:46 AM
Dalam sesi live terbaru EL bertajuk 'menjawab fitnah' berkali-kali beliau menyebutkan bahawa misi bantuan kemanusiaan nya ke Gaza adalah menggunakan wang nya sendiri.
Atas alasan itu, NGO Persatuan Kasih Umat yang diasaskan oleh beliau tidak perlu di audit.
Persoalannya, benarkah EL memberi sumbangan menggunakan 'duit nya sendiri dan beberapa orang kawan' tanpa melibatkan kutipan dana (fundraising) Persatuan Kasih Umat yang ditubuhkan sendiri olehnya sejak PKP 2020?
Mari kita semak fakta,
1. EL menyatakan beliau dapat duit dari program seminar dan training. Anggaran perolehan sehari sesi ceramah adalah 700 rb!
Angka yang fantastik.
Tetapi fakta yang cuba disembunyikan kepada publik adalah sejak PKP bulan Mac 2020, sebarang aktiviti sosial dan perkumpulan masyarakat adalah dilarang sama sekali. Bermakna, perniagaan jenis seminar dan training diseluruh Malaysia adalah antara sektor yang paling terjejas. Bahkan sepanjang pemeriksaan saya, tidak ada satu seminar Keluarga Sunnah yang dijalankan oleh EL baik online maupun offline sejak PKP 1.0 bermula. Bukankah seharusnya beliau mengalami kerugian puluhan juta ringgit sejak negara dilanda wabak? Jadi dari mana sumber 'duit sendiri' yang dimaksudkan oleh Cina Muslim ini?
2. EL menyatakan beliau ada 5 buah Restoran.
Saudara ku, kita hampir 2 tahun berlawan dengan wabak penyakit. Kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri bahawa perniagaan Restoran juga antara sektor yang ikut terjejas. Banyak pengusaha restoran yang terpaksa gulung tikar kerana pelanggan tidak dapat duduk makan (dine-in) di restoran mereka. Rangkaian perniagaan Paparich terpaksa isytihar bankrap kerana rugi jutaan ringgit. Restoran Paramount yang diasaskan oleh EL ini pula bersifat kehendak iaitu coffee dan makanan ala Barat seperti Paparich juga. Bukan kategori essential dan murah. Jadi apakah sebuah perniagaan yang terjejas mampu 'melarikan' sejumlah dana yang besar untuk bersedekah di Gaza?
3. EL memberitahu beliau ada perniagaan butik. Orang membeli baju walaupun baju tu rosak.
Butik Elews Design terletak di Bangi Sentral. Kawasan industri fesyen ini hanya dipenuhi orang ramai ketika musim perayaan sahaja. Pakaian yang dijual pula bercirikan jubah yang tidak dibeli oleh orang setiap hari. Tambahan pula, ketika wabak pandemi ini, masyarakat tersekat untuk membeli belah dikawasan ini. Jalan-jalan jadi sepi. Jadi bagaimana perniagaan yang bermusim seperti ini mampu subsidi bantuan yang begitu banyak baik di dalam mahupun di luar negara? Saya tidak habis fikir.
4. Rangkaian kedai runcit ELEWSMART
EL menyatakan bahawa beliau ada perniagaan runcit yang banyak. Tahukah Tuan Puan bahawa sebuah perniagaan runcit seperti ini perlu masa paling kurang 3 tahun untuk mendapat pulangan keuntungan (Return of investment). Jadi bagaimana kedai runcit yang dibangun pada akhir tahun 2020 sudah mampu mengembalikan laba atau dividen kepada pemegang saham nya? Apalagi untuk tujuan sedekah (expenses)? Tambahan pula perniagaan runcit seperti ini bak cendawan tumbuh selepas hujan kerana banyak penggiat bisnes mula mengalihkan modal ke dalam sektor runcitan. Banyak juga yang memberi maklum balas harga barang di ELEWSMART termasuk mahal. Wallahua'lam.
5. Komitmen besar EL
Tidak sukar untuk kita ketahui komitmen EL. Dalam banyak web tabloid seperti Xtra memuat naik artikel bertajuk "Ebit Lew kongsi gambar bidadarinya di depan rumah mewah mereka". Harga rumah 3 tingkat berkolam renang yang terletak di Hijauan Enklaf Setia Alam ini bernilai RM3,4 juta (Lihat: iProperty). Beliau juga terkenal dengan koleksi kereta mewah seperti Vellfire, Mercedes benz, range rover, Audi dll. Boleh semak di web Hotfm bertajuk "Ebit Lew Hadiahkan Kereta Mewah, Audi Buat Isteri?". Semua fakta ini boleh disemak dalam Instagram beliau. Kemewahan luar biasa ini berkadar songsang dengan keperibadian sederhana beliau yang cuba ditonjolkan dihadapan follower FB dan Instagram iaitu imej selalu berkopiah, memakai t-shirt, baju melayu, atau yang diistilahkan sendiri oleh beliau dalam live sebagai "saya budak kampung je".
6. Apakah benar EL menggunakan duit derma untuk memperkaya diri?
Sebenarnya tidak susah ingin melihat dari mana seseorang itu memperoleh dana. Cukup kita perhatikan kegiatan seharian nya. Apa fokusnya? Manusia adalah makhluk ekonomi (Homo economicus). Bahkan dari kecil kita dididik oleh agama supaya mengejar Syurga yang penuh dengan kenikmatan, kekayaan, kesenangan, dan kebahagiaan. Tidak salah mengejar kekayaan dunia.
Seharian EL di FB dan Instagram sejak PKP1.O adalah konsisten dengan misi bantuan NGO. EL seorang graduan sains kemanusiaan dari UPM. Beliau juga seorang peniaga tulen. Pada masa sama beliau berguru dengan Dato' Fadzilah Kamsah. Siapa tak kenal pakar motivasi agama yang tersusun kata-katanya ini. Dalam posting dan video EL beliau sering menggunakan istilah yang menyentuh spiritual dan emosi pembaca seperti Allah Sayang, saya sedih, isteri menangis, saya paling sayang ibu saya, dan lain-lain tanpa menyatakan fakta yang menjadi tanda tanya seluruh masyarakat iaitu berapakah jumlah kutipan NGO beliau? Pada masa sama seluruh NGO Palestin secara terbuka mendedahkan jumlah kutipan kepada masyarakat.
Kita tidak tahu laporan audit tahunan NGO Persatuan Kasih Umat ini. Tetapi yang kita dapat tau kerajaan membenarkan NGO mengambil sehingga 30% caj pengurusan. Itu jika diaudit. Jika tak diaudit, mungkin lebih. Kita tak tahu sehinggalah mereka dedahkan laporan kewangan mereka.
Ya benar. EL bijak dengan tidak pernah meminta sumbangan sebagaimana NGO lain yang masih 'tradisional', bayar FB ads, pasang billboard dan sebagainya . Tetapi zaman telah berubah. Gig ekonomi mengajar zero cost marketing, mengajar viral marketing, mengajar content marketing, dan spiritual marketing, mengajar ESQ. Sebenarnya, bukankah bermula April 2020 lagi EL sudah publikasi nombor akaun Persatuan Kasih Umatnya agar disimpan oleh follower? (Silakan simak posting bulan April 2020 di page Ebit Lew). Kemudian perhatikan, bukankah follower-follower fanatik ini akan share resit derma dan no. akaun diruang komen? Dari situ secara tidak langsung sejumlah dana besar masuk ke NGO EL?
Penulis asal tidak diketahui.
- Sumber copy paste daripada penkongsian netizen di ruangan komen Facebook.
T.T : Ini bukan tuduhan atau fitnah tetapi persoalan yg perlu dijawab oleh pihak EL. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ilmu dari keterunan asal China memang tinggi dalam segala2NYA.
10 terkaya di Malaysia semuaNYA asal sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di China ada sekolah khas yg belajar segala pasal msia dan peragai setiap kerjaya dan kelemahan melayu. Mcm Israellah mereka makan tidur solat dgn orang islam.dan juga mengaji |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi gaza guna duit sendiri x perlu diaudit kata pentaksub EL.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak nak blaja metode ini. Boleh sukahati manipulate manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap lebih lebih dia saman, korang nak kena saman ka |
|
|
|
|
|
|
|
Up ...yesssss. Whistleblower...jalankan kerja! 
|
|
|
|
|
|
|
|
Mart dia dpt jana pendapatan dgn membeli barang sendiri salah ke kalau tokey jd customer kedai sendiri  |
|
|
|
|
|
|
|
Pentaksub dia takleh fikir ke benda2 diatas secara mudah? Musim mcmni mana nak jana duit 700k sehari |
|
|
|
|
|
|
|
Wakakaka...atas alasan ni maka ngo hang x perlu diaudit..bijak2. Otak bijak guna utk menipu ka? Abis yg kawan aku transfer duit kat Pertubuhan Kasih Umat tiap2 bulan tu nak buat apa? Saje2 bagi hang duit ka apa? Bukan sikit dia bagi ye. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih sape yg detailkan persoalan2 yg dah lama bermain fikiran netizen bukan pentaksub! sangat peliklah makin kaya seiring dgn kerancakan 'saya bantu'. makin menjadi2 pulak tu tunjuk kemewahan sedangkan bisnes besar pon banyak melingkup. bukannya ada bisnes laku keras musim pandemik mcm jual glove mask sanitizer jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
iman_kasih replied at 23-7-2021 08:23 AM
Wakakaka...atas alasan ni maka ngo hang x perlu diaudit..bijak2. Otak bijak guna utk menipu ka? Abis ...
Suh kawan tu stop derma kat tabung dewa sayu ni.. mcm x menyakinkan ke mana pergi duit derma tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 22-7-2021 11:07 PM
Baik pada mata manusia belum tentu hebat pada mata Allah swt.. Tok imam pakai serban s ...
Dalam circle aku ni ramai pentaksub dia. Semalam dieorg dok cakap pasal ni, sepatah aku tak jawab, last2 aku balik.
Aku tunggu je benda ni 'pecah'. Now ramai backup dia sampai vvvvvvip negara sebelah, seronok la menunggang. Cuci duit katakan. Aku tunggu tepuk tangan je nanti |
|
|
|
|
|
|
|
suruh EY audit. simple as that. |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 23-7-2021 08:38 AM
Dalam circle aku ni ramai pentaksub dia. Semalam dieorg dok cakap pasal ni, sepatah aku tak jawab, ...
Sambil kita berdua makan popcorn tau.. Aku ada komen kat bod mistik..yg thread hal ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tiba masanya di audit. |
|
|
|
|
|
|
|
Frankly, masa PKP1.0 mmg iols konsisten beri sumbangan dlm Pertubuhan Kasih Umat Malaysia nih.
Bukan nak berlagak sebab beri sumbangan, tapi sbb masa tu iols nampak UEL ni buat kerja ikhlas.
Iols harap Allah terima.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama2 org xcaya dh in good thing sbb maknusia gini |
|
|
|
|
|
|
| |
|