CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1204|Reply: 3

[Tempatan] Tony Spider 'pejam mata' dalam studio rakaman

[Copy link]
Post time 1-7-2021 09:06 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar Alberto menghembuskan nafas terakhir di studio Luncai Emas, Sungai Buloh, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Difahamkan, Tony yang memeluk agama Islam pada 2004 mempunyai bilik persendirian di studio milik penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir bagi melakukan kerja berkaitan muzik dan penghasilan lagu.
Mengesahkan berita pemergian Tony, Pengarah Produksi Luncai Emas, Keon Omar berkata, tiada sesiapa di studio kecuali arwah dan jurutera muzik, Hanafi berikutan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Arwah menghidap penyakit kencing manis, tetapi setakat ini, kami masih belum memastikan punca kematian kerana menunggu panggilan hospital.
"Semalam arwah memang berada di studio, sesekali datang singgah. Sewaktu kejadian, hanya jurutera muzik berada di studio.
"Bagaimanapun, arwah Tony berada di bilik dan mengunci pintu. Selalunya, arwah akan keluar masuk bilik, turun ke bawah untuk mencari makan.
"Namun, semalam arwah langsung tidak keluar menyebabkan Hanafi tidak sedap hati dan merasakan ada sesuatu tidak kena," katanya kepada BH Online.
Keon berkata, mulanya Hanafi mahu memecahkan pintu bilik, tetapi menemukan kunci pendua.
"Selepas pintu bilik di buka, arwah Tony ditemui sudah tidak sedarkan diri sekitar jam 1 pagi," kata Keon.
Allahyarham Tony pernah mendirikan rumah tangga, namun rumah tangganya tidak bertahan lama dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Al-FATIHAH..






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 09:54 AM | Show all posts

Allahyarham Tony ditemui tidak sedarkan diri dalam biliknya di studio Luncai Emas oleh jurutera muzik, Hanafi. - Foto IG Andy Flop Poppy

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:55 AM | Show all posts


Allahyarham Tony bersama anggota kumpulan Spider, Tam Mustafah, Nafie dan Aie. - Foto IG Tam Mustafah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:29 AM | Show all posts
Alfatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-10-2022 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.084047 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list