CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 10830|Reply: 87

Saari Amri pernah jadi gelandangan untuk meneruskan hidup

  [Copy link]
Post time 30-6-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
” Saya malulah dengan diri sendiri. Saya tak layak, apalah jasa saya?”

Itu kata-kata komposer terkenal Saari Amri yang cukup merendah diri ketika ditanya tentang tawaran untuk mengurniakan beliau dengan gelaran Dato’.
Bagi peminat industri hiburan tempatan, pastinya merasakan Saari Amri layak untuk mendapat gelaran itu memandangkan sumbangannya yang bukan calang-calang.

Lihat saja berapa ramai penyanyi yang menjadi terkenal samada dalam waktu singkat atau tempoh yang lama yang mendapat sentuhan Saari Amri.

Malah lagu-lagu hits malar segar ini seperti Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UKs), Setelah Aku Kau Miliki (Shima), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) dan Gerimis Mengundang (Slam), semua itu adalah hasil ciptaan Saari Amri.
Itulah antara sumbangan yang ‘menjadi’ dari komposer terkenal Saari Amri, anak kampung dari Kelantan yang pernah bekerja sebagai buruh kasar di Singapura selama 5 tahun pada tahun 1985.

Sebenarnya bukan mudah untuk memujuk komposer tersebut bercakap mengenai tawaran gelaran Dato yang ingin diberikan kepadanya itu.

Mungkin juga beliau bimbang akan ada yang katakan Saari menunjuk-nunjuk kerana ramai penggiat seni pun tidak mengetahuinya sehingga kini.
Ini penjelasannya kepada sebuah portal media di Singapura tentang penolakan pangkat Dato itu ketika dihubungi baru-baru ini:

” Saya malulah dengan diri sendiri. Saya tak layak, apalah jasa saya?
” Bukan banyak jasa pun saya dengan negara. Saya kata saya ada anak, kalau anak kahwin saya dapat cucu, automatik jadi Dato. Mereka ketawa.”

Saari seorang komposer yang pernah menjadi guru vokal kepada pelakon dan penyanyi Andy Lau di Hong Kong. Bagaimanapun katanya, beliau berkarya bukan kerana nama dan tidak mengejar gelaran.
” Saya tak perlu benda itu, cukuplah orang kenal saya. Lagipun saya suka lepak di mana-mana, di kedai mamak, kedai minum. Mesti orang akan fikir apalah Dato ni, hari-hari lepak sini,” katanya lagi.

Selama 30 tahun mencipta lagu dan menerbitkan album, Saari berjaya menghasilkan sekitar 500 buah lagu yang masih diminati sehingga kini dan sering diperdengarkan di corong radio.

Ketika bekerja dengan syarikat rakaman antarabangsa BMG Music pada tahun 1991 sebagai pekerja stor sahaja dan dinaikkan pangkat menjadi pengurus, beliau berkesempatan menghasilkan lagu-lagu berjudul Duri Terlindung dan Aku Takkan Bersuara nyanyian Nike Ardilla.

Siapa sangka lagu itu telah berjaya mengangkat nama Saari di Indonesia kerana menjadi hits dalam sekelip mata di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

” Mengenangkan kembali zaman susah dulu, saya memang sedih.
” Pernah satu tahap, saya terpaksa mengemis, meminta makanan di kawasan Jalan Chow Kit semata-mata untuk meneruskan hidup. Mujurlah ada yang bersimpati.

” Puas mencuba, akhirnya Tuhan membuka pintu rezeki saya apabila lagu saya diterima oleh syarikat rakaman NSR.

” Saya jenis tak malu menjaja lagu saya ketika di BMG. Pernah bila lagu Ziana Zain dan Shima meletup, penyanyi Ella telefon saya. Saya bagi lagu Sembilu.

” Saya tak sekolah pun, Darjah 6 saja. Dari gaji RM1,000 naik RM5,000 waktu itu,” kongsi komposer tersebut.

Kami risik lagi isi hatinya, mengapa beliau menolak gelaran Dato untuk kali kedua. Ini jawapan komposer berusia 54 tahun itu dengan perlahan:
” Gelaran itu terlalu tinggilah dan saya banyak melihat kawan-kawan yang ada gelaran Dato, lain karektor dia, cakap berlagak. Watak dan percakapan pun lain dan ada dah tak boleh jumpa lagi.

” Saya bukan orang macam itu nak kena jaga imej bila dapat gelaran, nak lepak pun orang akan bercakap.
Duduk di kedai-kedai biasa sememangnya sebahagian jiwanya sebagai budak kampung yang pernah susah sehingga terpaksa merantau ke Singapura menjadi buruh kasar. Beliau malah mengaku menjadi “budak selekeh Chow Kit.”
” Memanglah, ada mereka sanggup bayar untuk dapat gelaran, puluh ribu atau beratus ribu. Itu biasa, saya lebih seronok macam ini biarlah jadi macam P. Ramlee.

” Bila ada orang langsung tak peduli, bila dah tidak ada barulah kelam-kabut orang beri dia macam-macam anugerah,” Saari menambah komen.

Tentu ramai yang ingin tahu, dari mana datangnya Amri yang diletakkan pada penghujung namanya itu. Dedah Saari, ada maksud tersendiri di sebalik penghasilan nama itu.
” Pada mulanya saya letak nama saya sebagai Saari AM yang bermaksud Saari anak mak.

” Bagaimanapun, untuk menyedapkan lagi nama itu, kawan-kawan mencadangkan supaya ia dipanjangkan menjadi Amri. Lagipun bunyinya lebih sedap,” katanya.
Sementara itu, kelibatnya yang jarang kelihatan di kaca televisyen membuatkan ramai yang menyangka Saari kini dipinggirkan berikutan dirinya sudah tidak lagi relevan kepada industri.

Saat diajukan pertanyaan berkenaan kepada si empunya diri, Saari menepis dkwaan tidak berasas itu.

” Sejujurnya, saya masih aktif mencipta lagu. Terbaru, saya ada menerbitkan album baharu penyanyi, Aris Ariwatan dan single untuk mereka yang berminat menjadi penyanyi.

” Selain itu, saya juga sering mendapat undangan untuk menjadi juri pertandingan nyanyian. Pernah juga saya ditawarkan untuk menjadi juri tetap program realiti.

” Bagaimanapun, saya terpaksa menolaknya kerana pernah berlaku sebelum ini, peserta yang saya pilih dan dirasakan layak untuk menang digagalkan kerana produksi mahu peserta lain, atas pelbagai alasan.

” Perkara seperti inilah yang membuatkan saya tawar hati untuk menerima sebarang undangan. Lebih selesa duduk di belakang tabir sahaja,” kata Saari yang pernah mencuba nasib menjadi penyanyi bersama kumpulan Ways ini.

Duit royalti dalam RM200 ribu setahun

Banyak menghabiskan masanya di rumah dan sesekali di pejabat, Saari bersyukur kerana segala kerja keras ketika namanya berada di puncak banyak membantunya untuk meneruskan kehidupan.
” Terus-terang, duit royalti yang saya dapat saban tahun itulah yang digunakan untuk menampung kehidupan dan membesarkan anak-anak yang masih belajar. Bak kata orang, masa untuk menuai hasil selepas bercucuk tanam.

” Selama 30 tahun dalam industri, saya ada 600 lagu yang sudah berada di pasaran dan lagu popular saya bersilih ganti muncul di dunia muzik.

” Ini berbeza dengan komposer sekarang yang ada sebuah lagu popular, lepas itu senyap. Apapun, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Lebih tenang dan santai.
” Royalti dari lagu-lagu itu cukup untuk menampung saya. Setahun adalah RM200 ribu. Itulah I tukar kereta setiap tahun. Mercedes dan lain-lain.

” Orang hairan I tak bekerja tapi kereta bertukar-tukar. I cuma kata dulu I bekerja kuat, now I nak rilek saja.”

Mengulas mengenai kerja muziknya sekarang pula, Saari memberitahu bahawa beliau hanya menanti masa yang sesuai untuk merakam dan menerbitkan lagu untuk anak lelakinya yang kini berusia 17 tahun.

Jika anda rindukan koleksi lagu-lagu hits yang pernah dihasilkannya, anda boleh menikmatinya dari saluran Saari Amri Official di YouTube.

Credit to mediacorp.sg dan mynewshub.TV

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 11:46 AM | Show all posts
Jadinya rapat dgn komposer tu penting dlm karier penyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg lagu2 ciptaan Saari tak jemu didengar dan malar segar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
saari amri ni mmg antara komposer lagu terbaik... hrp dia akan terus memberi sumbangan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Xheran royalti 200k setahun..mmg kat radio skrg 50% lagu dia stil org dok mintak dan radio putar..tu haa putus terpaksa tu sbelom ni bnyak kali suria dgn kool putar
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat rentua ni, dua kali dia tolak dato, bg gelaran dato sri plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 30-6-2021 12:00 PM
Xheran royalti 200k setahun..mmg kat radio skrg 50% lagu dia stil org dok mintak dan radio putar..tu ...

Kannn... Tahun 95-97 tu back2back lagu2 dia hits kat radio.. mcm sume penyanyi zmn tu mesti ada 1 lagu Saari dlm album dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lejen nih

lagu ukays sedap2 suma under dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg legend. Beliau x ada asas muzik. Kebanyakan lagu dia cipta dtg drp ilham. X semua org ada bakat mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 30-6-2021 12:51 PM
Lejen nih

lagu ukays sedap2 suma under dia

Ukays plg byk dpt lagu dia kn.. klu penyanyi pompuan rasanya Haida yg nyanyi lagu Hajat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokti ada ke eh lagu Saari Amri ni ? Dia pun keke buruh kt Singapore mcm tokram dlu ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 30-6-2021 12:53 PM
Mmg legend. Beliau x ada asas muzik. Kebanyakan lagu dia cipta dtg drp ilham. X semua org ada bakat  ...

Mcm melly goeslaw jugak ke dia ni yg xtau main 1 menda pun alat muzik ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Saari Amri nama  besar dlm industry muzik Malaysia..Lagu2 dia kebanyakan nya meletop..tgk saje lah uks naik hasil saari amri..dulu kalau beli satu album penuh lg sedap2 mmg berbaloi..kak ZZ pun meletop dgn lagu Saari.. Kalau inilah orangnya yg nak diberi gelaran Dato..iolls setuju sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 30-6-2021 12:00 PM
Xheran royalti 200k setahun..mmg kat radio skrg 50% lagu dia stil org dok mintak dan radio putar..tu ...

Based on lagu2 dia tu, selayaknya 200k per month
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-6-2021 01:13 PM
Mcm melly goeslaw jugak ke dia ni yg xtau main 1 menda pun alat muzik ?

At least melly blh nyanyi. Btw rmi je penyanyi yg just blh nyanyi tp x blh main instruments. Bkn semua org ada bakat main alat muzik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-6-2021 01:13 PM
Mcm melly goeslaw jugak ke dia ni yg xtau main 1 menda pun alat muzik ?

Saari ni leh main gitar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-6-2021 01:12 PM
Tokti ada ke eh lagu Saari Amri ni ? Dia pun keke buruh kt Singapore mcm tokram dlu ke

Tokti xde lagu Saari Amri.. Abg tokti Ayie je yg pernah one hit wonder ngn lagu Saari, lagu Retak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 02:44 PM | Show all posts
suka baca gossip wangi cengginih. harap dek akim rosli amik peringatan. chuols muda n berbakat, kena beringat di hari tua.

passive income 200K setahun sgt lah hokeh..lebih baik daripada bedato' sana berdato' sini hujong2 kena tarik gelaran, hanya gambar bepersalinan lengkap di tepi pagar yestana menjadi bukti

tapikan iols igt Malaysia ni mcm ada isu pasal royalti lagi. masa Sheila Majid Pengerusi RPM dulu tu gigeh acik retis veteran mendesak beliau letak jawatan sbb tak perform n berjaya selesaikan kemelut royalti neh. kalau betul dah tade isu alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 02:56 PM | Show all posts
aku kenal saari amri dgn M Nasir jah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I copy kat wiki antara lagu popular ciptaan saari amri:

Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays), Butakah Cinta (Spring), Suci (May), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists), Penantian (Black Rose)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.087620 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list