CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 26365|Reply: 257

DCT, Menteri Agama, Ustaz Don, UAI, Norman Hakim, & Abby Abadi dikompaun. Sa

  [Copy link]
Post time 27-5-2021 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 27-5-2021 02:09 PM

Langgar SOP: Siti Nurhaliza, Ustaz Don, UAI antara dikompaun

Shah Alam: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, selain pasangan itu, tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Arjunaidi berkata, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan kompaun.

Berita lanjut menyusul



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2021 03:24 PM | Show all posts
'Harap semua selesai dengan baik' - Siti Nurhaliza
SITI Nurhaliza. FOTO arkib NSTP




Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghormati dan akur dengan keputusan pihak berkuasa mengenai kompaun RM10,000 yang dikenakan kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.
Siti berkata, pihaknya masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa.
"Pihak kami hanya mengetahui daripada berita atau pihak media mengenai kompaun yang dikenakan dan belum mendapat pemberitahuan daripada pihak polis.
"Kami menghormati dan akur dengan apa jua yang diputuskan pihak berkuasa dan berharap semua ini selesai dengan baik," katanya.
Dalam laporan Harian Metro hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.
Selain Siti, tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Sementara itu, Arjunaidi juga memaklumkan artis, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan kompaun.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2021 04:01 PM | Show all posts
slyfynx replied at 27-5-2021 01:46 PM
Abby ngn Norman bape RM pulak.
Ni RM yang dinyatakan.
Satgi cam kelopak buduh tu.

Akibat raya sakan langgar SOP... keluarga besar Norman Hakim, Abby Abadi dikompaun RM8,000

Norman Hakim, Memey, Abby dan suami dikenakan kompaun


PASANGAN selebriti Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakari masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 semasa perayaan Hari Raya baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan kompaun harus dikeluarkan selepas siasatan mendapati berlaku pelanggaran SOP.


"Semua individu diberi kompaun RM2,000," katanya dalam sidang media maya pada hari Khamis.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu didakwa melakukan pelanggaran SOP berikutan beberapa gambar selebriti yang menyambut Hari Raya bersama, yang menjadi tular baru-baru ini.

Komander OCPD Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak sebelum ini mengesahkan bahawa siasatan telah dibuka terhadap kejadian tersebut.

"Pada 17 Mei, sekitar jam 4 petang, kami mengenal pasti gambar seorang selebriti yang telah dimuat naik dalam talian yang menunjukkan perayaan Hari Raya dengan ahli keluarga yang kami disyaki tidak tinggal di alamat yang sama. Kejadian itu dipercayai berlaku di selebriti itu. rumah di Hulu Kelang.

“Terdapat tiga belas individu dalam foto itu melakukan pelanggaran SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap-senyap je settle. Baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
woohooo kena juga. takpe la dah kumpul byk pahala katanyeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:26 PM | Show all posts
ha bagus...so retis2 semua jgn bajet korg kayangan above the law sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:32 PM | Show all posts
miracle_forever replied at 27-5-2021 01:26 PM
woohooo kena juga. takpe la dah kumpul byk pahala katanyeh

masa ct up status ni aku dh hilang respek dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Well done PDRM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak juger buat perkara yang dilarang dalam tangani pandemik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Biar jadi pengajaran jgn menggelestis sgt semua benda nak tunjuk kat org time2 org lain tgh susah. Benda simple pun takleh fikir. Yg si abby nak kata org dengki lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah. Tahniah pdrm.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahala dah byk terkumpul kan...apa lah sgt 10k tu kan....hahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
miracle_forever replied at 27-5-2021 01:26 PM
woohooo kena juga. takpe la dah kumpul byk pahala katanyeh

Terima kasih lah kepada Dia Sebab up status Tu, terus I tau sapa nak follow dan unfollow.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:46 PM | Show all posts
Abby ngn Norman bape RM pulak.
Ni RM yang dinyatakan.
Satgi cam kelopak buduh tu.
Dari knon2 RM60k terus jadi 7.5k je pas diskaun
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokti ingat anak die la yang terpaling sgt dalam malaysia ni.. dari masa kt hospital lagi dah bersesak ramai2. Ckup2 la masa zaman aafiyah dulu.. untuk anak no 2 ni buat biasa2 je sudah..lagipun lahir dalam pandemik. Ko ingat org hadap sgt berita ko beranak tu.. aku dulu minta giler tokti tp lepas satu satu kes langgar SOP dn die semacam show off lepas dpt anak no 2, trus menyampah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:48 PM | Show all posts
kak iti rela dpt pahala...lepas ni nak buat makan2 apo la pulak kt tepi swimming pool tu yew?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
CASH CASH CASH
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:52 PM | Show all posts
adan ukeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe lah...Boleh la teruskan kehidupan aman2 jgn nak mencabub benda salah di socmed lagi.
Lagipun skrg dah 95% protected laki bini kan hasil mencucuk Pfizer UKM kan? Eh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak tindakan walau lama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay yeaaaay hippp hipppp horraay!!!! Yak yak yeaay!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 01:57 PM | Show all posts
lambat jugek korang hilang respek kat dia ye
mesti ngefans banget
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.102994 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list