CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1786|Reply: 19

[Tempatan] Kanak-kanak perempuan ditikam bapa tiri

[Copy link]
Post time 20-5-2021 03:52 PM | Show all posts |Read mode
ISKANDAR PUTERI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di perut dipercayai ditikam bapa tirinya dengan pisau dalam kejadian di Kangkar Pulai di sini.

Kejadian itu hanya terbongkar apabila doktor yang merawatnya di salah sebuah hospital di Iskandar Puteri, curiga dengan kecederaan yang dialami.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kanak-kanak berkenaan sebelum itu dibawa ibunya yang berusia 37 tahun untuk mendapatkan rawatan pada 15 Mei lalu kira-kira jam 9 pagi.

"Doktor yang merawatnya mendapati mangsa mengalami kecederaan seperti tusukan benda tajam di bahagian perut, sebelah kiri.

"Hasil temubual dengan kanak-kanak tersebut sebelum pembedahan dijalankan, mangsa menyatakan dia telah dicederakan oleh pakciknya sendiri (bapa tiri).

"Hasil siasatan awal polis, suspek berusia 38 tahun adalah bapa tiri mangsa dan merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, suspek telah mendapat rawatan sakit mental di Hospital Sultanah Aminah di sini sejak tahun 2014 dan masih mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

"Suspek kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi pemeriksaan lanjut.

"Polis turut merampas sebilah pisau panjang yang berukuran 29.5 sentimeter berserta hulu yang berada di rumah suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan dan masih berada dalam wad di hospital untuk rawatan lanjut.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tikam-bapa-tiri-OKU
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..berita berita skrg ni makin menakutkan..ramainya yang sakit mental dlm tak sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah , harap Jauhkan la anak2 kita dari perkara macam ni. Nasib baik anak tu pun pandai bagitau..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:13 PM | Show all posts
Sakit mentalkan siapa tahu apa tindakan yang dia berani lakukan itulah bahayanya tinggal dengan pesakit mental.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya, asal mengoteje kan, simpan jate x guna , anak plak pompuan, x pikiaq sgh!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rodok balik perut dia tengok ada akal ke tak. Dah oku tu buat la cara oku.. banyak la kes anak & bapa tiri ni, mak mak kena pantau lebih sikit dalam keadaan zaman skarang
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ada sejarah sakit mental...pyh ni.Mesti budak tu trauma nengok bapa tirinya tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sakit mental ke atau mat pet asalnya ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah oku, mental pulak masih lagi ade pompuan nak eh. Tak paham betul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:25 PM | Show all posts
Kad oku tu ada korang. Da macam kad monopoly get out of jail free
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:29 PM | Show all posts
Yg maknya pun pasaipa la org sakit mental pun ko nak buat laki? Byk harta ke si gila tu sampai sanggup menggadaikan keselamatan & keselesaan anak sdiri? Haiihhh tak paham aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mak yg pikirkn puk* dia je.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkar Pulai dalam Iskandar Puteri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 20-5-2021 04:29 PM
Yg maknya pun pasaipa la org sakit mental pun ko nak buat laki? Byk harta ke si gila tu sampai sangg ...

Mak dia fikir sedap je.
Ank dah kena rodok pun hadap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...dengan traumanya semoga adik ni sembuh dengan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:15 PM | Show all posts
amyza82 replied at 20-5-2021 05:00 PM
Mak dia fikir sedap je.
Ank dah kena rodok pun hadap.

Sakit hati kan sis baca news gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 11:04 AM | Show all posts
Mental betul bapa tiri dia ni, semoga mendapat hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:54 PM | Show all posts
salah maknya pilih laki ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mak pun nk berlaki pun pilih la jgk..euww..
tp auntie i dia bela cucu dia sndiri xbg ank dia bwk tinggal sekali ngn pak tiri..dia mmg xbg...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
asalkan berlaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.092315 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list