CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1469|Reply: 5

[Tempatan] Pemandu Perodua Alza 'Silver' dicari

[Copy link]
Post time 20-5-2021 10:03 AM | Show all posts |Read mode



Panaroma dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tun Mamat, di sini, awal bulan ini.

Kejadian dikatakan berlaku 8.30 pagi apabila mangsa yang berusia 56 tahun didakwa dicederakan pemandu sebuah Perodua Alza menggunakan besi pembuka tayar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berselisih dengan kenderaan suspek di Jalan Tun Ali menghala ke Jalan Tun Mamat, sebelum lelaki terbabit mengikuti bas itu sehingga ke hadapan sebuah pasar raya.

Beliau berkata, selepas mangsa menurunkan penumpang, suspek dikatakan memberhentikan kenderaannya di hadapan bas dan kemudian keluar dalam keadaan marah-marah kepada pemandu bas sebelum bertindak menumbuk cermin sisi kanan bas.

"Suspek kemudian pergi keretanya dan mengambil besi pembuka tayar lalu mengetuk cermin hadapan sebelah pemandu dan cermin sisi kiri bas sehingga retak.

"Suspek kemudian didakwa masuk ke dalam bas dan memukul kepala mangsa menggunakan besi yang sama di sebelah kiri kepala pengadu sebelum beredar," katanya.

Beliau berkata, akibat daripada insiden itu mangsa mengalami bengkak bahagian kepala.

"Berdasarkan maklumat dan keterangan mangsa suspek dikatakan berusia awal 40-an dan berbadan gempal selain memandu Perodua Alza berwarna kelabu dan bahagian sisi kiri serta kanan hadapan pula berwarna hitam.

"Justeru, polis menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkenaan suspek untuk tampil bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan," katanya.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Disiarkan pada: Mei 20, 2021 @ 9:26am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti cepat mamat tu tukar warna hitam kat kete dia tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap ada cctv area situ
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mendadih ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:59 AM | Show all posts
muka dh kena blur camana nak cari
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 11:05 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sipelaku dapat diberkas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.095013 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list