CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 3292|Reply: 34

[Tempatan] Ramai tandatangani petisyen minta Hajah Harimau Menangis dipenjara

[Copy link]
Post time 20-5-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Hampir 20,000 individu sudah menandatangani satu petisyen bagi menyarankan selebriti sensasi, Neelofa menerima hukuman setimpal atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Menerusi laman web change.org, seorang individu yang menggunakan nama Hentikan Double Standard mendakwa selebriti berusia 32 tahun itu berulang kali melanggar SOP dengan menyenaraikan beberapa kesalahan dan menuntut tindakan wajar dikenakan.

Petisyen bertajuk Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera itu membuatkan netizen bersatu hati apabila sejumlah tandatangan diterima sejak semalam.

"Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

"Kesalahan-kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang 'double standard' (pilih kasih) dikenakan terhadap beliau," tulis keterangan pada petisyen berkenaan.

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu tular video Neelofa dan ahli keluarga melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu.

Hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz didakwa di Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.

Untuk rekod, Neelofa sebelum ini dikenakan kompaun RM20,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dengan Haris, manakala 20 anggota keluarganya turut dikompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Neelofa dan Haris kemudian dikompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar kebenaran merentas negeri kerana ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.

Untuk dakwaan melanggar SOP sambuatan Aidilfitri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickfields, Kuala Lumpur, kelmarin.
Disiarkan pada: Mei 20, 2021 @ 9:38am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 09:54 AM | Show all posts
semoga menjadi kenyataan untuk pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Come on...more more
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Helo tt.. mana benang tt semalam..?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Loli n jeni nanges bucu katil...nak tgk dorang pegang sepanduk kat luar court.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 10:22 AM | Show all posts
Smlm aku sain ada 100 jer. Dalam masa 24 dah dpt dkt 20k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2021 10:44 AM | Show all posts
jiwasemangat replied at 20-5-2021 10:08 AM
Helo tt.. mana benang tt semalam..?

benang yg mana nyah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 11:01 AM | Show all posts
hakim jatuh hukum berdasarkan petisyen ka
prftttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
smlm time i sign baru 8 k ++

chayokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooh hoo...even if penjara sehari pun dah jadi banduan..nasib la..nape org lain berhijrah aman tenang je...jah dh lama berhijrah..why?? Cuba jah duk fikir baik2..muhasabah. maybe something not right. All the best jah..dh bosan citer jah. Baik aku gi kutuk israel.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
apa barang cik jah kurap dan PUBG Riz (pencetus ummah bebird gatal) je yg masuk jel.... satu clan skali, mak dia si TKHM (Tini Khan Harimau Mendoggie) pun kena sumbat patutnya, nabebal, Little Miss Katak, EEmran hapak, Atisyok sendiri, dan lain lain satu clan sampah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong 100%
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg elok dipenjara dua beruk ni.
Kompaun tu sebagai peringatan je.
Tu pun tak mampu nak menginsafkan mereka berdua
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 kesalahan yang berulang patut sumbat penjara je. Mcm memperlekehkan sistem perundangan je
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
@FanTasyCreaTioN @Xim tak blh consolidate merge ke.. Topik sama bpuluh bng buka ni haaa.. Tu lom lg wartawan cari kjp lg tulus cedok2..  #tanyejurrr Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 02:55 PM | Show all posts
Normabaru replied at 20-5-2021 12:44 PM
@FanTasyCreaTioN @Xim tak blh consolidate merge ke.. Topik sama bpuluh bng buka ni haaa.. Tu lom lg  ...
rasa nya pasal petisyen ni lom ada lagi kot ...
cari tak jumpa ...

kat board Gosip ader ...


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-5-2021 02:55 PM
rasa nya pasal petisyen ni lom ada lagi kot ...
cari tak jumpa ...


Ok noted FC

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:08 PM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 20-5-2021 10:19 AM
Petition: Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera

https://www.change.org/p/pdrm-langgar-sop- ...

menghampiri 35k oiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:10 PM | Show all posts
so far petisyen up 1k every 10-20 mins... go go go
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.125611 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list