CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9159|Reply: 105

Ulangkaji : tips pemanduan di lebuh raya

[Copy link]
Post time 21-4-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Iols pemandu kertu yg tak suka memandu hiks.. tmpt keje baru kena lalu highway. So ini edisi ulangkaji utk iols.

Cnp
https://lp-services.blogspot.com/2011/05/memandu-dl-lebuhraya.html?m=1



Pendahuluan

Memandu di lebuhraya adalah lebih mudah dan selesa. Walau bagaimanapun bagi pemandu yang tidak pernah menggunakan lebuhraya, mungkin akan mengalami satu pengalaman yang baru.

Kemalangan yang berlaku di lebuhraya disebabkan sikap pemandu yang mengambil mudah semasa memandu dilebuhraya dengan memandu secara laju tanpa memikirkan soal
keselamatan.

Pemandu haruslah bijak untuk bertindak pantas ketika kecemasan semasa memandu di lebuhraya. Misalnya terjadi pemandu panik dan mereka tidak pasti apa yang harus dibuat, walaupun mereka mempunyai pengalaman memandu bertahun-tahun. Apa yang penting adalah pemandu yang memandu di lebuh raya perlu mengubah anggapan bahawa lebuhraya bukanlah tempat untuk memandu dengan laju atau bertindak dengan sesuka hati. la lebih merupakan satu kemudahan bagi keselesaan pemandu-pemandu kenderaan.

Berikut beberapa garis panduan yang perlu diketahui sebelum dan semasa memandu:

Sebelum Memandu

Perkara asas yang perlu ialah pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Pemanduan di lebuhraya memerlukan kenderaan yang 'baik' di mana kenderaan tersebut perlu dijaga dan diservis mengikut jadual.

Tayar mestilah diisi dengan tekanan angin yang betul dan berada dalam keadaan baik. Untuk perjalanan yang jauh atau apabila muatan kenderaan penuh, gunakan tekanan tayar yang tinggi.

Pastikan pemandu selesa dengan tempat duduk dan juga dengan tali pinggang keledar. Elakkan cuba menyelaras/ membetulkan tempat duduk ketika pemandu sedang memandu kerana ia boleh mengganggu tumpuan pemandu.


Jangan menggantung tuala atau pakaian pada pintu dengan usaha untuk mengelakkan cahaya. Ini akan menghadkan pandangan belakang dan tepi pemandu. Jika ingin mengelakkan cahaya matahari, gunakan skrin penahan cahaya yang dijual di kedai assesori kenderaan.

Berpakaian ringkas,selesa dan berkasut.Elakkan memakai selipar kerana ia mungkin tersekat antara brek atau pedal pemecut. Jika pemandu berasa lebih selesa tanpa memakai kasut, pilih sandal yang mengikat kukuh pergelangan kaki.

Jangan membawa terlalu ramai penumpang. (Maksima: 4 orang dewasa, termasuk pemandu atau 5 orang termasuk seorang kanak-kanak di dalam kereta) atau terlalu banyak barang-barang. Pemandu tidak akan selesa jika kereta yang di pandu terlalu berat.

Pastikan setiap orang termasuk kanak-kanak memakai tali pinggang keledar dan pintu telah dikunci dengan selamat. Gunakan kunci khas untuk kanak-kanak jika ada kanak- kanak di dalam kereta.

Adalah dinasihatkan untuk membawa bersama-sama alat kelengkapan untuk menghadapi kecemasan seperti lampu suluh dan payung.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissyMolly at 21-4-2021 09:11 AM

Ni tips Semasa Memandu:

1)Perhatikan had laju dan memandulah antara had yang dibenarkan.Had kelajuan maksima- yang tertera di lebuhraya ialah 110 km/j dan tidak semestinya memandu dengan kelajuan yang maksima tersebut, adalah dinasihatkan mengikut kelajuan yang sesuai.

2)Sangat penting bagi pemandu untuk perhatikan semua tanda-tanda isyarat yang dipamerkan di lebuhraya yang menunjukkan perubahan had kelajuan yang sesuai.

3)Berhenti dan berehatlah di perhentian sebelah berikutnya. Tidak dibenarkan berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan kerana tindakan ini merbahaya dan menyalahi undang-undang.

4)Perhatikan tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan berhampiran hentian sebelah atau persimpangan. Perlahankan kenderaan semasa menghampiri hentian sebelah atau persimpangan kerana mungkin ada pemandu yang memperlahankan kenderaan untuk berhenti atau keluar dari lebuhraya pada persimpangan jalan.

5)Berhati-hati juga terhadap kereta yang keluar dari hentian sebelah atau kereta yang masuk ke lebuhraya dari persimpangan.

6)Lihat kepada pengukur suhu dan penunjuk yang lain untuk memeriksa suhu dan keadaan minyak enjin dan bateri.

7)Hendaklah sentiasa memandu di sebelah kiri (lorong di sebelah luar) lebuhraya. Lorong sebelah dalam hanya untuk memotong. Jangan jadi pemandu yang pentingkan diri sendiri.

8)Jika jalan mempunyai tiga lorong, lorong luar untuk memandu perlahan, lorong tengah untuk memandu laju dan memotong, manakala lorong sebelah dalam untuk memotong sahaja. Jangan terus memandu di lorong sebelah dalam.

9)Papan tanda juga menunjukkan jarak destinasi. Ini akan membantu pemandu membuat keputusan sama ada harus berhenti di hentian sebelah yang berikutnya untuk berehat, makan atau pergi ke tandas. Adalah tidak bijak untuk memandu berterusan melebihi dua 1 jam.Pemandangan yang sama sepanjang lebuhrayaj boieh menyebabkan menjadi bosan dan berasaj mengantuk.

10)Gunakan lampu besar untuk memberi amaran kepada kereta hadapan supaya bergerak ke lorong luar jika kenderaan tersebut bergerak perlahan. Pemandu bergerak ke lorong luar sekiranya terdapat kenderaan di belakang anda hendak ke lorong dalam. Kenderaan tersebut mungkin melampaui had kelajuan yang ditetapkan, tetapi janganlah melakukan sesuatu yang membahayakan seperti menghimpit kenderaan kepada pembahagi jalan.

11)Kadangkala terdapat pemandu yang menggunakan lorong perlahan sehingga/walaupun telah banyak kereta memotongnya. Ini akan menyebabkan kereta berbaris di belakang dan tidak boleh bergerak lancar sehingga kenderaan itu bergerak ke lorong perlahan.

12)Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum memotong atau menukar lorong. Pemandu mungkin merasakan tindakan tersebut tidak perlu apabila tidak kelihatan kereta di belakang. Walau bagaimanapun, pemandu mestilah ingat bahawa pandangan belakang dan sisi terdapat kawasan yang tidak dapat dilihat yang tidak memungkinkan untuk anda melihat kenderaan.

13)Tetapkan jarak yang munasabah dari kereta hadapan. Gunakan peraturan 2 saat. Ini akan memberi masa yang cukup untuk bertindak jika kereta di hadapan berhenti tiba-tiba atau mengalami kerosakan.

14)Jangan sesekali memasang lampu 'hazard' semasa memandu. Pasangkan lampu besardan lampu belakang jika hari hujan. Terdapat pemandu kenderaan mempunyai tanggapan yang salah terhadap penggunaan lampu 'hazard', la hanya digunakan untuk memberi amaran bahawa kepada pemandu kenderaan yang lain dan seharusnya digunakan apabila kereta itu berhenti, terutama apabila berhenti di lorong kecemasan.

15)Walau bagaimanapun, pemandu diingatkan bahawa lorong kecemasan hanya untuk keadaan kecemasan, Berhenti di lorong kecemasan untuk menjawab atau membuat panggilan telefon adalah salah. Jika perlu menjawab panggilan penting, beritahu kepada rakan yang membuat panggilan tersebut bahawa anda akan menghubunginya apabila tiba di hentian sebelah yang terdekat.

16)Berhati-hati terhadap kereta yang berhenti di lorong kecemasan. Ini kerana kadang-kadang pemandu kenderaan tersebut akan membuka pintu tanpa mempastikan kenderaan yang datang dari arah belakang. Berhati-hati juga terhadap pemandu motosikal yang berhenti di bawah jambatan ketika hari hujan.

17)Merancang perjalanan adalah penting jika tidak biasa memandu di lebuhraya, elakkan memandu pada waktu malam atau pada musim hujan.

18) Memandu pada waktu tengahari amat memenatkan. Oleh itu, pastikan pemandu mempunyai rehat yang cukup sebelum memandu. Berehatlah di perhentian sebelah selepas dua (2) jam perjalanan. Keluar daripada kereta dan lakukan sedikit senaman regangan, tarik nafas dan memandu semula apabila telah bersedia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Selepas memandu ( hahaha mmg iols xbuat.. lock kete masuk umah till esok pagi plak. Pusing2 gitu sampai ajm)

Selepas menamatkan perjalanan terutamanya perjalanan jauh, pemandu dinasihatkan memeriksa semula keadaan kenderaan, air bateri, sistem penyejuk, minyak enjin, tekanan angin tayar dan kerosakan-kerosakan kecil pada komponen kenderaan mungkin berlaku. Perbetulkan atau baikpulih semula kerosakan bagi mempastikan keadaan yang baik sentiasa terpelihara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tayar mestilah diisi dengan tekanan angin yang betul dan berada dalam keadaan baik. Untuk perjalanan yang jauh atau apabila muatan kenderaan penuh, gunakan tekanan tayar yang tinggi.


Ni mmg mende yg iols benci. Tak pandai isi.. tp mmg tak la ngaku kt en suami nti ne mrh so asal g pam minyak buat2 mulut manis kt pekerja yg ad area luar mintak isikan hahahaa

Sbbkan berulang hari2 & tayar pun dah 5thn , iols mula rasa stereng gegar. Langsung tak sedap bawak. Baru tau rupa tayar botak huk2... ala tgk ad garis lagi kalau botak bkn licin ke hahaaa.. so tukar tayar,  problem setel, stereng sdp seperti selalu. Nasib mak tak mati bwk laju tgh hujan lagi kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissyMolly at 21-4-2021 09:12 AM

10)Gunakan lampu besar untuk memberi amaran kepada kereta hadapan supaya bergerak ke lorong luar jika kenderaan tersebut bergerak perlahan. Pemandu hendaklah bergerak ke lorong luar sekiranya terdapat kenderaan di belakang anda hendak ke lorong dalam. Kenderaan tersebut mungkin melampaui had kelajuan yang ditetapkan, tetapi janganlah melakukan sesuatu yang membahayakan seperti menghimpit kenderaan kepada pembahagi jalan.

Ada sekali jln mmg lurus & dr kejauhan mmg nmpk ad sebijik kete lajuuuu nak mati tp iols agak sempat nk potong lori dpn baru kereta itu tiba di blkg iols. Malangnya kete depan pun masuk potong so impian i nk potong lelaju terencat sbb kete depan xfull trottle.

Natijahnya, dptlah high-beam kete blkg sb sah2 la dia kena tekan break.. Tp sbb i tgk lmbg proton i buat bodo jer kekal lane kanan follow kete dpn yg penuh santun itu.. Pas potong lori baru i masuk kiri ahahaaa skali nmpk lambang polis kat tepi pintu kete ittew.. ala mana iols tau chuols polis... hampun tokkk ahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
@kaoru44 ajuma penat la bwk kete hari2 ahahaaa penat smpai tak sempat layan korea huk2.. meh jd pilot ajuma nak? Chuols kn teror bwk kete hiksss
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 21-4-2021 08:34 AM
10)Gunakan lampu besar untuk memberi amaran kepada kereta hadapan supaya bergerak ke lorong luar jik ...

Kete polis?..haha
Tips ulangkaji memandu..ingtkn thread resepi kuih muih..
Tmpt i duduk ni agak jauh nk ke bndr..so drive ulang alik gitu la..
Tp i suka la bwk kete..nyanyi sorg2..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 02:16 PM | Show all posts
https://forum.cari.com.my/forum. ... 046718&mobile=2
Ha..ini dr dlm forum jgk..cara pegang steering..n psonaliti disebaliknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 21-4-2021 02:08 PM
Kete polis?..haha
Tips ulangkaji memandu..ingtkn thread resepi kuih muih..
Tmpt i duduk ni aga ...

Hahahaa kuih sempena buka poser ke oru? Mmg tak la. Ajuma pengunjung setia bazar remdan kot hohoohoo

Penat la u. Hukhuk.. pdhl jln lurus jah? Bkn kita bwk kete pun. Kete bwk kita.. asal kawe penat neh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 21-4-2021 02:16 PM
https://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1046718&mobile=2
Ha..ini dr dlm forum jgk..c ...

Tros teringat kot nak ngorat awek ne pulas stereng satu tgn je time reverse ahahaaa.. jap ajuma g
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 21-4-2021 02:16 PM
https://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1046718&mobile=2
Ha..ini dr dlm forum jgk..c ...

Find the position of the hands on the wheel that is similar to yours and find out what it really means

Ajuma ne gugel sendiri text tu br nmpk pic hehee
Ayooo tbukti i’m bossy lah
I pgg sblh tgn sbb nk mkn heheee kiri stereng knn suap tp bulan molia ni mmg x la ley mkn

Ngntukkkk nyehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Oru.. oru.. nada eksited k! Iols nmpk mat moto cbr honda tuh la rini hahahaaa tros segar mata ajuma buat seketika kohkoh.. hidup lagi mamat tu hahahaa smg esok bjumpa lagi kn kn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
@eplasbpafree sini mek.. kasik pinjam kuda padi hummer chuols.. ley i bull doze sumer kete yg slow2 nih ahahaa ngantuk nya iols masa bwk kete. Bape kali sengguk hukhuk nasib dh bc doa byk2 slmt gak smp
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 08:14 AM | Show all posts
Jangan lupa pasang dash cam pada kereta korang tu. Video boleh dijadikan bahan bukti andaikata ada masalah yang ditimbulkan oleh pengguna jalan raya lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lh buat ulangkaji. Meols pun sejak wfh xde drive sgt. Dah lama x lalu highway jalan jammed.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 21-4-2021 07:14 PM
Hahahaa kuih sempena buka poser ke oru? Mmg tak la. Ajuma pengunjung setia bazar remdan kot hohooh ...

Sbb lurus la penat...haha..
Rasa lama..pdhl xjauh mana...
Gmbr xkluar eh?..
Knp ye..area sni..bazar xmeriah...xramai menjual..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 22-4-2021 07:50 AM
Oru.. oru.. nada eksited k! Iols nmpk mat moto cbr honda tuh la rini hahahaaa tros segar mata ajuma  ...

Hahaha..ingtkn dh lnyap terus..rupanya timing xkena..itu xbjmpa
Ala2 mcm siapa eh?..ada x gaya2 pelakon mana2?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 11:36 AM | Show all posts
MissyMolly replied at 21-4-2021 11:54 PM
@eplasbpafree sini mek.. kasik pinjam kuda padi hummer chuols.. ley i bull doze sumer kete yg slow2  ...

Okey... Terima kasih jemput iols ke sini.

Iols ni bukan pemandu berhemah sgt.
Last year iols kena saman sbb drive sambil pgg phone.
Merasalah naik courts bagai.

Nasib baik iols kena denda RM200 je sbb iols merayu pada Hakim, sy nak hantar anak masuk sekolah asrama.

Hihihi. Rezeki anak.

Denda kalau saman ni minima RM350 max RM2000

So korang, don't drive & hold phone yar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 22-4-2021 08:14 AM
Jangan lupa pasang dash cam pada kereta korang tu. Video boleh dijadikan bahan bukti andaikata ada m ...

Demmm mana chuols tau iols xde eh natang tu ahahaa.. kot rekod nmpk i yg bwk hoyong hayang hohooo.. Ok noted u pesanan yg baek. Any tips? N kosting cane? Iols rabakkkk bener sbb tukar tayar baru nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Missfadh replied at 22-4-2021 08:49 AM
Boleh lh buat ulangkaji. Meols pun sejak wfh xde drive sgt. Dah lama x lalu highway jalan jammed.

Ola miss.. jimat minyak tol kan wfh hehee... iols jrg guna lebuhraya. Terkial2 gak tp blagak pro jer bila ditanya.. blagak seh hahaaa..

I cnp je tp no 11 bwh ni mcm pelik jer? Apakah yg sepatutnya?

11)Kadangkala terdapat pemandu yang menggunakan lorong perlahan sehingga/walaupun telah banyak kereta memotongnya. Ini akan menyebabkan kereta berbaris di belakang dan tidak boleh bergerak lancar sehingga kenderaan itu bergerak ke lorong perlahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.131305 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list