CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 23-12-2020 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeyeyeye... Ada update.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-12-2020 08:54 AM

Pengalaman mencari hantu di kubur tengah hutan

Citer ni citer kawan aku. Dulu sebelum meletup-letup rancangan tv Ghost Hunters, kawan aku ni penah jugak join satu group paranormal. Group paranormal kawan aku ni lain skit, diorang bukan nak kejar populariti, diorang ni adalah sekumpulan orang yang skeptikal atau tak percaya dengan paranormal ni dan sanggup melabur untuk beli peralatan-peralatan yang berkualiti.  Semua penyiasatan diorang ni dibuat atas inisiatif sendiri, termasuklah tempat-tempat yang dipilih pun, team kawan aku ni suka pegi tempat yang orang jarang pergi tapi ada penampakan.  

Kawan aku ni dijemput untuk join group ni sebab kawan aku ada pengalaman mengendalikan kamera.  Banyak kali jugak kawan aku ni join ekspedisi paranormal diorang, dan ada jugak la team ni berjaya dapatkan gambar-gambar dan video-video paranormal.  

Di satu petang bulan Jun, team paranormal ni pegi ke sebuah tapak perkuburan yang letaknya di tengah-tengah hutan.  Memang nak masuk ke tapak perkuburan tu kena melalui satu jalan sempit yang berturap tapi dah lama tak selenggara.  Team ni dapat berita yang banyak kejadian pelik berlaku kat kawasan perkuburan ni jadi apa lagi diorang pun terjahlah perkuburan tu.

Yang datang hari tu cuma 4 orang termasuk kawan aku ni.  Kawan aku tak bawak kamera, sebaliknya dia cuma bawak alatan kecil pengesan EMF je.  Rupa EMF tu mcm ni.


Team ni berpecah kepada 2, yang satu tu masuk ke kawasan hutan tu untuk menyiasat, kawan aku dan partner dia pulak cuma menyiasat di sekitar tapak perkuburan.

Kawan aku cuma dapat bacaan EMF yang normal, maksudnya kat kawasan kubur tu takde la hantu kalau ikut mesin tu.  Jadi kawan aku dan partner dia pun menuju la ke kawasan hutan kat sekeliling tu, tapi makin dekat ke hutan tu bacaan mesin tu jadi tak stabil, kejap rendah kejap turun.  

“Ok ni pelik”, habis je kawan aku cakap macam tu, kawan aku dan partner dia terdengar bunyi benda jatuh bedebuk dari arah hutan tu.  Serentak tu jugak, 2 orang team lain tadi berlari keluar dari hutan, dan menjerit-jerit kat kawan aku ni suruh cepat-cepat start enjin kereta diorang.  

Kawan aku ni pun dah panikla tengok team 2 orang tu macam tu.  Diorang pun cepat-cepatlah memandu keluar dari tanah perkuburan tu.  Bila dah berjaya keluar dari hutan tu, dah sampai jalan besar barulah team 2 orang tu cerita apa yang diorang dah nampak.

Team tu cerita masa diorang dalam hutan tu, diorang ternampak ada makhluk pelik, macam orang tua tapi warna kelabu tengah merangkak-rangkak dalam hutan tu.  Makhluk tu mengeluarkan bunyi atau suara yang diorang tak leh nak paham.  Masa tu jugak diorang terdengar bunyi benda jatuh dalam hutan tu dan makhluk tu terperasan yang team 2 orang tu tengah peratikan diorang, dan makhluk tu terus kejar team tu dengan merangkaknya.  Team tu terperasan yang makhluk tu macam labah-labah, ada 8 anggota.

Team paranormal tu punyelah takut, sampai diorang tak berani lagi dah nak masuk ke tanah perkuburan tu sampai sekarang….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2020 02:57 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-12-2020 08:56 AM

Kisah Bapa Mertuaku

Bapa mertua aku ni membesar di kawasan pendalaman yang dipanggil Willowcreek di California.  Rumah tempat bapak mertua aku membesar ni memang betul-betul kat tepi hutan.  Masa kecik-kecik dulu bapak mertua (FIL) aku dan abangnya suka bermain-main dalam hutan tu tapi diorang tak pegi jauhla.

Sampaila pada suatu hari, masa ni FIL aku umur 9 tahun dan abangnya dalam 11 tahun gitu, satu petang tu diorang pun keluar bermain-main kat belakang rumah.  Tetiba diorang terdengar ada bunyi berbisik dari sebalik sebuah pokok yang tak jauh dari diorang.  Pssttt psssttt…  bunyi macam tu la.  Mula-mula abang FIL aku ni yang perasan bunyi tu, dia pun tegur la balik ‘ko nak ape?’.  FIL aku pun tengokla sekali, rupanya diorang ternampak ada orang menjegulkan mukanya dari sebalik sebatang pokok redwood. Pokok redwood ni sejenis pokok yang batang besar


Ye, FIL aku cakap dia nampak muka je.  Masa tu FIL aku tak rasa takut pun, cuma dia rasa macam keliru skit.  Sebab dia cuma nampak muka dan leher,  muka tu jenis lonjong dan pucat, rambut lurus warna hitam dan FIL aku cakap, dia pun tak pasti muka tu milik perempuan ke lelaki.  Mata orang tu warna hitam, jenis anak mata yang besar sampai tak nampak dah yang bahagian bola mata yang warna putih tu.

Bila abang FIL aku dah tegur, orang di sebalik pokok tu cuma senyum dan menyorok balik, sekelip mata lepas tu muka orang tu muncul balik di sebalik pokok lain yang jaraknya dalam 50 ela dari pokok redwood tu. Terkejut la FIL aku dan abangnya.  Kalau orang lain mungkinlah dah takut, tapi sebab FIL aku dan abangnya ni jenis orang kampung yang jarang tengok tv, yelah zaman FIL aku tu mana ada Astro. Abang FIL dan FIL aku ni lebih rasa pelik jadi diorang pun ikutlah muka tu.  

Bila diorang berdua makin dekat je dengan muka tu, nanti muka tu akan menyorok balik dan muncul semula di pokok lain.  FIL aku dan abang dia dah macam main kejar-kejar pulak dengan orang tu.  Sampailah FIL aku ni tetiba tersedar sendiri, dan dia terperasan, yang diorang berdua ni dah makin jauh ke dalam hutan.  Diorang dah sampai ke kawasan hutan yang diorang tak penah masuk.

FIL aku ni dah makin takutla, takut sebab mak dah pesan jangan main jauh-jauh sangat dari rumah. Tapi abang FIL aku ni masih lagi ‘seronok’ kejar-kejar muka tu.  FIL aku merayu-rayu kat abang dia nak balik, tapi abang dia buat tak tau je. Akhirnya FIL aku rasa geram sangat, dia pun pegi lah gigit tangan abang dia.

Abang dia pun menjerit kesakitan dan kejarlah FIL aku yang nakal tu.  Masa adegan kejar - mengejar tu, FIL aku sempat toleh belakang dan dia perasan, muka tu pun kejar diorang sekali.  Tapi masih tak nampak badan, nampak muka ja. Muka yang awalnya asyik tersenyum tu kali ni bertukar jadi garang, macam tak puas hati. Apa lagi makin laju lah FIL aku ni berlari keluar dari hutan tu.

Perjalanan yang dirasakan pendek tu, menurut FIL aku sebenarnya diorang berdua ni dah jauh sangat dah ke dalam.  Sebab masa berlari keluar pun dah macam lama sangat tak jumpa-jumpa rumah diorang, ni pulak yang tadi setakat jalan-jalan santai kan.  Yang lagi mengerikan, muka tu makin cepat pulak muncul dari balik pokok mengejar diorang.  FIL aku baru perasan yang, dahla tak jumpe badan, muka tu muncul dari pokok tapi takde bunyi macam orang bergerak dari pokok ke pokok.

Dipendekkan cerita, diorang pun berjaya la keluar dari hutan tu… Aku tanya jugak FIL aku ni, takkan bapak tak takut kan? Kalau orang lain mesti dah terkencing-kencing, ni bapak siap follow lagi tu. Bapak aku pun selamba la cakap, ‘kami ni tak penah tengok cerita hantu, lagipun nak takut apa, muka macam manusia’.  Begitulah kisah bapak mertua ku yang otai….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2020 03:40 PM | Show all posts
Bila Prank Kau Menjadi

Keluarga kawan aku ni ada memiliki sebuah ladang kecil di bahagian barat Texas, dalam 60 batu dari Ozona.  Aku dan kawan aku ni ada jugak pegi memburu di ladang keluarga kawan aku ni. Texas ni kawasannye takde hutan tebal macam hutan hujan kat Malaysia, tapi style ladang kt Texas ni memang jaraknya jauh-jauh sikit dari rumah jiran lain.  


Adalah satu tahun ni, aku bawak sekali girlfriend aku ke ladang kawan aku. Girlfriend aku ni memang orang bandar dari Philadelphia. Jadi aku dengan kawan aku ni pun cadang nak prank girlfriend aku ni.  Kat Texas ni ada satu makhluk legenda yang dipanggil jackalope.  Jackalope ni badan macam arnab, tapi ada tanduk rusa.  Jadi untuk prank kitorang ni, kami pun bersungguh-sungguhla yakinkan girlfriend aku, ye jackalope ni memang wujud kat tempat ni.  Kami sempat jugak reka cerita, yang jackalope ni bunyinye mcm bunyi bersiul tapi nada tinggi.

Malam tu, aku kawan aku dan girlfriend aku pun buat buat unggun api kat sebuah kabin yang aku dan kawan aku suka lepak, duduk-duduk tepi unggun api minum-minum.  Tengah diorang seronok minum-minum tu, aku pun menyusup keluar kasi alasan nak pegi kencing jap dan menyorok celah-celah semak dalam 400 ela dari port lepak kami tu. Pastu aku pun buatlah bunyi jackalope yang aku reka tu.  

Dari jauh aku dengar jugaklah bunyi kecoh-kecoh termasuklah kawan aku tu.  Memang bersungguh-sungguh betul dia berlakon masa tu. Aku pun tahan gelak jelah. Dalam 2-3 minit aku buat bunyi jackalope tu pastu aku pun balik la ke port lepak tu, buat-buat muka tak bersalah kan.  Sekali tu tengok-tengok kawan aku dan girlfriend aku dah menyorok dalam kabin.

Dua-dua muka macam ketakutan termasuklah kawan aku ni. Kalau girlfriend aku tu, aku pahamla sebab memang nak prank dia pun.  Kawan aku cakap, masa aku buat bunyi jackalope tu, diorang ternampak macam ada bayang-bayang manusia bertanduk tak jauh dari kabin kami tu.  Aku pulak yang rasa macam dipermainkan.

“Serius ke ko ni ko dah berpakat kan dengan awek aku nak prank aku pulak kan?”
“Tak bro memang serius kitorang nampak orang bertanduk tu”

Aku tak percaya, terus kitorang capai senapang dan lampu suluh nak kejar orang tu.  Tapi tak sempat kejar pun, bukak pintu je aku dan kawan aku ternampak bayang-bayang seorang manusia tinggi kurus dengan tanduk yang tinggi, dengan selamba berjalan depan kitorang dan akhirnya hilang di sebalik semak-semak dan kegelapan malam…..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 06:31 PM | Show all posts
nak sumbang sikit.
masa laki aku study dulu dia pergi ke black forest area bavaria, germany. masa tu  tahun 2010 dia kata ada pacik cite kat depa pasal hantu ahli sihir nama maria renata.
katanya sapa masuk hutan bavaria nanti kena kacau dengan hantu ahlisihir tu.

dalam sejarah memang ada perempuan kene hukum bunuh dituduh ahli sihir dan amalkan satanism nama Maria Renata Von Mossau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2020 07:16 PM | Show all posts
Asyik citer pasal kisah-kisah dalam hutan je, ok kali ni aku translate kisah kat tempat pelancongan kat US pulak.

Siapakah lelaki misteri di menara itu?

Tahun 2002, aku dan suami pegi melancong ke Gettysburg.  Masa tu masih lagi di awal musim bunga, jadi kebetulannya masa kami pegi situ, memang takde orang cuma kami berdua.

Gettysburg ni merupakan tempat bersejarah di mana terjadinya peperangan terbesar dalam sejarah USA, iaitu Civil War.  Civil War ni kalau bahasa melayunya perang saudara.  Jadi kat Gettysburg ni ada banyak tinggalan zaman perang masa tu. Kami sempat pegi ke Spangler’s Spring, lepas tu kami letak kereta dalam 3/4 batu dari Culp’s Hill dan berjalan kaki pulak ke situ.

Di Culp’s Hill ni ada menara peninjau.  
Jadi kitorang pun naiklah menara tu. Kat menara tu ada basikal tua zaman 80an dulu. Masa tu memang kami ingat kami berdua je yang ada kat situ, tapi naik menara je, rupa-rupanya dah ada orang lain pulak kat situ. Lelaki tu membelakangi kami, nampak macam muda dan baju dia pakai pun macam baju orang dulu-dulu jenis retro.  Masa tu kami tak syak apa-apa, mungkin pemuda ni datang ke sini naik basikal tadi kot.

Aku dan suami aku pun mulalah menikmati pemandangan atas menara tu, tangkap gambar sana sini.  Tapi lama-kelamaan aku rasa tak sedap hati.  Aku memang tak nampak muka pemuda tu, tapi aku boleh rasa kehadiran dia. Camne nak cakap ye? Macam ni, kalau aku gerak ke belah sana, dari sipi-sipi mata aku boleh nampak dia pun ikut aku tapi masih membelakangi aku, cumanya aku tak dengar dia bergerak pun.

Aku berjalan-jalan keliling menara tu, dan aku boleh rasa pemuda tu pun ikut aku.  Aku mula rasa risau kena stalk macam tu.  Laki aku pulak tengah syok melayan pemandangan atas menara tu, jadi bila aku tengok laki aku masih selamba aku pun rasa ok mungkin ni cuma perasaan aku je.

Kali ni, aku beralih dan tidak membelakangi pemuda tu lagi.  Aku cuma nak tengok rupa pemuda tu macam mana, tapi bila aku toleh je aku jadi pening.  Pandangan aku jadi kabur, dan aku sumpah aku macam nampak lelaki tu kejap kat sana, kejap kat sini.  Tapi aku tak nampak pun lelaki tu berjalan ke.  Aku nampak lelaki tu bergerak macam The Flash, muka pemuda tu kabur sampai pening aku jadinya.

Aku pun tarik la tangan laki aku, dan ajak laki aku jom lah balik.  Laki aku tak banyak cakap, terus angguk dan kitorang pun sama-samalah turun menara tu. Nak turun menara tu pun satu penyiksaan jugak sebab tangga menara tu dahla sempit dan menara tu pun boleh tahan tinggi.

Sepanjang kitorang jalan kaki  ke tempat letak kereta tu, aku dan suami tak bercakap apa langsung.  Sampailah kitorang dah memandu keluar, laki aku citer, sebenarnya dia terperasan yang pemuda tu takde muka.  Pastu laki aku pun cakap jugak, dari pandangan mata dia, pemuda tu macam chipsmore, kejap ada kejap takde, kejap kat sana kejap kat sini, tapi memang tak nampak pemuda tu berjalan.  Tapi laki aku taknak takutkan aku jadi laki aku buat-buat berani jelah sampai aku ajak turun.

Sampai ke hari ni kami tak tau apa benda tu sebenarnya, aku rasa mungkin pemuda tu adalah roh pemuda yang mati kat situ pastu tak boleh nak pergi ke alam sana, laki aku pulak rasa benda tu agaknya syaitan saja nak ganggu kitorang.  Tiada siapa pun yang tahu…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 27-12-2020 07:16 PM
Asyik citer pasal kisah-kisah dalam hutan je, ok kali ni aku translate kisah kat tempat pelancongan  ...

Yg ni mmg seram.,
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:26 PM | Show all posts
Wow best giler..keep it up sis...really salute sis punya kerajinan sudi translate dalam bahasa yang santai n senang nak paham...tengkiu sis...we want more siiiiisss
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 27-12-2020 06:31 PM
nak sumbang sikit.
masa laki aku study dulu dia pergi ke black forest area bavaria, germany. masa  ...

Menarik ni. Aku dah copy.. Nak cari kisah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 27-12-2020 07:16 PM
Asyik citer pasal kisah-kisah dalam hutan je, ok kali ni aku translate kisah kat tempat pelancongan  ...

Gettyburg hampir 50k terbubuhr.. Mng iols baca.. Ada yg pernah nampak mcm flash back perang kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-12-2020 05:58 PM
Menarik ni. Aku dah copy.. Nak cari kisah dia.

taktahula betul ke tak. tu pun org cerita kat dia. minah ahli sihir penyembah setan tu kena pancung pastu badannya kena bakar.
gentayangan rohnya di sekitar bavaria.

black forest tu pun banyak kisah Brothers Grimm yg diinspirasi dari hutan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 28-12-2020 02:08 AM
taktahula betul ke tak. tu pun org cerita kat dia. minah ahli sihir penyembah setan tu kena pancun ...

Menarik.. Tadi ads cari. Katanya dia ni nun asalnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 08:57 AM | Show all posts
ellejo replied at 27-12-2020 06:31 PM
nak sumbang sikit.
masa laki aku study dulu dia pergi ke black forest area bavaria, germany. masa  ...

thank u uols... takpe kalau uols nak share citer pun bleh je.  meols alu alukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 08:59 AM | Show all posts
snowpurple replied at 27-12-2020 10:26 PM
Wow best giler..keep it up sis...really salute sis punya kerajinan sudi translate dalam bahasa yang  ...

tq tq uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 09:54 AM | Show all posts


Tangga Misteri di Tengah Hutan Part 4

Aku membesar di Ann Arbor, Michigan.  Rumah aku memang tak berapa jauh dari University of Michigan tu, dalam setengah jam. Aku tinggal di sebuah taman perumahan kecik bernama Pittsfield Township. Kat jalan utama taman aku ni die macam bersambung dengan jalan tak berturap yang menuju ke sebuah hutan yang agak tebal la jugak.  Dari belakang rumah aku memang boleh nampak hutan ni,  tapi hutan tu takdelah betul2 belakang rumah aku.

Satu hari, aku dengan kawan aku, Matt tengah bosan-bosan kat rumah tak buat ape kan, jadi kitorang pun bercadang nak teroka kawasan hutan.  Masa tu aku cuma pakai seluar pendek dan selipar jepun je (org usa panggil flip-flops), sebab aku ingatkan kitorang nak masuk kawasan dekat-dekat je. Tapi sedar tak sedar dah 5 batu jugakla kitorang berjalan masuk ke hutan tu.

Kitorang terjumpa sesuatu yang agak pelik, tinggalan rumah yang aku agak rumah tahun 50 ke 60an.  Tinggalan rumah ye, bukan rumah tinggal.  Sebab rumah tu dah roboh sana sini, tapi yang masih tinggal adalah perabot sikit, dapur gas lama, ada tab mandi, cerobong asap yang orang bakar kayu api tu dan termasuklah sebuah kereta trak Ford lama.  Kitorang turut terjumpa sebuah tangga lama kat rumah tu

Bahagian yang berbesi kat tangga tu dah berkarat dah, tangga tu pun dah berlumut dan berkulat sana-sini.  Kawan aku Matt ni berani sikit, dia pun naiklah tangga tu sampai ke bahagian atas sekali.  Sekali tu Matt kata, dia pening kepala la pulak. Pening teramat sangat sampai dia termuntah atas tangga tu dan tergelincir jatuh tangga.  Nasib baik la tinggi tangga tu dalam 8 kaki je gitu, aku ingatkan Matt tak cedera tapi Matt menjerit kesakitan yang teramat sangat.

Rupanya kaki Matt patah, nampakla kat kaki Matt tu tulang yang patah sampai timbul kat permukaan kulit. Memang parah jugakla kecederaan Matt. Nasib baik aku memang ada pisau, jadi dengan ilmu pertolongan cemas yang aku belajar skit2, aku koyakkan lengan baju Matt sikit untuk ikat bahagian yang patah tu.  Aku tanya Matt ko boleh jalan ke ni? Matt hanya mampu menjerit kesakitan.  Ok masa citer ni berlaku,  zaman ni memang handphone tu bukan benda biasa macam sekarang ni, jadi kitorang takde cara nak call 911 untuk dapatkan pertolongan, jadi nak tak nak Matt kene jalan jugak. Tapi Matt macam sakit sangat, tak berenti-renti dia aduh, aduh sakit gitu.

Tetiba, Matt berenti merengek kesakitan. Tempat tu jadi senyap sunyi.  Dalam kesunyian tu, kami terdengar sayup-sayup suara orang menjerit, tapi suara tu macam dari jauh.  Yang buat seriau tu, jeritan tu hampir sama macam jeritan Matt tadi.  Aku tanya Matt, ko dengar tak apa yang aku dengar?  Aku dengar lah siut.  Muka Matt pucat gila ditoreh pun tak berdarah.

Jeritan tu kembali lagi.  Matt yang tadi ngada-ngada tak boleh bangun dengan susah-payahnya berdiri, aku papah bahu Matt dan kitorang pun cepat-cepatlah lari dari situ. Nak kata lari taklah dah kaki Matt macam tu.  Tapi Matt memang dah tak peduli kaki patah ke ape ke, masa tu kami dah ketakutan sangat nak cepat keluar dari tempat tu je.  Kali ni, 'orang' tu menjerit lagi. Tapi kali ni bunyinya makin dekat macam dalam 30 kaki je dari kitorang. Apa lagi pecutlah kitorang.

Aku ingat lagi Matt berpaut pada bahu aku, dan aku papah Matt yang cuma mampu melompat-lompat dengan satu kaki.  Kitorang redah je hutan tu, segala belukar duri-duri pun kitorang redah je. Dan jeritan demi jeritan ikut kami dari belakang, sampailah... kitorang jumpa balik jalan masuk hutan tu.  Masa tu lah jeritan tu menjauh, macam 'makhluk' tu mengundur balik ke tempat asal dia.  

Aku papah Matt sampai ke rumah aku, sampai rumah je kami call ambulans datang amek Matt. Rupa-rupanya aku pun cedera jugak.  Kaki aku penuh luka sampai mengalir darah sebab terkena duri dan dahan pokok.  EMT tu tanya kitorang buat apa sampai jadi macam ni, tapi kami tak mampu nak jawap apa sebab kami masih terkejut lagi.  Tapi Matt asyikla merapu-rapu, 'tangga tu, tangga tu'.

Sekarang aku dah pindah jauh dari Ann Arbor, tapi nasihat aku nak masuk hutan tu buatlah persiapan sikit. Jangan ingat hutan tu takde penunggu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 10:36 AM | Show all posts


Pengalaman di Forest of Dean

Asyik cerita pasal US je, meh aku nak kongsi pengalaman aku pulak.  Kisah ni berlaku aku menjalani satu sesi latihan yang dipanggil escape and evasion exercise (E&E).  E&E ni secara ringkasnya, dibahagikan kepada 2 team, satu team pemburu dan satu lagi team yang akan memburu pemburu. Sebab aku ni pun penah jadi pemburu jadi aku ditugaskan untuk jadi pemburu kepada pemburu (ni korang paham2 sendiri la ye).  Latihan ni diadakan di sebuah hutan lama yang agak angker jugakla di England, yang dinamakan Forest of Dean.  Dalam hutan ni ada tinggalan tempat penyembahan pagan dulu kala.  Tapi tinggal macam dalam gambar ni jelah



Jadi malam tu aku pun menyorokla di balik-balik pokok dan semak sambil menunggu pemburu datang.  Kebetulan pulak malam tu ada bulan mengambang, tengah menyorok tu, aku ternampak, ada cahaya berwarna biru muncul dari sebalik sebuah pokok oak.  Mula-mula kecik je, lama-lama jadi besar sampai cahaya tu melimpah ke celah-celah dahan.  Cahaya biru tu mula bergerak-gerak, macam seekor cicak yang berukuran 4 ke 5 kaki, menyelinap di celah-celah pokok, akhirnya ia sampai jugak di sebelah aku.  Tapi aku buat bodoh jelah, dari pengalaman aku kalau jumpa benda macam ni dalam hutan tak perlu tegur.  

'Cicak' tu menggerakkan 'kepala'nya ke satu arah dalam hutan tu. Lepas tu 'cicak' tu pun ghaib macam tu je.  Rupanya, kumpulan pemburu tu dah nak sampai ke tempat aku, diorang datang dari arah yang 'cicak' tadi tu tunjuk. Aku rasa jarak kumpulan tu dengan aku dalam 100ela macam tu la. Yes! Aku pun report la pada ketua aku.

Ketua aku ni, dia ni pegawai tentera.  Berpangkat la jugak, tapi hapah tak reti ape pun pasal strategi ni. Rupanya, 2 orang dari team aku dah kena tangkap dengan team pemburu tu.  Team aku dah mula panik sebab takut kalah.  Jadi ketua aku mintak tolong aku aturkan strategi, jadi cadangan aku, kita takyah nak tunggu and tangkap team pemburu ni, kita bergerak je menuju ke destinasi akhir kami. Tapi kita kena ikut jalan lain supaya tak kena serang hendap dengan team pemburu ni. Ikut jalan jauh la senang citer.

Dalam sejam dua kami mula bergerak ni,  kami terdengar jeritan yang teramat kuat, memang kuat gila, dan jeritan tu datang dari team pemburu.  Ni aku yakin sebab jeritan tu datang dari belah hutan lagi satu.  Akhirnya latihan tu terpaksa dibatalkan dan kitorang pun balik la ke lokasi awal untuk lapor diri.

Sampai je ke lokasi, kami ternampak seorang lelaki yang terpaksa dipapah.  Lelaki tu nak duduk tak boleh berdiri lagilah, dia cuma mampu berbaring berpeluk tubuh macam baby, gigil-gigil dan nangis-nangis. Aku kenal lelaki tu, dia bukan calang-calang orangnye. 20 tahun dalam Royal Marines, penah bertugas di Ulster, di Falklands.  Memang otai la, banyak pengalaman di medan perang.  Terkejut jugak tengok dia terbaring macam tu, aku tak nampak luka di mana-mana, tapi boleh nampak satu badan dia menggeletar ketakutan.

Dekat-dekat sejam la jugak baru dia boleh bangun, dan duduk. Tu pun muka masih pucat dan menggigil lagi.  Ada orang hulur rokok kat dia, punyalah payah dia nak nyalakan rokok tu sebab dia tak berhenti2 menggigil.  Ketua kami cuba pujuk dia, mintak dia cerita apa yang dia nampak tu. Tapi dia geleng-geleng kepala je.  Akhirnya malam tu kami semua balik la ke kem masing-masing.

Tak lama lepas tu, aku ceritalah benda ni pada penduduk tempatan yang duduk kat situ. Yelah diorang kan local mesti dah biasa dengan benda macam tu.  Tapi pakcik tu cuma cakap kat aku, 'Kami tak ganggu mereka, mereka tak ganggu kami. Takyahlah kamu tanya apa benda yang kacau kawan kamu tu'.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 11:28 AM | Show all posts


Kisah satu malam di Tennessee

Beberapa tahun lalu, aku dan beberapa orang kawan aku yang hikers ni pegi mendaki dan berkhemah di sebuah kawasan pendakian yang terkenal di Tennessee.  Tempat yang kitorang pilih ni bukanlah hutan belantara mana  pun, tapi agak terpencil la jugak tempatnya.  Tapi aku suka je, tempat ni cantik dan hutannya pun agak tebal.  Sesi pendakian kami pun berjalan lancar ok je siang tadi.

Satu malam tu, memang malam tu sangat sejuk dengan bulan mengambang gitu.  Walaupun sejuk, tapi takde angin, mungkin sebab malam tu baru lepas hujan, jadi tempat sekeliling tu lembab dan berembun. Kami bukak unggun api, walaupun sejuk tapi syok pulak layan unggun api malam-malam macam ni.  Layan punya layan, sampai lewat pagi jugak kami melepak, sampai unggun api dah tinggal jadi bara api.  Masa tu lah aku terdengar bunyi biola digesek.  

Mula-mula, orang tu cuma betul-betulkan biola dia je, pastu dia bukak satu lagu. Eh sedap pulak lagu yang dia main tu.  Aku tak rasa pelik pun sebab ni kawasan pedalaman kan, agaknya tu orang kampung kot saja test main biola.  Bunyi biola tu datang dari tempat letak kereta yang tak berapa jauh dari khemah kami. Aku pun layan jelah gesekan biola tengah-tengah malam di tengah hutan ni.  Akhirnya aku terfikir, eh aku nak tengok la sape pemain biola ni sedap betul gesekan dia.

Aku cakap kat kawan-kawan aku, aku nak pegi tengok orang main biola tu. Tapi diorang senyap je. Angkat muka pun tak. Malam tu sejuk gedi ye, aku pun cuma berselubung dalam selimut yang aku bawak, nak masuk khemah pun kitorang malas, tapi orang tu boleh main biola sampai 4-5 lagu dalam sejuk-sejuk tu. Kawan-kawan aku tak cakap apa pun, tak tegur pun pasal gesekan biola tu. Sebenarnya aku perasan, start bunyi biola je kawan-kawan aku berhenti sembang dan semua jadi senyap je.  Agaknya diorang pun tengah melayan la jugak.

Aku pun capai la headlamp aku, aku tak pasang pun sebab malam tu bulan mengambang, aku ikut jelah cahaya bulan.  Aku pun ikutlah jalan menuju ke tempat letak kereta tu.  Mula-mula aku kena jalan kat jalan tak berturap, jalan tu berpasir je.  Sebab malam tu lepas hujan kan, jadi tak kedengaran pun bunyi tapak kaki aku. Orang tu masih lagi asyik bermain biola. Tapi aku melangkah je ke jalan berbatu, dengar je bunyi tapak kaki aku, bunyi biola tu terus berhenti.  

Aku pun bukak la headlamp aku. Aku suluh ke tempat letak kereta tu, ke arah bunyi biola tadi. Kosong.  Takde orang pun. Eh pelik.  Aku suluh merata-rata, memang takde orang.  Seolah-olah orang tu ghaib sekelip mata. Kalau dia lari pun mesti ada bunyi tapak kaki, mesti aku ternampak kelibat dia. Aku pun balik ke khemah kami.

Sorang kawan aku tanya, ko jumpe ke pemain biola tadi? Aku pun geleng kepala je.  Eh korang pun dengar gak ye bunyi biola tu? Kawan-kawan aku dah pandang sesama sendiri, pastu pandang aku.  'Bro, kitorang semua dengar. Tapi ko tak terfikir ke, kite ni dalam hutan.  Kita je yang ada kat sini. Ape kejadahnya nak main biola dalam hutan tengah-tengah malam? Takkan ko tak rasa pelik?'.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-12-2020 01:58 AM
Menarik ni. Aku dah copy.. Nak cari kisah dia.

Nnti share sarah...nmpk beno ajak ni minta di feed ja..haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 28-12-2020 12:02 PM
Nnti share sarah...nmpk beno ajak ni minta di feed ja..haha

Hahahha.. Nanti sy siapkan dulu translate swiss guard.. Sy translate pulak ttg witch tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-12-2020 12:09 PM
Hahahha.. Nanti sy siapkan dulu translate swiss guard.. Sy translate pulak ttg witch tu.

Yezzz...thank you very much...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.083823 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list