CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
 Author| Post time 17-12-2020 03:42 PM | Show all posts
sarah82 replied at 16-12-2020 04:24 PM
Chuols buka.. Nanti iols tumpang share..

ok uols tunggu meols habehkan thread ni dulu ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-12-2020 03:42 PM
ok uols tunggu meols habehkan thread ni dulu ye

No problemo.. Iols dok refresh thread ni sebab nak kaca.. Hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts

Entri Terakhir Aku Di Reddit

Nampaknya aku dah tak boleh nak berkongsi cerita di Reddit lagi.  

Aku tak tau nak cerita macam mana, tapi sejak akhir-akhir ni keadaan di tempat kerja aku jadi makin teruk.  Aku tak pasti adakah ianya ada kaitan dengan penulisan aku di Reddit, tapi secara jujurnya aku pun tak sangka perkongsian aku ni dapat perhatian dari pelbagai pihak sampai macam ni sekali.

Bos-bos aku dah tau yang aku ada mendedahkan tentang tangga misteri di dalam hutan kepada orang awam, dan kalau bos aku tau mesti pihak atasan pun dah tau jugak ni.  Bos-bos aku tak gembira dengan perkara ini, dan aku dah diberi amaran untuk berhenti bercerita mengenainya.  Ini pun salah satu sebab kenapa aku ambil keputusan nak berhenti bercerita.  Aku taknak kehilangan kerja semata-mata ini.  Aku masih sayangkan kerjaya aku, walaupun aku dah tak boleh nak cerita dengan lebih mendalam tentang apa yang ada di luar sana, sekurang-kurangnya aku boleh bagi nasihat kepada korang semua untuk lebih berhati-hati.

Sejak aku bukak thread kat reddit ni, ramai orang cari aku untuk bertukar-tukar cerita.  Banyak sangat cerita yang aku dapat sampaikan aku pun dah tak berapa nak ingat dah, tapi mana yang aku ingat tu aku berusaha untuk lupakan sebab taknak terbawa-bawa semasa menjalankan tugas aku nanti.

Satu cerita yang aku dapat adalah seorang wanita yang hilang di negeri aku sekarang ni.  Pada awalnya, orang ingatkan dia lari dari rumah.  Tapi selepas ada saksi yang menyatakan diorang ternampak wanita tu di kawasan berhampiran taman negara aku ni, jadi adalah beberapa renjer hutan dihantar untuk buat operasi pencarian.  Akhirnya jumpa jugak wanita tu, tapi yang tinggal cuma separuh daripada lidah dan suku daripada tulang rahang dia.  Daripada apa yang aku dengar, ianya terpotong dengan kemas.

Kisah pasal kehilangan kanak-kanak.  Yang akhirnya dijumpai dalam gua, di tempat-tempat sempit yang orang mustahil nak masuk.  Yang hilang kasut, hilang stokin, yang dijumpai dalam keadaan yang kemas dan bersih walaupun hilang berbatu-batu jauhnya dari lokasi dilaporkan hilang tu.

Kisah tentang makhluk bermata hitam, yang merayau-rayau dalam hutan sambil memanggil-manggil nama orang, yang boleh tiru suara air mengalir atau kucing hutan mengaum.  Ada seorang lelaki yang akan memanggil setiap stesen berita untuk bercerita tentang benda yang sama.  Lelaki tu tengah memburu rusa, dan dia berkhemah di kawasan yang agak terpencil.  Suatu malam dia terbangun sebab ingatkan ada rakun atau musang di luar khemah die, sampailah dia terperasan ada orang di luar khemah dia sedang menekup muka di khemah dia.  Dia pun keluarlah dari khemah tu bawak senapang sekali.  Dia pun tembak 2 das tembakan amaran, ingatkan orang tu dah lari, tapi dia terdengar bunyi ranting patah belakang dia.  Rupanya, ada lelaki bogel sedang berdiri di pinggir tapak perkhemahan tu.  Tapi lelaki tu macam takde daging.  Mukanya pun macam benjol sana-sini macam patung tanah liat yang tak siap.  Lelaki tu buka mulut dan mengeluarkan bunyi 2 das tembakan tadi sampai 2 kali, dan bunyi zip khemah tembakan. Lepas tu lelaki tu terus lari masuk hutan.

Semalam pun, ada pasangan muda ni buat laporan kat aku.  Diorang berdua tengah daki bukit yang berbatu.  Diorang ni ada bawak teropong untuk tinjau pandangan dari atas bukit tu. Sekali tu, diorang terperasan di bukit lagi satu tu ada seorang lelaki tengah panjat bukit.  Tapi kawasan yang lelaki tu tengah panjat memang curam tapi lelaki tu relaks je panjat tanpa apa-apa peralatan mendaki.  Tengah ralit pasangan tu perhatikan lelaki tu mendaki sampai ke puncak, tetiba lelaki tu toleh pandang kat diorang. Lelaki tu lambai-lambai kat diorang, pastu pinggang lelaki tu tiba-tiba macam terpatah dua dan lelaki tu terus lompat turun dari puncak tu.  Masa ni jarak pasangan tu dengan lelaki tu kira-kira 5 batu.  Pasangan tu tak nampak kat mana lelaki tu mendarat, jadi diorang pun laporkan pada aku. Aku pun terima dan janji pada diorang ye aku akan siasat. Tapi aku cuma failkan je laporan tu dah tak buat apa-apa tindakan.  Kenapa? Sebab dah hampir 10 laporan pasal benda yang seakan-akan sama di tempat yang sama aku dah terima.  Aku pun malas dah nak ambil tau.

Terlalu banyak aspek yang aku rasa aku tak mampu nak faham tentang kerjaya aku, rasanya mungkin masa bertahun jugaklah untuk kaitkan segala yang kisah yang aku dengar dalam beberapa bulan ini.  Kalau suatu hari nanti aku rasa aku dah takde risiko kehilangan kerja, aku akan kembali menulis.  Mungkin penulisan aku jadi lain sikit, tapi aku memang ada niat nak sambung cerita aku.  Tapi apepun terima kasih sebab sokong aku, dan membaca cerita-cerita aku.

Nasihat aku, kalau korang nak masuk hutan tu, berhati-hatilah.  Bawaklah air, makanan, dan peralatan masuk hutan yang lain.  Pastikan korang beritau orang terdekat kalau nak masuk hutan tu dan bila korang akan keluar dari hutan. Jangan memandai nak gunakan laluan yang orang tak masuk kecuali kalau korang memang betul-betul tau apa yang korang buat.

Tapi yang paling penting sekali,  jangan sentuh, jangan tengok, jangan sesekali naik tangga tu.

---—-------—-------------------------------------------------------------



Ok the end.  Tapi uols semua jangan bimbang, Insya Allah I akan update lagi thread ni. Tapi bukan dari perspektif penyelamat hutan ni la.  Kat Reddit tu ramai jugak yg tinggalkan komen pasal pengalaman masing-masing, ada dari pelbagai negara di dunia jadi I cadang I nak cuba translate pulak pengalaman-pengalaman Redditors yg lain.

So stay tuned uols and thank you kasi sokongan kat I. I pun saje je suka-suka tulis ni tak sangka ramai yg suka hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT share.. Semua serammmmmmmmm.. Nnt share lah lagi ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 02:08 AM | Show all posts
Terimakasih rajin tolong translate


Kat reddit ... FC suka lepak kat NoSleep ... jadi hampir semua citer2 antu tu FC baca dah ... kagum kesungguhan menterjemahkan kat sini untuk bacaan kengkawan ...

pasal jumpa tangga jer ... pintu jer tu... memang sehingga kini jadi misteri kat sana


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pagi2 suka layan cerita ni.. Harap bersambung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 08:37 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-12-2020 02:08 AM
Terimakasih rajin tolong translate  

omg momod banyak kreditnye momod kasik. tocey tocey momod insya allah I akan update lagi thread ni, I memang dah dlm proses dapat detect few stories dari redditor yg menarik jugak. nnt i translate ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 08:50 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-12-2020 08:56 AM

Sepertiyang dijanjikan aku sambung translate lagi beberapa citer menarik yang dikongsioleh Redditor satu dunia.  Dalam citer2ni nnt ‘aku’ yang dimaksudkan itu adalah pencerita tu bukan aku pulak tau.  Disclaimer, aku cuma tukang alih bahasa je tau.  Citer ni kalau betul tu betul lakalau tak betul yang tipu tu redditor bukan aku tau hehehe


Kisah Redditor Dari USA : Kenangan Bercamping Di Prairie


Aku punpenah jugak bekerja sebagai penyelamat, tapi pengalaman misteri aku terjadi semasa di luar waktu kerja bukannye semasa aku bekerja.

Hobi aku adalah berkhemah jugak tapi aku suka berkhemah sorang diri dan selalunya aku akan berkhemah di tempat-tempat terpencil, 30-40 batu dari jalan raya terdekat.Tak kirelah kat mana pun, di gunung, dalam hutan, kat mana-manalah.  Beberapa tahun yang lalu aku berkhemah sorang-sorang di kawasan tanah lapang prairie. Prairie ni macam padang rumput yang cantik tapi dan dipenuhi bunga-bunga dan selalunya tak banyak pokok.  Tapi prairie tempat aku berkhemah ni berhampiran dengan hutan, korang bayangkan kawasan tu macam ni.


Aku rasa untuk trip kali aku memandu bawak trak dalam 50 batu jugaklah masuk ke dalam dari jalan utama.  Masa tu musim sejuk yang memang sejuk gila aku rasa suhunya bawah sejuk beku, jadi aku pun buatlah unggun api sebesar mana yang boleh untuk panaskan badan.  Aku bawak sekali anjing aku Jake.  


Jake ni sejenis anjing pemburu, jadi aku biarkan je Jake merayau-rayau kat kawasan tu.  Lagipun aku ada pasangkan loceng pada kolar Jake, tambahan pula tempat tu pulak memang takde orang, jadi aku takdelah risau sangat kalau Jake kene culik.  Kalau rasa sejuk sangat nanti Jake pun datangla kat aku nak menghimpit, dah bosan nanti dia merayau lagi. Biasalah kan anjing. Aku pulak pasang radio sambil minum beer dan melayan angin musim sejuk.  Dekat-dekat 20 minit lepas tu aku baru perasan yang Jake macam senyap je.


Aku perlahankan bunyi radio dan panggil lah Jake. Dekat-dekat 5 minit lah jugak aku jerit panggil Jake Jake tapi anjing aku tu tak menyahut pun.  Akhirnya aku terdengar bunyi dentingan loceng Jake, barulah lega rasa hati aku.  Tapi arah bunyi loceng tu datang dari belakang aku, belakang aku tu padang prairie, tapi tadi aku rasa aku nampak Jake merayau masuk dalam hutan. Aku nyahkan rasa curiga tu dan aku cuba tenangkan diri sendiri dengan memotong lebih banyak kayu api.  


Aku masih lagi dengar bunyi dentingan loceng Jake dari kawasan padang prairie tu.  Bunyi tu kejap dekat, kejap jauh, kejap kat sana, kejap kat sini.  Tapi aku tak hirau sangat mungkin Jake tengah merayau-rayau la tu. 40 minit kemudian, bunyi loceng tu berhenti sendiri.  Aku panggil Jake lagi, tapi senyap.  Yang penting aku tak nampak Jake kat kawasan prairie tu dan mustahil aku tak nampak sebab Jake ni badannya besar.  Aku pun berjalan ke pinggir hutan dan bawak lampu suluh.  Aku suluh ke sana sini cuba nak carik Jake tapi takde pun.  Dalam kesunyian malam tu aku terdengar bunyi ranting yang dipijak dan dahan yang dipatahkan. Macam ada orang je dalam hutan tu.  Aku mula rasa seram sejuk dan tak sedap hati, aku pun berjalan la balik menuju ke trak aku dengan niat nak amek senapang aku.


Sampai je ke trak dan unggun api aku tu, aku terdengar salakan Jake dari dalam hutan tu.  Salakan Jake tu macam salakan anjing yang takut dan kepanikan.  Aku toleh kebelakang dan aku tengok Jake berlari macam tak cukup tanah ke arah aku.  Jake cuba menyorok di belakang aku lepas tu dia menyorok pulak bawah trak aku. Tapi, mana pegi loceng Jake?  Kolar dia masih ada, tapi loceng tu, macam mana boleh tercabut?  Kalau kena rentap mesti ada kesan tapi kolar Jake masih elok macam ditanggalkan oleh seseorang.


Bila aku tengok anjing aku Jake yang besar gedabak tu pun tiba-tiba macam takutkan sesuatu, malam tu aku dan Jake tidur berpeluk dalam trak.  Sampai sekarang aku pun tak pasti ape benda yang merayau-rayau pakai loceng Jake di prairie malam tu…..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 08:51 AM | Show all posts
lady_bonia replied at 18-12-2020 12:10 AM
Tq TT share.. Semua serammmmmmmmm.. Nnt share lah lagi ye..

tq uols insya allah.... tq sebab layan thread iols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 09:26 AM | Show all posts


Kisah Dari Brazil :  Misteri Kehilangan Lelaki

Aku dan girlfriend aku orang Brazil, tapi nenek girlfriend aku ni penah duduk di kawasan orang asli dalam hutan Amazon, masa kejadian tu dah penghujung 70an.

Kampung nenek tu berdekatan dengan igapo, bukan nama tempat tu igapo, tapi igapo tu adalah kawasan hutan Amazonian yang berhampiran dengan sungai, tempat ni senang banjir bergantung ikut cuaca kalau hujan lebat banjirlah, tempat ni macam paya tapi bukan.  Tapi dah nama pun dalam hutan kan, memang senang la nak sesat dalam igapo tu. Aku google igapo tu macam ni.



Nak dijadikan cerita, ada seorang lelaki, org kampung nenek tu ada pasang pukat tepi sungai, jadi dia pun tinggalkan la kampung tu untuk masuk ke igapo sebab nak periksa pukat dia. Sekali tu, 2 minggu gak la lelaki tu hilang. Tapi berita baiknya, lelaki tu berjaya ditemui jugak.  Masa dia dijumpai tu, dia tengah duduk dalam canoe atau sampan panjang yang orang kampung selalu guna tu.  Masa dia ditemui tu, hari tengah hujan, baju dia habis koyak rabak dah reput.  Sampan tu dipenuhi air dan lelaki tu cuba nak buang air dalam sampan tu guna sebuah mangkuk.

Menurut kata lelaki tu, dia tetiba jumpa tangga dalam hutan tu, jadi dia pun naiklah (maafkanlah dia maybe die tak tau pantang yang ni).  Lepas tu dia dah tak ingat apa-apa dah, tau-tau je dia dah ada dalam sampan tu.  Lelaki tu cakap yang sampan tu bocor, air banyak masuk jadi dia pun bersungguh-sungguh la cebuk air keluar sebab taknak tenggelam.  Tapi, menurut kata orang kampung yang jumpa dia, sampan tu mana ada bocor pun. Tapi memang sampan tu penuh dengan air sebab tengah hujan masa tu.  Dasar sampan tu pun macam ada kesan kikis sebab kene kaup dengan mangkuk tu. Lelaki tu cakap dia rasa dia hilang dalam 2 jam je, padahal 2 minggu dah.  Mungkin jugak 2 minggu tu lelaki tu kejenya buang air dalam perahu je sampai tak sedar dia sesat.

Nenek pun cerita jugak, yang lelaki tu sebenarnya tak hilang jauh mana pun, dalam sekitar kampung tu jugak.  Padahal setiap inci igapo tu orang kampung carik dia.  Yang jumpa, adalah makcik-makcik yang basuh kain baju tepi sungai ternampak sampan lelaki yang hilang tu.

Cerita tu tak habis macam tu je, setahun kemudian, lelaki tu bangun tidur tiba-tiba dah tak boleh nak cakap.  Kampung tu kecik je, klinik pun takde, jadi tak dapat nak pastikan samada benda tu disebabkan oleh misteri macam mana hilangnya lelaki tu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 09:53 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-12-2020 10:50 AM

Kisah dari Perancis : Kawan Halimunan Atau Lembaga Hitam

Bila aku terbaca kisah pasal 'The Fuzzy Man' atau lembaga hitam, tiba-tiba aku teringat dulu masa kecik-kecik pun aku rasa aku pernah ada pengalaman jumpa lembaga tu.

Aku membesar di kawasan pedalaman di Perancis,  nak masuk rumah aku ada lorong yg tak berturap dari jalan utama, tempat aku membesar ni boleh dikatakan, lembu ayam itik pun lagi ramai dari orangnya.  

Aku anak paling bongsu di antara 3 beradik, dengan jarak usia yang agak besar, jarak dengan kakak no 2 dalam 5 tahun, jarak dengan abang no 1 lagi jauh dalam 13 tahun, dan ayah aku meninggal masa aku berusia 2 tahun. Jadi aku ni selalu main sorang diri.  Dan aku suka bermain dalam hutan sorang diri, buat pondok sendiri, pondok ni orang France panggil cabane, jalan-jalan dalam hutan sorang diri. Masa tu umur aku dalam 7 ke 10 tahun.

Suatu hari, aku balik lambat ke rumah, dah lepas waktu malam la, balik-balik je mak aku tengah nangis.  Mak aku siap panggil orang nak carik aku.  Mak aku tanya la, 'kau pegi mana ni baru sekarang nak balik?'.  Aku macam keliru sikit dan aku pun mintak maaflah kat mak aku janji tak buat lagi.  Esok pagi tu aku terus terang dengan mak aku, aku cakap aku main dengan 'kawan' baru.  Mak aku terkejutlah, sebab kalau ada orang pindah masuk ke kampung kitorang tu mesti mak aku dah tau, jadi mak aku tanyalah sape kawan baru aku tu. 'Tak kenallah mak, 'kawan' tu tak boleh bercakap tapi dia duduk dalam hutan.  Dia kasi kite makan buah beri'.

'Kalau dia tak bercakap dengan awak macam mana kamu berdua boleh berkawan?', mak aku tanya lagi.
'Sebab kami boleh baca fikiran masing-masing', aku jawab macam tu.
Mak aku pun tanyalah boleh tak mak nak kenal dengan kawan baru tu.  Jadi aku pun bawaklah mak aku ke ke tempat aku jumpa 'kawan' baru aku tu, tempat tu bersebelahan dengan takungan air lama, aku ada buat pondok kecil kat tempat tu.  Aku cakap kat mak aku, 'kawan tu ada kat sini tapi dia cakap dia taknak jumpa orang tinggi macam mak'.
'Macam mana awak tau dia taknak jumpa mak?'
'Kitorang kan boleh baca fikiran masing-masing'.

Mak aku tak terfikir yang benda tu benda mistik, sebaliknya mak aku rasa mungkin aku kesunyian sangat kot sampai dalam minda kanak-kanak tu aku cipta kawan halimunan aku sendiri.  Jadi mak aku pun biarkan jelah aku berkawan dengan 'kawan' baru aku tu.

Kali kedua aku jumpa 'kawan' tu, kali ni aku tak setakut macam pertama kali aku jumpa dia. Yang aku ingat aku tengah main-main dalam hutan pastu 'kawan' aku muncul entah dari mana dan kitorang pun bermain bersama-sama.  Walaupun aku tak dapat cam muka dia macam mana, yang aku ingat 'kawan' aku tu seorang yang baik dan tak pernah apa-apakan aku.  'Kawan' aku ni benci pemburu, dan hutan aku tu memang ada je orang dtg berburu, jadi aku dan 'kawan' aku ni akan halau binatang-binatang yang diburu biar pemburu tu tak dapat apa hahahaha

Dan 'kawan' aku tu selalu suapkan aku makan.  Kecik-kecik dulu aku rasa takde ape pun tapi bila dah besar ni baru aku terfikir, eh bahayanya aku ni biarkan orang lain suapkan aku entah apa-apa entah.  'Kawan' aku tu pun suka bawak aku ke tempat yang mustahil budak sebaya aku boleh jumpa.  Sampai sekarang aku tak pasti tempat yang aku pergi tu memang wujud dalam hutan tu atau cuma imaginasi aku je.  Yang aku perasan jugak, bila aku main dengan 'kawan' tu memang aku tak sedar masa berlalu.  'Kawan' aku ni tak suka anjing, kalau aku bawak anjing masuk hutan sekali, 'kawan' aku tu takkan muncul.

Akhirnya bila aku makin membesar, makin sibuk dengan sekolah, aku pun dah jarang masuk dalam hutan dan aku pun lama-lama lupalah pasal 'kawan' aku tu.  Tapi mak aku selalu ungkit dulu masa aku kecik-kecik aku ada 'kawan halimunan'.  Tapi yang pelik sampai sekarang aku tak dapat nak ingat macam mana muka 'kawan' aku tu...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
hi tt , bestlah benang uols tuk org pemalas mcm i nk bc2 lepak2 ke website u ckp tuh.  serious best..tq sb u spend time tuk translate and tulis..i dah bookmark ur benang..please tag me when u update this thread or open new benang

p/s, i bukab momod..so i kasi munger jerlahhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:15 AM | Show all posts
semua cerita best! thank you Mrs_salvatore!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cikdilla at 18-12-2020 10:22 AM

Bestnya thread ni. Thank u TT   dah lama tak baca thread mcm ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 10:32 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-12-2020 02:32 PM

Kisah Dari Australia : Pengalaman di Hutan Belukar

Sebagai orang Australia, aku pun penah dengar jugak kisah dongeng orang Asli Australia tentang makhluk halus yang jahat (aku tak ingat pulak namanye), dan makhluk tu hidup di dalam hutan belukar yang dipanggil bushland di Australia. Bushland kat tempat aku ni sesuai la namanya, dia cuma belukar je dan taklah setebal hutan-hutan lain, korang bayangkan hutan tu macam ni lah



Mengikut kepercayaan orang Asli kat sini, kalau korang berada di bushland ni dan rasa macam diperhatikan, maksudnya makhluk tu memang ada kat sekitar korang dan tengah perati je korang.

Walaupun aku orang Australia, tapi aku ni takdelah aktif sangat aktiviti outdoor ni.  Cuma keluarga aku ni suka berkhemah dalam bushland, bukan keluarga aku je, pakcik makcik sepupu-sepapat aku pun akan ikut sekali berkhemah.  Masa kejadian ni aku dalam umur 7 ke 8 tahun camtulah, dan kami sekeluarga ni pilih satu lokasi yang agak terpencil tapi berhampiran dengan sungai.  Tapi sebab kami ramai jadi takdela rasa sunyi sangat tempat tu.  Makbapak dan pakcik-makcik aku macam tak kisah kami budak-budak ni untuk menjelajahi sendiri tempat tu jadi aku dan sepupu 2 orang yang hampir sebaya dengan aku ni bercadang nak naik kanu main kat sungai pulak.

Kami bertiga pun mendayung la canoe tu dengan kudrat budak kecik kami, jauh mane jelah yang kitorang mampu pegi kan.  Tak jauh kami mendayung kami terjumpa anak sungai yang mengalir masuk ke sungai utama tu, jadi kami pun cadang nak ikut anak sungai tu.  Di hujung anak sungai tu, kami ternampak satu kawasan yang sangat cantik : pokok-pokok yang disinari cahaya matahari dan daun-daun yang dipukul angin dan jatuh berguguran.  Satu tempat tu je cantik, kontra betul dengan kawasan sekelilingnya yang cuma belukar kering je.  

Kitorang macam ditarik nak pegi sana, jadi kami pun berkayuhla menuju ke anak sungai tu.  Sampai je pinggir anak sungai tu, entahlah, tetiba aku rasa tak sedap hati.  Bukan rasa tak sedap hati, tapi rasa macam tiba-tiba dilanda ketakutan yang teramat sangat.  Aku menjerit suruh sepupu aku yang lain berhenti mendayung dan patah balik.  Aku ingat lagi aku rasa macam ada sesuatu yang membahayakan sedang menunggu kitorang, rasa macam nak muntah pun ade.  

Tapi canoe kami dah termasuk ke anak sungai tu, masuk je kitorang rasa seram sejuk.  Bunyi hutan satu pun takde. Sunyi sepi je. Canoe kami tiba-tiba tersekat di batu.  Kitorang cepat-cepat turun betulkan canoe kami, sambil menjerit-jerit.  Tetiba canoe tu rasa berat sungguh, lama jugak la kami cuba nak pusingkan canoe tu balik ke sungai besar, selepas beberapa ketika akhirnya kami berjaya jugak keluar dari anak sungai tu dan cepat-cepat kami balik ke lokasi tapak perkhemahan kami.  Sambil  mendayung tu kami jerit-jerit mintak tolong.

Sampai je kat sana, makbapak dan makcik-pakcik kitorang semuanya dalam keadaan terkejut tengok kitorang balik kem dalam keadaan terketar-ketar. Bila kitorang tanya kenapa tak tolong kitorang, tak dengar ke kami menjerit-jerit dari sungai tadi.  Tapi takde seorang pun kat kem yang dengar jeritan kami.  Yang lagi pelik tu, bila diorang cakap kitorang ni baru keluar dalam 15 minit je, padahal aku dan sepupu-sepupu aku rasa macam lama jugak kami keluar tadi, berjam-jam jugak la.  Sampai sekarang aku terfikir mungkinkah kami terperangkap di alam lain sebab tiada siapa pun yang dengar jeritan kami dari sungai tu.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 11:42 AM | Show all posts
cikdilla replied at 18-12-2020 10:21 AM
Bestnya thread ni. Thank u TT   dah lama tak baca thread mcm ni.

thank u uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 11:43 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 18-12-2020 10:13 AM
hi tt , bestlah benang uols tuk org pemalas mcm i nk bc2 lepak2 ke website u ckp tuh.  serious best. ...

sokongan dari uols pun dah cukup bg i
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 11:45 AM | Show all posts
razfira0707 replied at 18-12-2020 10:15 AM
semua cerita best! thank you Mrs_salvatore!

welcome uols...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 12:01 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-12-2020 02:35 PM

Kisah Dari India : Jalan Misteri
Bila aku terbaca kisah pasal manusia tanpa muka tu, aku teringat kawan aku penah cerita pasal kisah seakan-akan serupa macam tu tapi yang ni berlaku di bukit Shimla. Bukit Shimla ni letaknye kat India Utara.  

Ada satu bandar kecil, nak kata bandar pun bukan, tapi macam pekan la bernama Sanjauli yang tak jauh dari Shimla tu.  Kalau nak masuk ke Sanjauli tu kena lalu satu jalan yang tak berturap, kereta pun tak boleh nak masuk. Nak masuk pekan tu kene jalan kaki je.  Tapi tak jauhla dalam sebatu 2 gitu, kalau dalam ukuran metrik 3km.  Tapi ada amaran, walau apa pun yang terjadi jangan sesekali lalu jalan tu selepas matahari terbenam.

Tapi, kadang-kadang ada je yang lalu.  Yang pernah lalu tu ceritalah yang diorang terserempak dengan perempuan berbaju putih dengan kaki terbalik (tumit ke depan jari ke belakang) ajak diorang kawen.  Kadang-kadang ada yang jumpa orang jual buah, orang bawak beca, hikers tapi orang tu semua takde muka.  Dikatakan manusia yang terserempak dengan makhluk-makhluk ni, kalau tak hilang kat situ, mesti lepas tu ada yang bunuh diri, ada jugak yang lari dari rumah.

Kawan aku tu cerita jugak, dia pernah lalu jalan tu berdua dengan kawan dia. Masa tu siang hari lagi.  Entah dari mana muncul perempuan gila kat hutan tu.  Perempuan tu merayu kat diorang tolong bawak dia balik ke rumah kawan aku ni la.  Tapi peneman kawan aku ni pesan, jangan pedulikan, buat tak nampak je.  Perempuan gila tu bila tak dihiraukan, dia pun maki-maki lah kawan aku dan peneman dia tu sepanjang-panjang perjalanan diorang tu.  Tapi nampak je rumah pertama perempuan gila tu terus lari masuk ke hutan.  Peneman kawan aku tu cakap kalau nampak orang pelik-pelik macam tu buat tak tau je.  Tapi siapakah perempuan gila tu manusia atau makhluk halus?  Entahla labu......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 12:16 PM | Show all posts


Kisah Dari Brunei : Pantang Larang di Badas

Aku berasal dari Brunei dan walaupun Brunei ni kaya-raya, negeri kami masih banyak hutan, 70% daripada keluasan tanah kami masih lagi hutan.  Hutan-hutan di Brunei boleh dikatakan takde yang pernah masuk, bukan hutan rekreasi la, yang penah masuk pun cuma polis hutan dan orang asli je.  

Di Brunei ni ada satu bandar yang agak legend, nama bandar tu Badas, letaknya dalam daerah Belait. Semua BBB.  Bandar tu memang dikeliling hutan je dan nak masuk hutan tu dalam setengah jam jugakla dari bandar utama.  Kat Badas ni ada satu pantang, lelaki yang nak masuk ke hutan sekitar Badas tu tak boleh pakai baju merah.

Ceritanya, suatu ketika dulu, masa tu dah 1900an jugak la, ada 2 orang lelaki masuk ke hutan tu untuk mencari sumber makanan dari hutan. Sorang pakai baju putih, sorang pakai baju merah.  Masa tu dah tengah malam, lelaki baju putih tu terserempak seorang perempuan yang cantik (ha ni korang paham-pahamlah sendiri ape ye).  Perempuan tu bunuh lelaki baju putih tu.  Tapi lelaki baju merah tu tak perasan.  Perempuan cantik ni pegilah pulak kat lelaki baju merah ni.  

Tapi lelaki baju merah ni macam ada naluri rasa tak kena je pasal perempuan tu, jadi bila perempuan tu nak dekat kat dia je, lelaki tu kasi alasan, dia nak bersihkan badan dulu.  Dia tinggalkan baju merah dia kat perempuan tu sebagai bukti la yang dia akan kembali pada perempuan tu.  Lelaki tu pun masuk sungai, mandi-mandi, pastu perlahan-lahan dia berenang tinggalkan perempuan tu.  Bila dah jauh tu, dia terdengar jeritan perempuan tu dari dalam hutan.  Jeritan yang mengerikan, macam marah sangat.

Sejak dari hari tu, mana-mana je lelaki yang pakai baju merah masuk ke hutan, pastinya akan mati dalam hutan tu jugak.  Dikatakan yang perempuan tu masih berdendam dengan lelaki berbaju merah sebab marah kena tipu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.095643 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list