CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 1-1-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
yeay..finally ada cerita baru..tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-1-2022 02:30 PM
Kereta Ford Biru

Pada satu tengahari di bulan Februari 2014, aku dan sepupuku sedang memandu ke ara ...

Volkswagen kuning versi Oklahoma ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT ????
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 11:49 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-1-2022 02:30 PM
Kereta Ford Biru

Pada satu tengahari di bulan Februari 2014, aku dan sepupuku sedang memandu ke ara ...

husnuzon eh TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2022 05:17 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 4-1-2022 09:29 AM

Tragedi Pulau Smuttynose
Di sempadan antara Maine dan New Hampshire, ada wujudnya gugusan pulau-pulau kecil yang dinamakan Kepulauan Shoals.  Ada satu pulau kecil dalam gugusan tu yang sampai sekarang takde penghuni iaitu Pulau Smuttynose.  Pulau kecil yang hanya seluas 25 ekar itu pernah bukan setakat kosong tapi dikatakan berhantu sebab satu tragedi ni...

Pada 1866, pasangan suami isteri John dan Maren Hontvet yang berasal dari Norway berhijrah ke Amerika.  Pada asalnya mereka menetap di Boston, tapi mungkin jiwa mereka tak serasi duduk di kota yang sibuk itu, jadi pasangan ini pun belilah sebuah rumah di Pulau Smuttynose.  Pulau tu sebenarnya memang takde orang dan pulau itu milik negeri Maine, tapi dari segi jarak ia lebih dekat dengan New Hampshire.  John beli sebiji kapal menangkap ikan dan mereka memulakan kerja sebagai nelayan.  Hasil dari tabungan menangkap ikan tu la John dapat kumpul duit lebih sikit untuk bawak abang dia Mathew dan kakak Maren iaitu Karen Christensen untuk duduk dengan diorang.  Mathew dan John bekerja bersama-sama, tapi lama kelamaan diorang rasa macam dah tak menang tangan jadi pada musim bunga 1872, mereka mengupah seorang lagi pendatang asing dari Prussia iaitu Louis Wagner untuk bekerja di bawah mereka.  Tapi Louis tidak diberikan upah pun, hanya setakat diberikan tempat tinggal dan makan minum di pulau tu.  Louis masa tu memang terdesak perlukan semua tu jadi dia pun terima jelah tawaran tu. Lama kelamaan Louis rasa selesa bekerja bersama keluarga Hontvet ni sebab dia dilayan dengan sangat baik oleh isteri dan kakak ipar John di pulau tu.

Wagner terus bekerja bersama keluarga Hontvet sampai musim panas, tapi Louis ni dikatakan selalu ponteng kerja sebab ada sakit rheumatism.  Pada musim luruh berikutnya,  adik lelaki Maren dan isteri barunya iaitu Even Christensen dan Anethe pun berpindah ke pulau tu.  Bila ada Even, jadi Louis ni pun dibuang kerjalah oleh John sebab dah ada orang lain ganti dia.

Sekarang pulau tu dah ada 6 orang, 3 lelaki 3 perempuan iaitu John, Maren, Karen, Mathew, Even dan Anethe.  Pada 5hb Mac 1873, kaum lelaki iaitu John, Mathew dan Even bawak bot ke Portsmouth, New Hampshire untuk mengambil barangan menangkap ikan yang baru datang dari Boston.  Malangnya bekalan dari Boston tu lewat sangat datang, jadi mereka pun upahlah sorang ni pegi ke pulau tu untuk sampaikan pesanan yang mereka bertiga tak dapat balik malam tu, kene bermalam di bandar Portsmouth tu.  Kebetulan semasa di Portsmouth tu, mereka terserempak dengan Louis, diorang pun ajaklah Louis untuk tolong diorang tapi masa bekalan dari Boston tu dah sampai, Louis tak dapat dikesan pun.

Tapi malam tu dalam pukul 8 malam, kecoh ada orang hilang sampan di Dermaga Pickering kat Portsmouth tu.  Rupa-rupanya sampan itu telah dicuri oleh Louis Wagner.  Dalam kesejukan angin malam bulan Mac tu, Louis mendayung sampai tu merentasi laut sejauh 10 batu dari Portsmouth ke Pulau Smuttynose tu. Gigih dia mendayung sorang-sorang sampai 5 jam.  Louis yang dah memang biasa dengan pulau tu melabuhkan sampannya di sebelah barat pulau itu dan berjalan mengharungi salji ke satu-satunya rumah yang ada atas pulau tu iaitu rumah keluarga Hontvet.

Rupa-rupanya, Louis pergi ke pulau tu sebab ada niat jahat. Dia tau yang sekarang ni cuma tinggal kaum wanita je kat pulau tu, dan dia percaya keluarga Hontvet ni ada menyimpan wang yang banyak di situ.  Dia bercadang nak merompak keluarga Hontvet.  Tapi, Louis tersilap langkah sebab dia terkejutkan Karen.  Karen telah diserang dengan kerusi manakala Anethe pula dipancung oleh Louis dengan menggunakan sebilah kapak.  Hanya Maren yang berjaya lari dari kejadian itu dan dia menyorok di balik-balik batu besar di tepi pantai.  Sepanjang malam Louis mencari Maren tapi tidak berjaya.  Yang peliknya walaupun badan Louis dilumuri darah mangsanya, dia seolah-olah masih relaks sempat lagi buat air kopi, meninggalkan kesan tapak tangan berdarahnya di teko tersebut.  Maren menahan kesejukan menyorok dari Louis sepanjang malam, kira-kira pukul 8 pagi barulah Maren berani keluar dari tempat dia menyorok.  Dengan lemah dia melambai-lambai meminta tolong dari orang-orang di pulau sebelah.

Laporan polis pun dibuat.  Sampan Louis ditemui di New Castle, dan berpandukan tips dari orang ramai, Louis berjaya ditemui tatkala dia cuba nak melarikan diri ke Boston menaiki keretapi.  Petang tu jugak dia ditahan, tetapi tragedi ini cepat tersebar dan dia hampir-hampir lunyai dibelasah orang ramai.  Akhirnya, pada 5jn Jun 1875, Louis Wagner dihukum gantung di atas jenayah pembunuhan kejam Karen dan Anethe.

Walaubagaimanapun, ada teori yang mengatakan Louis bukanlah pembunuh sebenar.  Sepanjang perbicaraan Louis langsung tak mahu mengaku bersalah. Tapi testimoni dia berbeza-beza, kejap dia kata dia masa tu tengah berkerja tapi tak tau dengan sape, pastu dia mengaku dia minum sampai mabuk-mabuk sampai tertidur di luar bar. Tapi dia tiada saksi atau alibi untuk dijadikan bukti dia tidak bersalah.  Sehinggakan dah sampai ke tali gantung pun Louis tetap tak mengaku dia pembunuh kejam itu.  Jadi siapakah pembunuh berkapak itu?

Ada teori mengatakan pembunuhnya adalah Maren sendiri sebab dia seorang je terselamat. Ada juga dakwaan dari sebuah suratkhabar yang Maren ni telah mengaku dialah pembunuhnya semasa dia tengah nazak.  Ada jugak teori yang kata John Hontvet adalah pembunuh itu.  Sebabnya dalam testimoni Maren sendiri, semasa kejadian tu si pembunuh masuk ikut pintu depan dan dia sangkakan oh itu mesti John.  Ada yang percaya Maren sengaja menuduh Louis sebab nak melindungi John.
[size=14.6667px]Walaupun begitu, akibat tragedi itu, Pulau Smuttynose terus kosong sehingga ke hari ini.  Kapak yang digunakan dalam pembunuhan itu masih tersimpan rasmi di sebuah muzium.  Pulau itu terkenal dengan reputasi sebagai sebuah pulau yang berhantu.  Roh Karen dan Anethe dikatakan masih bergentayangan di pulau itu.  Termasuklah Maren, kalau bertuah boleh dengar suara perempuan menjerit meminta tolong mendayu-dayu di kawasan batu-batu di tepi pantai.   Pulau ni kini menjadi milik persendirian, rumah keluarga Hontvet (dalam gambar bawah ni) pun dah musnah dipukul ombak tapi pulau ini masih boleh dilawati cuma tak dibenarkan datang pada waktu malam.  Kenapa? Paham-paham jelah kenapa....


[size=14.6667px]









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-1-2022 02:30 PM
Kereta Ford Biru

Pada satu tengahari di bulan Februari 2014, aku dan sepupuku sedang memandu ke ara ...

Plot twist..depa ada konvoi.

Tq tt..for the new stories...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:28 PM | Show all posts
Tq for the story TT. Menarik seperti biasa wohooooo!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2022 10:36 AM | Show all posts
Jangan Berhenti

Kisah ni terjadi semasa aku melawat kawan aku di Amerika.  Aku datang jauh-jauh dari Belanda, jadi kawan aku ni bawaklah aku pegi parti kat satu tempat yang entah tak tau kat mana, tempat tu memang terpencil nak kata kampung pun bukan tapi memang jauh ke dalam.  Aku ada masalah kesihatan yang melarang aku untuk minum alkohol, jadi malam tu akulah diberikan tugas sebagai pemandu walaupun aku ni tetamu je.  Tapi tak kisahla sebab Amerika ni pakai kereta gear auto, kat Belanda aku dah biasa pakai gear manual. Kami pergi sekereta termasuk kawan-kawan kepada kawan aku tu jugak.

Jadi kitorang pun nak baliklah ni, kitorang pun jumpalah tuan parti nak maklum kami nak balik dah ni. Adalah sorang kat parti tu tanya, kitorang nanti nak ikut jalan mana? Kitorang nak balik ikut jalan yang kami datang tadilah.  Masa ni, pengunjung parti lain menyampuk, 'apa kata korang ikut jalan lain je takyahla ikut jalan tu?".  "Eh taknaklah, jalan lagi satu tu lagi jauh kot".  Ada jugak orang-orang lain yang terdengar perbualan kami tu, diorang pun macam pujuk kitorang suruh ikut jalan lain je.  Tapi kawan aku menolak sebab hari pun dah lewat sangat tak logik nak ikut jalan jauh tu.  "Oklah, tapi aku nak pesan ni, kalau korang nak ikut jalan tu, walaupun apa pun yang korang jumpa kat tengah jalan tu, jangan sesekali berhentikan kereta".  Aku dah pelik dan ada sedikit risau, tapi kawan aku cakap tak ada apa yang perlu dibimbangkan sebab kitorang ramai kan

Jalan yang dimaksudkan tu memang jalan yang berbengkang-bengkok diapit dengan pokok-pokok.  Satu-satunya cahaya yang ada kat situ adalah cahaya lampu kereta kami.  Walaupun jalan tu bertar, tapi jalannya penuh dengan lubang-lubang, pastu muat-muat untuk sebuah kereta je.  Kalau ada kereta dari depan, kedua-kedua kereta tu kene keluar sikit dari jalan bertar tu.  Masa memandu layan selekoh tu, tiba-tiba dari kejauhan aku macam ternampak macam ada sekujur tubuh tengah terbaring di situ.  Aku pun terpaksalah perlahankan kenderaan dan keluar dari jalan tar tu taknak terlanggar benda tu, rupa-rupanya yang tengah terbaring tu adalah seorang lelaki.  



Aku memang berniat nak berhenti nak tengok keadaan lelaki tu, kotla lelaki tu tercedera ke pengsan ke, mungkin dia perlukan bantuan.  Tapi kawan aku melarang, "jalan je, ko tak ingat ke diorang cakap ape kat parti tadi?".  Tegak kejap bulu roma aku, ini ke yang dimaksudkan jangan berhenti tu?  Aku pun teruskanlah pemanduan aku tidak mengendahkan lelaki yang terbaring tu.  Selepas kami melepasi lelaki terbaring tu, kami pun tengok di cermin pandang belakang, lelaki yang terbaring tu tiba-tiba dah bangun!  Pastu muncul lagi 4-5 orang keluar dari celah-celah pokok kat tepi jalan tu dan berdiri di tengah jalan bersama-sama lelaki yang terbaring tadi.  Diorang tengok je kereta kami, aku punyalah seriau aku cuba nak bawak kereta selaju mungkin di atas jalan yang berbengkang-bengkok tu.

Esoknya, barulah kawan kepada kawan aku tu bukak cerita, sebelum ni dia memang ada dengar orang cerita kat jalan tu memang ramai orang hilang.  Dipercayai jalan tu tempat pencuri kereta menjalankan jenayah mereka.  Dalam hati aku menyumpah-nyumpah jugak dah tau tempat tu tak selamat ko nak bawak aku ke situ dah kenapa?  Tapi kami buat jugaklah laporan polis, polis kata mungkin itu cuma gangster saja nak takut-takutkan kami.  Setau aku sampai sekarang kes kami masih dianggap belum selesai, maksudnya pelaku malam tadi masih belum ditangkap....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 08:02 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-1-2022 10:36 AM
Jangan Berhenti

Kisah ni terjadi semasa aku melawat kawan aku di Amerika.  Aku datang jauh-jauh dar ...

di sini dii belahan Borneo Utara pun selalu ada kejadian gini
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 9-1-2022 08:02 PM
di sini dii belahan Borneo Utara pun selalu ada kejadian gini

belahan Borneo tu sabah sarawak ke ada nma tmpt lain lg...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:22 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-1-2022 10:36 AM
Jangan Berhenti

Kisah ni terjadi semasa aku melawat kawan aku di Amerika.  Aku datang jauh-jauh dar ...

Area pendalaman pun ada kes ni. Ni cerita pegawai polis sendiri. Dia bagitau ada sedara dia berenti nak bantu org terbaring..tetiba kena serang dan tangan putus sebab tahan libasan parang. Sebab tu area jalan sunyi pedalaman macam ni baik pakai 4x4.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 11:23 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 11-1-2022 11:47 AM

Suara Minta Tolong

Peristiwa ni terjadi semasa lewat 90an, masa tu aku dan 2 orang rakanku tengah bercuti di rumah percutian milik kawanku di tepi sebuah sungai ni.  Rumah ni cuma sebuah rumah kecil 3 bilik dgn dapur merangkap ruang makan dan bilik mandinya di bahagian luar, ianya terletak di sebuah pulau kecil milik persendirian seluas 3 ke 4 batu persegi yang mana pulau kecil ni pun merupakan padang ragut untuk lembu-lembu peliharaan tuan tanah.  Nak masuk ke pulau ni kene lalu satu jalan tidak berturap, ambil masa setengah jam jugak nak sampai, dan jalannya agak berbengkang-bengkok dan kena lalu kawasan berpaya yang penuh dengan buaya dan tanah lembik.  Sebelum nak sampai ke rumah percutian tu, korang akan jumpa satu rumah tinggal.  Stail rumah tu macam rumah zaman perhambaan dulu, jenis 2 tingkat tu.  Mengikut buah mulut orang sini, pemilik rumah tu sepasang suami isteri, selepas kematian anak mereka yang masih kecil dalam satu kemalangan ngeri ni, pasangan tu dah taknak duduk situ jadi mereka terus tinggalkan rumah tu begitu sahaja.  Dalam kawasan ni selain rumah tu dan rumah percutian kami, ada lagi satu rumah percutian orang lain dan lagi satu rumah pemilik lembu  tu, tapi cuma rumah tu je yang betul-betul takde orang duduk dah.


Malam tu kami bertiga cuba nak memancing ikan yu di dok tepi sungai tu untuk buat makan malam, tapi malangnya nasib tidak menyebelahi kami.  Air sungai masa tu sangat tenang setenang-tenangnya macam kaca, kata kawan aku pelik kenapa tenang sangat air sungai ni sebab arus sungai tu sangat kuat terutamanya masa air pasang. Kami memancing di dok tu sambil sembang-sembang, sampai pukul 11 malam pun umpan kami langsung tak mengena.  Masa tulah kami terdengar satu bunyi seakan-akan paduan bunyi hon kapal dan lolongan serigala di sebelah kanan kami.  Sungai ni jauh dari laut dalam, kalau nak kata bot memang bukanlah sebab bot tak boleh lalu kawasan sungai yang cetek macam ni.  Terperanjat jugak kami bila bunyi tu tiba-tiba muncul.  Termasuklah kawan aku yang jugak pemilik rumah percutian kami ni, setiap kali cuti musim panas dari zaman dia pakai lampin lagi dia mesti datang sini, tapi inilah pertama kali dia dengar bunyi tu.  Walaupun bunyi tu hanya muncul sekali, tapi ianya sudah cukup untuk mengganggu mood kami, kami pun cepat-cepatlah kemas barang nak masuk rumah.

Masa kami berjalan menuju ke rumah tu, salah seorang kawan aku terdengar bunyi lain pulak.  Tapi bunyi tu kali ni datang dari arah jalan utama nak masuk ke pulau ni.  Menurut kawan aku tu, bunyinya macam kucing mengiau pun ada, bunyi budak menangis pun ye.  Kami bertiga terhenti sejenak di situ dalam 5 minit lah jugak cuba mengamati apa benda yang bunyi macam tu.  Dalam 5 minit tu lah jugak bunyi tu asyik muncul je dari arah jalan masuk tu, jadi kami bertiga pun lepas letak barang tepi rumah terus naik trak menuju ke arah itu.  Tingkap kereta sengaja kami turunkan sebab kami nak cari apa dan di mana punca bunyi tu. Kot-kotla ada anak kucing sesat ke.

Makin dekat kami ke jalan tu, makin jelas bunyi tu. Apa yang pada mulanya mirip bunyi kucing semakin jelas sebenarnya suara budak.  Suara budak meminta tolong, tapi lemah je. "Tolong saya, tolong saya".  Kami bertiga dah risau tapi apa yang buat kami lagi risau, suara tu makin lama makin menjauh dari rumah.  Korang bayangkan macam ni, sebab kami bawak kereta perlahan-lahan je, suara budak mintak tolong tu macam 10 kaki depan kaki je, tapi bila kami dah sampai situ budak tu takde, sebaliknya suara tu muncul lagi 10 kaki dari situ.   Tanpa disedari budak tu bawak kami masuk ke kawasan paya dan menuju ke rumah tinggal tu.  Bila nampak rumah tinggal yang tersergam tu baru kami macam tersedar, macam tak logik takkan budak tu sambil lari sambil mintak tolong? Kawan aku terus membrek dan suara tu kali ni betul-betul hilang.  Kami tunggu dalam sejam la jugak tunggu kot-kot budak tu muncul tapi takde pun, jadi kami pun berpatah balik menuju ke rumah percutian kami.  

Tapi cerita ni tak habis di sini....

Bersambung


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 11:45 AM | Show all posts
Suara Minta Tolong Bahagian Akhir

Kami beranggapan mungkin itu semua imaginasi kami je sebab perut lapar kempunan tak dapat ikan yu kan, atau itu mungkin binatang yang boleh mengeluarkan bunyi mirip suara manusia, jadi kami pun masuk tidur jelah.  Lagipun sepanjang siang hari tu kami asyik berenang dan memancing di bawah sinaran matahari, tapi tidur kami diganggu oleh suara budak mintak tolong tu lagi.  Pada awalnya kami buat tak dengar je, tapi bila suara tu makin hampir dengan rumah kami, akhirnya kami bertiga pun bangun sama-sama dan terus keluar menjerit panggil budak tu. "Wei ko sapa ha?  Kalau betul nakkan pertolongan muncullah depan kami!".  Tapi tiada jawapan.  Sebaliknya suara yang sama, 'tolong saya tolong saya' seolah-olah budak tu memang tak reti cakap benda lain.



Akhirnya, kami bertiga bersetuju nak cari sekali lagi budak tu.  Macam bodoh kan tapi suara budak merintih tu aku rasa budak tu kecik lagi, macam dalam 3-4 tahun, mungkin budak tu pun takut dengan kami sebab tu dia taknak munculkan diri. Ah aku pun tak pasti apa yang kami fikirkan masa tu, tapi di kala pukul 3 pagi tu, kami menahan ngantuk naik trak dan berpusing-pusing jap di sekeliling pulau tu cuba nak cari budak tu. Dah tak jumpa, kami pun dah penat, kami pun masuk rumah baliklah sambung tidur.

Masa nilah, suara minta tolong tu muncul balik tapi betul-betul di tepi dinding rumah kami ni ha.  Dan suaranya dah bukan mirip budak lagi dah, suaranya macam pelik macam bergema, macam suara tu macam dekat tapi orangnya jauh.  Kali ni kami betul-betul seriau, tiada siapa pun antara kami yang berani nak keluar tengok ape benda tu.  Tapi nasib baiklah beranda kami tu ada jaring halang nyamuk, kami cuma berani keluar sampai situ tapi setiap kali kami di luar, suara itu akan hilang. Bila kami masuk rumah, suara itu akan muncul balik macam tadi, tapi kali ni ia datang dari  sudut-sudut lain seolah-olah macam orang tu tengah mengelilingi rumah kami.  Sepanjang malam suara itu menuturkan ayat yang sama, 'tolong saya tolong saya'.

Malam tu kami tidur berhimpit di ruang depan, tapi sejujurnya kami semua tidur tak berapa nyenyak.

Esok pagi-pagi tu, kami cuba mencari kesan tapak kaki di sekeliling rumah tu, sebab keliling rumah tu berpasir jadi kalau ada binatang ke manusia ke pasti akan tinggalkan tapak di situ.  Tapi keliling rumah tu bersih je seolah-olah tak pernah dijejaki.  Nasib baiklah cuma malam tu je kami diganggu, dan sepanjang pengetahuan aku pun, peristiwa seumpama itu tidak pernah dah terjadi pada kawan aku dan orang-orang lain yang pernah menginap di situ.  Aku tak tau apa sebenarnya yang terjadi, tapi aku yakin apa yang terjadi ni ada kaitan dengan supernatural....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 01:28 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 22-12-2021 05:14 PM
Pengalaman Jadi Budak Penghantar Pizza
Sepanjang sekolah menengah sampai aku nak masuk kolej, selama ...

Seramnya. Agak2 kat Malaysia ni banyak tak kes macam ni jadi dekat runner?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 02:33 PM | Show all posts
Tentera Ghaib


Semasa Perang Dunia Pertama, pernah direkodkan secara rasmi satu kisah pelik yang berlaku di Hutan Celtic.  Pada 9 Oktober 1917, semasa Batalion ke-10 dari Pasukan Tentera Australia Pertama menyerang pihak Jerman di Hutan Celtic yang terletak di Passchendale, Barat Flanders di negara Belgium ni, dilaporkan 37 tentera Australia hilang tanpa dikesan selepas peperangan tersebut.

Alkisahnya, setelah kemenangan tentera pihak British pada 4 Oktober 1917 di Perang Broodseinde,  ketua angkatan tersebut iaitu Field Marshall Sir Douglas Haig berkeyakinan tinggi yang musuh mereka iaitu tentera Jerman dah hampir nak kalah. Jadi dia pun rancang nak serang lagi tentera Jerman di Hutan Celtic tu.  Ikut rancangan beliau, Batalian ke-10 Pasukan Tentera Australia tu (masa ni Australia bersekutu dengan Britain) akan merempuh Hutan Celtic tu dan memusnahkan ruang-ruang persembunyian tentera Jerman, pastu Batalion ke-10 akan berundur dan pasukan seterusnya menyerang tapi untuk mengelirukan tentera musuh, mereka akan menyerang di sebelah siang. Jadi, pada 9 Oktober jam 5.20 pagi, rempuhan kali pertama pun dimulakan dan Batalion ke-10 dengan kekuatan 7 pegawai dan 78 orang tentera diketuai oleh Lieutenant Frank Scott yang baru berusia 22 tahun.  

Manusia hanya merancang, tapi Tuhan jua yang menentukan.  Batalion ke-10 tiba-tiba mengalami kekalahan yang agak teruk.  Dalam catatan seorang Lieutenant-Colonel, dia kira cuma 14 tentera je yang terselamat.  Laporan tak rasmi mendakwa 7 orang je tentera Australia yang sempat balik ke pengkalan tanpa cedera.  Tapi rekod rasmi mengatakan 37 dari 85 orang yang terlibat dalam peperangan tu dikenalpasti sebagai hilang.

Tapi..... pihak Jerman langsung takde rekod tentang serangan kali pertama tu. Jerman kata masa Batalion-10 masuk hutan tu diorang pun tak tau dan bukan diorang yang serang batalion tu. Wakil Tentera British dan media Australia pula melaporkan peperangan di Hutan Celtic tu merupakan kejayaan di pihak mereka.  Tentera Jerman mengundurkan diri dari hutan tu seminggu kemudian dan setelah peristiwa itu, hutan tu langsung tak pernah disentuh lagi oleh kedua-dua pihak...

Kisah ni menjadi misteri sebab 37 orang yang hilang itu memang hilang begitu sahaja, mayat pun tak dijumpai untuk dikuburkan. Nama-nama yang hilang juga tidak direkodkan sebagai tahanan perang dimana-mana.  Ada yang menuduh Jerman sengaja tutup kes ni sebab mereka telah membunuh 37 orang yang hilang tu dan dikuburkan beramai-ramai, tapi Jerman tak mengaku.  Macam-macam teori keluar termasuklah teori mungkin masa serangan tu salah kira orang kot jadi yang 37 tu memang dari awal tak wujud.  Tapi ada saksi mengatakan dia nampak tentera-tentera masuk ke dalam hutan tu dan ghaib sekelip mata di sebalik kabus hutan yang tebal tu....



Tu kisah semasa Perang Dunia Pertama. Ni pulak kisah atuk aku semasa atuk aku berperang di Perang Dunia Kedua pulak.  Zaman perang kan memang kelam-kabut, atuk aku pun tak pasti kat mana lokasi tu sebenarnya, tapi yang pastinya, masa tu atuk aku perlu ke Normandy, Perancis, tapi dia dan beberapa orang kawan dia terpisah pulak dengan pasukan dia.  Masa ni diorang berada dalam satu kawasan hutan, senang cerita atuk aku ni dah sesat la.

Diorang ni baru keluar dari kawasan berpokok melangkah masuk ke satu kawasan padang dengan rumput setinggi 3 kaki apabila tiba-tiba THUD! Atuk aku dan kawan-kawan dia terdengar macam ada orang jatuh.  Diorang pun automatik terus baring menelungkup di kawasan rumput tu.  Dari celah-celah bilah rumput tu, atuk aku dan kawan-kawan dia nampak sekumpulan tentera Jerman, adalah dalam 20 ke 30 orang tengah bertempiaran lari merentasi padang rumput tu sambil menjerit-jerit ketakutan.  Walaupun sekadar mengintai tapi atuk aku nampak dengan jelas riak wajah tentera-tentera Jerman tu, panik bercampur ketakutan.  

Yang lagi menakutkan, suara hiruk-pikuk jeritan tentera Jerman itu tiba-tiba jadi senyap.  Atuk aku dan kawan-kawannya memberanikan diri nak tengok apa yang membuatkan diorang tetiba senyap tu.  Masa nilah atuk aku dan kawan-kawan dia nampak, pasukan tentera Jerman itu kaku macam tugu.  Bukan berdiri tegak, tapi pemandangannya macam cerita tv yang di'pause'. Macam dalam gambar.  Ada antara tentera Jerman tu kaki tak jejak tanah pun tapi macam tergantung di udara.  Suasana juga jadi senyap-sunyi, kicauan burung pun takde.

Untuk beberapa saat tu memang terpinga-pingalah atuk aku dan kawan-kawan dia menyaksikan macam-macam aksi berlari tentera Jerman yang membeku tu. Apabila tiba-tiba, mereka terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat, persis bunyi besi berlaga besi.  Atuk aku nampak tentera-tentera Jerman tu makin kabur dari pandangan dia dan akhirnya, lenyap terus.  Lenyap takde kesan langsung.  

Sesampainya atuk dan kawan-kawan dia bersatu balik dengan pasukan dia, mereka pun cepat-cepatlah laporkan kejadian tu pada pegawai atasan.  Semua yang menyaksikan peristiwa tu memberikan kenyataan yang sama, mereka pun dihantar balik ke United Kingdom tapi mereka dipanggil ke pejabat tentera di London.  Bertalu-talu jugaklah atuk aku dan kawan-kawannya disoalsiasat, mungkin pihak tentera betul-betul nak pastikan ni memang kisah benar bukan tipu-tipu punya.  Yang lebih menarik, bukan kumpulan atuk je yang jumpa, semasa di London tu ada beberapa kumpulan tentera lain pun jumpa benda yang sama, lokasinya pun cuma berhampiran je dengan lokasi atuk aku tu.

Atuk aku dan ramai-ramai tentera lain dibawa ke hutan tu, di situ mereka sekali lagi diminta untuk berikan keterangan dan tunjukkan lokasi sebenar.  Atuk aku kata, hutan tu dah dikawalrapi oleh tentera, dan ada beberapa kawasan hutan tu dikosongkan.  Yg lagi pelik menurut atuk aku, ada beratus-ratus ekor anjing dalam kawasan hutan tu yang merayau-rayau tanpa dikawal oleh manusia.  Selepas tentera betul-betul berpuas hati, atuk aku dan saksi-saksi lain dihantar balik ke UK, tapi mereka perlu menandatangani perjanjian untuk merahsiakan perkara ini.

Bertahun-tahun atuk aku simpan rahsia ini, tapi sebelum atuk aku meninggal, tahun 1985 atuk aku kembali ke kawasan hutan tu.  Tapi kawasan hutan tu kini dah jadi kawasan larangan masuk oleh pihak tentera.  Atuk aku sempat tertengok, dalam kawasan tu kini penuh dengan gudang-gudang yang tidak bertanda.  Selepas kematian atuk, aku cuba jugak nak siasat sejauh mana kebenaran kisah ni, tapi kisah paling hampir aku jumpa adalah misteri di Hutan Celtic tu. Cuma lokasinya jauh jugak, hutan atuk aku tu di Perancis, Hutan Celtic ni di Belgium.   Mungkinkah ada kaitannya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, yeah ade cite baru lagi.. Many thanks TT..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:27 AM | Show all posts
Cerita TT memang semua menarik masuk ke zaman penceritaan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 04:46 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-1-2022 04:48 PM

Spirit Of The Coin

Semasa aku masih di sekolah menengah, aku dihadiahkan sebuah permainan papan Ouija (atau kat malaysia kita panggil game Spirit of the Coin tu), jadi aku pun ajaklah kawan-kawan aku main di rumah aku.  Setelah beberapa kali kami bermain di rumah aku, tapi tak ada apa pun yang terjadi.  Sehinggalah, pada suatu malam, aku bawak papan tu ke rumah kawan aku, Jay.  Tak sangka pulak semasa di rumah Jay tu, token penunjuk tu bergerak sendiri, tanda kami berjaya panggil roh.

Soalan pertama kami adalah, siapa nama kamu?  Roh tu eja macam ni, E-C-K-S.  Macam bukan nama je.  Kami bertanyakan lagi nama dia, tapi kali ni roh tu cuma eja X sahaja.  Pastu kami tanya macam-macam soalan, termasuklah soalan cepu emas ni, macam mana kau boleh mati?  Roh tu eja M-U-R-D-E-R.  Oh mati dibunuh rupanya.  Sekali tu, ada pulak kawan aku ni celupar pegi tanya, hey Ecks, kau jangan apa-apakan kami tau.  Lama jugak roh tu nak menjawab, tapi roh tu cuma ulang-ulang pergi dari huruf H ke huruf A je.  HAHAHAHAHAHAHA  

Seriau pulak kami bila dapat jawapan macam tu. Cepat-cepat kami tamatkan permainan tu.  Tapi lepas main tu, kami beranggapan mesti salah sorang daripada kami ni yang saja gerakkan token penunjuk untuk takutkan kami. Papan Ouija tu aku tinggalkan sahaja di rumah Jay.  Selama 8 tahun kami tak pernah dah sentuh papan Ouija tu sampaikan aku pun dah lupa aku pernah memilikinya.  Masa ni aku dah habis belajar di kolej, aku dan Jay kali ni jadi teman serumah pulak.

Aku dan Jay anjurkan satu parti masuk rumah baru dan kami jemputlah kawan-kawan baru dan lama.  Rupa-rupanya, Jay ada bawak sekali papan Ouija tu ke rumah baru kami.  Yang jumpa tu pulak kawan-kawan kami, tapi kawan-kawan kami ni bukanlah kawan-kawan dari tempat lama kami.  Diorang pun bawak keluar papan tu dan sajalah nak main masa parti tu.  Aku dan Jay tak sertai pun, kami cuma duduk bersembang dengan tetamu-tetamu lain sementara diorang bermain di meja ruang tamu tak jauh dari aku dan Jay.

Pusing punya pusing, eh datanglah satu roh ni.  Aku dan Jay pasang telinga dengar perbualan kawan-kawan yang tengah main tu.

“Macam mana kau boleh jadi roh ni?”. M-U-R-D-E-R.

“Apa nama kau?”. A-S-K J-A-Y. Tanya Jay. Jay gelak-gelak je, mesti ada kawan dia saja nak buat seram tu.  “Merepek la korang ni aku mana kenal roh tu sapa”.  Semua orang terdiam, kemudian salah seorang yang bermain tu berkata, “roh tu bisik kat aku, nama dia pelik. Macam X, tapi ejaan die E-C-K-S”.

Masa nilah aku dan Jay saling berpandangan, kitorang teringat peristiwa 8 tahun lalu. Yang main tu pun dah tak selesa jadi diorang pun tamatkanlah permainan itu.  Esoknya Jay bakar papan Ouija tu dan kami tak berani dah nak sentuh mana-mana papan Ouija lagi….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya tak masuk bod ni.. Thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
woww dah banyak cerita baru rupanya. baru habis. thanks tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.083057 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list