CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 1-1-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestlah, tiap hari belek cite baru. Salu cite omputeh xseram tp bca yg ni seram tp best layan. Update lg tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2021 10:19 AM | Show all posts
Sasquatch ke tu?

Peristiwa ni diceritakan oleh atuk aku.  Kejadian ni berlaku pada tahun 1970an.  Atuk aku ada seorang kawan di Barat Laut Pasifik USA, kawan atuk aku ni seorang penyendiri sikit.  Kawan atuk aku ada kabin dalam hutan kat situ, kabin kawan atuk aku ni jenis yang bertiang dan letaknya di lereng bukit.  Kabin ni ada beranda, tapi beranda tu takde tangga. Cuma ada satu laluan pintu masuk je, agak mustahil la orang nak masuk melalui beranda sebab kabin kawan atuk aku ni memang tinggi.  Korang bayangkan macam ni  jelah kabinnya


Atuk aku dan kawan dia memang suka memburu, jadi kadang-kadang atuk aku akan bermalam dengan kawan dia kat kabin tu.  Pada satu hari di musim panas, atuk aku dan kawan dia tengah sembang-sembang kat beranda kabin tu.  Tengah bersembang sambil hisap-hisap rokok, tetiba kawan dia cakap, “Malam ni kita tak payahla keluar.  Ada sasquatch kat tempat ni”.  Sasquatch ni nama lainnya adalah Bigfoot.  Tapi atuk aku gelak jelah, dia ingatkan agaknya kawan dia ni saja gurau-gurau je kot.

Malam tu memang diorang ni masuk tidur awal.  Sebab kabin tu mana ada television ke.  Atuk aku ni tidur di bilik yang bersebelahan dengan beranda tu.  Tingkap bilik atuk aku memang menghadap beranda.  Sebelum tidur tu atuk aku perasan yang kawan atuk aku letak semangkuk buah-buahan kat meja beranda.  Kawan atuk aku pesan malam ni kalau dengar apa-apa buat tak tau je.  Dengan nada suara yang serius.  Atuk aku nak gelak pun tak jadi.

Malam tu atuk aku tidurlah macam biasa, tapi atuk aku kata malam tu tidur dia agak terganggu dengan bunyi-bunyian dari beranda tu. Bunyi macam lantai kayu dipijak, mangkuk buah tu diseret dan macam-macam la.  Ok macam aku cerita tadi, kat beranda tu takde tangga, nak ke beranda tu kena melalui kabin ni, kena lalu bilik atuk aku. Beranda tu pun tinggi jadi mustahil la ada haiwan atau orang yang boleh panjat.  Tapi atuk aku husnuzon agaknya tu kawan dia kot pagi-pagi buta ni teringin makan buah kat beranda.

Atuk aku tidur-tidur ayam je malam tu.  Dan esoknya atuk aku ni terbangun awal.  Dia tengok kawan dia masih berdengkur lagi. Atuk aku pun pegilah ke beranda tu nak amek angin pagi.  Uish terkejut atuk ni tengok yang buah-buahan tu dah takde. Mangkuknye pun terlungkup.  Atuk aku tanyalah kawan dia tu, dia ke yang buat ni? Kawan dia mati-mati tak ngaku.  “Kan aku dah cakap, malam tadi Sasquatch nak datang”.  

Atuk aku masih lagi berkawan dengan kawan dia tu, tapi atuk aku cakap dia tak berani dah nak berseorangan dalam hutan tu tanpa kawan dia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 11:39 AM | Show all posts
Tahniah penulis, walaupun cerita di ceduk tapi atleast ada juga cerita segar yang boleh kami baca. seetalh sekian lama bod MPS agak sendu. Hanya beberapa cerita je yang menarik, pakcik pernah share juga cerita seram semasa 'hiking' dua-tiga tahun lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-12-2020 07:32 PM
Alamak ye ke nnt I try carik yg tak berapa seram

Alaa....seram laa...misteri..semua boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Waa.. dh abis ke ? Best2.. uplod la lg.. bacaan santai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 08:45 PM | Show all posts
Pengabdi Setan Versi Ohio

Aku membesar di sebuah pekan kecil di Ohio, USA.  Pengasuhku dulu adalah sepasang suami isteri pertengahan usia yang sangat baik. Pasangan ni pun ada sepasang cucu yang diorang jaga, seorang lelaki dan adik perempuan.  Jadi, dalam rumah tu ada 4 orang kanak-kanak termasuklah aku dan abang kembar aku.  Pasangan ni boleh dikatakan antara orang yang have-have la jugak kat kejiranan aku ni. Ape je mainan yang diorang takde, semua ada.  Belakang rumah pengasuh ni jugak dah diubahsuai dan ditambah dengan kolam renang, taman permainan mini, rumah mainan kanak-kanak. Kat rumah diorang pun ada koleksi video kartun yang popular masa tu macam The Little Mermaid, pastu hari-hari kitorang makan nugget and pizza. Pengasuh aku ni punyalah kaya, semasa sambutan hari kemerdekaan 4th of July, diorang ni boleh taja letupan bunga api yang besar gedabak tu. Masa tu memang rumah diorang nilah rumah paling best untuk budak-budak macam kitorang.  Tapi, aku tak tahu pasangan ni kerja apa sampai boleh kaya macam ni, sebab tak pernah nampak pun diorang pegi pejabat macam makbapak aku.

Ok nak dipendekkan cerita, semasa aku berumur 6 tahun, masa ni pertengahan musim panas, aku dan kawan perempuan aku nak main kahwin-kahwin, yang budak-budak lelaki pulak nak main perang-perang.  Camne nak main kahwin-kahwin kalau takde lelaki kan, jadi aku dan kawan perempuan aku ni pun pegilah memetik bunga di pinggir hutan yang tak jauh dari belakang rumah pengasuh aku.  Oklah mesti korang tertanya kan, eh mana pegi makbapak dan pengasuh kitorang? Masa ni tahun 1990, pekan kami ni pun bukanlah pekan besar dan dikelilingi hutan.  Kat sini, serangan binatang tu lagi banyak dari serangan orang.

Kami berdua begitu leka memetik bunga-bunga sampailah kami terjumpa macam satu jalan masuk di celah-celah semak tu.  Laluan tu nampak macam dah lama, tapi masih nampak lagilah jejaknya.  Aku dan kawan aku ambil keputusan nak ikut jalan tu, sebab sebelum ni kami tak pernah jumpa pun jalan ni, itu yang buat kami tertarik nak masuk tu.  Jalan tu macam dah lama tak diselenggara, dengan semak-semak sana sini, tapi masih muat la untuk kami budak kecik umur 6 tahun nak masuk.  Seingat aku jugak, kami kena melintas satu jambatan kecil.  Yang ni memang aku ingat sangat, sebab pekan kami ni takde sungai ape lagi anak sungai.  Tapi di bawah jambatan tu cuma dasar sungai yang dah kering kontang.

Rupa-rupanya, jalan tu menuju ke satu tanah lapang di tengah-tengah hutan, tanah lapang tu dikelilingi dengan batu-batuan.  Di tengah-tengah tanah lapang tu pulak ada sebuah perigi lama.  Perigi ni memang besar betul, siap ada tangga dalam perigi tu.  Korang bayangkan macam ni la rupe perigi tu.

Kawan aku ni kutip sebiji batu dan lontarlah ke dalam perigi tu.  Perigi tu memang dalam sedalam dalamnya sebab kitorang tak dengar pun bunyi batu tu terhempas ke dasar perigi.  Jadi aku dan kawan aku ni pun kutip lah lagi batu-batu dan main buang-buang batu dalam perigi tu. Tengah aku kutip batu tu, aku terperasan sesuatu yang pelik.  Batu yang aku kutip ni macam ada tulisan.  Aku pun kuis-kuis la tanah di sekeliling perigi tu, rupa-rupanya batu yang kitorang kutip tu adalah serpihan batu nesan.  

Aku dah mula rasa seram sejuk.  Aku tunjuklah kat kawan aku batu-batu nesan yang dah pecah disekeliling kami ni.  Aku pun cakaplah kat kawan aku ni, kita ni rasanya kat tanah perkuburan ni.  Kawan aku pun dah mula risau. Kami berdua senyap tak terkata.

Kawan aku cuit lengan aku, tanpa berkata apa-apa dia tunjuk pada satu kawasan bertentangan dengan kami.  Kat situ, ada satu bayangan hitam di pinggir hutan sedang memerhatikan kami.  Punyalah takut aku masa tu, sampai aku terpaku tak bergerak-gerak kat situ.  Bayangan tu mula bergerak mendekati kami.  Bayangan tu berupa seorang lelaki dewasa memakai jubah berhud berwarna hitam.  Aku tak nampak mukanya sebab dah dilindungi dengan hudnya.  Bila lelaki tu dah mula masuk ke tanah perkuburan, aku dan kawan aku pun pecut sekuat hati keluar dari tanah perkuburan tu.

Aku ni gempal sikit dari kawan aku tu, jadinya aku lambat sikitlah berlari dan tertinggal kat belakang.  Lepas je kami lintas jambatan kecil tu, aku sempat toleh belakang.  Lelaki tu dah sampai kat jambatan tu. Tapi dia cuma berdiri je kat situ memerhatikan kami.  Tanpa disedari aku tersandung akar pokok kayu dan terjatuh.  Lagilah aku menjerit ketakutan sebab takut lelaki tu sempat kejar aku.  Seluar aku terkoyak kat lutut tapi aku gagahkan jugak untuk berdiri dan lari sekuat hati aku.

Akhirnya kitorang berjaya jugak keluar dari hutan tu, dan kami pun cepat-cepatlah pegi ke rumah pengasuh aku tu.  Pengasuh aku yang juga datuk kepada kawan aku tu ada kat belakang tengah tanam pokok bunga, ternampak kami menangis-nangis dengan baju kotor seluar koyak rabak.  Rupa-rupanya kitorang berdua ni takut sampai tak sedar terkencing dalam seluar.  Berjam-jam jugak kami cuba ditenangkan oleh pasangan pengasuh aku, sampai akhirnya kami tertidur sebab keletihan.

Berbulan-bulan jugaklah aku dan kawan aku tak berani dah nak pegi ke bahagian belakang rumah tu.  Nak pandang hutan tu pun tak berani. Orang dewasa, termasuk makbapak dan pengasuh aku cuba yakinkan kami yang semua tu cuma imaginasi kanak-kanak kami je.  Tapi tidak untuk kanak-kanak lain….

Bersambung



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengabdi Setan Versi Ohio Bahagian Akhir

Pada tahun hadapannya, masa sambutan 4th of July, macam biasa keluarga pengasuh aku pun buatlah sambutan kemerdekaan kat rumah diorang. Diorang jemput semua orang yang ada kat kawasan perumahan tu termasuklah aku dan kawan aku tadi.  

Semasa di majlis tu, kami dikepung oleh budak-budak satu taman termasuklah budak sekolah menengah yang tau cerita pasal kami dalam hutan tu.  Budak-budak tu ingat kitorang ni saja reka cerita, mestilah kami cakap itu kisah benar. Jadi diorang paksa kami ni tunjuk kat diorang mana jalan masuk yang kitorang jumpa tu.

Jadi aku dan kawan aku pun pegilah bawak diorang budak-budak tu ke lokasi jalan masuk di pinggir hutan tu. Tapi, jalan tu dah takde. Tempat tu jadi semak samun memang tak nampak tanah, cuma daun-daun belukar je.  Adalah sorang budak lelaki cuba nak masuk situ buat jalan sendiri, tapi memang tak boleh. Seolah-olah macam jalan tu tak penah wujud pulak.

Dalam hati aku lega sebab aku taknak dah melalui lagi peristiwa yang menakutkan tu. Tapi pada masa yang sama, aku dan kawan aku tu teruk kena buli dan dicop penipu besar oleh budak-budak taman.  Akhirnya aku berubah jadi seorang budak yang pemalu dan suka buat kerja sendiri.  Takde sapa pun yang sudi jadi kawan aku sebab diorang ingat aku ni suka buat cerita.  

15 tahun kemudiannya, masa ni aku dah 22 tahun, dan aku dah berhijrah ke negeri lain untuk meneruskan pengajian aku ke tahap lebih tinggi. Masa tu cuti semester, aku pun balik ke Ohio dan suatu hari aku duduk bersembang dengan mak aku.  “Kau ingat lagi tak pakcik kaya yang ada cucu perempuan sebaya kau tu?”.  Aku pun angguk tanda ya. Mestilah aku ingat.  “Pakcik tu dah meninggal dunia dah hari tu”.  Aku pun terkedu tapi aku anggap mungkin dia meninggal sakit tua. Yelah dah bercucu kan.

Tapi mak aku cakap, pakcik tu meninggal sebab bunuh diri, gantung diri kat garaj rumah dia. Yang jumpa mayat pakcik tu adalah cucu perempuan dia, kawan aku yang kitorang sama-sama jumpa lelaki berjubah hitam tu.  Masa mayat tu ditemui, di sekeliling mayat tu penuh dengan buku nota.  Dalam buku nota tu ada catatan pakcik tu dari zaman 1970an lagi dan juga nota terakhir untuk kawan aku tu.  Pakcik tu mintak maaf sebab tak dapat nak melindungi kawan aku dari ‘gangguan syaitan dari perigi’.  Untuk si isteri pulak, pakcik tu mintak maaf sebab terpaksa tinggalkan dia.  Dari tulisan-tulisan buku nota pakcik tu, pakcik tu rupanya jadi kaya-raya sebab dia ada buat perjanjian dengan syaitan.  Syaitan tu tuntut ahli keluarga pakcik tu termasuklah kawan aku tu sebagai balasan menunaikan cita-cita pakcik tu.  Pakcik tu tak rela, jadi dia pun korbankan diri dia sendiri.

Walaupun begitu, semua orang termasuk ahli keluarga dan pihak berkuasa anggap yang pakcik ni mungkin ada masalah mental sebenarnya.  Tiada siapa pun percaya pakcik yang baik dan sukakan kanak-kanak ni bersekongkol dengan syaitan. Tapi, aku dan kawan aku percaya je, sebab kami sendiri dah pernah bertemu dengan syaitan itu…..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 09:44 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2021 09:33 PM
Pengabdi Setan Versi Ohio Bahagian Akhir

Pada tahun hadapannya, masa sambutan 4th of July, macam ...

Wah memang pengabdi setan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 10:55 PM | Show all posts
Apa Yang Sebenarnya Dah Terjadi?

Peristiwa ini terjadi semasa aku ikut ekspedisi berkayak di sempadan Minnesota-Kanada.  Kami berkayak di sebuah perairan yang terdiri daripada beberapa gugusan tasik yang saling bersambung. Bawah ni peta tasik yang aku maksudkan tu.


Rancangan kami, kami akan berkayak dari satu tasik ke satu tasik, bermalam pastu mancing-mancing sikit sebagai bekalan makanan kami. Ikutkan kami punya rancangkan nak habiskan 2 minggu kat tasik ni.  Sebagai keselamatan, kami bawak GPS dan telefon satelit untuk memudahkan kami berhubung dengan pihak berkuasa kalau ada pa-apa terjadi pada kami.

Kali ni dah masuk minggu pertama kami berkayak kat tasik ni.  Kami perlu berkayak untuk beberapa jam lagi untuk ke tasik seterusnya.  Baru sejam berkayak, tiba-tiba hujan lebat la pulak beserta angin kuat, sampai berombak-ombak tasik tu. Tinggi pulak ombaknya sampai 2 kaki, jadi kami terpaksalah buat hentian kecemasan kat daratan mana ntah yang kami jumpa ni.  Dah mendarat tu, kami pun buatlah khemah mana yang kami mampu buat untuk kami bermalam kat situ.  

Esok paginya, cuaca kembali tenang.  Pagi tu, kami saje je berjalan di persisiran tasik tu, dalam 200 kaki la jugak sebab nak mancing.  Tapi apa yang kami jumpa, adalah tapak perkhemahan yang dah barai.  Sampah bertaburan merata-rata, khemah runtuh dan koyak rabak, baju-baju bersepah atas tanah.  Pada awalnya, kitorang rasa jijik,  sapelah manusia yang tak bertanggungjawab rosakkan alam sekitar ni? Memang saja biarkan nak umpan beruang ke tempat ni ke?

Tapi, bila kami teroka lebih dalam lagi tempat tu, kami rasa makin pelik pulak.  Oklah aku senaraikan kepelikan demi kepelikan yang kami jumpa kat tapak tu

  • Sampah dan sisa makanan masih digantung di atas pokok untuk elakkan beruang datang, tapi plastik sampah tu dah terbarai macam kena cakar walaupun plastik tu dah digantung 30 kaki dari tanah.
  • Boleh dikatakan semua peralatan dan perkakasan berkhemah masih ada kat tempat tu. Baju, pek makanan segera, tali, kuali, dapur. Semua ni peralatan berkhemah yang biasa bagi orang outdoor.  Dari bilangan benda-benda ni, aku anggarkan adalah 2-3 orang dalam team ni.
  • Sebahagian daripada peralatan tu dibukak dan disepahkan.  Tapi separuh lagi masih berbungkus dengan baik cuma macam dicampak ke tanah je.


Apa yang aku boleh gambarkan, macam team ni lari dari tapak perkhemahan tengah-tengah malam buta pakai baju tidur je macam tak sempat nak kemas-kemas barangan diorang yang rasanya mencecah ratusan dollar la jugak.

Kami tunggu jugak kat situ sejam dua, manelah tau kan ada ahli team ni yang akan datang balik ke tapak ni. Mungkin diorang berdepan dengan masalah ke, tiba-tiba kene serang beruang ke. Tapi tunggu punya tunggu tak nampak pun kelibat diorang.  Akhirnya dengan menggunakan telefon satelit tu kami hubungi pihak berkuasa. Kami tanya diorang, ada tak terima panggilan kecemasan dari lokasi ni? Jawapannya, tak ada.

Aku dan team aku mula berbincang, nak tunggu ke atau nak blah je?  Tapi bila kami fikir macam banyak benda tak logik pasal tempat ni.  Kalau nak kata serangan beruang, kenapa masih ada makanan yang tak berusik?  Lagipun beruang ni memang ganas, tapi senang ditakutkan sebenarnya.  Aku penah tengok kem yang diserang beruang tapi takdelah bersepah macam ni.  Lagipun, macam mana baju-baju tu boleh bersepah atas tanah, tapi ada lagi yang masih berlipat dalam beg.  Kalau kata memang team ni lari tengah malam, macam mana diorang nak survive sedangkan makanan-makanan diorang masih ada kat sini?  Mustahil la diorang tak bawak telefon satelit sebab tempat ni memang besar dan terpencil.  Memang adventure level tinggi, setakat newbies takkan sanggup datang sini.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk tinggalkan jelah tempat ni. Pagi tu jugak kami kemas khemah kami dan pergi dari tempat tu.  Tapi kami terpaksa pendekkan trip kami, 2 hari lepas kami terjumpa kem tu kami kemas balik rumah terus. Sebabnya? Kami semua sebenarnya rasa tak sedap hati dan rasa macam ada sesuatu yang buruk pernah berlaku kat tasik tu.  Bagi otai macam kami, kalau dah rasa macam tu, baik patah balik je. Sebab instinct manusia tak pernah menipu…..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 08:23 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2021 09:33 PM
Pengabdi Setan Versi Ohio Bahagian Akhir

Pada tahun hadapannya, masa sambutan 4th of July, macam ...

mcm kesah paranormal activity 2, family kaya sebab ada perjanjian syaiton n syaiton tu demand nk anak lelaki sbg ganti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 09:14 AM | Show all posts
Mimpi Atau Realiti?

2 tahun yang lepas, aku dan ayah aku pegi memburu elk di Colorado.  Elk ni adalah sejenis rusa tapi tanduk dia lagi besar dan elk ni pun lg besar daripada rusa biasa.  Boleh rujuk kat gambar ni


Masa ni kami dah mendaki sepanjang hari dan akhirnya kami jumpalah tempat yang sesuai untuk naikkan khemah.  Sambil tu kami merayau-rayau jugak cuba nak mencari elk kat sekitar tempat kami tu, tapi takde.  Aku dan ayah biasa je pegi memburu ni jadi kami tau macam mana nak mengesan elk.  Dah tak jumpa, kami pun masak la makan malam sambil minum-minum.  Malam tu kami rasa kepenatan teramat sangat sampai rasa macam nak masuk tidur awal je hari tu.  Ayah aku kasi alasan, mungkin sebab kitorang ni orang Texas, yang duduk kat tanah rata, jadi tak biasa dengan kawasan beraltitud tinggi macam kat Colorado ni. Masa ni kami berada di paras  11000 kaki dari aras laut.

Sebab ni pertama kali kami memburu kat sini, kami pun buatlah persediaan untuk mengelak serangan beruang. Barang-barang makanan kami gantung kat pokok, senapang pun kami masukkan peluru siap-siap mane la tau ada beruang kan. Pastu kami pun tidur lah dalam khemah masing-masing. Malam tu memang sejuk sangat, yelah mungkin sebab kat tempat tinggi kan.

Malam tu, aku bermimpi sesuatu yang sangat pelik.  Sebenarnya nak cakap mimpi pun macam bukan mimpi.  Dalam mimpi mesti korang boleh nampak situasi, orang-orang yang muncul dalam mimpi korang tu kan? Tapi dalam mimpi aku ni, aku cuma dengar suara orang bercakap je.  Aku terdengar ada sekumpulan orang tengah bersembang macam biasa, diorang ni bersembang pasal hari macam dah nak hujan, pastu bincang macam mana nak buat unggun api, dan akhirnya aku terdengar bunyi kayu api dibakar.  Aku terbangun bila aku terasa ada titisan air yang terkena kat muka aku.  Bila aku tengok kat sekeliling khemah aku ni, tak hujan pun. Nak kata embun, tapi aku dalam khemah yang berzip rapat.  Haiwan pun tak boleh nak masuk. Jadi mana datang air kat muka aku ni?

Malam tu aku memang tak boleh tidur langsung. Nak baring pun rasa tak sedap hati. Jadi duduk jelah aku dalam khemah tu sampai tunggu hari siang.

Pagi tu, ayah aku pun bangun dari tidur. Bangun-bangun je, ayah aku cakap hari tu jugak nak balik.  Aku pun tanya lah kenapa.  “Malam tadi ayah mimpi benda yang pelik. Tapi ayah cuma dengar je, ayah tak nampak pun apa yang ada dalam mimpi tu. Dalam mimpi tu ayah dengar ada beruang datang serang kita kat sini.  Pastu kau menjerit mintak tolong sebab beruang tu tengah seret kau.  Ayah terjaga bukak mata, ayah nampak macam ada bayangan beruang tengah berdiri kat luar khemah ni.  Tapi beruang tu berdiri je tak buat apa pun.  Sedar-sedar je dah pagi”.

Aku pun ceritalah jugak apa yang aku mimpikan malam tadi.  Jadi kitorang pun pagi tu berkemas-kemaslah terus balik ke Texas.  Dalam kereta, bila kitorang dah tenang balik, ayah aku cakap mungkin sebab kitorang ni pening kot malam tadi, yelah bila kita kat tempat tinggi oksigen makin kurang, tak sampai ke otak tu yang boleh termimpi bukan-bukan tu.

Tapi tu tak dapat menerangkan mana datangnya air dalam khemah aku tu….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 3-1-2021 09:14 AM
Mimpi Atau Realiti?
2 tahun yang lepas, aku dan ayah aku pegi memburu elk di Colorado.  Elk ni adal ...

Iols pernah pergi OBS kat lumut oastue ada activity solo camping. Pstue masa malam malam iols rasa ada benda menjalar kat tangan iols cecepatlah bangun and nyalakan lampu picit ( gantung kat tgk khemah) tgk takde apa pun and pastue siap keluar khemah tgk sekeliling takut ular tp takde pape pastue akhirnya tidur sambil bukak lampu and bakar unggun api sampai membara sebba takut ular dtg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca sambil background lagu ni. Mantop.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 05:05 PM | Show all posts
Best juga baca hujan-hujan ni. Tq min.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 11:04 PM | Show all posts
Kisah Pemandu Trak Dari Australia Part 1

Aku bukan renjer hutan ke ahli bomba ke, tapi aku pun ada cerita yang aku nak kongsi tentang pengalaman aku jadi memandu trak di kawasan pedalaman Australia.  Masa kejadian ni berlaku, aku dari Melbourne nak ke Sydney.  Hari dah malam, aku dah penat, jadi aku pun berentilah di kawasan hentian. Hentian tu takde lampu, dan cuma aku sorang je kat situ malam tu.

Untuk masuk tidur, aku kunci siap-siap pintu trak.  Jangan tak tau ye, dalam trak ni memang ada katil khas untuk kami pemandu trak berehat dan tidur selepas memandu jauh. Korang gambarkan macam ni lah


Aku pun tutup lampu, tarik langsir, kunci jam, handphone pun letak siap-siap tepi bantal. Dalam 5 ke 10 minit jugakla aku bergolek-golek atas katil tu nak carik mood nak tidur.  Malam tu memang agak panas sikit sebab tengah pertengahan musim panas, suhu boleh mencapai 30 darjah Celcius walaupun di waktu malam.  Tak boleh tidur punya pasal aku pun tenunglah syiling trak aku, tengah berangan tu tetiba aku terdengar pintu trak aku terbukak sikit. Automatik lampu kabin trak aku pun terpasang.

Ape kejadahnya ni?

Trak aku ni model yang agak baru dan masih dalam keadaan yang baik.  Tak mungkin la pintu tu boleh terbukak sendiri.  Aku diam terkaku atas katil menantikan apa yang akan berlaku seterusnya. Berdebar-debar tu jangan cakaplah.  Yang aku risaukan kalau ada pencuri cuba nak rompak trak aku.  5-10 minit aku tunggu, tapi tak ada apa-apa.

Perlahan-lahan aku pun bangun dan menuju ke pintu pemandu, memang sah terbukak.  Aku sempat jenguk sekeliling hentian tu, memang aku sorang je yang ada kat situ.  Aku pun tutup dan kali ni aku pastikan ianya berkunci betul-betul.  Aku tunggu jugak kalau orang tu kalau-kalau dia nak datang balik dan ‘prank’ aku.  Sebenarnya, aku tengah takut dan risaukan keselamatan aku. Tapi akhirnya aku tewas jugak dengan keletihan memandu seharian dan aku pun terlelap jua…

Esok pagi tu, aku pun terbangun, lena jugak aku tidur malam tadi.  Tapi sekali aku bukak langsir trak aku, rupanya kat sebelah hentian tu tapak perkuburan. Patutlah malam tadi…. Tak sempat nak basuh muka gosok gigi, aku terus memandu keluar dari hentian tu…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Pemandu Trak Dari Australia Part 2

Ayah kawan aku pun pemandu trak jugak.  Suatu hari ayah kawan aku dan kawan dia konvoi trak untuk ke Perth.  Sebelum tu diorang kena melalui satu daerah yang dipanggil Nullabor.  Nullabor ni agak popular sikit kat Australia sebab tempat di kalau ikut legenda orang Aborigines, Nullabor ni tempat roh orang dulu-dulu merayau, kat sini pun terkenal dengan legenda makhluk Yowie.

Diorang ni menggunakan radio untuk berhubung.  Tengah memandu tu, diorang pun cadang nak bermalam dulu kt Nullabor, esok pagi baru sambung memandu ke Perth.  Sebab tak jumpa hentian, jadi diorang pun berenti jelah kat tepi lebuhraya tu.  Masing-masing pun bersiap la nak tidur dalam kabin masing-masing. Pintu dah kunci, diorang pun tutup lampu tarik langsir dan zzzz….

Keadaan masa tu memang gelap gelita.  Kawan ayah aku ni tetiba terbangun dari tidur. Takde sape pun yang kejutkan dia, tapi entahlah, dia dapat perasaan yang dia sedang diperhatikan. Ayah kawan aku ni bukanlah seorang yang percaya dengan benda tahyul ni, dia ni orang kampung je yang dah biasa dengan kegelapan malam.  Ayah kawan aku ni cakap, naluri dia mengatakan yang ada ‘sesuatu’ di luar sana, dan ‘sesuatu’ tu tak suka ayah kawan aku ni ada kat situ.

Jadi ayah kawan aku ni pun capai kunci, dan bukak lampu kabin.  Serentak tu jugak, partner konvoi dia pun bukak lampu kabin trak dia. Ayah kawan aku dan partner dia pun sama-sama terkejut, tak sangka masing-masing pun tak boleh tidur malam tu. Tanpa berkata apa-apa, dua-dua pun start enjin trak dan pegilah dari situ.

Diorang berdua ni sepanjang perjalanan memang tak sembang apa. Bila dah sampai Perth, barulah masing-masing bukak cerita. Rupanya partner dia pun rasa macam benda yang sama kawan ayah aku tu rasa, rasa macam diperhatikan.  Tak taulah apa akan jadi kalau diorang nak jugak tidur kat situ malam tu….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 01:07 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 4-1-2021 02:36 PM

Peristiwa Di Gunung Bachelor, Oregon

Terlebih dahulu, aku nak ngaku awal-awal, mungkin apa yang aku alami ni cuma gangguan minda aku je. Sebab peristiwa ni terjadi bila aku berseorangan, jadi aku takde saksi yang boleh sahkan memang betul ke benda ni terjadi atau sebaliknya.  Ayah aku pun selalu pesan kat aku dari kecik lagi, jangan takut hantu tapi takutlah manusia sebab manusia ni yang boleh mencederakan manusia lain.  Tapi malangnya, ayah aku mati bunuh diri masa umur aku menginjak ke 20an.  Ayah aku tinggalkan sedikit wang insurans dan sebuah kabin di Gunung Bachelor, Oregon.



Aku dan mak aku dah tak mampu nak jaga kabin tu. Sebelum ni, kabin tu kami sewakan pada orang yang nak bercuti main ski atau salji kat situ.  Tapi bila fikir balik macam lagi rugi je, jadi kami berdua ambil keputusan untuk jual jelah kabin tu. Setelah selesai urusan dengan ejen hartanah, peguam apa suma, dalam sebulan la jugak kabin tu kena dikosongkan sebelum ianya bertukar hakmilik.

Jadi aku pun ambil keputusan nak bercuti kat kabin tu buat kali terakhir tapi bercuti sorang-sorang lah. Aku cuma bawak anjing aku je, Midnight.  Aku masih ada kunci ke kabin tu jadi aku memang tak maklumkan kat sapa-sapa lah yang aku pegi situ.  Kat kabin tu pun ada lagi 2-3 kabin tapi kabin tu orang lain punya. Masa aku datang tu memang takde orang lain dah kat kawasan tu kecuali aku.

Hari pertama dan hari kedua tu takde apa berlaku kat situ.  Aku habiskan masa dengan bermain dengan anjing aku, snowboarding, main ski, main Playstation, tengok DVD.  Aku memang tak usik bilik lain kecuali ruang tamu, bilik tidur utama dan dapur untuk makan je.  Jadinya semua aku kunci dan tutup langsir bilik-bilik yang aku tak pakai tu.  

Hari ketiga, hari ni salji turun dengan agak lebat jadi aku pun lepak jelah dalam kabin tu dengan Midnight.  Masa hari nilah terjadinya peristiwa ni.  Oklah aku kasi gambaran dulu pasal kabin ni.  Kiri kanan kabin aku ni ada kabin-kabin lain tadi, tapi bukanlah dinding ke dinding jadi ada jarak sikitlah antara kabin kami.  Di sekeliling kami ni adalah hutan dan pokok pine yang tinggi-tinggi.  

Dah tengahari tu, aku dan Midnight pun keluarlah kejap nak amek angin setelah seharian juga terperuk tengok DVD dalam kabin tu.  Kami terjumpa tapak kaki dalam salji dan tapak kaki tu berjalan mengelilingi kabin kami.  Masa tu salji masih turun, dari kesan tapak kaki tu aku anggarkan 20-30 minit yang lalu la jugak.  Aku rasa, agaknya mungkin ada orang lain jugak kot kat kabin lain ni.  Tapak kaki tu menuju ke hutan, aku pun malas nak ikut jadi aku pun abaikan jelah.

Malam tu aku masuk tidur dengan Midnight. Midnight memang tidur atas katil dengan aku, sampailah tetiba telinga Midnight tegak, menandakan dia terdengar sesuatu.  Pastu Midnight tetiba bangun dan terus menuju ke tangga nak ke ruang tamu.  Aku taknak bangun dari katil jadi aku biarkan jelah Midnight.  Tapi aku perasan yang Midnight ni macam tersekat kat tangga je. Kejap naik kejap turun. Dalam 5 minit macam tu, Midnight pun berlari balik ke bilik, dan dia berpusing-pusing tanda nak suruh aku bawak dia keluar. Mungkin dia nak pegi kencing kot. So aku layankan jelah.

Dah sampai kat luar kabin, dia taknak kencing pulak.  Aku sempat pakaikan tali ikat anjing, tapi Midnight tarik aku pegi satu tempat. Tempat di mana kami jumpa tapak kaki siang tadi.  Tapi pada masa yang sama, dia hidu-hidu dinding kabin dan pandang ke atas bumbung je.  Tapak kaki tu menghala ke hutan, takde maknalah aku nak masuk hutan malam-malam ni.  Midnight bila tengok aku taknak ikut dia, dia pun duduk jelah sambil merenung arah hutan tu.  Ok masa ni aku rasa Midnight dah berkelakuan pelik dah, tapi aku rasa, agaknya dia nampak ada tupai kot dalam hutan tu jadi dia nak pegi kejar tupai tu tapi aku tak kasik.

Malam-malam dalam hutan memang gelap, takdenye aku nak tunggu Midnight dalam gelap-gelap ni jadi aku pun paksalah jugak Midnight ni masuk kabin balik.  Kitorang pun dah naik katil lagi, sehinggalah setengah jam kemudian, aku terdengar bunyi ada benda berjalan atas bumbung. Macam bunyi tapak kaki kuda.  Tap tap tap. Aku kira cuma ada 6 kali bunyi tapak kaki tu, jadi aku husnozon lagi, ni agaknya biji pinecone gugur atas bumbung kot.  Takpun, burung hantu tengah berjalan atas bumbung tu.  Tapi, pelik, bunyi tapak kaki tu berjarak sikit macam langkah manusia.  

Midnight pun terdengar jugak bunyi tapak kaki tu, Midnight pun terus berlari menuju ke balkoni.  Tapi aku dah tutup pintu balkoni tu, Midnight cakar-cakar pintu tu tanda dia nak keluar.  Aku pun ikutlah keluar sekali, aku periksa sekali bumbung yang dah dipenuhi salji tu. Bersih je, takde kesan tapak kaki dan salji pun tak berusik.  Pelik, adakah bunyi tadi cuma mainan perasaan aku? Tapi Midnight pun dengar sekali tadi?

Alang-alang kat luar tu aku pun terpandang la ke arah hutan.  Walaupun keadaan gelap gelita masa tu, tapi aku ternampak macam ada bayangan orang tengah duduk di atas dahan pokok.  Tangannya berpaut pada dahan atas.  Jaraknya dalam 20 kaki dari balkoni aku ni.  Aku gosok-gosok mata, kot-kotlah aku termimpi kan, tapi bukak mata je bayang orang tu masih ada di dahan tu memerhatikan aku dan Midnight.  Midnight macam gelisah dan menyalak pada bayang tu, tapi bayang tu macam tak takut je. Perlahan-lahan aku pun berundur masuk ke dalam bilik dan tarik Midnight sekali. Dah masuk tu, aku kunci pintu kaca balkoni, tarik langsir dan terus naik katil.

Tapi, malam tu jugak, masa tengah terbaring cuba nak tidur tu, aku terdengar bunyi ketukan pada pintu kaca balkoni aku.  Bunyinya perlahan je, tapi dah cukup untuk buat aku dan Midnight terjaga. Midnight cuma mampu merenung pintu tu tapi dia taknak berganjak dari tempat dia atas katil sebelah aku.  Aku pulak macam mamai-mamai, aku terpanggil nak bangun dan bukak pintu balkoni tu, tapi aku terdengar macam suara ayah aku berbisik di telinga aku, 'jangan bukak pintu tu. Buat tak tau je'.  Sudahnya aku tutup mata balik dan tertidurlah sampai ke pagi...

Walaupun begitu, aku sambung jugak bercuti kat kabin tu sampai seminggu lagi.  Malam tu jelah aku kena gangguan, malam-malam lain normal takde ada apa pun.  Aku mengaku awal-awallah, mungkin itu semua mainan perasaan aku je, mungkin minda aku masih terganggu dengan kematian ayah aku, mungkin ada entiti yang cuba ambil peluang dari kerapuhan jiwa aku masa tu. Sampai sekarang aku pun tak pasti....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq sgt2 dgn effort TT...rse terharu

Mohon mod bgi tacang byk2 kt TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 02:31 PM | Show all posts
7 Jam Yang Misteri

Aku dulu ada kawan yang merupakan jiran aku, rumah dia cuma beberapa blok je dari rumah aku. Jalan kaki pun sampai la. Satu malam tu aku lepak-lepak kat rumah dia, minum-minum sambil main daun terup.  Tapi dalam pukul 10 malam aku dah balik rumah sebab esok pagi aku kena kerja.

Macam yang aku cakap tadi, rumah kami ni dekat je, dalam 15 minit jalan kaki.  Malam tu malam yang tenang, macam malam-malam yang biasa. Takde apa pun yang istimewa malam tu. Tapi sampai rumah je, aku tengok kawan serumah aku dah keluar dari rumah, dengan secawan kopi di tangan dan dah siap pakai baju nak pegi keje.  Dia tengok aku, pastu dia kata dia ingatkan aku tengah tidur sebab kereta aku ada kat rumah.  Aku pun cakapla yang aku baru balik dari rumah kawan aku tu, aku tanyalah dia, "kau nak pegi mana malam-malam ni pakai baju kerja?".

Masa tulah dia ketawakan aku, dia cakap aku ni dah mabuk agaknya.  "Apa ko cakap ni? Sekarang kan dah pukul 5 pagi".  Haaaaaa???? 5 pagi. Terkejutlah aku.  Aku ingatkan housemate aku ni main-main, tapi aku tengok jam kat tangan, eh yelah, dah pukul 5 pagi. Masuk rumah, aku terus telefon kawan aku malam tadi. Aku tanya dia, malam tadi aku balik pukul berapa? Ye dia pun dah confirmkan, yang malam tadi memang aku balik pukul 10 malam.

Aku kira-kira balik, ada 7 jam masa aku yang 'hilang' macam tu je.  Aku tak mabuk, sebab aku kena kerja pagi ni, aku tak mengantuk, tapi aku langsung tak ingat, apa aku buat tadi sampai 7 jam?  Mungkinkah aku tetiba pengsan masa nak balik tadi? Tapi itu jelah kali terakhir aku mengalami peristiwa misteri macam tu.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman aku di Louisiana

Aku tak nampak apa-apa, aku cuma terdengar je.

Aku pernah merentasi USA menaiki motosikal secara solo.  Dari New York, ke selatan Florida pastu terus ke Los Angeles.  Macam-macam jugak aku alami semasa sesi solo aku ni, terjatuh dari motor pada kelajuan 80 batu per jam, lari dari kejadian tembak menembak di New Orleans, hampir-hampir kena belasah dengan penagih dadah, tapi tak ada yang lebih menakutkan dari pengalaman aku bermalam di hutan Louisiana.

Boleh dikatakan 85% dari perjalanan aku ni aku akan bermalam bawah khemah di taman negara.  Aku suka berkhemah dan berinteraksi dengan pelawat kat taman negara.  Tak pernah lagilah aku kena jumpa binatang liar, jadi setakat ni pengalaman aku bermalam dalam hutan indah-indah belaka.

Aku ingat lagi, hari tu adalah Hari Thanksgiving tahun 2015.  Aku baru membeli makan malam dari pasar awam, aku berkira-kira nak makan malam di sebuah tempat yang aku nampak macam sesuai sangat nak dirikan khemah.  Sepasang ayah dan anak lelakinya tertarik dengan motosikal aku, jadi diorang pun tegur aku dan kami pun sembang-sembang kosong.

Si ayah tanya, aku nak tidur mana malam ni? Aku pun ceritalah aku nak tidur kat tapak perkhemahan yang aku nampak kat pinggir hutan yang tak jauh dari situ.  Muka si ayah jadi pucat, dia merayu aku batalkanlah niat aku nak tidur kat situ.  Bersungguh-sungguh dia merayu.  Aku pun tanyalah kenapa tak boleh?  

Si ayah cerita kat aku yang ada sekumpulan orang pengamal ilmu hitam yang aktif di hutan tu, terutamanya pada malam Thanksgiving, lagilah diorang galak berjampi serapah.  Ramai orang dilaporkan hilang kat tempat tu.  Sejujurnya, aku dah mula risau waktu tu, tapi memandangkan hari makin gelap pastu takde dah alternatif bermalam kat tempat lain.  Aku pun janji dengan si ayah, ok nanti aku carikla tempat tidur lain tapi…..aku pegi jugak ke situ.

Tapak tu kosong, takde orang masa aku sampai. Tapi adalah beberapa RV yang parking kat situ.  Awalnya aku rasa pelik sebab RV ada tapi orangnya takde, tapi takpelah, yang penting jauh dari gangguan manusia.

Aku pun buat unggun api, aku panaskan makanan yang aku beli tadi dan cuba untuk relaks tapi ada sesuatu tentang tempat tu yang membuatkan aku rasa tak sedap hati.  Aku rasa macam diperhatikan. Aku amati RV-RV yang ada kat situ, macam baru digunakan pastu nampak macam ada barang curi kat sekitar RV tu.

Naik motosikal sehari suntuk memang penat gila, tapi aku tak boleh nak tidur malam tu walaupun aku sebenarnya dah mengantuk. Rasa tak sedap hati tu yang buat aku takut nak tidur.  Selepas beberapa jam berjaga, aku cuba jugaklah nak tidur sebab esok nak jalan jauh lagi.

Aku pun padam api, masuk khemah, baring-baring, dan masa tulah, aku terdengar suatu suara garau yang sangat menakutkan.  Seumur hidup aku tak pernah dengar bunyi macam tu.  Bunyinya macam campuran jeritan manusia dan bunyi binatang yang hampir mati.  Bunyi tu muncul hanya sekali.  Rasa macam ‘makhluk’ tu dekat tapi jauh.

Seram sejuk badan aku jadinya, aku pun terus bangun keluar dari khemah aku, dan halakan lampu suluh aku ke arah suara itu.  Kosong, takde apa-apa kat situ.  Aku kutip sebiji batu dan aku baling ke arah situ.  Senyap je.

Malam tu memang aku langsung tak boleh tidur. Sepanjang malam aku berjaga menantikan kot-kot la ada orang atau ‘makhluk’ lain kat situ. Tapi takde, nasib baiklah takde.  Walaupun aku tak nampak apa-apa, tapi sampai sekarang bulu roma aku meremang bila teringatkan semula bunyi yang mengerikan itu….

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.100414 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list