CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: AKAZ85

KISAH SERAM DI SEKOLAH TEKNIK T** J**

  [Copy link]
 Author| Post time 2-11-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 31-10-2020 04:00 PM
Teknik Tengku Jaafar..Tempat student2 score PMR ni...Sama dgn Teknik Cheras...

Salam dari Teknik  ...

Hello jugak awak.. Hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
*sambungan dari thread yang lepas.. Admin boleh katup thread lagi 1 tu.. T. Kasih


Hi sahabat2 cari... Hari ni aku nak ceritakan tentang pengalaman aku berdepan dengan makhluk Allah ni...

Kejadian ni terjadi semasa aku bersekolah di salah sebuah sekolah teknik yang agak terkenal di Seremban.. Sekolah berasrama mengajar kita bahawa pengurusan masa itu penting.. Bila kita kena bangun untuk solat subuh, cuci toilet ikut giliran dorm setiap pagi, minum pagi, belajar, makan tengah hari, prep petang, bersukan, prep malam dan seterusnya tidur..

Pengalaman aku berdepan dengan makhluk ini terjadi semasa aku selesai menjalani aktiviti bersukan petang itu.. Kebetulan hari itu khamis malam jumaat.. Lebih kurang jam 6.00 petang aku naik ke dorm aku yang berada di tingkat atas sekali.. Asrama aku 3 tingkat.. Disebabkan terlampau letih aku tertidur sehingga aku tersedar jam menunjukkan jam 7 malam.. Aku lihat kesemua penghuni dorm aku tiada kerana telah ke surau untuk solat maghrib dan bacaan Yasin.. Kebetulan masa tu aku sedang "bendera jepun" jadi tidaklah aku ke surau..

Dalam keadaan mamai aku menuju ke toilet dan aku perhatikan tiada sesiapa didalam toilet.. Bagi aku ini sudah bagus.. Aku boleh mengambil banyak masa untuk menyental seluruh pelusuk badan aku ni.. Sedang aku mandi tiba2 aku terdengar paip singki di depan toilet aku mandi terbuka.. Aku pon terfikir "aikk.. Siapa pulak yang mandi saing2 dengan aku ni.. Pintu pon tak dengar ditolak?" Untuk pengetahuan semua.. Pintu toilet asrama aku ni jenis yang tolak lepas tu tertutup sendiri.. Jadi kita boleh dengar siapa yang masuk atau keluar sebab bunyi pintu tu kuat..

Aku teruskan mandian aku.. Tiba2 aku terdengar bunyi seseorang sedang mengosok gigi dengan kuat.. Pembaca semua tentu tahu bunyi orang mengosok gigi macam mana.. Tapi ni versi kuat macam nak tertanggal gigi diberusnya.. Masa tu terus aku tercium bau DARAH...

Dan tidak semena2 aku terdengar bunyi seperti gegaran meluru masuk kedalam toilet itu.. Bunyi seperti helikopter lalu betul2 sebelah toilet tu sambil toilet tu bergoyang.. Aku dah menjerit terkejut dan cepat2 capai towel aku untuk keluar.. Tak sempat aku nak kenakan pakaian dek kerana takut.. Semasa aku keluar tu aku ternampak 1 makhluk sedang memandang cermin sambil mengosok giginya.. Kelihatan darah memenuhi singki dan gigi yang amat tajam.. Makhluk itu berkata "DAH TAU KEEEE... HIHIHIHIHIHIHI" sambil menyeringai dan ingin berpaling ke arah aku.. Aku tak tunggu lama meredah keluar dalam keadaan toilet yang seperti sedang dilanda puting beliung..

Keluar sahaja aku dari toilet keadaan tenang seperti biasa.. Terdengar suara azan maghrib berkumandang dari surau.. Aku terus berlari ke bilik dan mengunci pintu bilik.. Perasaan takut tak usah kata.. Satu badan aku menggigil.. Aku hanya mampu berselimut sambil memegang surah Yasin berdoa semoga benda tu tidak mengikut aku ke bilik..

Semasa aku berlari, aku perasan yang semua bilik di aras atas dan bertentangan bergelap dan tiada sesiapa pon di asrama kecuali aku.. Aku hanya mampu berdoa agar hantu tu tak datang menganggu lagi..

Aku tak sedar bila tiba2 aku dikejutkan oleh budak2 dorm aku yang baru balik dari surau dan nak bersiap untuk ke prep malam.. Kawan aku kata dia puas mengetuk, bagi salam 3 4 kali tapi aku tak buka pintu.. Nasib ade junior bawa kunci bilik.. Kawan2 aku pelik kenapa aku menggigil 1 badan.. Aku menceritakan semuanya dan kawan aku jawab...

"masa ko kena tu azan maghrib tengah berkumandangkan.. Tu setan iblis la tu tengah lari.. Dan2 kebetulan ko ade dalam toilet tu.. Memang 'bertuah' la dapat jumpa dia"

Aku terus teringat pesanan mak aku, mak aku pantang betul kalau masih dalam bilik air masa dekat2 maghrib.. Katanya time tu setan berlari tak cukup tanah lari dari dengar azan..

Sejak dari hari itu, aku terus tobat nak mandi dekat2 maghrib..

Akan datang, aku akan ceritakan pengalaman aku berjumpa makhluk aneh kat asrama lelaki pulak.. Kali ni lagi seram..

T. Kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt, sambunglah lagi. Aku tengah boring ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu teknik kuantan. Jiran vokay kuantan. Thn 1997/98. Kisahnya thn 97, 13 Mei. Biasanya prep malam mmg akan riuh rendah...tp mlm tu, sunyi sepi..memasing x berckp.. ramai yg tdo. Sdr2 pkul 10.30mlm. so..semua kena naik dorm. Pkul 12tgh malam...ad lg yg x tdo..terutama senior. Tiba2 dgr bunyi rantai besi kena seret. Dorm kitorg ujung skali. Kami dr dr hujung 1 lagi,seolah2 lalu smpi kedpn dorm kami...akhirnya hilang..bunyi tu mcm rantai besi yg klo kita tgk tv, pesalah pakai,pastu jalan menyeret. Kitorg berpandangan je la..bunyi tu hilang sayup2 gitu. Ape lg..tutup buku..tdo blaka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:02 PM | Show all posts
Apesal aku tak pernah dengar cerita hantu kat teknik aku (SE***RIK). aku 2nd batch masa tu. tahun 2001. Dah la sekolah kawasan hutan. Biasa trend sek asrama suka buat bacaan zikir (buat dalam group bulatan) aku tak ingat apa nama dia.  Senior pesan tengah buat bacaan tu jgn sesiapa bukak mata. Masa buat bacaan tu seriously rasa meremang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdoza replied at 17-12-2020 03:02 PM
Apesal aku tak pernah dengar cerita hantu kat teknik aku (SE***RIK).  aku 2nd batch masa tu. ta ...

Hi senior! Saya batch 2005..ada jugak benda misteri yg jadi kat dorm ktorg...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 4-11-2020 12:51 PM
*sambungan dari thread yang lepas.. Admin boleh katup thread lagi 1 tu.. T. Kasih



Teknik aku memang semua kena kerah turun ke surau. Sapa yg xleh solat just duduk melepek je kat blah blakang saf.. maka ada sebab lah jgn nak mengada duduk dalam dorm time solat jemaah subuh/maghrib heheheh... tapi aku respek pengawas2 blok asrama yg kena check ada sesapa monteng surau dorm by dorm.. jenis hati kering agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:38 AM | Show all posts
zu_nia replied at 25-12-2020 02:41 PM
Hi senior! Saya batch 2005..ada jugak benda misteri yg jadi kat dorm ktorg...

Seriously . Masa meols tu penah dengar cerita je. Tak pernah jadi depan mata. Cerita la sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdoza replied at 8-1-2021 11:38 AM
Seriously . Masa meols tu penah dengar cerita je. Tak pernah jadi depan mata. Cerita la s ...

Cerita dia malam tue x tau nape dorm and aspuri tido awal padahal cuti kan...and around 3-4 am gitu la...ada kawan yg tido kat lantai sbb dia demam..dia terjaga tapi x bole nak bangun..ada orang menyelinap masuk dorm ktorang...macam godek2 something...rupanya bukan dorm kitaorang jea..hampir semua dorm dia masuk...and pintu dorm yg dia masuk terbukak seluas2 alam time tue...depan dorm ada dia letak cermin and cermin tue dia curah bedak...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.087657 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list