CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 5072|Reply: 56

[Tempatan] Abam botak ditangkap bersama 3 lagi kerana pasang bendera Malaysia & Johor s

  [Copy link]
Post time 12-8-2020 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik, 4 suspek ditangkap
By Wartawan MalaysiaGazette - 12 August 2020



JOHOR BAHRU – Empat suspek ditangkap dipercayai terlibat dalam memasang Jalur Gemilang serta bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tebrau di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan itu dibuat hasil pemeriksaan sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Dato Onn di kilang tersebut dan mendapati bendera negeri Johoro dan Jalur Gemilang telah dipasang secara terbalik.

Katanya, pihak polis kemudian menahan empat suspek iaitu masing-masing dua lelaki dan dua wanita. Salah seorang suspek lelaki merupakan warga Bangladesh.

“Hasil siasatan mendapati kilang ini telah menjalankan perusahaan perabot selama lapan tahun di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, dalam pemeriksaan tersebut, polis juga telah merampas sehelai bendera Malaysia dan sehelai bendera negeri Johor.

Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebih RM100.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih terkesan perbuatan sebegini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254074. – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 11:41 AM | Show all posts
Warga Bangladesh antara 4 ditahan pasang bendera terbalik

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-bendera-terbalik

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 11:28 AM

Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my



POLIS menahan empat individu termasuk seorang lelaki Bangladesh selepas dipercayai terbabit memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di kilang perabot di Kawasan Perindustrian Tebrau, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Dato' Onn melakukan pemeriksaan di kilang itu pada 2.07 petang selepas menerima laporan awam.

Katanya, pemeriksaan mengesahkan laporan itu dan empat individu berusia 23 hingga 56 tahun diberkas iaitu pengurus kilang, pegawai sumber manusia, kerani logistik dan warga Bangladesh yang ditugaskan memasang bendera berkenaan.

"Kesemua suspek diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang alasan atas tindakan berkenaan dan tindakan bukan hanya ke atas orang yang memasang bendera bahkan pemilik premis juga.

"Malaysia sudah merdeka 63 tahun, namun masih ada lagi yang memasang bendera terbalik. Tidak ada tolak ansur. Selepas ini kalau ada lagi, kita (polis) tangkap semua yang bertanggungjawab," katanya.

Ayob Khan berkata, alasan biasa pemilik premis adalah bendera dipasang warga asing, namun beliau menegaskan sebagai rakyat Malaysia, pemilik premis perlu lebih prihatin dan memeriksa selepas pemasangan dibuat.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengambil mudah perkara itu dan bersama menjaga kedaulatan negara. Orang ramai juga boleh menyalur maklumat berkaitan kepada Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254 074.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:42 AM | Show all posts
sian amoi tu, ni mesti kena paksa ngan boss suh pasang terbalik
takkan amoi yg muda ni tak gi skolah kan
takkan la leluhur ni hati hitam pekat smpi tak leh beza terbalik ngan bodo
yg bodo tu trisna.. sbb dia bukan org Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmm.. Aku x tau la nak kata apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2020 11:43 AM | Show all posts
EJALTI replied at 12-8-2020 11:41 AM
Warga Bangladesh antara 4 ditahan pasang bendera terbalik

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020 ...

Bangla ni patut sekapal dengan Rayhan Kabir. Tarik balik permit kerja di Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa semua nampak muka cam aprika? Susah nak kenal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni nak start apa sebenarnya ni..seriously nak perang antara leluhur ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:47 AM | Show all posts
bagus polis johor ni

tempat lain mintak maaf alasan x sengaja setel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti mereka beri alasan "tersilap"...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:48 AM | Show all posts
aku tak percaya lgsg bendera terbalik ni TAK SENGAJA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2020 11:49 AM | Show all posts
Ala... dendapun tak lebih RM100.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:52 AM | Show all posts
steadylah datuk ayob.


baghal sapot you.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 11:55 AM | Show all posts
cash la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur2 tersial
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2020 12:41 PM | Show all posts
meshni replied at 12-8-2020 11:46 AM
Diorang ni nak start apa sebenarnya ni..seriously nak perang antara leluhur ke apa?

Entahlah apa yg mereka mahu. Nak tunjuk mereka memberontak le tu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan biasa sepet.. Mana saya tau ma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2020 12:43 PM | Show all posts
Elok juga ada tangkapan macam ni moga jadi peringatan buat yang lain agar tak buat perkara yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cina ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 01:35 PM | Show all posts
Dah tua pun bodo
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik.. xda alasan lagi.. alasan bangla pasang dah basi.. boleh je ajar bangla tu or bangla tu tanya... saja nak provok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.101076 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list