CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 9

[Politik] Isu BERSATU: Tun M, 6 yang lain saman Muhyiddin

  [Copy link]
Post time 10-6-2020 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mis_j_alexanda at 10-6-2020 10:58 AM

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan enam yang lain mengemukakan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung pemberhentian keahlian dan jawatan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Lima yang lain ialah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jawatan terakhirnya dalam parti selaku Timbalan Presiden; bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda); bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (ahli); bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (ahli) dan bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya (Setiausaha Agung).

Mereka yang turut menamakan BERSATU sendiri selaku plaintif, mengemukakan saman berkenaan terhadap Muhyiddin yang kini Presiden dan Pemangku Pengerusi BERSATU; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan.

Writ saman dan pernyataan tuntutan mereka difailkan pada tengah hari tadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman itu, plaintif memohon perisytiharan, antaranya mereka adalah ahli BERSATU yang sah, masih lagi memegang jawatan dalam parti (bagi pemegang jawatan) dan layak untuk bertanding pada pemilihan parti.

Mereka memohon perisytiharan bahawa semua surat pemberhentian yang ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Plaintif juga memohon perisytiharan bahawa keahlian Muhyiddin, Hamzah dan Muhammad Suhaimi di dalam BERSATU adalah terlucut, berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 dan/atau 29 Februari 2020, menurut Fasal 10.2.3 perlembagaan parti.

Yang turut dipohon, perisytiharan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 adalah tidak terpakai untuk menghalang pelupusan pertikaian berkenaan oleh mahkamah.

Perisytiharan lain ialah Fasal 10.2.6 Perlembagaan BERSATU tidak terpakai di atas hal melucutkan/ memberhentikan keahlian semua plaintif.

Mereka juga memohon perintah injunksi dikeluarkan kepada ROS untuk membuat pendaftaran atau pembetulan ke atas semua dokumen BERSATU seperti diperintahkan mahkamah secara serta merta, ganti rugi am dan relif lain difikirkan wajar oleh mahkamah.

Panas, panas...












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi dan lagi
Bila mau habis
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata demi rakyat.. Demi rakyat apanya mcm ni punya cara.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 11:17 AM | Show all posts
Fight till the end


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati je yg sesuai utk manusia yg gila kuasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2020 11:35 AM | Show all posts
dulu cari hal dengan tok non
sekarang cari hal dengan tok din
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kacau lagi anak atok. Atok dah going rampant sama macam masa anak dia kena sacked the first time.

#RinduZamanTun
#JgnKacauAnakAtok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habes2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah
Bawak2 mengucap ler
Nak aper lagi dalam dunia nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-9-2023 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.107216 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list