CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1695|Reply: 9

[Tempatan] Empat beranak hidup susah di pondok usang dibantu jiran India, tokong

[Copy link]
Post time 6-5-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Jiran India masakkan makanan setiap hari, pengurusan tokong bantu sediakan bekalan elektrik dan air.

Itu antara bantuan diterima Muhamad Farid Ibrahim bersama isteri dan dua anaknya yang mendiami sebuah pondok buruk di Jalan Lumba Kuda di sini, berikutan kesusahan hidup akibat tidak dapat bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Keadaan itu membuktikan hakikat betapa sebilangan besar rakyat Malaysia sebenarnya sentiasa bersedia membantu orang lain yang berada dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.
Menceritakan masalah dihadapinya, Muhamad Farid berkata, dia terpaksa membawa keluarganya menumpang pondok kecil yang sempit dengan keadaan dinding sudah reput itu selepas tidak mampu membayar sewa bilik RM500 sebulan.

Katanya, menyedari keadaan pondok yang usang dan daif dikelilingi semak itu, pengurusan tokong berhampiran tampil menyediakan bekalan elektrik dan air secara percuma kepada mereka.

Dia yang berasal dari Kelantan berkata, disebabkan langsung tidak mempunyai wang simpanan, dia sekeluarga termasuk anak berusia sembilan dan 16 tahun kerap kelaparan.

Mujur nasib menimpa keluarga itu mendapat simpati jiran berdekatan, D. Rajamohan yang kerap menyediakan makanan untuk mereka.
“Memang susah sangat-sangat sampai tidak tahu hendak minta tolong siapa. Satu bulan kami makan di rumah Uncle Babu (Rajamohan), isterinya tolong masakkan tiga kali sehari.

“Selepas makan, kami mahu balik, Uncle Babu kerap kata tidak perlu balik ke pondok kerana anak tidak selesa, tetapi saya malu untuk tinggal di rumahnya.

“Walaupun dia bangsa lain, saya lain, Uncle Babu tidak kisah dan tetap tolong... dia kata tolong orang paling penting. Saya tak kisah untuk petik pucuk ubi dan korek ubi untuk direbus, namun Uncle Babu tetap beri 10 kilogram beras dan lain-lain," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik.

Dia sebelum ini mencuba pelbagai usaha untuk mencari wang termasuk mencagarkan telefon bimbitnya.
Sementara itu, isterinya, Siti Zaleha Ismail turut menyatakan kebimbangan dengan keadaan kawasan pondok itu yang semak dan mungkin mengundang haiwan berbisa, selain keselamatan anak perempuan mereka yang sedang meningkat remaja.

"Keadaan rumah macam ini, orang lalu lalang, kita ada anak dara, kalau tidak ada anak dara tidak kisah.
“Kalau ada apa terjadi, dia perempuan... itu yang saya bimbang,” ujarnya.

Zaleha turut berharap dua anaknya dapat bersekolah kerana tidak dapat mendaftarkan persekolahan mereka tahun ini disebabkan kekangan kewangan.
Masalah mereka turut mendapat perhatian kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang menyalurkan bantuan dengan segera.

Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khairul Nizam Mat Said berkata, pihaknya dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan telah mendapatkan satu unit rumah pangsa di Taman Cendana, Pasir Gudang untuk keluarga itu.

"MAINJ akan membantu mendapatkan rumah di Taman Cendana itu dan urusan sewa selama dua tahun serta deposit akan diuruskan oleh kami serta SUK Perumahan.
"Kita akan pastikan keluarga ini mendapat bantuan sewajarnya dan hidup dalam keadaan selesa," katanya yang turut menyerahkan bantuan segera RM500.

Sebelum ini, Muhamad Farid telah ditawarkan pekerjaan oleh Econsave sekiranya dia mendapat kediaman berdekatan dengan salah satu cawangan pasar raya terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 6-5-2020 08:57 AM



Pondok buruk yang menjadi tempat berlindung Muhamad Farid dan keluarganya selepas terpaksa keluar dari bilik sewa disebabkan tidak mampu membayar sewa. - Gambar Astro AWANI

Sumber berita: Astro Awani https://beta.astroawani.com/beri ... india-tokong-241542

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1198964&extra=&page=4&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dpt bantuan.. tapi berita ni dah keluar aritu, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 10:24 AM | Show all posts
Thread dan ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 10:43 AM | Show all posts
Edited by Maideen. at 6-5-2020 11:00 AM
Mujur nasib menimpa keluarga itu mendapat simpati jiran berdekatan, D. Rajamohan yang kerap menyediakan makanan untuk mereka.
“Memang susah sangat-sangat sampai tidak tahu hendak minta tolong siapa. Satu bulan kami makan di rumah Uncle Babu (Rajamohan), isterinya tolong masakkan tiga kali sehari.

Nasib baik agama Uncle Babu tidak menghalangnya dari membantu orang berlainan kepercayaan. Khabarnya ada agama yang jangankan nak bantu, nak bagi salam kat kaum lain pon tak boleh sebab itu dikira mendoakan kesejahteraan mereka!

Maka terpaksalah penganut agama itu bagi salam untuk sesama mereka dan mengucapkan "selamat sejahtera" untuk lain lain kaum.

Namun, mereka masih ada hati mahu membimbing orang lain jadi macam mereka!

Apa apa pon terima kaseh kita ucapkan kepada Uncle Babu dan tokong yang sanggup membantu orang Kelantan ini.


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 6-5-2020 10:24 AM
Thread dan ada

Thread yg ada pasai mamat tu gadai hp dia tu
Tak pulak sebut bantuan dari ummah kafirun nie..
Cover line ni sebab tak nk diaibkan sb kafirun yg tolong
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok je lah kt kelantsn nun......

Ramai je org kelantan hidup senang ...janji rajin....
Yg dok beriya nk hijrah ke johor tu apsal   ..
Pelik aku ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 6-5-2020 09:41 AM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1198964&extra=&page=4&mobile=2

Oh minta maaf. Tadi dah buat search mcm takde pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-5-2020 09:44 AM
Alhamdulillah dpt bantuan.. tapi berita ni dah keluar aritu, kan?

Sorry. Buat search tadi tak jumpa. Mungkin mod boleh tolong merge. Maaf ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.099879 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list