CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9794|Reply: 81

Radzuan Radziwill beramal jahit baju covid 19 for free

  [Copy link]
Post time 30-3-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Negative sangat vibes bodgosip dua tiga menjak ni. Kita bagi aura positif sikit.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670949/covid-19-pereka-terkenal-radzuan-radziwill-buat-baju-untuk-barisan

Berita Harian
Isnin, 30 March 2020 | 12:43pm
Oleh Mahani Ishak
mahani@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill mengambil inisiatif memulakan projek amal menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital.

Usaha itu didorong perasaan simpati melihat petugas hospital yang terpaksa menjahit PPE mereka sendiri berikutan keperluan sedia ada tidak mencukupi sedangkan mereka bergelut tanggungjawab merawat dan menyelamatkan pesakit.

Radzuan berkata, setiap hari beliau mampu menyiapkan 50 pasang jubah luar PPE sejak memulakan projek itu sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan bantuan rakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.

“Rakan saya memberi maklumat mengenai ukuran, material dan maklumat pembekal.

"Sehingga kini, lebih 200 pasang sudah disiapkan dan saya mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.

"Saya juga berharap rakan (pereka fesyen) lain atau sesiapa saja dapat membantu menjahit PPE ini kerana saya difahamkan setiap hari di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh mereka memerlukan 400 helai berikutan ia adalah pakai buang,” katanya ketika dihubungi BH.

Radzuan yang banyak menghasilkan rekaan untuk kenamaan dan songket untuk pemimpin dunia, berkata beliau sudah membelikan tiga gulung kain yang mempunyai kira-kira 3,000 meter material non-woven, untuk dijahit menjadi PPE.

"Material ini sama jenis yang digunakan petugas hospital iaitu bahan kalis air, seperti kertas dan plastik. Jadi setiap hari saya berhasil menyiapkan 50 pasang dengan jubah dibuat dalam pelbagai saiz dari S hingga XL.

"Sayu melihat jururawat yang terpaksa menjahit sendiri sedangkan mereka tidak cukup rehat, kepenatan dan tugas itu bukan sepatutnya mereka lakukan. Jadi apa salahnya, saya guna kemahiran dan kepakaran membantu mereka,” katanya.

Radzuan berkata, ketika ini tiada masalah membeli material berkaitan tetapi agak sukar mendapatkan getah berikutan banyak kedai barangan jahit tutup selain keterbatasan bergerak.

"Cuma jika lebih ramai pereka dan tukang jahit dapat bersama melakukan projek ini, saya yakin lebih ramai dapat memberikan sumbangan untuk petugas barisan hadapan sekali gus meringankan kesukaran mereka memperoleh bekalan PPE mencukupi.

"Lagipun rekaannya ringkas dan tidak rumit hanya perlu pastikan material tidak terkoyak, jadi jika lebih ramai orang dapat menyumbangkan kemahiran dan kepakaran, lebih banyak hospital dapat kita bantu, apatah lagi tempoh PKP ini masih berbaki dua minggu," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgs. Sape pandai menjahit.ada kilang JAHIT pukal Ada butik patut buat ni.

Ni Ada pemilik butik zamri tu bg alasan memacam...bila Ada org Tanya kenapa x waktu Bantu JAHIT ppe
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...usaha yg patut dipuji
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki radzuan raziwill sebab tolong orang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam2 datuk buat, tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rezeki anda lebih banyak selepas ini


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga murah rezekii
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
zeitabaei replied at 30-3-2020 08:20 PM
Bgs. Sape pandai menjahit.ada kilang JAHIT pukal Ada butik patut buat ni.

Ni Ada pemilik butik z ...

Ap alasan dia bagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq datuk.. Semlm tgk ig dia dok jahit PPE..Banduan penjara penor pun jahit PPE juga utk kegunaan kakitangan KKM
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:40 PM | Show all posts
kain KKM beri percuma.

Kena beritahu kain itu free.

fabric/kain whatsoever

Ramai org jahit even tukang jahit  kampungan atau tukang jahit miskin.

Kenapa rizwan razwil aambil limelite jahit PPE utk KKM utk dia seorang sahaj???

Share the limelite. Allah boleh baca isi hati kita lah. Ikhlas ke x, nak dijadikan promosi ke ..semua ALLAH tahu.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:41 PM | Show all posts
SHARE THE LIMELITE LAH.


Bukan ko seorang  jahit PPE utk KKM secara percuma.


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:50 PM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...semoga Allah murahkan lagi rezeki beliau dan membuka hati celebrity lain utk melakukan yg sama...jgn jd mcm celeb yg minta bantuan walaupun hidup mewah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 30-3-2020 08:40 PM
kain KKM beri percuma.

Kena beritahu kain itu free.

Ada je iklan jahit ppe ni di wasap kawan2 share. iols takde mesin lgpun takpandai jahit. Mau mati nak jahit tangan..ada 20 org pun xberbaloi

Seperkara lagi jahit ppe ni keje amal sebab hospital bayar sekadar yang ikhlas tau. Kalau fikir keuntungan semata2 xboleh buat sebab banyak makan tenaga



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 30-3-2020 08:40 PM
kain KKM beri percuma.

Kena beritahu kain itu free.

Tak apalah kita ambik yg positif je. Selama lama sampai kiamat kita tak tau apa ada dlm hati orang. Kadang2 dalam hati kita sendiri kita confuse.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 09:06 PM | Show all posts
KIM.K replied at 30-3-2020 09:00 PM
Ada je iklan jahit ppe ni di wasap kawan2 share. iols takde mesin lgpun takpandai jahit. Mau mati  ...

xpe kalau ramai membantu . Jangan  spotlite tu tala ke seseorang yg popular sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:09 PM | Show all posts
annadonna replied at 30-3-2020 09:03 PM
Tak apalah kita ambik yg positif je. Selama lama sampai kiamat kita tak tau apa ada dlm hati orang ...

Point pertama aku, aku tak pernah keliru dengan apa yg ada dalam hati aku.

positif kena ada rangsangan

positif kena ada  kronologi yg positif juga

setakat nak pujuk hati lepas tu  berlakon puashati...akhiran  nanti masih tersisa xpuashati boleh mengundang masalah juga.



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah..usaha yang sangat murni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada aje x kena plak bila org lain buat amal.
Pk positif dah ler.
Niat dia ke apa...Allah lebih mengetahui.
Dah dia citer kat ig..lepas tu wartawan war2 kan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.135869 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list