CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 898|Reply: 4

[Tempatan] Terkini!!!! Peguam Jabatan bomba tarik diri

[Copy link]
Post time 27-5-2019 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by MFR_IN at 27-5-2019 03:31 PM


INKUES ADIB l Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Syazlin mengumumkan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding baru bermula hari ini.“Dengan penarikan diri, saya percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal,” katanya.

Penarikan diri itu bagaimanapun tidak membatalkan kenyataan Dr Shahrom sebelum ini. Syazlin tidak menyatakan alasan untuk keputusan tarik diri.

Dr Shahrom adalah saksi ke-29, sebelum ini membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh dari kenderaan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Sehubungan dengan perkembangan itu, peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufiq Baharun, memaklumkan kepada Koroner pihaknya tidak mempunyai saksi lain untuk dipanggil.Katanya, beliau seterusnya menyerahkan perkara itu kepada mahkamah.

Pada 17 Mei lau, Rofiah membenarkan Dr Shahrom dipanggil memberi keterangan semula selepas Syazlin membuat permohonan berkenaan.
Prosiding inkues itu bersambung petang ini.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu. Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.

sumber : Bernama








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 02:56 PM | Show all posts
astro....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:59 PM | Show all posts
kena buat revision dlu sblm up tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 03:02 PM | Show all posts
SWORKS27 replied at 27-5-2019 02:59 PM
kena buat revision dlu sblm up tt

ok2..kalau nk delete pun tak pa.
iols buat revison balik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:09 PM | Show all posts
MFR_IN replied at 27-5-2019 07:02 AM
ok2..kalau nk delete pun tak pa.
iols buat revison balik.

terima kasih atas perhatian dan menerima teguran dengan lapang dada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.098350 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list