
Kalau ada yang masih belum tahu, hubungan Selena Gomez dan Justin Bieber sudah pun berakhir. Kali terakir terlihat mereka bersama pada awal tahun lalu kemudian senyap tanpa khabar berita lain.
Akhirnya kini, Selena menjadi solo semula dan dikatakan ‘tidak gembira’ hubungan cinta sebelum ini.
Tegas dengan pendiriannya, ibu kepada penyanyi pop telah membuka bicara dengan meletakkan tiga syarat utama yang perlu ada kepada mereka yang mahu berdamping dengan Selena.
Bercakap dengan majalah People, Mandy mahukan seseorang yang ada kualiti seperti pandai berjenaka, mengutamakan keluarga dan faham dengan situasi serta kehidupan yang dilalui oleh anaknya.
Dia juga turut merasakan tekanan yang dilalui oleh Selena dalam setiap perkara, jadi ini adalah peluang yang terbaik untuk memberi nasihat keibuaan supaya penyanyi ‘Back To You’ tidak tersalah langkah lagi.
Biarlah orang kata dia mengongkong anak asalkan demi kebahagiaan anaknya itu sendiri juga.
|