CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4781|Reply: 15

Perempuan Rambut Hitam

  [Copy link]
Post time 28-3-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ini pengalaman aku masa menuntut di Sekolah X. Sekolah X nih bukan sekolah berasrama penuh tp ada gak asrama. Ikutlah mak bapak nak bg duduk anak ke tak.  Aku tak tau samada itu apa yg aku experience nih, real or just my hallucinations. Almost 15 years aku tinggalkan sekolah tu, tapi aku masih tercari2 jawapan sampailah sekarang. Mungkin jugak halusinasi, sebab jiwa aku memang memberontak time tuh. Aku tanak masuk as, tp mak aku punya pasal lah. Dia kata sepupu aku bijak2 semua sebab masuk as.  Diorang jer lah bijak, aku ni biasa2 je. The first few weeks aku tinggal kat as, aku dah memang rasa terganggu. First, sebab kipas dalam dorm kami tuh dah uzur. Bunyi macam nak patah ada, macam nak gugur pon ada. Tilam pulak bau hapak padahal bedsheet baru, pillowcase pon baru. Gerak sikit, katil bunyi. Rina (junior aku tapi dia dah tinggal as since form one) pulak badan besar. Tiap malam aku doa jer katil tu tak patah, kang dihempap, sia2 aku mati SPM tak lepas. Dah la masih virgin, tak merasalah nanti. Dijadikan cerita, tak silap minggu ke 6 aku dah jadi boarders kat sana, aku datang period. Takdalah nak rasa takut apa2 kan, tak terfikir lagipun matahari masih terik atas kepala. Rina pesan kat aku, pad yang dah berdarah tu basuh sebelum buang. Dalam hati aku, pehal lak nak basuh dah lah kotor.. Darah sendiri, tapi geli la. Tak penah buat macam tuh sebelum nih. Adik beradik termasuk mak, tak penah pun ajar cara  pengendalian yang betul. Selalu bungkus elok2 guna tissue pastu masuk dlm plastik, ikat ketat, buang dlm tong sampah. Pesan Rina tu aku buat derk jer. Aku just angguk je sebab malas nak melayan. Petang tu aku mandi lewat sebab setajah Ti bagi byk sangat homework. Siap homework baru aku berlari masuk bilik mandi. Standard lah, bilik mandi letaknya nun jauh dihujung. Sebelah bilik mandi ada stor utiliti. Stor tu takda pintu, pasang langsir je. Agaknya penyelia AS malas nak buat repot or memang AS takda bajet beli pintu baru. Best jer aku mandi sebab geng2 semua tengah rehat dalam bilik masing2. Time mandi tu tiba2 aku rasa bulu tengkuk menegak. Cepat2 aku rinse sabun and syampoo, buang pad berdarah dalam tong sampah dan terus berlari masuk bilik. Masa melintasi bilik utiliti tuh, aku dapat rasakan ada orang yang mengintai. Dalam  hati aku, takkan pelajar lelaki curi2 masuk. Mustahil. Scary, lagi cepatlah aku atur larian masuk bilik. Dah masuk bilik, hati rasa selamat. Lampu bilik ON Ler, budak bertiga ni betul2 keras kepala. Penyelia dah warn, takleh on lampu waktu siang. Agaknya langsir bilik tebal, tu lah bilik jadi gelap. Tengok geng2, semua dah tido bertiarap. Sepesen. Tengok jam baru jam 230pm. Ada masa lagi nak lelap before prep. Dah siap pakai baju, aku terus baring. Penat. Mata pun berat. Hampir2 nak lelap, tiba2 aku dengar orang panggil nama aku. Kacau betul. Aku tak layan sebab mengantuk. Tiba2 aku dengar bunyi hentakan yang kuat kat pintu bilik. Aku punyalah terkejut. Cepat2 aku keluar dari bilik. Yelah, sapa tak panic kan. Aku buka pintu, jenguk kat luar.. Aku nampak sorang pompuan berjalan ke arah tandas. Peliknya aku tak penah jumpa pompuan rambut panjang, hitam berkilat, panjang mencecah lantai. Jalan dia selow. Seram. Aku seram. Tutup pintu. Baru nak melabuhkan diri atas katil, baru aku perasan kawan2 aku takda. Seekor pon takda. Ahhhhh aku tatau nak gelak ke nak nanggis. Aku stay dalam bilik, mengigil gigil dah tak ingat ayat apa nak dibaca. Tatau bermimpi ke apa. Rasa nak balik. Rasa benci kat mak pon ada. Rasa nak kencing. Rasa nak jerit. Betul2 rasa lost. Berpeluh2 aku sembunyi dalam selimut, bukan air mata je keluar. Hingus sekali keluar. Takut dia aku tatau nak gambarkan macam mana. Aku menanggis sampai aku letih. Aku takda jam. Aku tatau dah jam berapa. Aku cuma berharap ketakutan aku tu hilang segera. Aku berharap geng sebilik datang mencari. Aku tatau bila aku tertido. Tp aku terjaga bila aku dengar pintu bilik diketuk kuat. Aku dengar suara Rina memanggil manggil suh buka pintu. Aku tak bangun aku continue menanggis. Pastu aku dengar kecoh2 kat luar bilik. Agak lama suara2 diluar tuh bercakap. Akhirnya aku dengar  tombol pintu dipusing. Aku dengar suara Puan J memanggil nama aku. Aku tak buka mata, masih dalam selimut. Aku just teriak. Aku tatau yang aku pengsan. Bangun2 je dah terbaring dalam bilik sakit. Sebelah kanan aku, Puan J. Sebelah kiri Rina. Banyak kali diorang soal aku. So, aku jadi penghuni asrama dalam 6 minggu saja. Pastu ayah angkut balik tinggal kat umah. Keluar asrama mesti ada sebab kukuh. Penyelia asrama panggil. Tanya apa yang berlaku petang tu. Aku cerita dari A sampai Z. Tiada pelajar yang pernah melihat perempuan berambut panjang hitam itu. Walaupun Puan J sendiri yang dah jadi warden lebih 5 tahun. Seminggu lepas aku keluar asrama, ketiga2 kawan sebilik aku pon keluar. Khadijah menyaksikan bagaimana Rina menjelir2 lidah seolah2 menjilat sesuatu. Perbuatan Rina berlarutan selama 3 hari setiap jam 6 petang. Farah kata Khadijah berhalusinasi. Rina kata Khadijah mereka reka cerita. Yang pastinya, Khadijah orang kedua keluar asrama selepas aku. Sumpah, aku tak tau sama ada ini halusunasi aku ataupon real. Penyelia bgtau ayaj, aku mungkin tertekan sebab tak biasa hidup berdikari. Pepon, perkara ini dah lama aku cuba lupakan. Siapa perempuan itu? Mungkin aku dah mati baru aku tau jawapannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite pasal.pad x basuh neh..
Kat asrama.iols dolu ada bola jaring tournament..skola.iols jadi tuan.rumah
Pastu bebudak.skola.seluruh negeri bauksit dok kat asrama...
Tingkat paling atas lah
Pastu..depa.balik..bermula lah satu peristiwa..
Junior iols tenung orang dgn mata merah..
Pastu pegi plal dorm iols..jilake.btol...dok tenung iols.dgn sebelah katil iols..
Naseb kakak.angkat dia angkut dia pi bilik warden...
Pkl 3 pagi 2 3 orang dok histeria..ada iols.kesah? Iols.sambung tido sebab esok ada ujian..
Esoknya kecoh la...sampai 3 hari..ustaz pelik.kenapa.jadi gini
Pengawas asrama cek semua dorm xde pape
Rupanya kat dorm atas sekali tmpt peserta tournament tu..ada satu pad tertinggal..elok bungkuih dlm almari..jilake.lagi...
Trus potong okeh selera.iols nak.makan nasi lemak.memalam.kat koperasi..
Semua.balik prep awal sebab takut...
Xde yg stay up utk study
Semua jadi alim baca yassin sebelom tido..termasuk iols..

Last skali...masa weols nak.gi basuh baju pkl 11pm....
Weols dengar ada orang hirup.sup kt luar tingkap..ohoiii...lari weols lepas.tutup.air..simlan baju dlm.baldi..busuk pon busuk la..janji weols dpt smpi dorm dgn segera...tmpt basuh baju di tingkat 2....huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa rambut lanjang tu adalah hantu hisap darah haid...hoho
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiiii pening iols baca as as tulis la punuh sikit asrama ke ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 02:33 PM | Show all posts
kat kolej aku pernah terjadi macam ni tapi memang kena bebel habis-habisan lah dgn warden sbb diri sendiri cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 02:37 PM | Show all posts
berpinau biji mata aku baca..buat perenggan la TT oi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 02:54 PM | Show all posts
ingatkan apa benda la 'as' 'as' tu.. rupanya 'asrama'..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 09:19 AM | Show all posts
tt tolong edit buat perenggan...senang readers nak baca sebelum tt kena sumpahan ngeri poremer2 otai sini..hehehe

baidewei,salah satu sebab sy xnak duk asrama sbb keangkeran y hamat!even kt sekolah lama sy dulu pn katanya selalu ada budak kena kacau,histeria tu dah sebati ngn penghuni asrama..

even x duk asrama pun,sy pernah menyewa rumah sekali ngn geng2 time SPM dulu,duk kt umah sorg macik ni..dia duk sensorg,anak tunggal dia dah kahwin n keje time tu,husben dia dah meninggal. kitorg igtkan duk umah sewa ngn macik tu ok ler,hampeh jgk..malam2 salu dgr bunyi cakaran kt dinding,pastu pagi2 buta dlm kol 2,3pagi salu dgr macik tu duk bercakap dgn seseorg.

bila intai celah pintu,tgk mcm ramai je duk lalu lalang,walhal ktorg xde dgr plak bunyi tapak kaki,hanya bayang2 je..esoknya, ktorg tanya macik tu and dgn selambernya cakap,tu khadam dia. dia ada tanya ktorg nak tgk x khadam dia,tp memang ktorg geleng kepala secara otomatik..x koser nak ber'kawan' ngn benda ghaib ni... dia ada gtaw khadam dia tu y jaga umah dia kalau dia xde d umah...

lps ktorg abes sekolah,dah cauw drpd umah tu,ktorg dgr2 kabar y macik tu dah kahwin baru. and then ktorg dah lost contact dgn macik tu..hehehe..sekian~

sori tt,menumpang share walaupun bkn citer d asrama tp d umah sewa angker..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeeeeee nyesal baca. Dah la iols sensorg kt uma ni. K bye
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 01:02 AM | Show all posts
benda ni selalu jadi di asrama
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak seram jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling benci bab nak kena basuh pad tu.. memandangkan itu dah mcm protokol duk kat asrama, ku perah2, pijak2 jua la pad tu dlm shower cam bodo.. padahal kuman darah tu lg merebak ke seluruh shower ada la kot yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 09:37 PM | Show all posts
tt.. edit la pagi ada perenggan.. iolls ni dah umur meningkat ni payah lahai nak baca karangan takde perenggan.. tapi hati ingin baca..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul kena ada perenggan. Senang sikit nak baca. Pastu ejalah penuh x yah nk as lah ti lah.

Kalo citer perempuan rambut panjang masa aku belajar dulu pun pernah nampak. To bukan kat asrama kat dlm rumah sewa.

Elok plak dia jalan tembus dinding. Terus aku ajak housemate aku baca yasin... By the way rumah tu kitaorang baru pindahh masuk seblm tu rumah tu kosong dalam 6-7 bulan gaklah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 11:18 AM | Show all posts
berpinar mata baca weh .. dah lah i rabun . sila buat perenggan ye tt . nak share gak le pengalaman pasal perempuan rambut hitam nie boleh tak? lama dah cerita nie , tapi i masih ingat lagi . i dulu kerja kat selangor , so duduk  menyewa dengan my bff . adalah 1 malam tu tengah syok melepak sambil tengok tv dengan bff  , kebetulan i tengah baring atas sofa mengadap dapur ,  entah macam mana mata i nie gatal nak pandang dapur dan i nampak perempuan pakai baju bunga kecik berjalan dari bilik ( kat dapur tu memang ada bilik kecil ) tembus ke dinding dapur . dalam rumah  kami berdua je .

my bff tu tak nampak , i memang plan nak bagi tau dia tapi tak tecakap lah pulak . so bila drama yang kitaorang tu dah habis , masing-masing naik atas untuk tidur . i nie jenis kalau nak tidur kena ada alunan al -quran baru boleh tido , so malam tu i pun pasang mp3 surah al baqarah dan letak on repeat mode. tapi tak ada kuat sangat i pasang cukup sekadar  bergema dalam bilik i . jadi lenalah i tidur sampai pukul 6 am.

pagi tu i bangun , i tengok ada 10 misscall dari my bff . lepas settle semua , kitaorang gerak lah nak pergi ofis. i pun tanya lah dia , kenapa call i semalam sampai 10 x. dia pun cerita lah, lepas masing-masing masuk bilik tu, dia dah on the way nak tidur . kebetulan katil mengadap pintu masuk bilik dia, dia nampak tombol pintu bilik ( jenis bulat) berpusing-pusing macam ada orang nak masuk . tapi my bff ni tak berani nak bukak , dia call i  tapi i tak jawap so dia tau lah i dah tidur .

dia panik lah , nasib baik lah dalam bilik dia ada radio yang jenis boleh mainkan cd lagu . dia pun apa lagi capai cd alunan al quran , pasang kuat -kuat  barulah berhenti adegan tombol pintu tu.   so sejak malam tu , memang dah habit my bff pasang alunan al quran setiap malam .

sekarang tak tau apa jadi kat rumah tu , sebab i pun dah transfer kerja ke kl dan my bff tu dah pindah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.208944 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list