CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28645|Reply: 269

[Jenayah] Peguam terkejut Datin dera amah tidak dihukum penjara

  [Copy link]
Post time 17-3-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Peguam terkejut selepas Mahkamah Sesyen menghukum sorang “Datin” yang mendera pembantu rumah dengan bon berkelakuan baik, mengatakan kesalahan itu ialah jenayah serius bawah Kanun Keseksaan.

Ramkarpal Singh berkata Mahkamah Sesyen terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman ke atas Rozita Mohamed Ali yang menyerang Suyanti Sutrinso.

“Undang-undang tidak lagi menyediakan bon berkelakuan baik dalam kes-kes melibatkan kesalahan serius, yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan sebagai kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama 10 tahun atau lebih.”

Beliau berkata Rozita dituduh bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan kesalahan bawah seksyen itu dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun, dan tergolong dalam takrif “kesalahan serius”.

Video Suyanti dalam keadaan cedera parah dan terbaring berdekatan longkang di satu kawasan perumahan di Mutiara Damansara tular pada Disember 2016.

Media kemudian melaporkan Rozita didakwa menggunakan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung dan penyangkut baju untuk menyebabkan kecederaan pada kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti.

Rozita pada awalnya didakwa dengan cubaan membunuh. Dia kemudian didakwa bawah Seksyen 326 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.Suri rumah itu terikat selama 5 tahun dengan bon berkelakuan baik RM20,000 oleh Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah.

Ramkarpal berkata pindaan Kanun Tatacara Jenayah pada 2016 secara jelas tidak menyediakan pilihan mengikat seseorang yang disabit kesalahan dengan bon berkelakuan baik bawah Seksyen 173A dan 294 apabila seseorang itu didakwa dengan kesalahan serius.

“Pindaan tersebut juga secara jelas tidak mengambil kira keadaan sebelum ini dan oleh itu masih berkuatkuasa dan boleh digunakan semasa Rozita dihukum.

“Dalam keadaan itu, jelas hakim Mahkamah Sesyen bertindak di luar bidang kuasa dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap Rozita kerana Seksyen 173A dan 294 tidak lagi membenarkannya berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi harus menyemak keputusan itu “segera demi keadilan” dan Mahkamah Tinggi boleh berbuat demikian walaupun tanpa permohonan mana-mana pihak.

Sementara itu, peguam hak asasi Eric Paulsen mempertikaikan keputusan mahkamah itu selepas mendengar 10 saksi termasukmangsa dan doktor yang merawatnya.

“Kami tidak nampak apakah keadaan yang boleh meringankan hukuman Rozita untuk kesalahan serius seperti itu, selepas dia telah menyebabkan kecederaan pada tangan, kepala, kaki dan organ dalaman.”

Beliau berkata kesalahan itu mesti diambil berat oleh penegak hukum kerana ia berkepentingan awam.

“Kesalahan sedemikian jika tidak dihukum akan menjadi satu pencabulan, terutama apabila dilihat dalam konteks pelbagai kes penderaan yang berlaku di Malaysia.”

Paulsen berkata jenayah terhadap pembantu rumah, termasuk kes Adelina Jerima Sau yang meninggal dunia kerana kecederaan selepas didakwa didera majikannya, harus “dipahatkan dalam ingatan kita sebagai tanda malu.”

Tetapi hukuman terhadap Rozita memberikan mesej yang salah kerana ia mencadangkan tidak mengapa untuk melayan pembantu rumah tanpa perikemanusiaan “jika kamu kaya atau rapat dengan orang ternama”.

“Kami menyeru peguam negara supaya merayu keputusan Mahkamah Sesyen, dan mendapatkan hukuman yang setimpal dengan jenayah kejam yang diakui Rozita,” kata Paulsen, yang mengetuai Lawyers for Liberty.

Sumber: www.freemalaysiatoday.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ade lah cara nya...  
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Judge baru yg belum confirm la tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
galak la acik acik kepam pemalas ini nak dera amah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
siap la hakim tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereput la ko datin
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuasa duit dan status..... Bunuh orang pun boleh lepas..... Hakim pun boleh dibeli..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakn hakim ni hidup tak tenang seumur hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-3-2018 10:15 AM
Aku doakn hakim ni hidup tak tenang seumur hidup

Amin.....hidup datin tu juga moga tak tenang.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Speechless
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 17-3-2018 11:38 AM
noor2 replied at 17-3-2018 10:16 AM
Amin.....hidup datin tu juga moga tak tenang.....


Datin tu aku doakn di maduln dgn geng trisna....

Hish....jahatnya...

Sampai mcm ni sekali datin bodoh ni kerjakn maid dia blh lepas mcm tu je....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow psycho much mak cik ni. Patut seek help dri psychiatrist la tgk mana yg patut. Takut skru ade yg hilang ja.

Yg hakim tu, i hanya mampu geleng kepala ja la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tkejut..menjadikan hal perundangan jelik dimata org kebanyakkan bila duit jd ukuran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-3-2018 10:31 AM
Datin tu aku doakn di maduln dgn geng trisna....

Hish....jahatnya...

Amiiiin jgk.dan madunya terer main bomoh sampai datin yg gebu tu jd kurus kering.rasain lo.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik datin ingatlah, terlepas mahkamah dunia, mahkamah akhirat ada lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi hakim yg beri verdict tu mcm mana? Siapa hakim tersebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga datin ni hidup x tenang, biar disihir golongan trisna sampai mampos. Mmg ak x kesian la. Dasar datin caprut. Xpayah nk bertuduh labuh berniqab, dasar hati hitam. Mereput ko. Ko buat amah ko mcm apa. Bon berkelakuan baik my ass, bkn kesalahan public intoxication ke ap. Dera orang smpai hampir mati. Datin anjing, may you and that dato and all of your family members rot in hell!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah datin nie? Laki dia apa nama dato ? Takde yg nak korek psl datin nie ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nasib maid dia.. Semoga tidur malam datin tak aman ya..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-3-2018 10:31 AM
Datin tu aku doakn di maduln dgn geng trisna....

Hish....jahatnya...

Kan jazaa. ...sakit hati baca dan teringat amah ni tergolek dalam longkang. ....teruk keadaan amah ni kena dera....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.175405 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list