CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 6

[Tempatan] Patutla Uber Halal, Ahli2 Parlimen Msia amik habuan? selain USD30 juta dilaburka

[Copy link]
Post time 20-9-2017 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CrowneGlory at 20-9-2017 02:37 PM

Berdepan kemungkinan siasatan jenayah berhubung rasuah di luar Amerika Syarikat, syarikat e-hailing Uber sedang menjalankan siasatan dalaman sama ada sebarang bentuk quid pro quo (balasan) berlaku di Malaysia.

Bloomberg melaporkan bahawa peguam Uber sedang mengkaji beberapa transaksi kewangan dan urus niaga yang didakwa berkaitan kerajaan Malaysia yang mungkin membabitkan beberapa ahli-ahli parlimen, kata mereka yang mempuntai maklumat mengenai perkara itu.

Para peguam dikatakan sedang meneliti derma korporat puluhan ribu ringgit, yang diumumkan pada Ogos 2016, kepada Pusat Inisiatif dan Kreativiti Antarabangsa Malaysia, yang adalah hab usahawan yang disokong kerajaan.

Sekitar masa sama, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) dikatakan melabur AS$ 30 juta dalam Uber, kata sumber yang biasa dengan perjanjian itu, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Kira-kira setahun kemudian, Parlimenmeluluskan rang undang-undang menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.

Malaysia mencatatkan sejarah sebagai negara pertama mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ selepas Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan pada Julai lalu.

Justeru, peguam cuba menentukan sama ada terdapat sebarang bentuk quid pro quo dalam keadaan ini.

Mereka yang biasa dengan perkara itu juga dilaporkan berkata bahawa Emil Michael dan Eric Alexander, dua eksekutif perniagaan di Uber, mempunyai peranan utama dalam rundingan perjanjian ini.

"Firma undang-undang Uber juga menyoal bagaimana Alexander memiliki rekod perubatan mangsa rogol di India, dokumen yang sering dipegangnya selama beberapa bulan pada 2015," kata Bloomberg.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 02:38 PM | Show all posts
haaa... bkn ahli parlimen pn ada kn. kalau ikt kan gosip2 yg bertebaran la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:42 PM | Show all posts
minyak dah mahal, baik drive uber ke, grab ke, dah takde untung pun..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:48 PM | Show all posts
u help me, i help u



slogan jibby yg dipatuhi

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg Mama punya yg ne? Grab ke Uber? Tak silap Grab. Yg SEA Games tu Grab kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:55 PM | Show all posts
Pernah dgr sebelum nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:30 PM | Show all posts
iols nk try naik grab..tapi xreti pakai xreti nak drag pick up point
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.221182 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list