CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4147|Reply: 32

Dirasuk Jadi ‘Mak Suami’ – Kisah Kejam Mak Mertua Cekik Bayi 3 Hari Sampai Biru

[Copy link]
Post time 8-9-2017 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by jointhecurse at 8-9-2017 02:31 PM

Jika bercakap tentang perkahwinan, mesti ramai yang mengharapkan kehidupan yang indah dan bahagia. Namun, hakikat sebenar kehidupan berumahtangga tidaklah seperti yang disangka. Selain menerima baik dan buruk pasangan, kita hendaklah menerima keluarga pasangan itu juga.
Seperti yang dikongsi pengadu ini di facebook Kisah Rumahtangga, ibu mertua sanggup mencekik bayinya yang baru 3 hari sehingga biru. Tambah sedih apabila ibu mertua sanggup hantar sihir pemisah!

Baru 3 hari bersalin, mertua larikan anak


Assalamualaikum.
Tolong hide fb saya yer min...

Semasa saya berkawan dengan suami 9tahun lepas, mak suami menerima baik kehadiran saya. Tapi sejak kakak sulung suami hasut mak dia supaya bencikan saya.. Mak suami mula berubah.. Kakak sulung suami fitnah saya macam2. Mereka anak beranak nak suami putuskan hubungan dengan saya. Tapi yelah kan.. Jodoh bukan kat tangan mereka.. Saya selamat berkahwin dengan suami 4tahun yang lepas. Kakak sulung suami pun kawin tarikh yg sama dengan kami.. Masa tu kakak dia umur 31tahun.

Awal-awal perkahwinan mentua macam okey jer. Sejak saya pregnant 2 bulan lepas tu sikapnya terus berubah. Saya dan suami pergi rumah mentua tiap-tiap minggu. Tapi makin hari layanan mentua makin buruk. Bila saya datang ke rumahnya.. Dia buat muka menyampah kat saya. Taj layan saya & tak bercakap pun dengan saya. Mentua tak pernah ambik tahu pasal kandungan saya. Semua persiapan sambut baby saya buat sendiri. Sedih memang sedih.. Sebab ni cucu pertama dia. Tapi buat tak tahu jer. Sedangkan saya dah takde mak. Ingatkan mentua boleh bantu. Tapi tak...

Depan suami mentua buat2 baik. Tapi dibelakang suami dia jeling saya macam nak bunuh saya jer.
Saya selamat bersalin April 2014. Alhamdulilah.. Saya lahirkan baby sihat tanpa sebarang komplikasi. Bersalin pagi petang dah boleh balik rumah. Sebab dirumah saya tiada orang tua yg boleh jaga saya masa dalam pantang.. Suami saya cadangkan saya berpatang dirumah mak dia. Saya pergi ke rumah mentua dalam pukul 1 pagi selepas 3 hari baby dilahirkan. Semua bermula di sini... Keesokan hari.. Suami saya sangat sibuk sebab ade beberapa hal nak diuruskan. Suami keluar pagi ke pejabat untuk setle beberapa perkara. Saya ingat mentua saya ikhlas menjaga saya dan baby.. Tapi sebaliknya. Bila baby saya menangis lapar susu.. Mentua cepat-cepat larikan baby dari saya. Saya xdapat nak pegang pun baby saya. Baby saya dipaksa isap puting kosong supaya baby saya diam dan tak menangis.. Saya tak boleh nak menyusu baby saya sendiri.. Mentua akan bawa baby saya ke depan & ke dapur. Baby saya menangis mungkin sebab lapar. Tetiba saya dengar tangisan baby macam tersekat-sekat. Masa tu mentua bawak baby ke dapur. Kebetulan ada jiran datang. Mentua terus ke depan.. Saya dengar jiran kata mata baby dah keatas.. Saya tak tahu apa mentua buat kat baby saya.

Baby saya dah tak nak buka mulut untuk menyusu. Baby saya asyik tidur je. Petang tu ayah saya ade datang.. Saya ada bagitahu ayah baby tak nak menyusu. Baby tidur je. Ayah kata baby letih. Nanti malam mesti berjaga. Saya memang tak de pengalaman sebab ni anak sulung. Pukul 1 pagi masa tengah tidur saya terdengar mak mentua & ayah mentua berbisik-bisik cakap badan baby panas. Tapi dia tak kejutkan saya dan suami. Seakan-akan nak sorotkan. Saya terus bangun tengok baby. YaAllah.. Terkejut sangat tengok baby saya biru... Nafas tercungap-cungap.. Terus saya kejutkan suami bawak pergi klinik. Di klinik baby saya diberi oxygen dan dikejarkan terus ke hospital dengan ambulance. Ni lah kali pertama dalam hidup saya naik ambulance. Ketar lutut tengok keadaan anak.

Otw ke hospital saya menangis semahunya. Hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan umur baby saya. Oxygen baby makin drop. Badan baby semua biru.. Kuku baby pun biru. Nurse dalam ambulance saling berpandangan satu sama lain. Saya seakan faham maksud pandangan tu. Tapi saya buat-buat tak tahu. Saya tahu anak saya kuat. Bila sampai di kecemasan ramai doktor-doktor cuba bantu baby saya. Tapi baby saya tiada respon. Mata hanya terpejam rapat. Bila doktor cucuk tangan & kaki baby tak nangis langsung... Sedih sangat saya tengok keadaan baby. Lama lepas tu baru baby saya menangis. Tapi tetap tak mahu menyusu. Deria menghisap baby seakan-akan hilang.
Baby saya masuk nicu 2 minggu.
Saya menangis tengok keadaan baby sampaikan saya hampir meroyan. Baby saya langsung tak aktif. Tak bergerak.. Tak menangis macam baby lain. Hanya kaku...
Mana mentua saya lepas apa terjadi ? HILANG !!!!

Langsung tak tanya keadaan saya dengan baby. Saya kutip kekuatan untuk anak saya.. Saya tak nak anak saya lemah kalau saya sendiri pun tak kuat. Doktor bagitahu kalau saya lambat sikit lagi bawak baby ke hospital.. Saya mungkin akan kehilangan baby saya buat selamanya...
Dua minggu anak saya dihospital. Pelbagai rawatan doktor lakukan. Bila buat mri scan kepala, Otak anak saya dah mati. Hampir semua otak anak saya cedera. Otak anak saya bengkak dan hanya sebelah kiri jer masih elok. Tu pun terlalu sikit kebanyakkan otak dah bengkak. Doktor ada tanya saya kenapa baby jadi macam ni. Baby pernah jatuh ? Kelu untuk saya jawab sebab saya sendiri tak tahu. Mentua saya langsung tak bagi baby pada saya. Dan tak sampai 24jam saya dirumah mentua.. Baby saya jadi biru !!!

Saya hampir-hampir pengsan bila doktor terangkan keadaan baby. Baby saya mungkin tak membesar seperti anak-anak yang lain. Sekarang baby hanya minum susu melalui tiub lepas berhari-hari berpuasa. Baby saya mungkin terlantar seumur hidup..

sambngan
Cekik anak sehingga biru
Mak mertua hantar sihir pemisah
sumber : KRT/ohbulan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nape jahat sangattu
moga acik mati x sempat taubat lah..gila
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..semoga dijauhkan untuk semua benda2 mcm ni..parah sgt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:27 AM | Show all posts
kalau mak mentua akak buat camtu dah lama kena tanam dalam perigi buta..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:36 AM | Show all posts
kejam nya mak mertua..
menakutkan...
moral of the story kalau nak kawin biar lah dpt restu dr keluarga pasangan kan..
ni mcam mak mertua x boleh terima jerk dia jd menantu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:08 AM | Show all posts
ramai je mak mertua serupa nyonya mansor..
dan ramai jugak menantu serupa hantu..
fair la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:13 AM | Show all posts
ni kisah sambungan dia..baca dari kisah 1st tu..sedih sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:16 AM | Show all posts
bertabahla masuk keluarga pprt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 10:17 AM | Show all posts
air dicincang takkan putus..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:23 AM | Show all posts
Kenapa ada ibu mertua kejam begitu. Kawan aku lagi kesian. Dah ada anak 2 pun mak metua tak suka. Skrg kawan aku  dah jadi gile. Suami pun dah ceraikan dia. Tapi yg hairan smpi skrg suami tak kwin baru & masih dtg mlawat anak2 & bini dia. Kawan aku nasib baik sbb mak dia duduk sekali. Tp kesian jga mak kawan aku.  Tak penah putus asa cari ubat tapi kawan aku tetap giler. Aku tak tahu nak kata apa... nanti  diakhirat mak metua dia akan dpt balasan setimpalnya. Tk suka jgn sampai sihir..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal dahsyat2 cerita warga Melayu di forum ni termasuk kat FD? Akak dok hutan pon tak pernah akak dengar cerita dahsyat mak mertua Borneo (exception untuk keturunan pelipin) kejam sebegini sekali hokeh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2017 10:48 AM | Show all posts
afie_m replied at 8-9-2017 10:13 AM
ni kisah sambungan dia..baca dari kisah 1st tu..sedih sgt...

boleh bg link x? sbb cri kt pge krt cm xdok pplak nk share sini
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 11:19 AM | Show all posts
jointhecurse replied at 8-9-2017 10:48 AM
boleh bg link x? sbb cri kt pge krt cm xdok pplak nk share sini

jap..i cari balik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 11:21 AM | Show all posts
i copy je

kisah 1st dari sambungan tadi....

Assalamualaikum.
Tolong hide fb saya yer min...

Semasa saya berkawan dengan suami 9tahun lepas, mak suami menerima baik kehadiran saya. Tapi sejak kakak sulung suami hasut mak dia supaya bencikan saya.. Mak suami mula berubah.. Kakak sulung suami fitnah saya macam2. Mereka anak beranak nak suami putuskan hubungan dengan saya. Tapi yelah kan.. Jodoh bukan kat tangan mereka.. Saya selamat berkahwin dengan suami 4tahun yang lepas. Kakak sulung suami pun kawin tarikh yg sama dengan kami.. Masa tu kakak dia umur 31tahun.

Awal-awal perkahwinan mentua macam okey jer. Sejak saya pregnant 2 bulan lepas tu sikapnya terus berubah. Saya dan suami pergi rumah mentua tiap-tiap minggu. Tapi makin hari layanan mentua makin buruk. Bila saya datang ke rumahnya.. Dia buat muka menyampah kat saya. Taj layan saya & tak bercakap pun dengan saya. Mentua tak pernah ambik tahu pasal kandungan saya. Semua persiapan sambut baby saya buat sendiri. Sedih memang sedih.. Sebab ni cucu pertama dia. Tapi buat tak tahu jer. Sedangkan saya dah takde mak. Ingatkan mentua boleh bantu. Tapi tak...

Depan suami mentua buat2 baik. Tapi dibelakang suami dia jeling saya macam nak bunuh saya jer.
Saya selamat bersalin April 2014. Alhamdulilah.. Saya lahirkan baby sihat tanpa sebarang komplikasi. Bersalin pagi petang dah boleh balik rumah. Sebab dirumah saya tiada orang tua yg boleh jaga saya masa dalam pantang.. Suami saya cadangkan saya berpatang dirumah mak dia. Saya pergi ke rumah mentua dalam pukul 1 pagi selepas 3 hari baby dilahirkan. Semua bermula di sini... Keesokan hari.. Suami saya sangat sibuk sebab ade beberapa hal nak diuruskan. Suami keluar pagi ke pejabat untuk setle beberapa perkara. Saya ingat mentua saya ikhlas menjaga saya dan baby.. Tapi sebaliknya. Bila baby saya menangis lapar susu.. Mentua cepat-cepat larikan baby dari saya. Saya xdapat nak pegang pun baby saya. Baby saya dipaksa isap puting kosong supaya baby saya diam dan tak menangis.. Saya tak boleh nak menyusu baby saya sendiri.. Mentua akan bawa baby saya ke depan & ke dapur. Baby saya menangis mungkin sebab lapar. Tetiba saya dengar tangisan baby macam tersekat-sekat. Masa tu mentua bawak baby ke dapur. Kebetulan ada jiran datang. Mentua terus ke depan.. Saya dengar jiran kata mata baby dah keatas.. Saya tak tahu apa mentua buat kat baby saya.

Baby saya dah tak nak buka mulut untuk menyusu. Baby saya asyik tidur je. Petang tu ayah saya ade datang.. Saya ada bagitahu ayah baby tak nak menyusu. Baby tidur je. Ayah kata baby letih. Nanti malam mesti berjaga. Saya memang tak de pengalaman sebab ni anak sulung. Pukul 1 pagi masa tengah tidur saya terdengar mak mentua & ayah mentua berbisik-bisik cakap badan baby panas. Tapi dia tak kejutkan saya dan suami. Seakan-akan nak sorotkan. Saya terus bangun tengok baby. YaAllah.. Terkejut sangat tengok baby saya biru... Nafas tercungap-cungap.. Terus saya kejutkan suami bawak pergi klinik. Di klinik baby saya diberi oxygen dan dikejarkan terus ke hospital dengan ambulance. Ni lah kali pertama dalam hidup saya naik ambulance. Ketar lutut tengok keadaan anak.

Otw ke hospital saya menangis semahunya. Hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan umur baby saya. Oxygen baby makin drop. Badan baby semua biru.. Kuku baby pun biru. Nurse dalam ambulance saling berpandangan satu sama lain. Saya seakan faham maksud pandangan tu. Tapi saya buat-buat tak tahu. Saya tahu anak saya kuat. Bila sampai di kecemasan ramai doktor-doktor cuba bantu baby saya. Tapi baby saya tiada respon. Mata hanya terpejam rapat. Bila doktor cucuk tangan & kaki baby tak nangis langsung... Sedih sangat saya tengok keadaan baby. Lama lepas tu baru baby saya menangis. Tapi tetap tak mahu menyusu. Deria menghisap baby seakan-akan hilang.
Baby saya masuk nicu 2 minggu.
Saya menangis tengok keadaan baby sampaikan saya hampir meroyan. Baby saya langsung tak aktif. Tak bergerak.. Tak menangis macam baby lain. Hanya kaku...
Mana mentua saya lepas apa terjadi ? HILANG !!!!

Langsung tak tanya keadaan saya dengan baby. Saya kutip kekuatan untuk anak saya.. Saya tak nak anak saya lemah kalau saya sendiri pun tak kuat. Doktor bagitahu kalau saya lambat sikit lagi bawak baby ke hospital.. Saya mungkin akan kehilangan baby saya buat selamanya...
Dua minggu anak saya dihospital. Pelbagai rawatan doktor lakukan. Bila buat mri scan kepala, Otak anak saya dah mati. Hampir semua otak anak saya cedera. Otak anak saya bengkak dan hanya sebelah kiri jer masih elok. Tu pun terlalu sikit kebanyakkan otak dah bengkak. Doktor ada tanya saya kenapa baby jadi macam ni. Baby pernah jatuh ? Kelu untuk saya jawab sebab saya sendiri tak tahu. Mentua saya langsung tak bagi baby pada saya. Dan tak sampai 24jam saya dirumah mentua.. Baby saya jadi biru !!!

Saya hampir-hampir pengsan bila doktor terangkan keadaan baby. Baby saya mungkin tak membesar seperti anak-anak yang lain. Sekarang baby hanya minum susu melalui tiub lepas berhari-hari berpuasa. Baby saya mungkin terlantar seumur hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 11:54 AM | Show all posts
chazey replied at 8-9-2017 10:27 AM
Apsal dahsyat2 cerita warga Melayu di forum ni termasuk kat FD? Akak dok hutan pon tak pernah akak d ...

acik FD kejam? kaka mengata sape ni haha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2017 01:36 PM | Show all posts
afie_m replied at 8-9-2017 11:21 AM
i copy je  

kisah 1st dari sambungan tadi....

allahurabi!!! nauzubillah la dpt mertua gn... xpasai baby xbdosa jd mangsa!! skit ati n sdih plak baca!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 02:12 PM | Show all posts
ni kes mertua tak restu ke apa ni? scarynya dpt mak mertua mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 02:13 PM | Show all posts
jointhecurse replied at 8-9-2017 01:36 PM
allahurabi!!! nauzubillah la dpt mertua gn... xpasai baby xbdosa jd mangsa!! skit ati n sdih plak  ...

kan....apa yg mertua dia buat tu mmg xboleh diterima lah....baby tu baru berapa hari ja...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2017 02:33 PM | Show all posts
afie_m replied at 8-9-2017 11:21 AM
i copy je  

kisah 1st dari sambungan tadi....

tq na..i copy masuk main content... da oran mlas nk  baca 1 demi 1 comment... kang tmbul byk soklan yang krg bermakna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2017 02:35 PM | Show all posts
afie_m replied at 8-9-2017 02:13 PM
kan....apa yg mertua dia buat tu mmg xboleh diterima lah....baby tu baru berapa hari ja...

sgt weiii!!! cucu 1st kot..dosa main sihir.. aniaya menantu.. niat nk bunuh cucu.. YA Allah xtersenarai wei!!! kak sulung durjana dia pn berkongsi dosa weiii...mghasut mak dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.113222 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list