CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 2732|Reply: 4

[Tempatan] Felda tambah aset di Luarnegara

[Copy link]
Post time 15-6-2017 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 15-6-2017 09:03 AM

Baguslah....aset luarnegara tergadai kat kita....
Selalu pembangkang bising, aset kita tergadai kat negara luar, china dll..

Rafizi soal Felda tambah pegangan dalam PT Eagle High
14 Jun 2017, 6:35 petang      14 Jun 2017, 6:56 petang



  
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari menimbulkan soalan sama ada Felda telah membeli 37 peratus pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations dan akan menambah saham majoriti dalam syarikat itu.
Katanya, meskipun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Felda, namun isu itu mendapat liputan daripada media Indonesia.
"Isu kepincangan pengurusan Felda dan pelbagai kerugian Felda mendapat perhatian setelah cadangan pembelian itu bocor kepada rakyat.
"un begitu, tidak pernah ada satu kenyataan pun bahawa Felda sedang mengkaji semula keputusan itu walaupun Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Shahrir Samad mengakui secara terbuka bahawa Felda terpaksa meminjam wang untuk membayar pembelian itu," kata Rafizi pada kenyataan media.
Rafizi berkata, sebuah akhbar harian di Indonesia minggu lalu melaporkan Felda berminat menguasai saham majoriti dalam PT Eagle High.
Antara lain ia melaporkan urusniaga itu dimuktamadkan pada April lalu dengan Rajawali Group yang dimiliki Tan Sri Peter Sondakh.
Akhbar itu juga melaporkan sebuah anak syarikat Felda telah membayar sehingga AS$ 505.4 juta bersamaan sekitar RM2.12 bilion bagi saham-saham berkenaan.
Selain itu, Felda juga dilaporkan akan membuat satu “tawaran umum” bagi membeli saham-saham PT Eagle High yang belum dimilikinya
"Saya meminta supaya Datuk Seri Najib dan Tan Sri Shahrir mengesahkan perkara ini iaitu Felda telah pun membeli 37 peratus saham PT Eagle High walaupun tidak diumumkan sebelum ini.
"Lebih-lebih lagi, saya mahu Najib dan Shahrir menjawab adakah benar Felda berniat untuk menguasai saham-saham PT Eagle High yang belum dimilikinya melalui satu “tawaran umum”," kata Rafizi.
Menurutnya, bagi menguasai 30 peratus lagi pegangan akan melibatkan kira-kira RM2 bilion wang yang perlu disuntik ke syarikat perladangan Indonesia itu.
"Soalan yang paling penting ialah dari mana wang ini akan datang dalam keadaan kewangan Felda sendiri dalam keadaan yang tenat sehingga terpaksa menjual asetnya seperti saham-saham Felda di dalam Maybank?," soalnya.


Januari lalu, The Wall Street Journal melaporkam Felda menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam Maybank untuk mengumpul dana sehingga RM280 juta.
Felda, melalui entiti milik penuhnya, Felda Investment Corporation (FIC) Properties Sdn Bhd April lalu dilapor membeli 37 peratus dalam PT Eagle High.
Pembelian itu diumumkan oleh Rajawali Group pada 20 April tetapi tidak melalui Felda



Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 15-6-2017 09:46 AM | Show all posts
bukti macai hati depa gelap....dengar je tambah aset....bnda2 point mcm ni buta tutup mata...
" Pun begitu, tidak pernah ada satu kenyataan pun bahawa Felda sedang mengkaji semula keputusan itu walaupun Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Shahrir Samad mengakui secara terbuka bahawa Felda terpaksa meminjam wang untuk membayar pembelian itu, "

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 09:54 AM | Show all posts
kentel replied at 15-6-2017 09:46 AM
bukti macai hati depa gelap....dengar je tambah aset....bnda2 point mcm ni buta tutup mata... :laugh ...

Jika menguntungkan , perkara biasa pinjam wang untuk membeli aset.
Hasil dan nilai aset akan meningkat dan memberi keuntungan serta boleh membayar balik pinjaman.


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 10:16 AM | Show all posts
rashiman replied at 15-6-2017 09:54 AM
Jika menguntungkan , perkara biasa pinjam wang untuk membeli aset.
Hasil dan nilai aset akan meni ...

kat situ ko pun guna ayat "JIKA"....nampak tak macai sndri pusing tak yakin dgn tuan macai? awas cai...tuan ko perati tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 11:37 AM | Show all posts
kentel replied at 15-6-2017 10:16 AM
kat situ ko pun guna ayat "JIKA"....nampak tak macai sndri pusing tak yakin dgn tuan macai? :laugh ...

sepatutnya rakyat Malaysia berbangga, kita membeli aset negara asing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.089213 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list