CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 4321|Reply: 21

[Tempatan] Kementerian kesihatan nafi pertandingan ‘cegah gay’ mendiskriminasi

 Close [Copy link]
Post time 7-6-2017 06:47 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian kesihatan nafi pertandingan ‘cegah gay’ mendiskriminasi
Dikemaskini 3 days ago · Diterbitkan pada 3 Jun 2017 9:35PM


Aktivis menyifatkan pertandingan itu boleh menyuburkan kebencian, ketakutan dan diskriminasi kepada komuniti minoriti LGBT di Malaysia. – Gambar Facebook Kementerian Kesihatan, 3 Jun, 2017.
KEMENTERIAN kesihatan mempertahankan Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja Peringkat Kebangsaan, yang dikritik aktivis yang bercakap kepada media antarabangsa sebagai tindakan diskriminasi kepada komuniti LGBT.

Kementerian juga menafikan inisiatif itu akan mengalakkan diskriminasi, kebencian dan keganasan kepada kumpulan minoriti di negara ini.

“Pertandingan itu dilakukan dalam konteks “mencegah lebih baik daripada mengubati” bermatlamat untuk memperkasakan golongan remaja dan belia untuk membuat keputusan dan pilihan yang bijaksana berkaitan dengan kesihatan seksual mereka,” kata Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam) dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media hari ini.

Sebelum ini aktivis menyuarakan kebimbangan yang pertandingan itu akan menggalakkan diskriminasi kepada kumpulan minoriti di negara ini terutamanya dalam mendapatkan rawatan kesihatan awam.

Kementerian bagaimanapun, menafikan perkara tersebut menegaskan yang kementerian mengamalkan prinsip kesihatan untuk semua tanpa diskriminasi dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan.

“Kami mempunyai garis panduan khusus kepada semua pekerja kesihatan untuk memberikan rawatan yang saksama dan menghormati hak individu. Malah, Kementerian Kesihatan juga menyediakan khidmat berasaskan keperluan kesihatan khusus mereka dan berkerjasama rapat dengan agensi lain dan NGO,” kata Lokman.

Katanya lagi terdapat 23 klinik mesra kesihatan seksual di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada kumpulan berisiko tinggi dan jumlah yang menerima rawatan semakin bertambah.

“Kementerian juga dalam proses meluaskan khidmat saringan HIV dalam komuniti oleh komuniti. Kementerian juga menyediakan peruntukan kepada NGO yang melakukan aktiviti berkaitan HIV.”

Lokman berkata pertandingan itu dijalankan kerana terdapat “bukti saintifik dari dalam dan luar negara” menunjukkan hubungan rapat antara risiko jangkitan HIV dengan amalan seksual yang tidak sihat, yang boleh “dicegah melalui aktiviti pencegahan dan mengalakkan gaya hidup sihat.”

Dia memetik hasil Kajian Integrasi Bio-Kelakuan yang mendapati antara tahun 2012 hingga 2014 yang menunjukkan kadar jangkitan HIV meningkat dari 7.1% (2012) kepada 8.9% (2014) bagi kumpulan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki; daripada 4.8% (2012) kepada 5.6% (2014) untuk kumpulan transgender dan daripada 4.6% (2012) kepada 7.3% (2014) untuk pekerja seks wanita.

“Pertandingan video kreatif ini hanya bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kreativiti remaja kepada remaja tentang isu berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif dan tidak berniat untuk membentuk diskriminasi kepada mana-mana kumpulan tertentu.

“Pertandingan ini juga selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang menyatakan tentang hak kanak-kanak dan remaja untuk mendapatkan maklumat tepat yang sesuai dengan peringkat umur mereka,” kata Lokman.  – 3 Jun, 2017.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/4280/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2017 06:48 AM | Show all posts
bila KKM nak buat topik KECELARUAN MENTAL di kalangan lobe2?   
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 07:00 AM | Show all posts
Lobai-Mulhid replied at 7-6-2017 06:48 AM
bila KKM nak buat topik KECELARUAN MENTAL di kalangan lobe2?

Mana boleh,janji tonjok isle walaupun lembam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 07:04 AM | Show all posts
bila NGO2 semakin berani bersuara memperkasakan Lesbian dan Gay. tahun 2017 ni menampakkan mereka semakin garang dan lantang mempertahankan hak2 mereka. Sekiranya diaorang ni kawin(jika mereka kawin normal lelaki/perempuan) dan kesemua anak mereka LGBT..apa perasaan mereka agaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2017 07:08 AM | Show all posts
KKM takmo buat ceramah bagaimana manusia dicipta dari tanah?   
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 7-6-2017 07:04 AM
bila NGO2 semakin berani bersuara memperkasakan Lesbian dan Gay. tahun 2017 ni menampakkan mereka se ...

Ibu bapa yg baik x akan berasa kecewa akan siapa anak mereka.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah kalau tiada diskriminasi. Tp boleh percaya ke?
@OrenTheReturn
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:03 AM | Show all posts
lepas ni geng2 pedo lak tuntut hak.....
alasan dia, benda nature, binatang pun buat
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:20 AM | Show all posts
Rasanya ramai je komuniti mereka kerja dgn KKM.


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:35 AM | Show all posts
espri6006 replied at 7-6-2017 07:04 AM
bila NGO2 semakin berani bersuara memperkasakan Lesbian dan Gay. tahun 2017 ni menampakkan mereka se ...

ko pun tak fikir perasaan ummah LGBTQ ni yang memang dilahirkan dgn sifat semula jadi mcm tu...?? ko jadi straight sbb jumpa tohan personally utk mintak seksualiti lurus ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:38 AM | Show all posts
kentel replied at 7-6-2017 08:35 AM
ko pun tak fikir perasaan ummah LGBTQ ni yang memang dilahirkan dgn sifat semula jadi mcm tu...??  ...

ooo...so kalau macam tu ko juga harus fikir, semua perompak perogol, terrorist dan jiran kau juga itu tuahn dah set kan mind atau dah jadikan diaorg macam tu..so you kena terima aje lah ye. Dan ko juga kena terima yang Tuhan sudah set kan Najib terima duit berbillion atas sebab derma...done.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:39 AM | Show all posts
espri6006 replied at 7-6-2017 08:38 AM
ooo...so kalau macam tu ko juga harus fikir, semua perompak perogol, terrorist dan jiran kau juga  ...

skrg ni isu dia seksualiti...see your level....?? ko bole kaitkan dgn rogol, rompak, etc... aku malas nak argue dgn org level mcm ko ni...k da....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 09:07 AM | Show all posts
lbgtq apa jadah ko nk jdi lain dri lain? unik? rohaniah? ahhh sudahla, poyo sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 09:34 AM | Show all posts
kentel replied at 7-6-2017 08:39 AM
skrg ni isu dia seksualiti...see your level....?? ko bole kaitkan dgn rogol, rompak, etc... aku ma ...

arguing with a moron will only make you dumber
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 09:37 AM | Show all posts
AppropriateNick replied at 7-6-2017 09:34 AM
arguing with a moron will only make you dumber

yesza...betul tu...neway sonok ke menoron sampai ke amerika latin?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk la bila korg dpt anak lgbtq.. baru tahu langit tinggi ke rendah.. jgn anak korg tu pulak korg nak buang dr cerun gunung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 10:06 AM | Show all posts
HMMM SERONOK KE menaron sama sama jantan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2017 03:26 PM | Show all posts
s@s@ replied at 7-6-2017 12:03 AM
lepas ni geng2 pedo lak tuntut hak.....
alasan dia, benda nature, binatang pun buat

pe hak pedo? kawen dgn budak berumur 6 tahun?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor kkm pn ramai yg gayah lgbtq dekk.so howw??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2017 03:31 PM | Show all posts
kentel replied at 7-6-2017 12:39 AM
skrg ni isu dia seksualiti...see your level....?? ko bole kaitkan dgn rogol, rompak, etc... aku ma ...

kenapa lobe2 sibuk dgn org2 LBGT? lu nie LBGT dalam almari?  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.270075 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list