View: 819|Reply: 3
|
[Tempatan]
malaysia rumah keduaku bagi north korea
[Copy link]
|
|
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan masih terdapat 315 warganegara Korea Utara tinggal di Malaysia sejak 2014.
Daripada jumlah itu, seramai 193 orang memilih tinggal di Malaysia sejak tiga tahun lalu kerana mengikuti program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) anjuran Kementerian Pelancongan, lapor theSun.
Selebihnya adalah pelajar dan pihak yang bekerja di negara ini.
Memetik statistik Jabatan Imigresen, Zahid berkata terdapat 2,453 warga Korea Utara pernah tinggal di negara ini sejak 2014.
Daripada jumlah itu, 801 orang mendapat permit kerja sementara, 11 orang pelajar dan 180 orang pelombong di Sarawak.
“Bagaimanapun, rekod menunjukkan seramai 315 orang masih kekal di Malaysia dan selebihnya pulang ke tanah air,” Zahid dilapor sebagai berkata ketika melancarkan sebuah karnival di Tawau, Sabah, semalam.
Zahid juga memberi jaminan kesemua mereka dipantau secara khusus. |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah malaysie jadi sarang ejen perisik komenis kroya utara  |
|
|
|
|
|
|
|
sah2 la spy! yangnak cross border tu pon lebih ramai dr yg ada kt sini. utk jadikan SKorea their 2nd home |
|
|
|
|
|
|
|
sokong malaysie jadi negare kpop baru dunie @pyropura 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|