CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 5

[Tempatan] Pimpinan tentera arah hapuskan obesiti dalam infantri

[Copy link]
Post time 11-3-2017 06:23 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Briged ke-31 Infantri Malaysia ke arah sasaran sifar anggota dengan berat badan melampau atau obes, kata Panglimanya Brigadier Jeneral Datuk Fadzil Tajudin.

Beliau menegaskan anggotanya harus mempamerkan penampilan yang segak dan gagah bagi menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan anggota tentera darat.

Justeru, katanya Program Menurunkan Berat Badan Peringkat Briged Ke-31 Infantri 2017 dianjurkan dalam usaha untuk memperkasa bentuk fizikal anggota.

Program selama 3 bulan bermula 1 Mac itu juga bertujuan mengelak anggota mengambil jalan pintas dalam mengurangkan berat badan dengan mengambil ubat atau bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, katanya semasa merasmikan program itu, di sini, hari ini.

Fadzil berkata, ia juga bertujuan menyemai kaedah tatacara dan diet pemakanan yang betul dalam kalangan anggota dalam proses menurunkan berat badan.

Menerusi program itu kaedah senaman fizikal yang diterapkan menumpukan kepada kesihatan kardiovaskular iaitu aktiviti berjoging, larian, aerobik, berenang dan aktiviti lasak.

Beliau berharap semua peserta program menggunakan peluang sebaik mungkin dalam usaha menurunkan berat badan masing-masing.

“Adalah menjadi harapan dan aspirasi pucuk pimpinan tentera darat amnya untuk melihat program ini mencapai objektif,” tambahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2017 06:30 PM | Show all posts
mana nak tangkap nelayan cina bila perut boroi boroi macam tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2017 06:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 07:58 PM | Show all posts
patutnya pemimpin tunjuk dulu baru anak buah ikut..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
aetis.x replied at 11-3-2017 06:30 PM

Itu bermakna malaysia kaya cukup makan .. bukan macam indon miskin rakyat kurus kering..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2017 08:10 PM | Show all posts
dody_farid replied at 11-3-2017 08:06 PM
Itu bermakna malaysia kaya cukup makan  .. bukan macam indon miskin rakyat kurus kering..

malon sume tentare memang cukup makan digaji negare malon tongong  tak logik langsung ,,tapi tak de la kembung  macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-6-2023 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.207183 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list