CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: seribulan

[Pelbagai] ...Idea EXPLORE/RASA : tips ke serata benua...

  [Copy link]
 Author| Post time 1-2-2017 08:58 PM | Show all posts
Trip ke Arafah dan Mina ni memang betul2 menginsafkan dan membuatkan saya lebih semangat nak menunaikan haji di usia muda, sementara ada kudrat tenaga dan moga dikurniakan rezeki dan dipanjangkan umur untuk datang lagi ke sini.

Saya sebak tengok jemaah yang dah tua dan tak berapa sihat gi buat umrah.. dok hotel jauh2.. Allahu.. kita ni kena bersyukur sangat dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi kalau diberi rezeki datang di usia muda. Umrah pun perlukan tenaga fizikal dan stamina yang kuat.. apatah lagi haji. Jadi, jom sama sama doa supaya Allah jemput kita cepat2 ok 😊❤

Di tapak asal Masjid Hudaibiyah. Tempat di mana perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah saw dan kaum musyrikin Mekah dilakukan.

Dengar pengisian dari wakil As Shams travel tentang Perjanjian Hudaibiyah. Kalau nak tahu, ni la CEO As Shams Travel & Tours. Siap turun padang lagi hokayyyy... My first umrah experience sangat memorable thanks to As Shams travel & tours ❤

Sesiapa nak ke umrah pertama kali ke, berkali2 ke.. boleh try dengan As Shams travel & tours ni k. RECOMMENDED 😍

Contact details As Shams travel & tours :
Hafiz Sam 📲 +60 10‑666 0886

Di Muzium Al-Haramain.

Kat Muzium Al-Haramain ni lama sikit sebab kat sinilah tersimpannya semua khazanah dari masjid Nabawi dan masjidil haram yang lama2 dan boleh tengok dari jarak dekat. Ni salah satu contoh khazanah yang tersimpan di dalam muzium ni.
Hotel kami turun je lif terus keluar entrance bawah clock tower ni. Senang nak turun naik dari bilik ke masjid sendiri sebab landmark yang mudah.

Walaupun hotel dekat ni pun.. tapi kalau nak solat fardhu berjemaah kat masjid still kena datang cepat. Kalau dah azan baru nak turun... macam ala ala tak sempat nak sampai dalam masjid by the time iqamat. Sempat la cuma rushing. Tak elok kan kita gi masjid rushing2. Jadi, better gerak ke masjid awal. Apatah lagi kalau hotel jauh sikit dari clock tower ni. Boleh la ngaji ke solat sunat ke buat apa yang patut kan 🤗

Kucing bermisai yang selalu ada kat entrance bila kami nak ke masjid. Selamat beranak ye nanti sebab dia tengah bunting kata suamiku mr doctor haha
DAY 11
Ziarah Taif

Tanah tinggi Taif
Pasar Taif
Beberapa masjid bersejarah

Ni kat Bukit Taif. Tinggi n sejukkkk je kat atas ni. View nice sangat. Sejuk sikit dari Cameron Highlands.

Taif ni tanahnya subur dengan tanam-tanaman. Ni masa lalu kat kedai jual buah-buahan. Ada gak pasar besar yang jual sayur n buah tapi kami tak singgah.

Seronok rupanya ziarah Taif ni. Sebenarnya memang seronok masyaAllah ziarah di Makkah n Madinah ni sebab banyak sirah berlaku di bumi para anbiya’ ni. Bayangkan bila kita berjalan sambil fikir.. mungkin Rasulullah saw pernah solat kat masjid ni, pernah berjalan di jalan yang sama macam jalan kita, darahnya pernah tertitis di tanah yang sama macam kita berpijak.. Ya Allah.. sebak tau bila fikir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2017 09:00 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 11-3-2022 12:57 PM

Masjid Kuu'. Masjid lama yang dah tak digunakan lagi. Rasulullah saw dikatakan pernah berehat di masjid ni setelah dakwah baginda ditolak, diherdik penduduk Taif siap dibaling batu lagi. Sedih kan? ????

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah. Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Kambing biri2 yang gebu di lereng bukit Taif ni.

Lepas tu bagi monyet kat lereng bukit makan buah yang kami beli tadi hahahah. Stylo sangat tau monyet bukit Taif ni.

Taif ni ialah ziarah terakhir kami sebelum balik ke Malaysia. Esok hari terakhir kami kat Makkah.

DAY 12
Last day in Makkah ????

Malam semalam saya dah siap2 packing dah sebab tak nak kelam kabut hari ni. Hari terakhir jadi saya plan nak spend masa kat masjidil haram. Berat sungguh rasa hati nak balik. Sekejap je dah 12 hari.

So pagi2 tu saya solat Subuh jemaah di masjid. Then, saja nak stay kat masjid. Ingat nak buat tawaf sunat tapi ramai sungguh manusia tengah tawaf.

Jadi saya tetiba terfikir nak ke Hijr Ismail. Dan memang tak ramai orang berebut nak masuk ke dalam Hijr Ismail masa tu. Sebab orang tengah sibuk buat tawaf. Kalau buat tawaf takleh masuk ke Hijr Ismail atau pegang Kaabah. Rezeki lagi sekali dapat spend masa solat dalam tu.

Saya nak kongsikan mutawwif kata, jika kita berpeluang masuk ke Raudhah ke, masuk ke Hijr Ismail ke.. buat lah solat sunat mutlak dulu sebelum solat sunat yang lain. Kenapa? Sebab solat ni boleh memupuk sifat 'IKHLAS' dan rasa tenang kerana niatnya MUTLAK kerana Allah swt.

Contohnya, kalau solat hajat, mesti sebab kita berhajatkan sesuatu.. kalau solat taubat, supaya Allah ampunkan dosa kita.. kalau solat istikharah, ada pilihan dunia yang perlu ditentukan.. dengan erti kata lain, solat sunat lain mesti biasanya ada kaitan sama ada dengan dunia mahupun diri kita..tapi kalau solat sunat mutlak ni, tiada sebab.. sebabnya mutlak hanya kerana Allah. Jadi, dahulukan solat sunat mutlak ni sebelum solat sunat yang lain.

Jadi, lepas habis solat sunat n spend masa dalam ni, saya sambung buat tawaf. Then, balik hotel n prepare untuk check out. Zohor tu turun solat kat masjid n buat tawaf wida’ (perpisahan) n with a very heavy heart, we have to leave Makkah ????

Flight kami pukul 9pm. Jadi ada banyak masa lagi sebab check out 2.30pm. So, kami dibawa solat kat Masjid terapung , nama masjid tu Masjid Ar Rahmah di Jeddah. Masjid ni terletak atas Laut Merah, laut yang Allah izinkan terbelah dua untuk bagi laluan Nabi Musa lalu ketika melarikan diri masa dikejar firaun. Kami solat Asar kat sini sebelum gerak ke airport.

Boarding JED - KUL.

All in all, pengalaman umrah kali ni memang sangat berharga buat saya dan suami. Saya masih ingat masa ke kursus umrah, kami diingatkan, persediaan nak ke umrah bukan setakat nak packing je. Tapi fizikal dan mental paling kena ready. Banyakkan buat solat sunat, bangun bertahajud, mengaji.. SEBELUM berangkat. Sebab kalau tak biasa, nanti di sana, walaupun kita nak buat solat sunat tu semua.. tapi jasad kita yang tak ready sebab tak biasa. The point is, persiapkan diri kita untuk nak menghadap Allah di Baitullah ni way ahead before kita nak pegi.

Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada As Shams travel & tours untuk pengalaman yang cukup manis ni. Terima kasih kerana memudahkan urusan2 kami dengan servis yang sangat baik, makanan siap hantar ke bilik lagi ????

Saya doakan semua yang membaca ni akan dimurahkan rezeki dan dijemput Allah swt untuk ke bumi Makkah n Madinah. Saya pun sampai sekarang macam tak percaya je dah ke sana. Beza sungguh perasaan travel ke Makkah n Madinah dan ke tempat2 lain. London, Paris, New York (k New York belum pernah pegi lagi hehe) cant beat how awesome Makkah n Madinah is.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberi nikmat kesihatan yang baik, dianugerahkan kelapangan masa untuk menunaikan haji, rukun islam yang ke 5 sementara kita masih berkudrat tenaga n mampu. Aminnn…

Thanks a lot for reading this. Moga bermanfaat untuk anda yang membaca ❤
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 07:29 AM | Show all posts
Pada saya, lebih suka guna ejen untuk travel (ini ikut pilihan masing2) sebab pernah juga sekali pergi Australia rancang sendiri..agak susah sebab kene pandai guna public transport and ada masa yang kita perlu sewa kereta. Pada saya, kalau ada ejen..kita dah x perlu fikir tentang itu semua. Ejen biasanya akan bagi pilihan samada kita nak yang private atau secara berkumpulan mengikut pakej2 yang disediakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 08:01 AM | Show all posts
Tips ke Turki-
Dah book ke sini, kazen baru ajak ke Sepanyol. Duh. Tapi hilang menyesal sebab saya memang suka sejarah...Turki ni terbelah dua, sisi Asia dan Eropah. Ingatkan ala Arab semata..Semua penginapan n cruise naiktaraf 5 bintang sebab ada 3 kes letupan seblm arrival. Mujur kat sana tak ada lak. Balik 4 hari kemudian letupan bom di kawsan beli-belah dia...

Instanbul- best tengok tinggalan sejarahnya, subenir murah beli di kawasan ini..syok golek lepak kat padang area Blue Mosque n Hagia Sofianya..

Kusdasi- duduk hotel tepi laut dia. Cantiknya pemandangannya dan pantai...terutama waktu subuh...pukul 4 pagi dah terang, 10 malamnya dah gelap...seafood hotel dapnya...feast of food...rambang mata...jumpa geng Muslim Ugyur...lawanya..muka China + kokesen...sorang tu sebiji mcm arwah mak, terus snap foto dgn dia...

Ankara- panas gila cuaca, tempat lain sejuk je.. sejarah Kamal Attaturk pe lagi...srmpat tgk upacara meletak flower bouquet kat maosoleum dia...citer lawak ada awek geng kami yg pakai tshirt military, but, backpack n rayban...dtg military derang check ingat suicide bomber nyaris x kena block masuk...

Bursa- ala Cameron Highland...hotel ala English Cottage, makanan European habis...pasta2 lassagna sodapp...strawberri n fruit sini memang sweet n delicious...singgah cherry farmnya...best2...org Turki ni hensem n lawa, part yg mix blh Europe...

Kappadokia- tak terkata seronoknya dok hotel gua..dpt lak bath tub besar...dok berendam air panas je...sini tqk perlu aircond...atas bukit dah sejuk gila...restoran hotel kat tingkat atas...cantik gila view dari atas tu tengok mukabumi kesan gunung berapi dia...naik belon..wow..

Pamukkale- best tempat pigeon tu...bukit kalsium...beli kekacang sini best 3 pek rm10, borong pistachio la pe lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 08:20 AM | Show all posts
Sambung-

bestnya dpt tahu sejarah Mirlana Jalaluddin El Rumi- pergi makamnya dan ayahnya bersama ruang letak janggut Nabi SAW yg berbau wangi, semoat solat ruang sembahyang seblhnya, tak lupa kisah Muhammad Al-Fateh bukan versi Dracula Untold tu- ni naik cruise ship khas utk grup kami dot tengok istana dia n guide cerita sejarah Turki n tokohnya...selat ni membelah srmpadan Turki sisi Asia n Eropahnya...dpt rasa teh Turki..

Insiden lucu masa beli extra luggage kat street beli belah yg baru lps dibom seblm dtg Turki..gi la heret beg tu n lepak kat tram stop dia tunggu guide n yg lain blom sampai...siap kena chat Acik Turki situ...ingat saya org Turki belah Asia kot...haha...nganga je dgr dia...pakwe seblh dia gelak2 kat saya...jawabka Sorry Im not from here...dia tanya nak naik tram..ada gak beberapa yg lain mai tanya psl tram cam kita org local. Lastnya pakwe yg gelak tu tlg jwbkan. Boring tunggu tu snap snap foto...ramai lak polis2 ganteng n kereta polis..kemudian atas bas baru tersedar- polis tu standby ingat suicide bomber ke hapa sebab dok seret beg luggage tu...BINGO..patut la...gelak guling2 bila ingat balik...

Borong baklava 4 kotak rm100 dari bakeri Spice Market...kekacang, tshirt eehelai rm10-18 berhelai2...cantik desain tshirt nya..mlm seblm balik mkn kat restoran Indo yg kawen org Turki...mkn n hbs leh top up...sup buntot wins! Seblhnya kedai buah borong cherry n strawberi, rm8 sekilo sebab tokeh kwn baik tokeh restoren tu...angkut buah balik Mesia...leh pek elok2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Drsgonfruit at 5-2-2017 10:38 PM
seribulan replied at 5-2-2017 08:01 AM
Tips ke Turki-
Dah book ke sini, kazen baru ajak ke Sepanyol. Duh. Tapi hilang menyesal sebab saya  ...


Turki was 1 of the best place to be visited.to be able to witness how Islam was so strong in between the western continents.the history, landscapes, architectures are amazing. Mmg best. Pamukkale sgt lawa. Actually dpt pegi istanbul shj pn cukup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 05:54 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 10-2-2017 12:57 PM

Ancient ruins of Herapolis...tertinggal lak nak tulis...rasa cam Hera ke Hercules akan muncul lak...cam area Itali yg Coliseum tu lak...

Satu lagi underground tunnel...macam Chuci Tunnel Vietnam...
pigeon city...lava gunung berapi di Kappadokia, eh ke Pamukkale, yg telah keras ditebuk ala bandar utk tinggal. Ada ruang tamu, bilik, dapur dan qda yg tempat ibadat. Menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
i baru perasan board ni..
best nya pengalaman korang...

i nk tnya, boleh percaya ke pakej travel murah kt ig???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
winda_klose replied at 10-2-2017 12:53 PM
i baru perasan board ni..
best nya pengalaman korang...


Tak pernah guna ig tapi setakat ini FB okay.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2017 12:13 PM | Show all posts
pertama kali UMRAH-corat-coret...

Madinah dulu- transit Abu Dabhi - Jeddah...

-Jauh gak flight ni semua...agak penat...naik Etihad, jadi dapat caj phone...n nonton tak la boring...
Sampai Madinah- memang seronok jumpa pelbagai bangsa manusia...ralit tengok features dan dressing diorang semua...

- Hari pertama Zohor di Masjid Nabhawi...balik dapat nasi Arab percuma dari lori kecil yang edarkan sedekah...sedap betol nasinya walaupun nasi dan ayam sahaja dalamnya...Alhamdulillah pengalaman unik dapat hari pertama...

- Dinener...kami salahfaham...silap pergi tempat makan...dapat la makan burung puyuh goreng yg memang faveret...halal je...sebab tersalah faham...

- seronok dapat ikut lawatan bersama mutawwif keliling Masjid Nabawi...habis ikut geng lawat kedai berdekatan- rambang tengok jubah-jubah terkini...abaya...sapu je yang rasa reasonable harga- setakat di sana dapat jubah yang harga rm50-rm100...rajin tawar-menawar...beli gak baju ala maxi...
yang jual kaki lima tu biasanya kurang kualiti...elakkan beli...pandai gak penjual sini cakap Melayu..yg simple2... gelarkan kami Hajah..Hajah...

- dapat beli kurma Tanah Haram dari pelajar Malaysia di sini...3 kotak rm100..berbaloi...

- dapat beli pelbagai kekacang dari mamat Arab jual masa singgah kat restoran tepi jalan on d way Mekah...ustazah group kami rajin nyakat mamat ni yang memang hensem tapi malu...nak angkat n tentang mata pun tak mahu...haha lawak tengok ustazah usik cakap arab dengan dia sambil kami dok kunyah sket kacang yang ada konon nak merasa...beli gak pistachio sekilo kat dia...sedap n murah hasil godaan ustazah...

- on d way gi lawatan Tanah Haram, singgah ala-ala RnR, ada makcik Turki beri sekeping roti yang dia beli...sdap n masih panas...straight from the oven...rupanya ada jual kat mart dia...gi al masuk n nak beli...rm1 utk 4 keping...macam roti pita tu...sedap makan panas...kawan dok ngendeng sekepingutk hubbynya yg lapar ...nak bayar ...saya kata tak payahlah..sekeping 25 sen...dia pun terkejut...murah sesangat...

-Raudhah...terkejut rebut-rebut  masuk...huhu...tapi dapat la terus ke hadapan untuk pengalaman manis di sini....

- suka tengok 'payung besar' Masjid Nabhawi...ralit tengok bila dia buka @ katup...

- pengalaman bersama tong air zam-zam...bestnya...tak terkata uniknya pengalaman...berkat doa yang diberi Ustazah Saniah dari Tabung Haji...baca doa dari helaian a4 ayng dia bagi alhamdulillah tak pernah batal wudhuk...sian plak ada kawan sorang tu kerap bauang angin jadi kena perbaharui wudhuk...

- kasut selamat dan tidak hilang...ini baca petua dari bod pelancongan...siap plastik dan simpan tempat yang mudah diingati...

- bff pun pergi awal dengan rombongan femili n satu kampungnya dari Kedah...whatsapp dengan dia...dia gi Mekah baru ke Madinah...dia cerita ada sorang pakcik tu sampai Mekah jadi lupa ingatan...kesian dengar cerita...kami yang belum ke Mekah risau gak ni...

- nak gerak Mekah...tunggu transport...boleh tersua colleague yang baru sampai dari Mekah...kecilnya dunia...sempat posing ambil foto sama2...

akan disambung jika ada yang tertinggal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2017 12:40 PM | Show all posts
seterusnya corat-coret @ Mekah

- seronoknya masa nak masuk bandar Mekah...siap dalam ihram tu...sampai 3 pagi terus tawaf...agak kosong...alhamdulillah dapat dekat mutawwif pembantu dari Indonesia...jadi senang buat tawaf...masa Saei...ntah macamana dah habis terpisah plak dgn grup...aduh...tapi memang ingat tempat letak kasut jadi gi situ n duduk tunggu yang lain...mujur ada cleaner laki Indo jadi pinjam fon dia dan call nombor mutawwif n beritahu dia ada tunggu kat tempat kasut..kot dia ingat saya hilang ke hapa...impress dia, masa nak balik siap offer kat saya jadi mutawwif...tak berani terima sebab rasa diri ini kerdil dan rasa kerjaya yang ada ni tidk mengizinkan kot...terkenang-kenang kalau jadi mutawwif best tentunya

- Alhamdulillah merasa ikut sembahyang Jumaat...pengalaman unik seumur hidup betul...sempat merasa solat di depan Kaabah, dalam masjid n luar masjid...saja cari pengalaman...campur2 pelbagai manusia...

- kita hanya merancang, tuhan yang menentukan...boleh pula lepas tawaf ke 2 dapat uzur...sedangkan bukan masanya tak sedia apa pun...mujur di sana murah je barang yg diperlukan...5 hari kerja saya 'tawaf' keliling bandar Mekah sudahnya, bukan Kaabah...harga barang di sana lebih kurang Malaysia dan ada masanya murah lagi...jus buah sekotak rm1...aiskrim rm1...ni memang tiap2 hari borong n rasa...elok utk cuaca panas...alhamdulillah cuaca yang sepatutnya panas tapi redup sahaja...cuma berabuk... sebab constructions n lotsa pigeons...jadi saya pakai tutup muka sana...mula nak beli mask bebanyak...kawan nasihat beli tutup muka purdah tu...boleh basuh2...

- rindu nak tengok Kaabah- saya masuk gak tapi tak leh berhenti..ni usatazah pesan sebab saya tgh cuti tu...jadi lalu le untuk hilang rindu...sambil selfie2...sempat tu

- puas gak jalan2 masa grup gi buat tawaf segala...saya ronda2 sorang siang...teringin nak makan kebab tok Arab...gi la singgah stall depan kedai dia...dia ingat mak arab kot pakai tutup purdah tu...guna bahasa isyarat...nak satu kebab...bagi 5 riyal...lawaknya dia bagi 2..sedang dah tunjuk 1 jari je...halal je ...dia sedekah kot...rezeki..

- malam grup gi tawaf lagi...ada anak buah ustazah sorang laki form3 n sorang pompuan form5 ajak saya temankan derang gi keliling...masa ni saya tinjau jubah Mekah plak...ada sekali nyaris tak berebut beli jubah dgn mak Arab...saya dah pegang dia nak tengok...saya terus bayar...kan leh harap mak Arab ni..hihi...dpt rm90...last stok sehelai je jubah ni...masa balik saya pakai sebab baju dah habis...sya pergi sana pakai jubah stok lama n agak daif...jadi saya terus let go tinggal sana...beli yang baru...yg terkejutnya ada dlm grup tu tengok jubah yang saya pakai tu n beritahu di Mesia harganya rm600...patutla mak Arab tu sebok nak tengok

...banyak lagi cerita..tapi dah penat menaip...

kalau rajin saya sambung pengalaman @ Mekah n balik KL- transit Jeddah-Abu Dhabi...ada 2 pengalaman yang menimpa 2 ahli rombongan yang boleh dibuat iktibar....memang rasa cuak buat umrah ni takut dapat pengalaman yang iktibar ini la...Alhamdulillah berkat helaian A4 dari Ustazah Saniah dapat elakkan diri saya dari mengalaminya...perbuatan boleh dielakkan...cuma pemikiran...ini yang sukar semua orang nak elakkan...apa yg tersdetik di hati dan timbul di fikiran...ini yang bahaya jika tidak disucikan dulu pemikiran...perkataan dan perbuatan masih senang untuk dibendung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2017 10:26 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-2-2017 10:42 AM

Sambung...

Kadang2 saya jalan melawat tapak rumah, antaranya tapak rumah Nabi SAW...ni buat foto profail Whatsapp...lawat tapak rumah Saidina Abu Bakar yg dah jadi surau kat area Safwah Tower...
Tapak rumah Abu Jahal yang jadi tandas...


Pengalaman iktibar-


Saya ni jenis kurang sabar dengan kerenah manusia, memang tiada dugaan lain kecuali kerenah manusia la yang saya hadap di sana

Ada sorang wanita dalam grup saya agak kurang mesra sesama ahli grup, mungkin dia dtg bersama suami, 2 anak lelaki yg sekolah rendah, adik lelaki n perempuan, ibunya. Nak jadi cerita semasa tawaf berseorangan wakru tghari dia terjatuh dan dipijak mak2 Arab. Mujur ada nampak lambang agensi dan cam muka dia lalu panggil adik lelakinya utk tolong kakaknya. Kakinya patah. Selepas itu baru lah dia mulah cuba beramah mesra dgn ahli grup. Anaknya yg 2 org tu ahli grup sama2 jaga akhirnya...

Ada makcik dalam grup kami sudah berkahwin 5 kali, ada la kawan dia yang suka buat joke ttg makcik ni konon bakal kahwin kali ke 6...mula2 lucu...kemudiannya kerap joke tu, rasa kesian plak kat dia...ironinya kawan dia bila dah balik Mesia, kena langgar troli di KLIA, berita di whatsapp grup katanya masuk Hospital Pantai sudahnya..mungkin kerana mulut badan binasa...

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 12:14 PM | Show all posts
wahhhh I love this thread
mengimbau kenangan sungguh. I remember mkn margherita pizza kat Pisa, Italy sedap baq hang mkn dgn keyakinan supaya tak timbul syubhah

one thing I learn, susah bebenor travel dgn infant but one fine day for sure we will go for Europe trip sekali lagi but this time bawa anak2 travelling backpacker je hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 12:31 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-2-2017 10:26 AM
Sambung...

Kadang2 saya jalan melawat tapak rumah, antaranya tapak rumah Nabi SAW...ni buat foto  ...

nak share juga pengalaman iktibar

1. Disana mesti berlapang dada. Jgn mudah sakit hati walaupun cuma berkata-kata dalam hati psl Allah byr CASH cerita dia masa tu ada anak arab mkn cekelat, masatu i belum ada anak, i cuma ckp dlm hati... ish mak dia ni biarkn mkn cekelat nanti kena baju org bdekatan kn kotor. Nahhhh.... kotor baju i walaupun i duduk jauh sikit dari diorang
2. i siap pesan kat spouse i jgn dekat2 nanti batal wudhu.... hahh.... hambek kau... i pula yg kerap ambil wudhu asyik terkena
3. Kita mesti redha utk apa2 aje. masa tu sandal anak2 i hilang, so i tak kesah sgt lah. kalau rezeki halal maka jumpa lah kalau tak takpe lah. esoknya balik semula dlm masjid hahhh..... elok je tersusun dkt rak simpan Quran tu

i rindu nak pergi sana lagi. the feeling is so much different dari pegi holiday kat mana-mana, kepuasan tu susah nak describe!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Drsgonfruit at 18-2-2017 03:04 PM
seribulan replied at 20-1-2017 09:52 AM
Edited by seribulan at 5-2-2017 11:52 AM
1 Tip ke Europe-



Sy kalau travel, tak keen sgt shopping except for souvenirs and things yg represent the place i go, even the cheapest and simplest thing pn takpe. Contoh mugs, fridge magnets  (some places magnets ni mahal sgt lepas convert so sy akan beli benda lg worth it dr magnet yg melekat di peti ais tu). Contoh kalau pegi tempat mcm swiss, harga magnet lepas convert adela dlm RM 40.. So sy opted for pisau victorinoux (made in Swiss) which after converted dpt dlm RM 12.. which lg worth it? To me, pisau la.. boleh la buat potong buah, bawang etc.

And sy kalai travel..i like to go see places..especially benda2 yg xde kt malaysia.. contoh mountains, natures, architecture  (mcm Turkey, china), cultures etc except for shopping.. the experience lagi best to share with people.. and of course great pictures without editing..

Belum pegi byk tempat lg. Tp alhamdulilah so far it has been the best. Walaupun pulau pinang

Hope this helps and inspire people  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 02:37 PM | Show all posts
Can anyone share experience pergi tempat ski resort kat korea yang child friendly?
I tak suka ikut travel agent coz tak bebas dan masa terlalu padat. I prefer travel light and easy

I tak minat korea tpi anak2 I nak sgt pergi sana masa school holiday nanti. my sibs dah ada yang pernah pergi sana tpi bkn family trip (tak bawa children). boleh tak suggest tempat2 menarik utk kanak2 kat sana. we usually go for holiday plg kejap 1 wk and max 2 wk.

Thanks in advance
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 03:15 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-2-2017 07:41 PM
MainemHu replied at 20-2-2017 01:37 PM
Can anyone share experience pergi tempat ski resort kat korea yang child friendly?
I tak suka ikut  ...

Gi la Everland Theme Park...ada petting zoo...naik cam ski lift tu...rollercoaster semua mainan untuk kanak-kanak ke dewasa ada...water park pun ada...

Ski resort hari tu kami pergi kat Daemyung Vivaldi Park.

Daemyung Vivaldi Park is about 1.5 hour away from Seoul and can be reached by shuttle bus leaving from Jamsil Sports Complex Station. It is probably the most favorite quick drop-in skiing destination among Seoulites, and it is also the most popular with snowboarders. With 13 slopes as well as indoor screen golf, bowling, billiard and karaoke, there’s plenty to do besides snow riding. 3 day packages from 239,000 KRW. More info here: www.winterfriend.com and www.daemyungresort.com/asp/language/english/index.asp or call +82-1588-4888.



[size=26.5899px]http://korealtrip.com/trip/daemyung-vivaldi-ski-resort-reservation/?ckattempt=1





   
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 10:11 AM | Show all posts
seribulan replied at 20-2-2017 03:15 PM
Gi la Everland Theme Park...ada petting zoo...naik cam ski lift tu...rollercoaster semua mainan un ...

Thank u kak seri

i akan cuba susun itinerary tempat2 best utk pergi hols dsna... slalunya i prepare itinerary awal2 mana2 destination nak pergi tpi bab negeri i tak minat terus mati akal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2017 12:39 PM | Show all posts
MainemHu replied at 25-2-2017 09:11 AM
Thank u kak seri

i akan cuba susun itinerary tempat2 best utk pergi hols dsna... slal ...

No prob, bro. Just try reading travel blogs on the place.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2017 11:14 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 03:06 PM GMT+8 , Processed in 2.245737 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list