CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 14-9-2016 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Uik..seramnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 14-9-2016 03:21 AM
Kes 'Pontianak Atlas' (the Atlas Vampire)



Seram sungguh....dahsyat2 gak pembunuhan dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 10:46 AM | Show all posts
Tuan tanah, thread yang sangat menarik
Teruskan usahamu menterjemah cerita misteri ke dalam bahasa Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt for sharing the stories. Kalau tt tengok cerita Ghost Adventure tu, mmg banyak kan kes pembunuhan kejam kt negara omputeh. I is scary
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 02:43 PM | Show all posts
HazeLJoseph replied at 13-9-2016 06:52 PM
Bukan takat cermin,tv,microwave,oven wegala yabg ada skrin pun ada yg tutup hingga ke hari 40, rea ...

haa.. ye.. apa2 surface yang ada reflection kena tutup.. pasal apa tah tak penah pulak aku tanya masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cfa replied at 14-9-2016 02:43 PM
haa.. ye.. apa2 surface yang ada reflection kena tutup.. pasal apa tah tak penah pulak aku tanya m ...

Theyols xnak soul si mati terperangkap dlm cermin, jadi hantuuuuuu~
ni kata mama iols ok
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 05:01 PM | Show all posts
Cintakapuri replied at 14-9-2016 03:18 PM
Theyols xnak soul si mati terperangkap dlm cermin, jadi hantuuuuuu~
ni kata mama iols ok

ohh.. macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 05:14 PM | Show all posts
Cintakapuri replied at 14-9-2016 03:18 PM
Theyols xnak soul si mati terperangkap dlm cermin, jadi hantuuuuuu~
ni kata mama iols ok

member india aku lak bgtau, ia sekadar menghormati jenazah. tak mau la yg datang melawat tu dok belek2 cermin, belek2 bingkai gambar tak beri tumpuan kat jenazah tu...




Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 05:16 PM | Show all posts
Best TT

KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA scary betul...
kapak kepala sampai hancur...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2016 05:55 PM | Show all posts
thanks you tt sbb bersusah payah carik artical dan siap terjemah sekali tu, mmg seronok iollss baca case unsolved mcm ni, iolsss mmg suka tgk channel astro 732 (CI) pasal kes pembunuhan ni, ada yg x settle ada yg settle case, tp tulah kat oversea banyak betul rumah2 tua mcm ni, sbb tu banyak yg berhantu. xsabar nk tunggu tt hupdate cite baru. kalo tt tgk channel 732 tu banyak gak case murder yg menarik. contohnya cite murder make me famous tu, ada case murder natalie hollaway, laci petterson, mcm2 lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2016 09:33 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 14-9-2016 10:46 AM
Tuan tanah, thread yang sangat menarik
Teruskan usahamu menterjemah cerita misteri ke dala ...

Terima kasih atas kata2 dorongan kalian semua.   hihihiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2016 09:41 PM | Show all posts
evlinne replied at 14-9-2016 02:19 PM
Thanks tt for sharing the stories. Kalau tt tengok cerita Ghost Adventure tu, mmg banyak kan kes pem ...

Tak terkira rasanya kes2 pembunuhan kejam kat US. Mungkin sbb dia org awal maju drpd kita jd pemikiran pon advance nak bunuh manusia yg lain dlm cara yg sadis. Ha'ah... kita org sefamily suka tengok Ghost Adv. Rumah Villisca tu pon pernah disiasat oleh Zak Bagan and the gang. Dia org siap rekod lg suara EVP pembunuh yg mengaku bunuh 6 org budak katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2016 09:59 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 14-9-2016 05:55 PM
thanks you tt sbb bersusah payah carik artical dan siap terjemah sekali tu, mmg seronok iollss baca  ...

You're welcome
Banyak kali dah baca, jd tak susah sgt nak ulang semula dlm ayat sendirik Ch. 732 channel fave ai tuh... Morbid fascination kot, bukan sebab enjoy atas nasib malang mangsa tp perasaan ingin tahu kenapa pembunuh tu membunuh? Apa yg terlintas dlm fikiran masa ambik nyawa org? Mcm mana sesetengah kes yg akhirnya jd 'unsolved'? etc Sejak zaman sekolah, ai suka baca apa saja psl jenayah... sampai pernah pinjam buku crime di UK yg dikeluarkan thn 1959
lagi satu ai berminat dgn serial killers... Jack the Ripper, Zodiac Killer, Ted Bundy, Aileen Wournos... you name it


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:41 AM | Show all posts
dani-rox replied at 14-9-2016 09:59 PM
You're welcome
Banyak kali dah baca, jd tak susah sgt nak ulang semula dlm ayat sendirik  Ch ...

wah ada geng lah mcm ni, i dulu perasan channel metro tu sbb tgk channel lifetime lah, astro selalu kuarkan iklan cite killer kid langsung i beli channel tu, skang dh xlayan channel lain dh

betul cakap u kadang2 xfaham apa motif diaorang buat jenayah tu, sometime sampai xterfikir kenapalah US halalkan senjata mcm pistol tu. mmg xpelik lah kat oversea lagi banyak hantu dari malaysia sbb sana lagi banyak case pembunuhan c0mpare sini. dulu ada cite medical detactive kat 732skang dh xde dh. kita tunggu jek season baru kuar.

hope u leh upload more kisah misteri, xsabar nk tunggu ni



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. Anything about black dahlia and the zodiac killer? Sampai sekarang tak tahu siapa zodiac killer tu kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 07:41 PM | Show all posts
aimie11 replied at 15-9-2016 07:24 PM
Tt.. Anything about black dahlia and the zodiac killer? Sampai sekarang tak tahu siapa zodiac killer ...

bole gak masuk dlm list... coming soon Zodiac killer ada suspek, cuma hearsay jah dan tak cukup bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-9-2016 07:41 PM
bole gak masuk dlm list... coming soon  Zodiac killer ada suspek, cuma hearsay jah dan tak cukup ...

Pernah tengok video buzzfeedblue unsolved case rasanya pasal zodiac killer n black dahlia. Pasal rapper kena bunuh tu pon da... Tt bole la tengok kalau nak buat next idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 09:24 PM | Show all posts
aimie11 replied at 15-9-2016 08:06 PM
Pernah tengok video buzzfeedblue unsolved case rasanya pasal zodiac killer n black dahlia. Pasal r ...

Ok. Thanks aimie
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
menariknya TT! iols suka tengok buzzfeed unsolved mysteries

paling seram bg iols kes somerton man dgn episod man in black
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 11:48 PM | Show all posts
KES TOPENG LEAD (The Lead Masks Case)








Dua kematian dalam satu kejadian ganjil telah berlaku di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1966. Sehingga kini kematian mereka dianggap sebagai unik dan tiada siapa yang boleh memberikan penjelasan yang tepat dan logik mengenainya.

Pada 17 Ogos 1966, dua pekerja membaiki elektronik dari Campos dos Goytacazes menaiki bas ke bandar, memberitahu keluarga bahawa mereka ingin pergi membeli barangan untuk kerja dan juga membeli kereta terpakai. Lelaki-lelaki itu - Miguel Jose Viana and Manoel Pereira da Cruz, kemudiannya singgah di sebuah bar untuk membeli sebotol air. Penjaga bar yang menceritakan semula kepada pihak polis, perasan akan Miguel yang kelihatan terburu-buru dan gelisah sambil melihat jam tangannya. Itulah kali terakhir dua sekawan itu dilihat masih hidup.

Tiga hari kemudian, seorang pemuda Jorge Costa Alves sedang bermain laying-layang di Bukit Vintém (Morro do Vintém) apabila dia menemui mayat kedua-dua lelaki itu, dan dia lantas menghubungi pihak berkuasa. Polis dapat mengesan tempat terakhir Miguel dan Manoel dilihat dan menemui pelbagai barang pada tubuh dan sekeliling mayat mereka. Kedua-duanya berpakaian kemas – iaitu ‘suits’ dan kot kalis air. Selain itu, mereka memakai topeng diperbuat dari ‘lead’ (plumbum) tanpa lubang mata, seolah-olah dipakai bagi mengelak daripada pancaran radiasi.




Di tempat kejadian itu juga, terdapat sebotol air, satu paket plastik mengandungi dua tuala basah dan buku nota. Buku nota itu menambahkan lagi kekeliruan bagi para penyiasat. Dengan tatabahasa yang tunggang langgang, di dalamnya tertulis; "16:30 estar no local determinado. 18:30 ingerir cápsulas, após efeito proteger metais aguardar sinal mascara" (16:30 berada di lokasi spesifik yang telah diberitahu. 18:30 telan kapsul, selepas efek lindung topeng metal tunggu isyarat). Wang untuk pembelian kereta pula tidak ditemui.





Beberapa autopsi telah dilakukan beberapa hari selepasnya, namun ini juga tidak memberikan jawapan yang dicari oleh pihak polis. Tiada kecederaan dan tiada apa yang ditemui  pada mayat-mayat mangsa yang boleh diklasifikasikan sebagai penyebab kematian mereka. Kemungkinan besar kapsul yang ditelan memainkan peranan. Dikatakan dalam hal-hal sebegini ujian toksikologi adalah normal, tetapi tidak dijalankan pula dalam kes ini. Kenapa? Menurut polis, jabatan koroner sangat sibuk sehingga organ-organ mangsa dibiarkan mereput begitu saja – Seterusnya menghilangkan apa saja sisa-sisa racun atau bahan asing yang tinggal.

Akhirnya para penyiasat dan orang ramai yang berminat mengenai kes ini mengemukakan beberapa teori – Miguel dan Manoel bertemu dengan seseorang berkaitan dengan bahan radioaktif, mereka sedang melakukan eksperimen, juga mungkin mereka ditipu dan dibunuh kemudian dibuang di bukit tersebut. Mangsa-mangsa juga dikatakan mungkin sedang menunggu untuk menaiki sebuah kapal angkasa.


Fakta menarik:

  • Seorang rakan kepada kedua-dua lelaki itu menyatakan bahawa Miguel dan Manoel adalah ahli satu kumpulan ‘scientific spiritualists’ – Mereka percaya penggunaan dadah membolehkan mereka menghubungi makhluk asing atau roh. Topeng itu pula bagi melindungi mata mereka daripada cahaya yang sangat terang benderang ketika ‘mencari’ makhluk-makhluk tersebut.
  • Penulis yang mengkaji kes ini, Jacques Vallee mendapati walaupun beberapa tahun selepas kejadian itu berlalu, rumput tidak tumbuh lagi di tempat mayat-mayat itu berada.
  • Bukit Vintém pernah jadi tumpuan kerana dikenali sebagai hotspot untuk UFO. Penduduk-penduduk di situ mendakwa selalu melihat kapal-kapal angkasa yang pelik terbang dan mengelilingi bukit tersebut.




Sumber wiki, website 1 & website 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.081746 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list