CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 21-10-2016 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-10-2016 11:21 PM
lupa lak nak tambah... tabung rahsia Lugdi bila dijumpa semula oleh Shanti, dah kosong takda duit. S ...

Hihihi,bahaya tu    ,nasib suami Ludgi mngaku,kalo x abis dbayangi misteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 20-10-2016 11:00 AM
setia dia pada suami sampai tak berkawin walaupun dalam kelahiran kedua
berbeza kalau lelaki 10 kal ...

Hihihihi    10x klahiran semula...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:27 PM | Show all posts
wow amazingnya, mungkin secara kebetulan tapi ikutkan org kita xde plak jadi kes kelahiran semula ni, i rasa lah kan mungkin masa hidup luige dia mmg dah pasang niat nk hidup semula so Allah makbulkan permintaan dia tu, seronok baca kisah mcm ni please tt nak lagi cite best. hari2 ai check ada cite baru x kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 05:35 PM | Show all posts
WeAiNe replied at 20-10-2016 11:00 AM
setia dia pada suami sampai tak berkawin walaupun dalam kelahiran kedua
berbeza kalau lelaki 10 kal ...

bkn sis, 10 kelahiran berkemungkinan 20 kali kahwin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2016 10:19 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 21-10-2016 04:27 PM
wow amazingnya, mungkin secara kebetulan tapi ikutkan org kita xde plak jadi kes kelahiran semula ni ...

kalo ikutkan nak jah post cerita tetiap hari, tiga hari sekali ke
kekangan masa (cewah), nak pindah rumah baru tak lama lg... mungkin bertambah slow down la. harap2 kalo semua dah settle nanti ai cuba share banyak lg cerita2 menarik hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Menariknya kisah reincarnation tu, padan muka suami dia kan dah dihantui balik dgn peel tak baik dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 21-10-2016 05:35 PM
bkn sis, 10 kelahiran berkemungkinan 20 kali kahwin

Hihihi...beruntung bdn   
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
suka sgt baca cite2 TT ni.. xsangka eh byk betul kisah2 misteri.. Terbaik TT!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2016 11:31 PM | Show all posts
Sis dani..bestnya citer2 dlm ni..bleh copy x..buat bacaan my gang n i jahh..opis xdak tenet..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2016 01:19 AM | Show all posts
montkoda replied at 23-10-2016 08:52 PM
suka sgt baca cite2 TT ni.. xsangka eh byk betul kisah2 misteri.. Terbaik TT!!

thanks montkoda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2016 01:21 AM | Show all posts
alieyrina replied at 23-10-2016 11:31 PM
Sis dani..bestnya citer2 dlm ni..bleh copy x..buat bacaan my gang n i jahh..opis xdak tenet..

Sila2... Boleh2 adja copy
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 10:40 AM | Show all posts
tiada cite baru ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 01:33 AM | Show all posts
Kes YOGTZE (YOGTZE-Fall) Yang Membingungkan Seluruh Jerman







Pada thn 1984, Günther Stoll adalah seorg penganggur yg pernah bekerja sbg jurutera dlm industri makanan. Waktu itu, boleh dikatakan dia sedang mengalami masalah kewangan, namun ada satu lg bencana yg jauh lg besar bakal berlaku dlm hidupnya – berkaitan dgn paranoia klinikal, dan keyakinan bahawa dirinya menjadi sasaran seseorg atau sesuatu yg mempunyai kuasa jahat.

Setiap hari Stoll akan berkongsi perihal ketakutannya kpd ‘mereka’, pd isterinya. Menurutnya, dia selalu melihat bayang2 hitam berlegar2 di sekelilingnya. Siapa atau apa saja bayang2 itu, Stoll percaya ‘mereka’ cuba mencederakannya.

Pada petang 25 Oktober, Stoll sedang bersantai2 di dlm bilik tidurnya. Tiba2 dia terus bingkas bangun dan menjerit, “Jetzt geht mir ein Licht auf!” (Sekarang barulah aku faham!). Isterinya yg terperanjat dgn perlakuannya itu hanya melihat saja Stoll mencapai pen dan sekeping kertas, lelaki itu terus menulis frasa: ‘YOGTZE’ atau ‘YO6TZE’ – para penyiasat berbalah pendapat di sini, sama ada huruf ‘G’ adalah sebenarnya no. ‘6’. Walau bagaimanapun, Stoll mengabaikan saja mesej misteri itu dan mengambil keputusan utk keluar.


Gambar Stoll, dan keretanya.

Malam semakin lewat, tetapi Stoll berasa ingin menikmati minuman alkohol. Dia lantas menaiki kereta Volkswagen Golf-nya dan memandu ke bandar Wilnsdorf, menuju ke pub kegemarannya di mana dia memesan segelas bir. Namun sebelum lelaki itu sempat minum, dia tersungkur ke lantai dari bangku yg sedang didudukinya, begitu kuat hingga menyebabkan wajahnya tercedera. Ramai saksi yg terperanjat dgn insiden itu, memandangkan Stoll kelihatan normal dan tidak mabuk, tambahan pula dia belum sentuh pun gelas birnya itu.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 11 malam, tetapi malam masih lg panjang utk Stoll. Setelah tersedar drpd pitam akibat jatuh itu, dia meninggalkan pub tersebut, dan utk dua jam seterusnya tiada siapa yg tahu ke mana lelaki itu pergi. Pada pkl 1 pagi, Stoll memandu ke kpg halamannya tika kecil iaitu Haigerseelbach, kira2 10km (6 batu) dari bandar Wilnsdorf. Di situ dia melawat rumah seorg wanita yg dikenalinya sejak zaman remaja. Wanita itu tidak senang akan kehadiran Stoll pd lewat malam begitu dan tidak membenarkannya masuk ke rumah. Tapi dia sudi mendengar apa saja luahan kawan lamanya itu termasuk amaran mengenai kejadian dahsyat yg bakal berlaku.

Kemudian wanita itu memintanya balik ke rumah.

Apa pun, Stoll tidak mempedulikan kata2 kawannya itu. Malah, dia hilang ke tempat yg tidak diketahui utk dua jam lg. Pada pkl 3 pg, dua org pemandu trak ternampak sebuah kereta VW Golf yg remuk di tepi laluan Autobahn A 45. Apabila diperiksa, mereka menemui Stoll duduk di kerusi penumpang hadapan, dlm keadaan bogel dan cedera parah, dan hampir2 tidak sedarkan diri.

Ketika salah seorg pemandu trak sedang menelefon utk mendapatkan bantuan, Stoll menjelaskan kpd seorg lg bahawa dia menaiki kenderaannya itu bersama 4 org yg tidak dikenali, yg kemudian lari meninggalkannya di dlm kereta. Akhirnya ambulans pun tiba dan mengejarkan Stoll yg bermandi darah itu ke hospital – malangnya, dia meninggal dunia ketika dlm perjalanan. Semasa disoal siasat, pemandu2 trak itu memberitahu polis yg mereka perasan akan seorg lelaki memakai jaket putih dlm keadaan cedera melarikan diri dr tempat kejadian sewaktu mereka memberhentikan trak.

Ini adalah fakta yg menambah kekusutan lg pd kes itu; hasil siasatan dan keputusan forensik, Stoll dipercayai bukannya mati dibunuh di dlm kereta, sebaliknya digilis oleh sebuah kenderaan di lokasi berlainan, dan kemudian dia dimasukkan dan ditinggalkan utk mati di dlm keretanya itu.




Banyak aspek yg telah diambil kira dlm kematian Stoll; ramalannya yg menakutkan, misteri perkataan YOGTZE, dan rentetan peristiwa2 aneh yg berakhir dgn lelaki itu ditemui bogel dan nazak akibat kecederaan drpd insiden kereta yg berasingan. Satu teori popular menyatakan Stoll barangkali dilanggar dan digilis oleh kereta yg pletnya tertulis ‘YOGTZE’ atau ‘YO6TZE’, sikap pelik lelaki tersebut pd awal hari kejadian ada kaitan dgn ramalan psikiknya.

Namun sekiranya ‘pembunuhan’ tidak diambil kira, segala perkara pelik yg berlaku ke atas Stoll pd thn 1984 boleh dijelaskan dari segi kesihatan mentalnya – Tidak mustahil dia mengalami paranoia yg teruk. Menulis huruf2 secara rawak, tumbang secara tiba2 di khalayak ramai, mencari kenalan lama dan membebel2 di depannya di tengah2 malam – ini adalah tanda2 bahawa lelaki itu mungkin sudah hilang kewarasannya.

Bagi menjelaskan tempat kejadian di mana Stoll menemui ajalnya pula, adalah satu perkara biasa bg penghidap penyakit mental menanggalkan seluruh pakaian. Kemungkinan sebuah kenderaan telah terlanggar Stoll yg sedang merayau2 di jalan raya dlm keadaan telanjang bulat, di dlm kegelapan malam. Pemandu dan para penumpangnya yg ketakutan memasukkan Stoll ke dlm keretanya sendiri dan membawanya ke lokasi lain, tapi perkara yg membingungkan para penyiasat adalah, kenapa mereka mengambil risiko meninggalkannya di laluan A45 yg sibuk?

Walau bagaimanapun, itu cuma sekadar spekulasi yg direncah dgn rasa skeptikal. Apa yg pasti, secara rasmi polis Jerman menganggap kematian Stoll adalah satu jenayah, dan hingga kini tidak dpt diselesaikan.

Ramai individu dari seluruh dunia cuba mencari kebenaran di sebalik YOGTZE – salah satu kes lama yg mencabar dan menarik yg diambil dari arkib jenayah Jerman.


Wikipedia

Sumber 1/2/3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 01:39 AM | Show all posts

baru jah update
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 08:49 AM | Show all posts
kes yogtze ni tak boleh hadam pemikiran acaner ler
tak ada motif kawan2 famili nak bunuh ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 10:19 AM | Show all posts
good job tt... nnt update lagi cerita baru ok!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 25-10-2016 01:33 AM
Kes YOGTZE (YOGTZE-Fall) Yang Membingungkan Seluruh Jerman



Ke memang sakit mental...   
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
scaryyyy
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:35 AM | Show all posts
Good job tt!..suka baca thread kau ni..ada mse..update lg ok..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 10:02 AM | Show all posts
dani-rox replied at 12-9-2016 08:06 PM
KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA

KEJAMNYA...!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-9-2022 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.090045 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list