CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 11-10-2016 10:07 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 9-10-2016 10:43 PM
jangan risau, astro akan ulang berkali2......aku dah naik hafal tengok kisah Jodi Rias dlm murder  ...

Jodi Arias tu minah saiko... kalo tengok gambar2 crime scene pembunuhan Travis, memang ganas giler.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 11-10-2016 10:42 PM | Show all posts
Teru2Bozu replied at 11-10-2016 09:10 PM
jodi rias tu yg bf dia penganut agama mormon tu ka?

a'ah......tapi Jodi tu lawa, suara pun sedap bila dia nyanyi.   Cara dia bunuh Travis tu ganas gila.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 10:43 PM | Show all posts
dani-rox replied at 11-10-2016 10:07 PM
Jodi Arias tu minah saiko... kalo tengok gambar2 crime scene pembunuhan Travis, memang ganas giler ...

memang ganas betul.......memang saiko perempuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 05:52 PM | Show all posts
dani-rox replied at 11-10-2016 09:53 PM
Teori William berpakat dgn Parry pon pernah dibincangkan oleh penyiasat waktu tu. seorg saksi, jur ...

tt nak cerita murder case of black dahlia

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 05:57 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 11-10-2016 10:42 PM
a'ah......tapi Jodi tu lawa, suara pun sedap bila dia nyanyi.   Cara dia bunuh Travis tu ganas gil ...

tulah tu muka lawa sekali pegi bunuh bf dia plak, yang i kelakar tu sempat snap gambar travis dlm bilik air sebelum bunuh, ai suka episod scott peterson pembuhun yg muka mcm ben affleck dng episod anne hollaway yang kena bunuh kat aruba island tu, kesian mak dia sampai skang xleh terima anak dia dh mati

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 07:13 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 12-10-2016 05:52 PM
tt nak cerita murder case of black dahlia

kesian dia ni, badan sampai kena kerat dua.....muka pun boleh tahan lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 07:18 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 12-10-2016 05:57 PM
tulah tu muka lawa sekali pegi bunuh bf dia plak, yang i kelakar tu sempat snap gambar travis dlm  ...

a'ah Scot  Peterson ni handsome, sampai hati dia bunuh bini dia yg pregnant........mentang2 lah mistress lagi lawa dari bini dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 02:28 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 12-10-2016 07:13 PM
kesian dia ni, badan sampai kena kerat dua.....muka pun boleh tahan lawa.

tulah pasal, kejamnya lahai pembunuh tu sampai bercerai badan, iollsss ni xpaham sangat english so nk terjemahan TT @dani-rox


Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 13-10-2016 02:30 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 12-10-2016 07:18 PM
a'ah Scot  Peterson ni handsome, sampai hati dia bunuh bini dia yg pregnant........mentang2 lah mi ...

tulah tu kalo dh gatal sangat kawin jelah ceraikan bini dia, ni pegi bunuh plak, kesian dh lah bini tengah preggy 8 bulan. cite deadly wives pon sedap gak tp dh habis dh tunggu new season. susahlah xde astro PVR skang ni asyik terlepas siaran jek, babe u tgk x cite my crazy ex skang ni, best siot hahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 09:12 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 13-10-2016 02:28 PM
tulah pasal, kejamnya lahai pembunuh tu sampai bercerai badan, iollsss ni xpaham sangat english so ...

noted. bakal menyusul...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 10:25 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 13-10-2016 02:30 PM
tulah tu kalo dh gatal sangat kawin jelah ceraikan bini dia, ni pegi bunuh plak, kesian dh lah bin ...

tengok gak.....semuanya pakat gila2 x masing2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2016 12:10 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 14-10-2016 12:12 AM

Walaupun kes ni takda bunuh2 yg kejam tp dgn details yg aneh dan menimbulkan tanda tanya, tetap dianggap misteri hinggalah sekarang

KES GLICO-MORINAGA




Selama 17 bulan dlm pertengahan 1980an, muncul seorg (sekumpulan?) lelaki dinamakan ‘The Monster With 21 Faces’ (Raksasa dgn 21 wajah) menakutkan seluruh Jepun dgn beberapa siri kes jenayah. Penjenayah itu gagal ditangkap sehingga kini.


Kes ini bermula pd 18 Mac 1984, apabila dua org lelaki bertopeng dan berbekalkan senjata api menculik Katsuhisa Ezaki, CEO sykt pengeluar makanan ringan Glico di rumahnya. Lelaki itu dibawa ke sebuah gudang di Ibaraki dan dijadikan tebusan utk 1 billion yen. Namun sebelum wang tebusan dibayar, Ezaki berjaya melepaskan dirinya. Malangnya ini baru permulaan bg penjenayah misteri itu.

Pada April 1984, beberapa buah kenderaan yg diletakkan di luar ibu pejabat Glico telah dibakar dan kawasan sekelilingnya juga musnah.


Pihak polis berpendapat penculikan dan pembakaran ini saling berkait, mereka juga yakin penjenayah2 tersebut memang menyasarkan sykt Glico dan pekerja2nya.


Tidak lama kemudian, pada bulan Mei thn yg sama, Glico menerima surat ugutan bertandatangankan “The Monster with 21 Faces” – menyatakan bahawa beberapa pakej gula2 Glico akan dicemari dgn racun sianida. Selepas mengadakan perbincangan, sykt Glico pun mengambil keputusan utk menarik balik jualan kesemua produk makanan ringan mereka dr kedai2 seluruh Jepun. Ini dikatakan satu bencana utk sykt tersebut dgn kerugian bernilai $20 juta yg mengakibatkan pemecatan seramai 450 org pekerja.

Dikatakan pihak polis hanya mampu mengumpul sedikit maklumat. Menurut laporan, satu kamera keselamatan kepunyaan sebuah kedai runcit telah merakam seorg lelaki yg bukan pekerja Glico menyusun2 produk sykt itu di atas rak. Lelaki tersebut memakai topi besbol – menyukarkan pihak polis utk melihat wajah sebenarnya. Tambahan pula dlm rakaman itu hanya seorg saja suspek yg kelihatan, sedangkan dlm kes penculikan Ezaki terdpt dua org lelaki yg bertanggungjawab. Polis sendiri tidak tahu berapa org sebenarnya yg terlibat dlm kes ini.





Masa pun berlalu tanpa sebarang tangkapan, penjenayah itu atau ‘Monster’ mula menghantar surat kpd media – surat itu mencabar dan mengejek kelemahan pihak polis Jepun.

Seluruh negara Matahari Terbit itu dilanda keadaan panik dan ketakutan. Penjualan gula2 dan makanan ringan jatuh merudum.

Musim panas 1984, si ‘Monster’ memperkembangkan aktiviti ugutan-nya/mereka ke atas sykt2 pengeluar makanan ringan dan manisan yg lain spt Morinaga, Marudai Ham dan House Food Corporation.

Pada masa yg sama juga, pihak polis berhempas pulas menyiasat segala info yg ada. Walau bagaimanapun, mereka menemui jln buntu sehinggalah mendapat surat baru pd satu hari di hujung bulan Jun.

Si ‘Monster’ memberitahu yg dia/mereka akan menamatkan kegiatan jahat mereka dgn syarat diberikan wang sebanyak 50 juta yen. Wang itu diarahkan utk dihumban dr keretapi yg tengah bergerak laju menuju ke Kyoto. Lokasi ‘pembuangan’ wang itu akan ditandakan dgn sebatang bendera putih di sepanjang perjalanan. Setelah berjaya mengumpulkan wang, seorg polis berpakaian biasa pun menaiki keretapi dan menghabiskan masanya dgn memerhatikan luar tingkap, mencari bendera putih yg dimaksudkan oleh Monster itu.

Namun bendera putih itu langsung tidak kelihatan, tetapi pegawai polis yg sedang menyamar tersebut perasan akan seorg lelaki bertubuh tegap, dan paling menonjol sekali adalah matanya spt ‘mata musang’. Walaupun setiap pergerakannya diperhatikan, suspek itu berjaya menghilangkan diri setibanya keretapi itu di stesen Kyoto. Satu lg percubaan menghantar wang tebusan telah dilakukan pd bulan November, turut menemui kegagalan yg sama.



Pada Oktober 1984, si ‘Monster’ menghantar sepucuk lg surat kpd media, yg ditujukan kpd semua ibu2 di Jepun. Dia/mereka menyatakan bahawa sebanyak 20 pakej gula2 manisan yg dicemari dgn racun, dan pakej2 itu telah disusun bersama gula2 yg lain di kedai2 runcit. Dengan itu polis dikerahkan di seluruh negara mencari gula2 beracun tersebut, dan mereka berjaya menemui lebih kurang 10 pakej gula2 keluaran sykt Morinaga yg telah tercemar.




Beberapa bulan kemudian iaitu Januari 1985, berdasarkan rakaman video yg lepas dan gambaran rupa lelaki di dlm keretapi Kyoto, pihak polis pun mengeluarkan poster penjenayah yg dikehendaki itu. Malangnya tiada siapa yg tampil utk membantu siasatan polis.


Akhirnya pada bln Ogos, Si Monster telah mengorbankan seorg mangsa walaupun bukan secara langsung. Tertekan dgn kegagalan dlm menangkap penjenayah misteri dan siasatan yg lemah, superintendent polis yg mengetuai pemburuan si Monster membunuh diri dgn membakar tubuhnya sendiri. Apabila berita itu tersebar, penjenayah itu pun mengirim surat-nya/mereka yg terakhir kpd media dgn mengutuk perbuatan superintendent tersebut. Sekali lg dia/mereka merendah2kan keupayaan polis serta mendedahkan si Monster tidak mempunyai kawan dan tempat persembunyian. Malah dia/mereka juga berpesan kpd polis utk tidak membiarkan penjenayah spt mereka terlepas begitu saja. Si Monster turut memberitahu yg dia/mereka tidak akan menganiaya mana2 sykt pengeluar makanan lg selepas ini.


Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, tiada lg perkembangan baru dlm siasatan ‘Monster with 21 Faces’ itu.

Kes ini secara rasminya telah ditutup. Walau penjenayah tersebut berjaya ditangkap sekalipun, dia/mereka tidak dpt didakwa kerana had statut undang2 bg kes penculikan dan meracun produk makanan di Jepun telah tamat.


Fakta menarik:

  • Surat pertama si Monster ditulis dlm bentuk hiranaga dan dialek Osaka. Dia/mereka turut memberitahu mereka pernah menceroboh kilang Glico melalui pintu pagar hadapan, dan surat itu ditaip dgn menggunakan mesin taip jenama PAN-Writer. Surat yg seterusnya dikirim apabila Glico mendpt kerugian besar, si Monster menyatakan bahawa dia/mereka memaafkan sykt itu dan berjanji utk tidak mengganggu mereka lg.
  • Polis berjaya menemui pakej gula2 Morinaga beracun kerana penjenayah itu sendiri yg memudahkan kerja mereka. Dikatakan setiap pakej tercemar itu dilekatkan dgn label ‘Bahaya: Mengandungi Toxin’. Beberapa pakej manisan lg ditemui pd 1985, menjadikan jumlah penemuan kpd 21 pakej.
  • Seorg ahli Yakuza pernah dianggap sbg suspek utama kerana wajah dan bentuk badannya serupa dgn lelaki di dlm keretapi dan rakaman video kedai. Namun apabila mendapati alibinya yg kukuh lelaki itu dilepaskan.
  • Pada thn 2000 satu khabar angin tersebar bahawa jenayah itu sebenarnya telah dilakukan oleh pihak Korea Utara.




Wikipedia

Sumber 1 / 2 / 3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeeHanania at 14-10-2016 07:50 AM
dani-rox replied at 11-10-2016 10:04 PM
maigahd... baru terbaca kisah beer man ni minggu lepas. kes di mumbai kan? ada suspek, tp dilepask ...


Kann TT...cam pelik jek dia tinggalkan botol bir kosong kat tepi mayat yg dia dah katok kepala...berbalik pd kisah glico tu,adakah c gergasi tu pkeja kat kilang gula2 tu smpai berdendam camtu skali...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:07 AM | Show all posts
dani-rox replied at 13-10-2016 11:10 PM
Walaupun kes ni takda bunuh2 yg kejam tp dgn details yg aneh dan menimbulkan tanda tanya, tetap dian ...

macam mana digelar the monster with 21 faces?
adakah penjenayah tu bertukar rupa setiap kali melakukan jenayah?
kalau dari artikel tu, tak ada dinyatakan pasal ni
tapi kes ini lebih kepada dengki khianat..nak jatuhkan bisnes..
aku syak, the monster ni tahu details pasal produk gula2 ni...sbb dah diletakkan racun sianid..
so, maybe the monster was one of the employee yang tak puas hati dgn majikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 10:10 AM | Show all posts
best tred ni.. seronok baca
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2016 05:49 PM | Show all posts
nak join tred TT.. bosan2 di petang hari.. aku dengan gigih meng translate sebuah cerita

KES PEMBUNUHAN VANESSA JOHNSON SOSIN



Telah lebih tujuh tahun berlalu semenjak kejadian Vanessa Johnson Sossin mati ditikam dikedainya sendiri. Terdapat pelbagai persoalan yang tidak terjawab mengenai kes ini termasuklah tentang siapa yang mempunyai motif utk membunuh vanessa yang pada ketika itu berada di kedai pos beliau semasa musim sejuk.

Kisah pembunuhan terbongkar apabila mayat Johnson telah ditemui di bilik belakang kedai pos nya dengan kesan tikaman. Sebelum mayat ditemui, pihak bomba telah menerima panggilan kebakaran di kedai tersebut. Sejurus tiba, pihak bomba terkejut apabila menemui mayat Johnson ditemui mati disebabkan tikaman, bukan kebakaran. Beberapa teori muncul dan menganggap kebakaran tersebut sengaja dilakukan oleh penjenayah hanya untuk menutup motif sebenar.

Sebelum kejadian, Saksi penah ternampak seorang wanita African-America yang bertubuh besar linkungan umur 30-40, memakai baju kot berbulu hitam dan topi “pill box style” beserta penutup telinga telah memasuki kedai jonhson sebelum kebakaran itu berlaku. Polis bagaimanapun tidak dapat mengesan siapa suspek yang dilihat kerana kekurangan bukti fizikal.

Selepas enam bulan kejadian pembunuhan tersebut, polis pernah menerima panggilan daripada seseorang yang tahu mengenai kejadian tersebut tetapi bukti tidak cukup kuat untuk mengenalpasti motif dan siapakah suspek yang terlibat. Tambahan polis lagi, jika sudah mempunyai bukti kukuh, sudah pasti ibu beliau, Ms. Onneil adalah orang pertama yang diberitahu.

O’neil telah membuat bermacam2 cara untuk sesiapa sahaja tampil memberikan maklumat mengenai pembunuhan anak beliau termasuklah melalui akhbar, television, radio dan sebagainya tapi semua itu tidak membuahkan hasil.
O’neil berkata ‘ saya cuma nak orang ramai tahu yang kejadian ini sudah 7 tahun berlalu tetapi tiada siapa yang tampil untuk memberikan respon’ luahnya kecewa.

Hamill, seorang polis veteran di jabatan penyiasatan pernah menghubungi producer “America’s Most wanted”  untuk meyakinkan beliau bahawa kisah pembunuhan Jonhson ini harus dipaparkan didalam salah satu episode mereka kerana kes ini boleh diklasifikasikan sebagai ‘Unsolved Cases”
Pada waktu tengahari ketika kejadian itu, Johnson hanya bersendirian di dalam kedai sebelum didatangi oleh pelanggan, seorang ibu dan anak. Apabila pelanggan tadi keluar, seorang pelanggan lain telah memasuki kedai Jonhson. Mengikuti Hamill, itu lah pembunuh yang sebenar.
Bukti dilokasi kejadian sudah dikumpul dan di analisa, Hamill memberitahu sampel DNA dalam bentuk air liur dari minuman bergas dan botol air yang dipenuhi minyak tanah yang ditinggalakn di lokasi pembunuhan tersebut adalah milik seorang lelaki dan wanita.




Hamill memberitahu lagi, pihak polis tidak menolak kemungkinan orang terakhir yang telah memasuki kedai Johnson adalah seorang lelaki tetapi berpakaian seperti wanita. Apabila suspek menikam Johnson dan menghidupkan api kebakaran, dia kemudian bertindak keluar dari kedai dan menuju ke arah selatan Montgomery, dan megambil selekoh kearah Burbank dan menuju ke laluan antara dua bangunan. Saksi yang ketika itu membawa surat memberitahu pernah melihat seseorang melakukan aktiviti mencurigakan iaitu membuang/menanggalkan pakaian lelaki dan wanita kedalam tong sampah. Setelah diteliti, pakaian tersebut dipercayai mengandungi bau minyak tanah.

Lanjutan penyiasatan, Polis kemudiannya telah mengenalpasti satu item telah hilang dari kedai Jonhson, sepasang mink coat yang unik yang mana ianya adalah pemberian daripada suami Jonhson, Cliff. Polis mengharapkan kehilangan kot tersebut memberi petunjuk kuat utk mengenalpasti suspek.
Cliff telah memberi kerjasama kepada hasil penyiasatan polis, tetapi kemudiannya enggan setelah disoal siasat mengenai hal2 peribadi, termasuk penyertaan beliau didalam online dating, chat rooms yang dilakukan secara sembunyi2 semasa perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, polis tidak menamakan beliau sebagai suspek utama. Cliff pernah memberitahu disebuah wawancara bahawa johson adalah cinta sejati beliau.
Menurut Hamill, kes ini akan terus dibuka sehinggalah suspek berjaya ditangkap dan didakwa kemuka pengadilan. Pada masa yang sama, O’neill berkata dia akan terus mendekati media untuk menuntut keadilan terhadap pembunuhan anak beliau dengan harapan masyarakat di luar sana tidak akan lupa kisah pembunuhan anaknya, Vanessa Johnson Sosin.

Sory kalau tepek gamba tak betul

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 15-10-2016 12:02 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 14-10-2016 05:49 PM
nak join tred TT.. bosan2 di petang hari.. aku dengan gigih meng translate sebuah cerita

KES P ...

Thanks Jajabeans

Kes ni kalo tak silap pernah ditayangkan dlm CI, tu pon dah bertahun2 yg lalu. Suspek utama; laki Vanessa... dia suka main kayu tiga belakang bininya dgn ramai pompuan. tapi dilepaskan bila dia bg alibi kukuh. so, teori seterusnya -- barangkali salah sorg pompuan simpanannya yg bunuh vanessa dan bakar kedainya. apa pun ramai yg yakin si suami ada kaitan sbb jenayah tuh nampak personal sgt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2016 12:05 AM | Show all posts
DeeHanania replied at 14-10-2016 07:43 AM
Kann TT...cam pelik jek dia tinggalkan botol bir kosong kat tepi mayat yg dia dah katok kepala.. ...

ha'ah sama ada dia bekas pekerja Glico, atau memang psiko yg seronok menakut2kan org ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2016 12:09 AM | Show all posts
Ipo replied at 14-10-2016 10:07 AM
macam mana digelar the monster with 21 faces?
adakah penjenayah tu bertukar rupa setiap kali mela ...

menurut wiki, nama 'monster with 21 faces' tu dipilih oleh penjenayah itu sendiri... sempena nama villain dlm novel detektif popular.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-10-2016 12:02 AM
Thanks Jajabeans

Kes ni kalo tak silap pernah ditayangkan dlm CI, tu pon dah bertahun ...

Ha tu lah.. rasanya laki dia jugak yg bunuh.. dh sape lgi kan yg ada motif tu.

Camne eh nk letak gmba kat tgh2 cm u buat  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-8-2022 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.097604 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list